Jumaat, Februari 27

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang

Salam...

Ye benar, pagi ni Mendung cuma sekadar menjengukkan diri lepas tu diberi pula ruang untuk Matahari menunjukkan dirinya semula. Dan aku? Seronoklah sebab aku keseorangan di dalam sini, bila cuaca agak gelap aku jadi runsing. Terima kasih Tuhan!

Masih lagi macam biasa...tahap bosan semakin naik. Fikir aku hari ini Jumaat dan pastinya ada kelas sedang menanti di depan pintu. Tapi takde pulak? Mungkin sebab minggu depan ada Ujian Bulanan sebelum sekolah mula bercuti. Aku ni entah dapat cuti atau tak, tak tahulah.

Macam biasa masih tidak sabar nak hadapi Ahad yang bakal tiba. Hati berdebar2 macam nak jumpa siapa je? Sangat lama tak jumpa semua2 yang akan aku temui nanti. Semoga segalanya dimudahkan Allah.

- hadiah belum beli
- barang2 dah pack semalam (tak sabar sangat)
- kodak kamera tak beli lagi + bateri (kamera lama)
Tak biasa listkan apa2 yang perlu dibuat sebenarnya. Tau2 merancang dan siap segalanya. Tapi cam tiba2 je nak buat list lepas tu kepala otak pun blank tak tau nak fikir apa lagi. Rasanya macam semua dah siap tapi terasa seperti ada saja yang tak belum lengkap. Aku kebuntuan
pulak. Harap2 saja semuanya seperti yang kami harapkan. Apa2 yang berlaku dan terjadi nanti mungkin bukan pinta kami.


Jumpa di sana ye? Selepas 4 tahun baru nak jumpa semula, iAllah... Biiznillah!

Rabu, Februari 25

Tak Habis2 Kisah Alihkan Kete...

Salam...

Tak tahulah apa masalahnya sampaikan kisah ni tak habis2 lagi. Pagi2 tadi sampai agak awal tak awal jugak. Dah cuba datang seawal mungkin tapi sebab benti beli sarap tu yang bila sampai sekolah cam sama je aku datang lewat sikit. Huh!

Baru kejap tadi, ada kelas tiba2 sekolah call suh aku alihkan kete. Lagi??? Pelik jugak sebab semalam dengan hari ni aku park kat luar sekolah. Dalam banyak2 kete, kete aku gak yang diorang suh alih. Tapi dah sekolah call, keluar jugaklah konon2 nak alihkan kete. Aku cam tak bape nak sure so aku ke ofis sekolah. Sambil lalu nampak gak satu van dengan tangga panjang *orang yang nak buat wiring kot? Tengok kat luar pagar takde apa2 pun...

Masa nak naik tangga terpandang satu Unser... Kelabu pulak tu. Ini mesti kes salah faham la ni... Sebab aku dah lama tak bawak Unser *unless Tiara buat hal... Dan Unser mak warnanya coklat+emas gitu la kot. Aku tatau nak explain warna Unser yang selalu aku panggil van tu. Aku naik ofis gtau kakak yang call tu aku park kete kat luar.

Huh! Geram tak geram sangat sebab aku baru dapat gaji tadi. So kuranglah rasa marah tu. Tapi sakit gak hati walaupun hanya salah faham. Aku dah memang nak park kat luar je. Malas nak panjang2 cite, keluar masuk alihkan kete. Bosan... Masa nak alihkan kete Isnin lepas aku ada gak tengok kakak ni (one of the school clerk) selamba jek par kete kat tempat yang aku park tu... Memang bukan DI tempat aku park tapi DEKAT. So What?

Takmo cite lagi pasal hal ni. Aku lemas, rimas, bosan, penat...

p/s: kebelakangan ni macam apa yang aku mintak ALLAH mudah perkenankan. Alhamdulillah, syukur! mungkinkah KEBETULAN yang ditakdirkan? semoga segala impian aku dimakbulkan jua... Aminnnn!!!

Selasa, Februari 24

Kesinambungan Kisah Semalam...

Salam...

Ingat tak pasal aku marah semalam? Macam puas hati jugak sebab aku dah tak payah nak kisah pasal alih2kan kete. Aku sampai2 je tadi, guard 2 orang tu tanya kete mana, aku jawab kat luar. Guard yang muda sikit tu *semalam dia la yang suh aku alihkan kete, siap kata senang sikit letak luar. What ever la... AKu dah tak kisah. Nampak macam dia perli aku kan? Aku tak kisahlah, malas nak amek kisah. Guard yang tua sikit tu kata kalau hujan macam mana pulak? Takpelah, bukan kete aku tu kete sport ke hape nak risau air masuk ke...

Selama ni tak heran pun kalau ujan ke, panas ke... Bukan dia nak alihkan pun kalau tanya macam tu. Dan selama aku park dalam sekolah, bukan bawah bumbung pun. So kalau ujan atau panas terik, sama je... Dan bukan nak protes ke hape tapi cam malas la nak dengar orang kata suh alihkan kete, tak boleh park sini, kena park sana...

Banyak jugak benda2 yang aku tatau selama ni. Aku ingat aku sebahagian dari sekolah ni... Oh, aku lupa diri... Aku ni kan bawah PIBG...sendiri2 pulak tu. Lantaklah...aku buat je keje aku ni, sudah! Macam aku ni tak boleh ditegur pulak ke? Macam aku ni nak tunjuk lagak ke? Macam nak besarkan hal yang kecik ke?

Apa2 je lah labu oi... Yang penting aku dah rasa tak sabar nak habiskan kontrak bulan 9 ni. Lama lagi tu dan harap2nya aku dapat keje lain lebih baik nanti... Usaha2x... Tak sukanya keje dalam suasana camni... Memang takde apa nak dihebohkan pun, semua tu settle cam tu je. Malas aku nak fikir2 lagi.

Tak sabar nak hadapi hari2 mendatang, semua yang hepi2 je... Hahahaha, ade ke?

Apa Nak Jadi Ni?

Salam...

Semalam dah karang satu entri tapi macam tak best je nak publish... Jadi hari ni aku nak karang yang baru. Straight to the point je, lebih mudah. *dan bukan hak aku untuk mengadili sesuatu perkara yang berlaku. jadi andai dibaca dengan maksud yang salah mungkin kamu anggap apa yang aku luahkan hanya hendak menyalahkan kejadian Yang Esa!

Tujuan aku bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tapi lepas apa yang terjadi buatkan aku berfikir banyak kali. Satu masa dulu aku memang minat gile lah dengan Saujana *terus terang woooo! Even sampai sekarang masih suka dan minat. Walaupun diorang dah lama tak keluarkan album sendiri. Ditambah dengan kesibukkan masing2 (2 doktor, 1 jurutera), harapan untuk berharap sangat tipis.

Dan aku masih lagi terus meminati diorang. Apapun aku cuba ambil tahu pasal diorang la... Kalau dulu macam terlebih2 tapi sekarang sangat kurang malah kadang2 macam tatau pulak perkembangan terbaru diorang. Kalau tau pun dari laman web Saujana sendiri yang jarang dikemaskini *rasanya lebih 5 laman diorang bina, tak satu pun bertahan.

