Rabu, Mei 15

Cinta Jangan Pergi... Harus Terpisah... Cinta, Tiada Akhirnya...

Assalamualaikum


Harus Terpisah

Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu


This is what I feel nowadays. Most of the lyrics are related to my situation now...for the time being. Maybe for my situation, he is not verbally tells me that he likes me... But, if u know how did he treat me... Then u will know what I mean...

Betullah, lelaki penuh dengan keegoan. Dan dalam situasi aku, dia boleh kata akulah yang perasan lebih...yang terus mengharap. Yelah, kalau nak treat as adik...go on! I dont mind BUT if u treat me like someone spceial... Is it my false? Ya Allah, aku xkuat rupanya. Tapi, Engkau menguji kerana Engkau tahu...aku boleh.

Allahu Akbar... Semua ni xpernah mudah. Ini mungkinlah Kepastian yang aku nanti2kan sejak 2tahun yang lepas...

Aku ingat lagi, kali pertama terpandang wajah dia...masa tengah tengok gambar mak abah visit Ajip in Cairo... And I said to myself, biasa je. Sebab masa tu tengah suka orang lain (ya ampun oi...asek den yo suko kek orang?). Pastu tak pernah jumpa pun... Sampailah he's back for good last 3 years...

1st time jumpa...bila ek? Oh, masa tu my abah ajak dia datang+tido kek Somban. His bff which my 3rd bro...belum balik Mesia pon. And my youngest brother was his friend in Seremban for the moment...masa tu la.

Still, I dont have any feeling towards him masa tu. Maybe because, suka sorang yo...hmmm. So buek tatau kek dio. Anggap dia macam kawan2 adik yang lain jugak. And I dont even know what is his age, actually masa tu. Haha...so, anggap dia cam adik2 kot...plus his look pon tak macam lebih tua dariku.

And the story begins... Nantilah sambung eh? I need to pack all my things... Kami nak balik rumah... Dah habis kije!

Aidios... Jumpa nanti ye?

Khamis, Mei 9

Kepastian...

Assalamualaikum sume... Wah, ala2 Johan Mak Jemah gitu...

Dalam sehari, macam2 kemungkinan yang boleh berlaku rupanya...kan? Kebenaran... Kepalsuan... Kesusahan... Kelesuan... Kegembiraan... Kekalutan... Dan bermacam lagi ke la...

Aduhai... Ya Allah, terima kasih dengan takdir semalam. Tapi, hari ini...hati aku kembali tak keruan. Sepertinya aku bakal terima kejutan yang baru. Apelagi agaknya yang sedang menanti?

Debaran hari inisamanya seperti yang dulu. Dan malamnya, 'dia' pelawa aku makan malam bersama... Dan hari2 berikutnya, aku mahu perkara yang sama terjadi. Tapi, Allah jua yang menentukan. Sama ada debaran itu untuk hal yang gembira atau sebaliknya saja...

Macam mana caranya yang boleh aku tahu apa dalam hati setiapnya manusia? Takkan aku nak sergah setiap darinya? Kita semua manusia biasa. Lain cara lain gaya.

Teruk rupanya penangan cinta ye? Au tanyakan pada kawan...senang ye jadi lelaki? Apatahlagi rebutan ramai orang... Boleh pilih mana dia nak? Kawan kata, tak jugak... Kita pon boleh pilih. Mak pon pernah cakap hal yang sama... Senang jadi lelaki ni. Kau nak, kau amek...boleh pilih mana nak. Yang perempuan pulak, boleh je memilih cuma...kena masanya, ianya seperti apa yang kita mahu. Sebaliknya, kahwin mungkin dengan tidak ade rasa pada mulanya...

Perempuan kan? Hati dia halus sangat... Senang suka, senang duka... Kejap marah, kejap nanges, kejap gembira macam takde ape masalah langsung. Susah nak dimengertti kata orang...

Futnot: masih menangi jawapan n balasan dari dia dengan penuh sabar... Tabahlah wahai pemilik nama Hidayah... Allah ade...insyaAllah. Thanks kawan baru...tapi, saya masih mencari jawapan yang benar n kukuh... You know who you are...

Selasa, Mei 7

Tanda-tanda sidia menyukai kamu...

Assalamualaikum...

Saja nak kongsi satu benda. Satu ke? Banyak jugak ni. Haha. Silalah baca. Saya kongsi sebab saya rasa semuanya betul n saya pernah rasa.

Untuk mengetahui seseorang perempuan/lelaki itu menyukai seseorang amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri.


1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.

.

2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
.

3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.
.

4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.
.

5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.
.

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
.

7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.
.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan “saya belanja”.
.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!
.

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.
.

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...