Khamis, Mac 26

Atok Mak!

Salam...

Entri ini aku tujukan khas untuk Atok Mak yang tersayang. Sangat disayangi oleh semua anak2 Atok Mak, cucu2 Atok Mak, cicit Atok Mak, adik2 Atok Mak...
Hari ni Hari Lahir Atok Mak yang ke-72 tahun *harap2 betul kiraan aku ni... Tahniah kat Atok Mak sebab sampai hari ni Atok Mak masih sihat walafiat *sakit2 lutut tu biasalah... Kita memang tak rapat ngan Atok Mak pun... Cuma sejak2 arwah Atok Ayah meninggal je baru kita nak cuba2 rapatkan diri kat Atok Mak...

Cool comment CLICK HERE !!!
Kita cuma nak sampaikan ucapan Selamat Hari Lahir - 72! Semoga Allah selalu merahmati Atok Mak selamanya... Sayang Atok Mak sangat2...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selasa, Mac 24

Entri Tak Bertajuk...

Salam...

Tak bertajuk pun jadi bertajuk jugak... Sampai tatau nak tulis tajuk apa lagi... Hah! Macam biasa hari2 dengan perasaan freenya aku on9. Aku ni macam orang takde keje langsung. Hari2 free 0n9. Sampai ada yang tegur, tak keje ke? Hahahah, sejak keje kat lab ICT ni aku buat macam CC aku sendiri je... Cite2 je besar nak bukak CC, hampeh...

Mula2 masuk keje tetakut gak nak guna PC n internet sebab teringat tempat keje lama. Pantang cuit sikit je IE atau Mozilla... Dari dalam bilik yang cermin besar tu pun bos2 boleh nampak. Dah le bos aku tu 3 orang. Main game pun tak boleh wa cakap lu... Kata orang pandai buat pandai2 la simpan... Diorang nampak je n macam tunggu2 je nak sergah aku sebab main game atau melayari internet *ayat skema lol...

Tapi bila yang bertugas untuk dedua lab ni kata kalo boring guna je komputer ngan internet aku jadi seperti "Orang mengantuk disorongkan bantal"... Tak sedar diri tu sampai tatau nak bukak laman apa lagi dah sekarang ni. Yang bestnya sebab kalo nak buat blog ke, diari on9 ke, setakat ni lum kene block lagi la. Kalo block pun selalunya website lagu2, youtube dan seangkatan dengannya.

Awal2 aku guna nak tengok blog2 yang biasa aku tengok asek kene tekan button apa tah banyak2 kali. Lelama biasa sudah aku dengan keadaan camtu. Yang tak bestnya sebab koputer ni lembabnya sama macam masa aku belajar kat kolej dulu. Ya Tuhanku... Cepat sikit masa nak loading gambar je. Kat kolej dulu memang makan hati berulam jantung aku dibuatnya... Masa tu takde rasa nak beli laptop ke, pendrive mahal2 ke...

Rasa macam dah cukup apa je yang aku boleh dapat masa tu. Sebab bila dengar sorang kakak feveret ramai orang ni dapat hadiah laptop dari mak dia *kakak ni memang pandai sangat2... Harga yang dia gtau kitorang rm5,000 ++ tak silap aku la... ke 2x ganda macam tu la. Kalo dibandingkan dengan harga sekarang berlipat kali ganda tu... Tapi memang sesangat bertuah... Kete pun mak dia bagi jugak... Indahnya ye?

Kawan seorang lagi dapat hadiah pendrive a.k.a. thumdrive pakwe dia kasi la masa tu 1gb n harganya rm 200 ++ ... Punyalah nak terbeliak mata mendengar. Masa tu beli CD je cukup dah. Sekarang ni 1gb bape sangat harga kan? Siap boleh dapat hadiah pulak kalo beli laptop ke... Perbandingan yang memang jauh ketara. Masa tu sekitar tahun 2003 - 2004 macam tu... Sekarang 8gb pun tak mahal mana. Tapi orang semakin suka dengan external hard disk. Sebab lagi besar memori... Aku suka tapi belum terfikir nak beli.

Masa *berapa banyak MASA daaaa...? kat tempat keje lama tu jugak, bos ada EHD sendiri tak ingat berapa ruang memori tapi besar lebih dari sekarang n berat pulak tu. Aku suka sebab banyak gila boleh simpan dalam tu. Movie2 ke, cite2 ke, apa2 jelah... Cumanya takut cepat rosak kalo tak berhati2 sebab fragile... Harga bukannya murah *sesuai dengan barangnya dan berbaloi... Kalo banyak keje yang rasa2 takut hilang dalam PC2, baik beli la... Aku ingat pun macam nak beli tapi kene tunggu bila2 duit tak rasa nak beli benda2 lain...Kang mula2 je berkobar2 nak beli alih2 melencong kot lain duitnya tu...