Pasti ada yang dapat meneka apa maksud aku disebalik entri aku kali ni? Ya, seperti apa yang kalian sedia maklum *mungkin ada yang tak tau lagi, dah agak heboh jugak cerita pasal one of the members of nasyid groups yang "berubah jadi adik2"... Itu apa yang baru aku baca dalam suratkhabar hujung minggu. Kalau boleh takmo akui apa yang dikatakan itu benar tapi itulah kenyataannya.

Sebab bukan aku tak tengok apa yang disiarkan bilamana pertama kali aku terima berita ni *sebab aku bukak website yang selalu ada pasal gosip artis, aku tengok banyak2 kali. Nama dia, jawatan sebenar dia, lenggang lenggok dia, semualah... Sama... Totally same! Tak mungkin!!! Tapi kenapa? Kenapa mesti jadi macam tu? Kata orang yang menulis pasal cite tu kat website, mungkin yang empunya diri kurang kasih sayang dari orang keliling?

Sebenarnya tak sanggup nak terima berita tu tapi kita semua manusia biasa, takkan dapat lari dari membuat kesalahan sama ada besar ataupun kecil. Pernah aku tanyakan pada kawan2 yang empunya diri tu, tak ada jawapan langsung. Takpelah, semoga cepat2 berubah seperti dulu2, mulakan hidup baru... Dan orang yang dimaksudkan adalah penyanyi utama Saujana sendiri.

Harapannya selepas ni, semuanya kembali normal. Sesuatu yang berlaku aku yakin sangat pasti ada sebabnya. Walau apapun sebabnya, harap2 sangat dia berubah la... Kalau boleh nak sangat tengok diorang macam mula2 orang kenal dengan lagu Sepohon Kayu. Kenal diorang sebab semuanya bijak2...

Isnin, Februari 23

Geramnya...

Salam...

Kejadian berlaku baru beberapa minit tadi. Nak nangis je aku dibuatnya... Tak besar halnya tapi sangat buat aku rasa terkesan... Mulanya macam ni, masa baru nak makan bergedil (tau kan apa tu?), ada sorang guard - muda sikit, datang dan suh aku alihkan kete.

Act, sejak bulan lepas lagi, Puan Guru Besar dah suh aku alihkan kete yang aku selalu park sebelah kantin. Mungkin mengganggu students2 dia kot (budak2 ni semua suka berlari2)? Ok, aku angguk2 tanda faham dan takkan buat lagi. Lepas tu dalam awal bulan ni kot, guard yang cam tua sikit dari abah aku - Pak Yassin itulah... Dia suh alihkan kete - aku park kat sebelah tempat orang berteduh sambil tunggu anak2 habis kelas... Sebab lori sampah susah nak keluar masuk... Aku ok lagi...

Lepas tu kejadian yang baru tadilah... Bukan aku tak boleh ditegur (biasanya tak boleh terima dengan cepat), tapi aku rasa bila aku ditegur, lepas tu dah banyak2 kali kena tegur, aku rasa macam aku sorang je yang park kete kat tempat2 yang dilarang tu semua. Sedangkan ada je kete2 lain yang park sama ngan aku. Part yang ni memang aku ni agak sengal sebab semua nak sama ngan orang lain.

Apa bezanya aku dengan orang lain? Adakah sebab aku paling senang orang nak cari? Sebab aku bukan keje kat opis? Aku bukan cikgu? Aku bengang je sekarang ni. Siap masa aku tengah nak alihkan kete tadi, driver lori sampah tu tegur aku (lagi!), gtau pasal jadual diorang datang angkut sampah. Lantaklah, bukan aku nak tau sangat jadual kau tu... Ishhhh, geram aku la...!!!

Serius aku geram sampai nak mengamuk, nak menangis, nak campak je kunci kete - nasib2 lah kete sape yang terkena kang. Tapi aku waras lagi, aku ok lagik... Takmolah sampai macam tu sekali. Aku sorang je ke yang buat salah masalahnya sekarang ni? Dah lah dalam lab ni sorang2 je... So blog je jadi tempat aku untuk buang rasa marah aku ni. Aku masih geram lagi ni...

Dan bila nak park kete kat tempat lain yang biasa aku park, ada pulak kete yang menghalang. Inipun sengal gak...ada ke patut park kete dan halang aku nak lalu jambatan tu? Kalau aku lalu jugak, confirm tayar kete sebelah kanan masuk longkang yang besar gak tu. Untuk tak memudaratkan keadaan, aku drive kete kat blok lain yang aku tak pernah pun park kete kat situ. Kalau dah namanya pompuan lepas tu semuanya kat sini pompuan, memanglah ala2 je nak parking kete, nak keluarkan kete pun takut2...yang berani adalah 2-3 orang je kot?
Lupo den nak khobar an kenapo den marah bonar pasal park2 keto ni?Sobab eh, bilo budak2 dah start duduk untuk perhimpunan, orang2 yang lambek datang macam den ni ha, terpakso lah park keto dokek2 ngan guard, dokek ngan rumah sampah...yang konon2 eh menghalang laluan diorang nak kutip sampah... Jadi eh, kalau dah lambek, park keto kek situ konolah rajin2 alih an kek tompek lain lopeh budak2 ni masuk kelas...

Dan sikap pompuan termasuk den sendiri, dah park kek situ, maleh dah den nak keluar balik semato2 nak lotak keto kek tompek yang sosuai... Tak koso den la. Semuo yang dah park kek situ jarang nak alih2kan laei... Nak2 cikgu sebab diorang kan sibok nak mengajar? Lenkali den nak park keto kek luar sekolah yo, laei sonang. Ponek pun ponek la... Lagi diorang pueh hati kot? Sonang kojo sikit. Den tak suko nak serabut2 palo ni... Mintak mahap la yo? Den goram bonar dah ni...

Hui...siap dengan loghat2 pulak aku ni kan? Geram...geram...geram!!! Apa lagi nak aku tulis selain GERAM? Sebab aku memang tengah marah sesangat ni tapi aku tak suka dan tak pandai nak dendam2 ni... Benda2 camni takkan sampai nak dendam2 kan? Takde maknanya la... Setakat hal kete park bukan kat tempatnya je... Ni jap lagi aku hilanglah marah tapi aku akan ingat sampai bila2 pun...

Nak kongsi satu hal lagi, aku BUKAN pendendam dan bila marah aku cepat COOL. Dan apapun yang orang buat kat aku jugak aku buat kat orang, memori kat kepala otak aku ni senang betul nak tangkap. Sampai bila2 pun aku ingat punyalah. Susah nak lupa tapi tak bermakna aku tak maafkan atau apa2. Cuma aku akan ingat je... Jadi kecil mana pun kesalahan, iAllah masih kukuh dalam ingatan. Tapi ada jugak kadang2 aku lupa dan tiba2 akan menyesal sebab tak ingat. Hahahaha... Orang lain mungkin mudah lupa sebab taknak panjang2 hal apapun tapi kalau ingat bukan ada salah pun kan? Kan itu boleh jadi panduan?

p/s: aku tengah dengar Jendela Hati - Saujana... ada kisah di sebalik Saujana dan aku pasti ramai dah tahu bukan? Kejap lagi aku buat entry khas untuk diorang yang aku takkan lupakan sampai bila2 pun la...tapi aku sedey... :( ...

Kita Semua Kan Geng!

Salam...
Diam membawa selamat, sopan santun membawa kemuliaan, syukur dan ikhlas membawa tambahan.
Hujung minggu yang macam biasa2 je... Cuma malamnya (Sabtu) ajak mak ngan adik2 (Ud ngan Fizi) layan Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula. Memula cam tak caya je aku ni betul2 ke nak ajak mak g layan wayang ni? Sebab aku kenal jugaklah mak tu macam mana...jarang nak tengok2 wayang ni. Last tengok wayang pun masa zaman2 kemahsyuran (hamboi2...) Jurrasic Park, Lost World... Lama kan tak tengok wayang ngan mak? Tapi berjaya jugak ajak mak layan Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula!

Ud dengan abah tak ikut. Ud sebab nak tengok bola pulak. Abah? Lagilah malas nak layan... Kata abah, bukan masa untuk dia layan wayang lagi sekarang. Ceh, berlagak betul statement... Huhuhu... Ajak jugak berkali2 tapi dia tetap takmo pegi gak sebab lagi best jumpa kawan2. Alamak, ter'kutuk' pulak...

Siangnya aku call TGV S2... Tak angkat2 call aku. Lama jugak cuba sampai dah nak habis Asar jugaklah. Tak berjawab2...sebab nak booked yang pukul 9.50pm punya cite. Hampeh tol TGV S2 ni. Nak pegi jugak punya pasal, ajak mak ngan Fizi cepat2 gerak dari rumah lepas je solat Maghrib. Dalam 8.00 pm macam tu. Nak beli dulu tiket 9.50 pm... Alih2 bila tengok kat tv, tiket 9.50 pm ngan 11.50 pm FULL!

Aku gtau mak ngan Fizi... Gila ah...ramai gile tengok cite tu? Pastu mak suh tanya cashier kot2 boleh booked untuk esoknya ke? Aku tanya soalan yang memang dah tau jawapannya. "Yang pukul 9.50 dengan 11.50 punya dah habis eh?"... "9.50 habis, 1150 ada lagi...) ... Kira taklah nampak 'pandai' sangat soalan tu kan? Mak kata amek je 11.50 punya. Aku memang ingat mak akan kata nak booked untuk esok tapi sangkaan aku 100% meleset. Hahahaha...

Ada lagi 4 jam lebih nak tengok cite tu. Makan2 kat foodcourt Jusco. Pastu solat sat... Pastu g masuk Jusco, tengok barang2...je. Dengar pengumuman "Jusco akan ditutup dalam masa 15 minit..."... Kitorang blah pastu naik atas. Penat berdiri je... Kerusi tak banyak, jadi siapa cepat dia dapat. Tapi patutnya toleransilah kan? Ada pulak kerusi panjang, ada 2 orang je yang duduk, kurus2 pulak tu, tengah2 letak barang? Ada ke patut? Dah tu ditambah dengan lelaki2 sekarang yang muda2 langsung tak gentle... Serius tau, aku tak main2... Memang bukan semua tapi semua yang aku jumpa takde yang gentlemen... Apa sudah jadi? Sedih tau... :(

Lepas Fizi beli popcorn, dia ajak turun (keluar) sebab nak duduk2... Memang penat berdiri je sebenarnya. Dalam 11.35 pm gitu naik atas balik. Bila isyarat tunjuk suh masuk, masuklah lepas dah reda sikit sebab orang memang ramai walaupun dah malam... Dan yang bestnya masa nak tengok filem animasi pertama Malaysia (silap tolong tunjuk eh?) ni, iklan tak lama dan iklan pun iklan animasi gak. Monsters vs Aliens... Cam best jugak cite tu. Comel jek...

Memang tak habis2 gelak tengok Upin & Ipin. Sedih pun ada gak tapi takdelah sampai nak nagis2 (aku kan hati kayu). Aku teringat yang Fizi ngan ada orang yang review filem ni untuk tak terus bangun bila cite tu cam dah habis tapi sebenarnya ada lagi... Walaupun diorang tulis Habis... Semua agak tertipu jugaklah sebab lepas je tulis Habis tu, ada lagi cite part yang orang2 jahat tu masuk ke alam Oopet... Pastu ngan Tok Dalang, Opah ngan Uncle Muthu naik atas batang kayu macam Upin, Ipin ngan Rajoo naik tu... Sama pulak skrip diorang tu semua... "Ingat masa depan..."... Ha3x!

Memang superb la cite tu, mantap, lawak selamba, 10 * la untuk team diorang. Lama tu nak siapkan cite tu - almost 4 years kan? Memang cute je diorang2 tu semua... Nak2 si kaki2 katik be2 tu la. Aku ingat2 balik dalam cite Upin & Ipin masa nak berkebun ngan Opah n kak Ros. Sukatik je tanam sebelah2 dengan jarak yang dekat. Nasib baik Mei Mei (bapak Mei Mei kan tanam ngan jual sayur sendiri?) nampak lepas tu dia tegur... Sebab nanti tak boleh tumbuh elok2 maaa... Pastu Ehsan tegur, "Macam koranglah (Upin & Ipin), asek dok dekat2 je tu sebab tak tinggi2..."... Hahahaha... Boleh pulak nak samakan orang ye? Nama pun kembar kan? Kembar seiras pulak tu, walaupun rambut Upin adalah sikit dari Ipin yang memang licin je kepalanya tu. Lepas dengan kawannya tegur terus je diorang ber2 kata "Eh ko tepilah sikit, jangan dekat2 dengan aku"... Bijak betullah diorang kalau bab2 menjawab ni...

Memang aku sarankan semua pegilah tengok cite tu. Best sesangat2... Rasa macam nak tengok lagi sebab Sabtu tu mengantuk sikit tapi memang layan beb! IAllah korang akan rasa berbaloi dengan harga tiket tu. Standard la harga tiket tu kan? Tengok eh? Ahad ni kalau sempat aku layan lagi cite ni kat TimeSquare, iAllah! Andai Allah izinkan la... Tak sabarnya nak jumpa kawan2 Batch 16 Pembuat Pakaian Wanita... Semoga segalanya berjalan lancar sampai pertemuan semula tu berakhir hari itu...

p/s: aku tengah tunggu baju sampai via poslaju, iAllah... Aku suka tengok pengarah Geng Upin & Ipin: Pengembaraan Bermula tu... sebab? mata dia sepet...wakakakak! ;) ... Kita kan Geng! ayat ni agak meruntun jiwa gak bila dengar dengan aksi Upin & Ipin yang memeluk Lim ngan Rajoo!

Sabtu, Februari 21

Nothing much to say... Just welcoming you to my page...

Salam...

Kenapa yek aku bukak blog baru lagi? Ada banyak sebab dan ataranya ialah;

i - WP kalo nak apdet kat sekolah agak lembab gila (lebih lambat dari kura2 yang menang bertanding siapa laju dengan arnab)

ii - rasa cam best je guna blogger ni sebab boleh letak apa2pun yang kita suka (baru sedar ke?)

iii - semua yang diatas...boleh?