Erm, sebenarnya nak cite pasal budak2 yang masuk sini tadi. Diorang ada kelas n aku sempat amek gambo diorang tanpa diorang sedar + video pendek. Kesian kat ustazahnya sebab kene menjerit n aku rasa suara ustazah diorang ni nyaring sebab asyik menjerit je kot? Kelakar tengok gelagat budak2 ni. Comel2 pulak tu. Nak angkat tinggi2 hp takut dorg perasan je... Mana tau bila perasan kang tiba2 berposing pulak... Diorang darjah 1 n for the 2nd time budak2 darjah 1 masuk sini. Semalam ada 1 kelas tapi cuma melawat je.

Ni yang aku pelik ni sebab nama2 kelas ngan cikgu2 nya yang sepatutnya guna lab2 ni takde pulak masuk... Orang lain pulak yang nak masuk sini... At least ada jugak yang masuk daripada tak guna lab2 ni langsung...

p.s.: lambek eh nak pukul duo ni... alahai... video aku post kemudian...takde cable!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Isnin, Mac 23

Rasa Antara Kita

Salam...


Selalu dengar tak orang omongkan begini?
"Aku bukan minat dia sangat pun TAPI bila dia pakai macam tu, cantik pulak aku tengok" ,
"Bukan bagus sangat pun dia tu NASIB je tu" ,
"Dia tu bukan pandai sangat berlakon pun, SEBAB dia cantik je orang amek dia berlakon" ,
"Suara dia bukan sedap mana pun TAPI..."
.....bla...bla...bla...


Tapi dalam sibuk2 cakap begitu, sedar tak sedar diri masih mengambil tahu walau sedikit saja perkembangan sesiapa yang dikata tu. Ramai yang kita boleh contohkan dan kenapa orang kata macam tu pasal sesiapa tu. Tak suka tapi amek gak tau...huh!

Nak puaskan hati semua orang mana boleh? Kita pun sama jugak kalau dalam hal yang sama cuma kita tak rasa je apa yang sesiapa tu rasa... Dan kebanyakkan dari kita suka sangat tengok orang lain jatuh tersungkur... Menolongnya tak mahu cakap lebih je tahu... Tapi manusia biasa tetap manusia biasa...

Kalau bab nak sokong kebolehan atau kejayaan orang lain macam liat je nak buat...kenapa yek? Yelah, manusia kan tak suka tengok orang lain lebih bagus dari dia, lebih baik dari dia, lebih kaya dari dia, lebih segala2nyalah dari dia... Tolong ingat ye yang takde sorang pun manusia yang sempurna kat dunia ni... *nabi & rasul tu cite lain...


Aku bercakap atas dasar kesedaran diri... Aku pun sama je macam orang2 yang aku tulis kat sini... Macam Siti Hajar cakap pasal budak2 AF season ni, kita ni lebih suka mengadili apa yang kita nampak bukan nak kenal dulu... Kalo muka cantik perangai tak semenggah buat apa? Macam tu jugak sebaliknya... Jangan sampai sudahnya kita menyesal pulak sebab salah tafsir...!


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, Mac 18

Tahniah!

Salam...

Aku tak bijak nak menulis dalam English la... Takut salah tapi hentam sajalah labu! 1st n foremoss, entry ini ditujukan khas buat teman alam maya yang aku kenal akhir tahun lepas... Tahniah for the 4 weeks n 6 days itu. Jaga diri kamu baik2 ye teman? Paling aku suka sangat adalah kerana nama kami sama... Hidayah! What a wonderful world? Hahahahah, suka2 tambah ayat bagi sedap kononnya. Tapi dia ada Noor dan kami tidak berbintikan nama ayah yang sama...
Takpe at least kita ditemukan juga walau bukan dengan 4 mata... Aku suka baca entry2 dia sebab sungguh, dia bijak menulis. Hidd *nama panggilan yang sangat comel, kalau awak menulis buku ke satu hari nanti kita pasti akan jadi antara yang pertama membelinya! Dan kami sebaya... Dia dan suaminya disatukan akhir bulan tahun baru 2009... (Januari lepas da...)
Kata orang lagi ye... ini dinamakan sebagai bunting pelamin... Nama bunting tu macam apa je kan? Rezeki buat kamu ber2... Berita gembira yang sangat2 buat kami semua pengikut susudalambotol teruja... Sentiasa jaga diri ye? Tahniah lagi... Hari2 yang bakal dilalui pasti lebih manis dengan kehadiran bakal cahayamata...

p.s.: mak ke Singapura - Sabtu balik sini... aku? bosan sangat dah ni... to hidd, patutlah semalam perut memulas2 tapi takmo membuang rupa2nya ada berita gembira...hurm...ada kene mengena ke? kita gurau2 je... :P

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selasa, Mac 17

Banyak Benda Nak Cite...