Dan bila aku kembali gunakan blogger ni rasa cam hape je padahal pernah guna sebelum ni... Sebab apa aku kata aku cam hape jek? Sebab aku dah tatau nak tukar template selain dari yang telah disediakan. Memula cuba jugak tapi tak habis baca arahan akhirnya tak jadi apa2pun... memang sengal gile la... Masa aku kat WP aku try tukarkan template blog Mak... still tak boleh. Nampak sangat aku seperti kacang lupakan kulit je...

Tapi memang aku tatau macam mana nak masukkan template baru sampailah 'jumpa' kembali dengan anak mantan pengetua sekolah asrama dulu... Tq a lot Solehah, akhirnya akak tau jugak cane nak buat semua2 benda ni... Lepas tu tangan aku gatal nak cuba buat macam2 benda n tiba2 tak boleh pulak dah masukkan template baru... Tapi semalam dah ok semula... Alhamdulillah... Aku ni cepat bosan dengan satu2 template dan akan cuba tukar sesuka hati aku bila2 masa yang aku suka. Ini menunjukkan yang pendirian aku juga memang tak tetap tapi aku cuba untuk jadi seorang yang Istiqomah dalam apapun perkara yang aku lakukan.

Ok, untuk pengetahuan semua kalo blog ni update maksudnya aku di sekolah dan kalo WP pulak update maksudnya aku update kat rumah ye? Maksudnya aku masih gunakan kedua2nya sekali. Kalau ada apa2 perubahan, aku mesti umumkan. Pada yang sudi link blog aku dan sudi datang dan baca tulisan2 aku, sangat aku hargai semua2 tu... Maaf kalau2 aku menyusahkan kalian...

Jumaat, Februari 20

Countdown - 9 Hari Lagi...

Salam...

Diam x diam tinggal 9 hari je lagi untuk 'Small Gathering' anjuran aku dan Aini. Kitorang buat untuk Batch 16 Jahitan a.k.a. Pembuat Pakaian Wanita (YPVWM)... Asal2 plan nak bercuti tapi tak jadi sebab ramai yang tak boleh... Destinasi pilihan masa tu PD dan semuanya tatau nak naik apa ke sana. Lebih mudah katakan yang diorang 'agak malas' untuk mencari, tau2 semuanya dah sedia depan mata. Wallaweiii...

Banyak kali jugak berbincang pasal perjumpaan kecik2 ni. Untuk tidak memeningkan kepala dan tidak menyakiti atau mengguris hati mana2 pihak, aku suruh Aini tanyakan (nombor2 yang Aini ada je) kat mana nak jumpa, bila...? Diorang kata x kisah, terpulang pada aku dengan Aini. Aku tanya dulu supaya takdelah kat belakang2 kata "Kenapa buat kat sana? Susah la nak pegi sana... Tak boleh pegi lah...". Korang pun mesti pernah hadapi benda2 macam ni kan?

Ok, aku dengan Aini pilih tempat yang semua orang boleh pegi. Act, aku dengan Kin (sorang lagi budak kelas aku) decide nak pegi Genting sebab Kin yang craving sangat... Aku nak sangat temankan dia tapi aku takmo jadi apa2 kat dia nanti + sana tahu jelah sejuknya macam mana... Dia tu ibarat Olivia isteri Popeye tu kurusnya. Tak jadi pegi Genting sebab ramai yang taknak ke sana. Last2 pilih TimeSquare (walaupun takde tulis dalam list langsung). Ramai jugak yang setuju dan ramai gak yang kata 'tak kisah'...

Aku bagi Aini suh diorang pilih tarikh pulak. Antara 21hb Feb ngan 28 Feb... Taknak jugak pilih dan sekali lagi diorang kata 'tak kisah'. Aku sampaikan pada Aini untuk disebarkan pada semua... Semua budak2 Batch 16 (20 orang je...). Mula2 aku pilih 28hb Feb sebab dah memang gaji masa tu kan? Last2 aku decide 1 Mac je, Ahad...

Tapi tak aku sangka pulak, ada yang tatau langsung pasal hal ni. Buat aku tak sedap hati je dibuatnya. Aku ingat dah tau semuanya (tak boleh main ingat2...kene tanya sorang2 jugak sebenarnya). Sebab masa nak ke PD tu semua tahu tapi macam ada sikit problem so tak dapat nak teruskan...
Bila ada yang tatau, aku sendiri sms n dia call aku. Ida (sorang lagi budak kelas), sebaya aku. Rupa2nya dia tak dapat ikut sebab dia kene keje. Aku dah tak bape nak sedap hati dah sebab rasanya aku tahu dan kenal perangai diorang sorang2... Itu masa belajar dulu memang aku tau apa yang diorang rasa n fikirkan. Harap2 takde yang begitu lagi (terasa2 hati ni)... Tapi manusia tetap manusia takkan lari dari rasa tu pun. Even aku sendiri pun macam tu jugak.

Kesian jugak pada yang tak tahu langsung dan tak dapat ikut serta. Tapi itulah, aku dan yang menguruskan acara ni tak dapat nak puaskan hati semua. Seboleh mungkin aku nak semua ada dan hadir kat Gathering yang julun2 kali diadakan ni, iAllah. Dan mungkin masa kat TSquare tu akan diadakan cabutan nama untuk tukar2 hadiah (setiap orang diwajibkan untuk membawa 1 hadiah) dan cabut nama untuk menguruskan Gathering kedua iAllah. Moga2 Allah izinkan...

Takmo nanti ada yang tak rasa untuk uruskan. Gathering iAllah akan diadakan setiap tahun. Maksudnya setahun sekali sahaja. Sepanjang tahun sebelum atau selepas setiap Gathering diadakan (bape banyak diadakan daaaa?), akan diadakan meeting, PotLuck (lepas tengok kak RedMummy.Com adakan dengan jayanya), keluar ramai2 tengok wayang ke, sambut besday sape2 ke, bercuti2 Malaysia dan berkelah...ataupun lawatan kat mana2 destinasi yang menjadi pilihan.

Setiap orang diberi peluang untuk memberi pandangan dan idea untuk setiap acara yang bakal diadakan nanti, iAllah. Mungkin undi jugak nama2 tempat yang kitorang nak pegi. Sape dapat undian paling sikit, aku decide untk pegi jugak tapi ikut giliran la... Sebab tiap orang punya keinginan yang berlainan...
Sekali lagi...countdown... Esok tinggal 28 hari je lagi, hati aku makin berdebar2... Huh!
p.s: aku manusia biasa, tak mampu nak sukakan semua orang, hati orang puas...tapi aku cuba 'sempurnakan' apa yang masih lompang...madah helah lagi ke? ;)

Selasa, Februari 17

Rintihan Pengemis...

Salam...

Macam ape je bunyinya tu? Pengemis Cinta adalah lebih tepat lagi kot? Not me (for the time being la). Suka dengar lagu Rintihan Pengemis (Ruffedge) ni. Rasa cam dibawa sekali dalam alunan lagu tu... Mulalah madah2 aku ni kang.


Kan aku ada gtau yang kalo WP ada apdet maksudnya aku kat rumah kan? Dan kalo Blogger ni apdet maksudnya aku kat sekolah? Memang serisus aku takde idea bila nak update Blogger dari rumah sebab macam dah set je segala apa yang aku nak tulis semuanya kat sekolah... Tapi WP pun dah jarang2 sangat aku usik. Usik hanya singgah2 untuk approve komen2... Bila aku tak apdet cam banyak pulak orang yang mai sana... Seronok tengok ramai yang singgah... Tq2x!

Aku ni cuba untuk menulis seminima mungkin tapi bila ada benda nak cite tak tau macam mana nak pendekkan sebab orang cam aku ni semua benda dianggap penting je... Hahaha... Padahal peksa2 besar dulu, satu hape karangan aku tak boleh buat pepanjang...aku sengal...


Aku merintih pada yang sudi je... Sekali lagi aku cuba untuk meluah sesuatu. Suka sangat meluah aku ni kan? Tak pandai nak simpan2 untuk hari2 mendatang agaknya? Bukan tak boleh tapi nanti aku cepat lupa. Sekurang2nya aku ada tempat untuk aku kongsi bersama. Akan2 datang aku akan bukak balik dan baca semula apa yang pernah aku luahkan kat sini. Dan kebanyakkannya adalah yang akan buat aku rasa malu sendiri...

Yelah, masa menulis apa je yang aku ingat? Semuanya tolak tepi, belakang kira... Lepas tu tatau nak rintih pada sape? Allah sudah tentulah... Imah da Sabahan selalu ingatkan aku, "Janganlah rasa malu untuk menangis di depan DIA sebab bila kita beri hati yang hancur (dilukai) pada DIA nescaya akan djaga sebaiknya (dipulihkan) sebab DIA yang jadikan kita...tentu DIA saja yang tahu akan diri kita. Kalau kita beri pada manusia akan hati kita, kalau luka bukan manusia juga yang dapat ubati...fikir2kanlah!

Punyalah lama aku simpan entri ni kat draf. Tengah sedap2 menaip kang ada je kelas nak masuk...dan sekarang ni nak makan pagi - laparlah pulak. Dalam minggu ni baru 2 je kelas yang masuk. Hmmmm... Nak kisah pun aku rasa mungkin diorang tak masuk sebab akan ada xm bulanan, macam ada cikgu yang gtau aku minggu lepas.

Isnin, Februari 16

Cikgu Bidan Terjun..

Salam...

Orang yang bijaksana akan mencari kesempurnaan, tetapi orang yang bodoh akan mencari kekayaan.

Jumaat lepas tiba2 aku kena mengajar. Aku ok kalau disuruh mengajar tapi aku TIDAK dibenarkan mengajar langsung. Boleh ajar cikgu je (apa yang dia tatau la)... Kalau mengajar sesebuah kelas memang TIDAK dibenarkan. Itu adalah WARNING awal2 masa tandatangan surat perjanjian keje. Nampak macam lokek ilmu je kan? Tapi ini ARAHAN... AMANAH jugak... Siap Guru Besar kata kalau ada mana2 cikgu yang suruh aku mengajar budak2 kelas dia, lapor kat dia (GB)...

Tapi takkanlah aku nak laporkan jugak kan? Aku rasa ini hanya 'small matters' je. Apa yang boleh aku tolong, aku tolong... Dan aku yakin sangat2 budak2 ni semua tak faham apa pun aku ajar. Sebab aku tatau nak mula dari mana, nak habiskan kat mana. Cikgu tu siap buat pengakuan terbuka pulak lagi depan budak2 kelas dia. Sepanjang puluhan tahun (yang aku dengar dia gtau) dia mengajar, tak pernah tau pasal PC langsung.

Yang aku pelik tu bila dia macam takmo amek tau langsung pasal komputer jek? At least tanyalah sikit2 lepas tu try ajar budak2 ni... Takde maknanya...dia suh aku yang terangkan kat budak2 tu pulak. Aku blur sebab aku tatau nak mulakan... Aku terangkan, cikgu tu translate in English. Cikgu ni cikgu English sebenarnya dan dia sendiri gtau dia tak pernah pergi kursus2 yang berkaitan.

Dia tak pegi kursus cam aku dah taklah pelik sangat...standard la umo2 cam dia tatau pasal komputer. Mak aku tau pun sebab dia kena buat keje guna komputer (cikgu Hasmah - cikgu BM jek...). Abah pun kena gak tahu sebab dia kena mengajar muzik... Tapi dua2 lebih arif main game Zuma... Mula2 je sibuk2 nak guna komputer lepas tu game jugak akhirnya dedua masuk.

Dulu masa keje klinik, ada sorang doktor (nama dirahsiakan ye) yang umonya 61 tahun (tak silap akulah)...biasanya tanya aku macam mana nak buat apa2 kat komputer. Kadang2 dia yang lebih arif dari aku. Aku ajar apa yang dia kurang tahu. Nama pun doktor kan? Setakat komputer apalah sangat? Sedangkan bedah2 orang pun guna komputer, cek perut ibu mengandung pun guna komputer...cek degupan jantung pun komputer jugak salah satu alat yang penting.

Doktor2 muda yang locum kat klinik masa tu tak usah cakap la... Semua guna komputer canggih2... Bila tatau iAllah aku dicarinya... Kalau takde patient, sempat main game, siapkan laporan, chatting dan sebagainya. Dan tiba2 aku cam teringin nak bukak tempat tuisyen untuk orang2 yang berumo 45 tahun ke atas untuk penggunaan komputer... Angan2 tinggi aku ni. Tapi bila ingat2 balik masa aku ajar mak ngan abah, memang tak boleh nak mengajar rasanya. Sebab aku ni cepat naik angin...

Last Saturday, abah mintak tolong aku ajarkan macam mana nak buat emel. Aku bagi yang mudah2 je...kejap je tu ingatnya... Jap2 g call aku balik tanya macam mana nak buat itu ini semula... Huahuahua... Dengan adik2 aku pun aku cepat melenting...padahal diorang dah mintak tolong ajar. Tu yang semua cam malas je nak mintak aku tolong diorang... Tau nak marah jek... Sape suruh? Hahaha...sengal.

Hari ni asek sakit perut je kejenya. Dah lama tak sakit perut macam ni. Kira bersyukur jugak la... Sebab kalau dah berhari2 tak sakit perut, parah jugak. Pening pale ngan angin ade je kang... Tadi break jap sebab ada kelas Bahasa Arab. Seronok pulak tengok budak2 belajar Arab ni... Dulu2 aku kat sekolah agama je belajar Arab. Sekarang ni rasanya wajib kot? Sebab abang sepupu pun mengajar Arab kat sekolah rendah jugak. Kaifa Haluka? Ana Bilkhair (maafkan adku yang dah memang otak tepu ni...)

Tinggal lagi 12 minit aku nak balik rumah... Huhuhu... Asek kira waktu je, tu yang bila jam tertinggal kat rumah aku resah semacam jek. Bukan sebab takde benda kat tangan tapi jam aku ni cepat sikit dari jam sekolah (sukatik jek)... Padahal awal2 masuk keje dulu aku dah set betul2 ikut jawam sekolah tapi cam makin cepat pulak jam aku ni... Best gak sebab bila loceng masuk kelas lum bunyi aku dah ada kat sekolah. Takut lewat je kang. Bila balik pulak yang parah sikit sebab jam aku dah pukul 2, jam sekolah baru nak pukul 2... Nasib kome le...

Ahad, Februari 15

Careless...

Salam...

Pukul 7.46 am aku dah hampir sampai kat sekolah baru perasan yang kunci pagar takde dalam kete? Adoi, awatnya cek ni? Apa saja yang aku lamunkan pepagi ni? Mula2 dalam kete aku cuma ingat yang aku lupa bawak bekal yang dah siap2 atas meja ruang tamu. Lepas tu boleh ke kunci pulak tinggal? Dah lama aku tak careless berturut2 macam ni dalam sehari...

Pelik jugak, kenapa ek? Allah nak supaya aku tak lupa diri ke? Hikmahnya? Entah bila dapat aku tahu... Tapi memang sejarah jugaklah jadinya sebab boleh terlupa semua2 tu, yang penting pagar... Aku sempat call mak gtau pasal hal yang satu ni... Lepas tu cam tak bape nak sedap hati lak, aku tunggu kat luar (kat kantin) sebab nak jumpa Guru Besar untuk permisi... Nasib baik bagi aku keluar kejap...tak banyak soal.

Resah. Gelisah. Sepanjang perjalanan balik rumah, doa banyak2 supaya kuci ngan mangga tak hilang... Sesampai je (dalam 20 minit perjalanan), aku tengok kunci elok je tergantung (mangga solex) selagi tak kunci elok2 memang tergantung macam tu jek. Itu nasib baik teringat dan terfikir. Kalau tak, sampai sudah dan balik rumah kunci pun takde kot?

Harap2 lepas ni bertambah2 ingatan aku...apa nak jadi ni? Abah kalau tahu, masak aku dibuatnya... Masa nak keluar kejap tadi, risau gak sebab ikut jadual ada kelas mula paling awal pukul 9.15 am. Tapi sampai ke saat ini, takde satu kelas pun yang datang kat lab ni... Aku risau tengok jadual, dua2 lab ada kelas 1 waktu yang sama. Dan sepatutnya akan ada 6 kelas hari ni...tapi dah lepas 4 kelas kalau ikut waktu kat jadual ni la.

Paling last pukul 12.15 pm nanti... Aku pelik lagi ni sebab bila takde orang jaga lab ada alasan untuk tak masuk lab ikut jadual... Bila dah ada orang yang jaga ni, malas pulak nak masuk ikut jadual. Aku ni dah jadi macam orang yang keje bahagian2 keselamatan pulak. Kena bersedia tiap masa. Masa mula2 keje dulu, ada gak Guru Besar tanya masa waktu nak balik, "Ada cikgu masuk hari ni cik Hidayah?"... Jawapan aku? Geleng kepala je. Guru Besar macam kecewa jek.

Ada sesuatu mahu aku citekan kat sini... Tapi entri baru sebab nanti entri ni jadi makin panjang n meleret2 pulak...

Jumaat, Februari 13

Lagi 1 jam 30 minit...

Salam...

Lama lagi nak baliklah... Huhuhu... Patutnya Jumat kenalah ikut budak2 balik kan? Aku dulu ingatkan sebab budak2 sekolah ni semuanya perempuan dan diorang akan balik macam biasa (2.10 pm) rupa2nya sama je dengan sekolah yang mix gak. Aku lupa nak tanya masa nak sign surat perjanjian keje dulu. Pastu sampai la ni pun aku tak tanya dan mintak nak balik macam diorang sebab aku keje pun memang sampai pukul 2 pm je...lemak banyak kalo mintak nak balik awal je.

Nak cite ni... Masa sibuk2 kat wedding Nurul Haizum @ Chika la tiba2 ada nombor sesat mesej aku. Act, malam tu dah mesej tapi sebab aku tak topup jadi takdelah aku nak balas semula. Takde masanya aku nak topup semata2 sebab nak balas mesej asing. Masa kat wedding tu aku dah lepas makan n dah jumpa Nurul pun. Duduk je ngan kak Alya kat depan pelamin. Sebab teruja punya pasal, duduk jelah depan pelamin tu...

Tengah hari tu gak aku balas lepas dah redeem bonus dari talian panas (HotLink le!). Macam biasalah bila nombor yang aku tak kenal aku tanya siapa dia... Dia pun intro nama dia. Aku ada gak fikir banyak kali dia ni P ke L? Pastu dia gtau nama penuh dia. Pastu aku tanya mana dapat nombor aku, jawapannya? Dia tatau mana dapat no aku. Aku memang selalunya akan was2 tapi sesambil tu layankan gak. Tapi layan gitu2 je. Pastu gaknya aku jawab acuh tak acuh n aku gtau aku kat mana (lepas dia tanya la), dia kata kalo dah balik, mesej dia... Aku jawab balik What Eva... Sedapnya mengarah orang... Aku tak kenal dia siapa pun, lepas tu siap nak bagi arahan bagai...

Dan lepas tu layan diri kat wedding si kecil molek. Dah jumpa pengantin (masa tu dah dekat pukul 4 pm), minta diri semua, baliklah Seremban. Kat rumah masa tengah rehat2 (penat gak) tapi takleh tido. Aku gatal2kan tangan mesej balik the mamat tah ape2 tu. Aku boring gaknya tu sebab aku layankan jugak. Dalam hati takut2 gak nak layan orang yang aku tak kenal. Pastu dia mulalah tanya aku memacam soalan... Aku siap bayangkan yang dia tu cam budak2 baru nak belajar hidup. Soalan yang biasa aku dapat dalam sms...

Memang macam budak2 baru nak belajar mengayat orang...macam2 lah dia tanya. Kalau dia tipu pun bukan aku tau andainya aku percayalah. Sampai pagi gak aku layankan sms dia sebab esoknya cuti Thaipusam... Padahal kepala dah sakit masa tu... Aku ok lagi nak layan sms2 dia tapi sampai 1 part yang ada satu perkataan yang kurang enak diberi pada aku, aku jadi bosan pulak tiba2. Perkataan tu tak jelek atau hina cuma aku tak suka sebab aku kenal dia tak sampai 24 jam pun. Bila aku tanya kenapa dia panggil macam tu, dia kata tak sengaja... Sebelum2 tu dia ada call untuk ajar aku macam mana nak buat SOS Topup kat HotLink... Thanks 4 that matters (aku merapu lagik ni...)

Dia citelah yang dia keje sendiri, anak bongsu, umo 29 tahun, dok Perak, anak2 sedara ramai dah kawen - Atuk muda la ni kononnya... Aku jawab bila dia tanya jek. Aku kadang2 lupa yang aku tak kenal dia langsung... Pastu dia citelah masalah dia pulak... Dia dah 2 kali putus tunang dan alasannya sama je dedua ex fiance dia kene cekup sebab berdua2an ngan lelaki lain (tipu dia, tipulah aku kan?)... Layan lagi masa ni... Tapi masih ragu2 lagi. Takmo ada kepercayaan 100% + bukan aku yang mulakan pun. Esoknya aku mula dah tak bape nak layankan sangat. Sebabkan perkataan yang aku tak suka tu lah...

Pagi2 macam ok je aku layan. Bila dah dekat petang2 sikit aku cam malas nak layan langsung. Dan seperti kebiasaannya aku suka tanya pendapat orang lain sementelah hati aku pun sama berdetak untuk katakan TIDAK pada mamat tu... Aku on9 pastu try tanya sorang kakak yang selalu je bagi inpirasi - kak Lina... Aku tanya jugak junior2 aku via sms dan diorang semua bagi pendapat yang sama... Apalagi, aku pun setuju jek ikut cadangan diorang... Thanks a lot kak Lina, Kin, Ita dan seape je yang selalu je ada bila aku perlukan sangat2 korang... Bak kata kak Lina, kita elok2 balas, dia dok gelak2 baca sms kita dengan kawan2 dia...

Oh ye, dia mintak aku mms gambar aku. Dia pun janji nak bagi jugak gambar dia. Aku teringat kat Kin akan hal yang inilah (mms gambar). Dulu2 dia selalu cite yang dia senang gak nak bagi gambar tapi aku nasihatkan supaya untuk tidak bagi lagi kat orang2 yang mintak gambar2 dia... Tak sangka pulak aku pun kene lalui benda yang sama... Aku mms jugak lepas dia mms gambar dia. Iras2 Afdlin Shauki... Sekilas pandang je la... Aku mms gambar terbaru aku ngan si kecil molek. Lepas tu the mamat told me he didn't recieve any mms from me. Aku memang ingat dia memain je... Aku try hantar lagi. Entah kenapa aku siap berharap sangat gambar 1st tu tak sampai langsung kat dia...

Malam tu lepas dah decide takmo terjebak ngan kisah2 sms2 sesat ni lagi, aku mula layan dia so-so je. Siap call sebab nak bagi aku gambar lagi dan mintak aku mms gambo aku pulak. Aku dah memang malas gile nak layan dah masa tu. Aku jawab pun malas2 jek. Semua sokong aku dengan keputusan yang dah aku buat. Bila mms dia masuk, aku simpan je lepas tengok. Lepas tu dia sms2 lagi suh aku mms gambo kat dia. Aku bolayan dah masa ni. Dia sms2 lagi dan gtau yang dia tunggu mms aku. Aku tak gak layan, malah gelakkan je... Dalam pukul 12 lebih tak silap, dia sms aku. Antara patah2 ayat yang dia bagi:
Mesti best kan buat orang macam ni? Saya rasa macam orang bodoh je tunggu2 mms awak. Kalau tak suka pun nak kawan dengan saya, gtau jelah, saya ok. Takpelah, awak pun dah tak macam semalam. Saya doakan awak akan kena macam apa yang awak buat kat saya ni... Yada...yada...yada...

See? Suka hati dia je nak sms aku macam tu? Bukan aku yang mulakan pun dan dia tak patut marah aku. Buat sekelian kalinya, aku masih tak balas apa2... Lantak kamu le, aku takmo dah nak layan2... Esoknya dia bagi lagi sms lain... Siap cakap terima kasih pulak... Memula cam nak gak balas (mintak maaf) tapi taknak cetuskan apa2 kontroversi lagi dah... Buat aku pening bertambah2 pulak nanti. Aku ingat lagi kata2 Imah da Sabahan "Allah Knows Best...Let Them Go"... Aku pegang kata2 tu sebenarnya... Bukan aku, dia atau sesiapa pun tentukan hidup mati atau jodoh aku.

Kamu percaya Karma? Aku tak pasti sama ada Karma itu boleh digunapakai dalam Islam? Kadang2 macam benarnya ada. Sebab bila sesuatu tu terjadi dan biasanya yang tak bape baik, aku mesti fikir balik yang mungkin aku pernah lakukan apa yang dah terjadi pada aku di sekian2 hari...atau waktu. Macam hal yang sedang aku biacarakan sekarang inilah. Dulu, sebab terlalu suka pada seseoarang, aku selalu je ganggu2 dia. Dan sekaranag aku dapat rasakan apa yang selalu dia rasa bila aku selalu ganggu dia... Tapi dia memang cekal orangnya, setakat mesej2 aku bagi, apalah sangat?

Mula2 elok je 'hubungan' yang tak lebih dari sekadar teman2 biasa. Mula dengan blog, akhirnya ke emel lepas tu sms... Tapi lepas beberapa ketika, emel dan blog je yang jadi tempat berhubung. Masa ni ok lagi, smooth je semuanya. Makin bertambah2 rasa suka tu bila dia rajin emelkan aku lagu2 yang dia suka kala tu. Aku tak fikir apa2 yang mungkin tersirat sebab takmo kecewa andai memang takde apa2 maksud pun.

Entah macam mana tiba2 'hubungan' ni jadi suam2 kuku pulak. Aku ok lagi sebab aku tahu dia sangat sibuk dengan kerja2 dia. Aku kadang2 fikir adakah benar tindakan aku andai aku akui yang aku benar2 sukakan dia? Aku cuba untuk beranikan diri aku... Dengan selamba aku emel dia tentang perasaan aku pada dia. Aku risau dah masa tu... Nak tarik balik memang takkan boleh punyalah... Lepas tu dia balas emel aku tu... Aku ingat oklah lagi... Dia bagi lagi lagu lain. Lepas2 tu aku tataulah kenapa tiba2 dia jadi macam nak 'jauhkan' diri dari aku? Kalau benar tak suka, katakan saja pada aku.

Aku nampak terdesak sangat ke? Tak percaya yang tulang rusuk aku sebahagiannya ada pada lelaki yang benar2 ditakdirkan untuk aku? Hati aku sebelahnya ada pada yang benar2 tulus pada aku? Aku citekan pada 'kawan baik' adik aku...dan dia adalah perempuan lebih faham isi hati yang sebegini... Dia nasihatkan aku untuk itu dan ini tapi ikut sangat perasaan gila aku, aku lupa apa yang diingatkan. Sampai sekarang pun aku masih pergi blog dia (tapi dah tak komen lagi...takmo), sms dia walaupun nombor dia dah aku buang tapi dalam ingatan masih kukuh. 'Kawan baik' adik aku kata jangan langsung jadi silent readers dia. Aku memang sedang berusaha lupakan dia sedaya aku boleh dan hilangkan dia terus dari memori aku mungkin belum boleh atau takkan boleh? Apakah ini yang diperkatakan ramai orang 'Cinta Pertama' dan hakikatnya takkan boleh dibuang terus?

Dan semalam Ita ada gtau cuba untuk lupakan saja dia. Lelaki...tetap jua lelaki, penuh dengan egois. Aku akui itu. Doakan aku boleh lupakan kisah sedih aku ini tapi belum sampai nak menangis kerana lelaki walau pernah teringin untuk menangis sebab itu. Tak perlulah bazirkan airmata untuk lelaki kan? Aku ada 4+1 lelaki yang tak pernah buat aku menangis semahu2nya (setakat gado2 manja sepak terajang dulu selalu la...)... 1 lagi tu aku kenalah hormat dan takkan nak terajang pulak Pak Yassin aku kot? Gilo... Dulu2 aku pernah harap aku dapat hilangkan bosan dengan melayan sms2 luar dari orang lain tapi bila dah sampai waktunya, aku malas, aku bosan, aku tak betah duduk... Dan semalam untuk kesekiankalinya aku sms the mamat yang sesat tu, ngan si dia yang sedang aku citekan pada kalian yang membaca.

Lelaki itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya
Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Aku ambil kata2 ni di akhir cite Renjis 2 yang dah tamat tu... Puitis gila kata adik angkat aku. Kata Ita prosa=perosak. Perhatian kalian semua... Prosa tak sama langsung dengan Perosak ye. Harap ambil perhatian dan aku belum cek dalam kamus tebal Cikgu Hasmah apa maksud Prosa...nanti aku cek semula, iAllah. Beginilah aku bila berkisah tentang cinta yang aku tak pernah rasa langsung dengan orang yang bukan muhrim atau bukan sedarah atau sedaging dengan aku. Mungkin hujung minggu aku edit blog ni kat rumah je... Andai punya masa lebihlah... Daaa...

Khamis, Februari 12

Tulisan aku jadi font kat MS Word oooo...*Jobo (berlagak) jap...

Kalau Kau Fikir Kau Susah, Ada Lagi Yang Lebih Susah...

Salam...

Dulu aku tak terasa nak fikir dalam2 apa maksud tajuk aku. Pernah aku baca dalam satu majalah wanita (lupa nama majalah tu...). Cite pasal Rosyam Nor. Aku kagumi dia sebagai seorang lelaki, suami, ayah dan pelakon yang serba-serbi boleh. Banyak benda yang dia citekan kat dalam majalah tu.

Apa kene mengenanya tajuk ni ngan Rosyam Nor? Dia cite dalam majalah tu yang dia dulu sekeluarga orang susah (even dia dah senang pun sekarang, dia tak macam orang lain)... Aku takde kene mengena dengan dia sekeluarga ok... Cuma aku teringat yang dia cite kat majalah tu bilamana arwah ayah dia ngan mak dia selalu pesan kat dia dan adek badek dia "Kalau Kita Fikir Kita Orang Susah, Ada Lagi Orang Yang Lebih Susah Dari Kita"... Lebih kurang gitulah ayatnya. Cuba kamu semua fikir dalam2, betul ke tidak pernyataan tersebut? Aku tahu dan faham itu benar. Kenapa benar? Kadang kita mengeluh bila waktu makan, kita makan tak seenak orang lain yang lebih berkemampuan.

Itu antara contoh2 biasa... Alhamdulillah aku belum pernah rasa macam orang2 yang lebih susah dari aku sekeluarga, macam mak dengan abah masa kecik2 dulu, orang2 dekat Palestin sekarang... Maksud aku kat sini adalah waktu makan tadilah. Ada yang aku pernah baca cite diorang, takde duit nak beli makanan sampai makan bubur atau nasi dengan garam je... Mak ada gak cite masa kekecik dulu nak beli apa2 makanan yang dia suka terutamanya, kene anyam daun nipah jadi atap dan jual. Dapat duit 10sen beli dalam 10 keping biskut kalau tak silap. Mak selalu kata kalau beli apa2, makan apa2 jangan membazir...kesian kat orang2 yang takde makanan... Akhirnya aku jadi sebesar sekarang sebab taknak bazir makanan langsung. Masa aku kecik2 dulu tak pernah tak buang nasilah... Sekali makan ada je yang tinggal punyalah... Huhuhuhu...

Tapi selalu ke kita ingat nak bersyukur? Jarang sekali malah menyalahkan takdir pula akhirnya. Aku kata macam ni sebab ada orang terdekat dengan aku yang selalu mengeluh tentang hal yang satu ini. Susah sebab tak boleh itu ini. Dulu ada benda yang boleh dibuatkan sebagai alasan. Tapi sekarang ni alasan hanya tinggal alasan je. Sebab alasan2 tu semua dah tak perlu lagi untuk situasi sekarang.

Tapi tetap juga nak beralasan. Bila dia kata dia susah seperti apa yang dikata, ada lagi lebih teruk dari dia. Tapi aku lihat kebanyakkan yang lebih susah sebolehnya untuk tak mahu dilihat sebagai susah. Maksudnya di sini berusaha sedaya mungkin untuk menjadi lebih baik. Jadi fikir2lah yang susah kita tak sesulit orang lain. Kita takkan boleh jadi orang lain macam mana mungkin ada yang mahu jadi macam kita.

Bila dia fikir dia tak boleh kenapa orang lain boleh? Tau pulak jawab itu orang lain bukan dia. Kenapalah terlalu banyak alasan yang dicipta lebih dari usaha? Kata orang jangan selalu mengata orang nanti terkena batang hidung sendiri. Andai dulu aku tak mahu terima hakikat sebenarnya bahawa perumpaan ini memang ada betulnya tapi aku akur ia memang benar2 terjadi... Serius aku kata! Maknanya aku ada mengata oranglah ek?

Sebolehnya taknak menulis sesuatu yang menjurus kepada 'mengumpat' orang lain. Pernah aku jadi seorang yang sangat suka menyibuk dan mengambil tahu akan hal orang lain. Bila difikir2 kembali dan tau apa natijahnya aku cuba sedaya mungkin untuk berubah. Bila sungguh2 iAllah Allah senangkan jalannya. Sekarang ada jugak ambil tahu tapi dah tak separah dulu lagi. Bila bertanya lebih2 sikit nanti kita yang dipulang paku buah keras. Adoi...

Jadi harap2nya aku dan kalian boleh untuk tidak mengeluh walau halnya sebesar kuman (biar tak nampak pun)... Ingat yang bukan senang kita nak jadi senang kan? Fikir2lah...

Selasa, Februari 10

Tahniah Dik...

Salam...

1st time jumpa si kecik molek ni... Memang tak pernah termimpi dan tersangka2 (selama ni selalu mintak nak rasa cane agaknya sesuatu yang tak pernah dimimpikan tiba2 jadi)... Alhamdulillah, perjalanan menuju destinasi sangat menyenangkan dan memudahkan aku yang ditemani oleh kak Alya (dia selalu ada bila aku perlukan...tq a lot kak).

Perjalanan bermula lepas amek kak Alya kat rumah dan isi minyak. Perasaan nak ke lokasi berlangsungnya Hari Besar (definisi dipinjam dari Hidd) si kecik molek yang diadakan di Cheras adalah bercampur baur, debaran sentiasa ada, risau, bimbang semuanya bersatu.
Sesampainya kami ber2, baru pukul 11.33 am kalau tak silaplah tapi memang terlalu awal sebenarnya. Fikir banyak2 kali untuk berjalan kemana2 dulu atau tunggukan saja sampai tiba waktunya?

Kalau nak keluar balik, confirm takkan ada ruang untuk aku bila kembali semula...
Duduk2 dulu dalam kete lepas tu decide untuk terjah je kenduri si kecil molek. Sepakat membawa berkatkan? Redah je walau ada rasa malu yang sangat tebal di kala itu. Di kejauhan aku dah nampak wajah seseorang yang aku yakin aku kenal. Aku je kenal, sang punya wajah tak kenal aku pun... Ma kepada si kecil moleklah... Peramah sungguh Ma si kecil molek... Kalaulah aku tak beritahu yang aku adalah kawan blognya si kecil molek mungkin aku tak tahu nak buat apa. Malu juga nak katakan diri ini sebagai kawan blog si kecil molek tersebut sebab terlalu sekejap aku kenal si kecil molek tersebut.