Salam...

Mentang2 dah lama tak tulis apa2 ni, ada je benda nak kongsi. By the way saja nak menjeleskan semua orang yang aku diberi cuti sampai Khamis ni... Tapi Jumaat ni kena keje la pulak...huhu... Sila bersyukur wahai Hidayah... :P

AF lagi...
Biasalah aku kan suka komen... 1st impression yang aku rasa - tak excited. Tatau kenapa ye? Macam ada something yang tak dapat nak tarik perhatian aku sebagai antara penonton setia. Mungkin awal2 lagi ke? Entah tapi tengok jelah minggu depan ye? Harap2 tak macam RL3 yang lepas bilamana aku teruja nak tengok pun bila dah masuk minggu2 akhir diorang buat persembahan...

Cerekarama - Ku Mohon
Best jugak dan macam mana ekspresi pertama mak ayah mertua Julia Qadija Abdullah a.k.a. Elaine Daily tu, macam tu jugak yang pernah aku rasa. Aku ada kawan - ex junior masa belajar dulu2. Aku pernah je terasa dan terfikir yang dia ni betul2 tahu ke pasal Islam sepenuhnya? Dia tak berlagak atau apa tapi aku je nak rasa yang tak elok.

Percaya atau tak, ada benarnya kata2 Fahrin *aku lupa nama watak dia, yang mungkin teruja nak berkongsi tentang apa yang dia baru belajar *isteri dia dan mualaf2 lain so dia mungkin tak tahu macam mana nak tegur atau bertanya dengan betul bagi mengelakkan orang terasa. Dan sepatutnya kita sebagai insan yang memang Islam sejak azali patutnya berkongsi dan bersama2 rasa keterujaan tersebut...

Dan janganlah rasa terkejut bila diorang lebih tahu dari kita yang Islam ni. Tapi satu je halnya bila diorang2 ni nak tau lebih mendalam tentang Islam tapi takde siapa yang benar2 mahu menunjuk ajar. Lepas tu dah tak kukuh rasa percaya pada agama yang diorang pilih ni. Aku suka je nak ajar tapi aku juga masih banyak yang kurangnya... Kalau tak tahu tanya saja pada yang lebih arif sebab salah punca, lain jadinya...

Al-Mahdi...
Rasanya aku tengok malam tadi ke malam semalan tah... Cite pasal ajaran sesat. Aku tak pasti sama ada ni ke cite yang aku tunggu2 sejak dulu tu... Yang mana bila kat sekolah semua orang cakap pasal cite tu... Macam cite ni aku tengok bila dorang jumpa sama2 dorang, dorang akan cakap "Barakat... Selamat"...

Pelakon utamanya? M. Rajoli la kan? Dulu2 selalu sangat bawak watak2 yang macam ni... Ajaran sesatlah, buat jahat pada anak tiri sendiri la n macam2 lagi... Yang tak tahannya masa dalam cite ni dia bagi ceramah pasal Ulama'... Tau apa definisi yang dia bagi? Ulama' tu maksudnya Ular Dalam Semak... Boleh gitu? Ada pulak terfikir nak bagi maksud macam tu...? Sama2 doakan kesihatan M. Rajoli ye?

Cuti...
Semalam aku ke sekolah untuk pastikan sama ada aku ni cuti atau pun tak... Aku jumpa CC dan tanya, jawabnya? "Tak tahu, siapa bayar gaji awak?"...intonasi dia biasa je n takde tanda2 nak marah ye... "Bayar gaji? Sekolah la kot? PIBG?"... aku jawab dah macam dalam pertandingan menjawab soalan kuiz la pulak... "Pergi tanya Guru Besar"... Beri salam dulu ye kawan2 dan adik2 sekalian... "Cikgu, saya nak tanya, saya ni keje ke cuti ye?" ... "Awak datang Jumaat ni je sebab nak tengok2 komputer2 tu" ... Itulah jawapan yang aku tunggu2 pun selama ni...

So sejak semalam aku mula cuti sampailah Khamis ni ye... Dan semalam juga pagi ni aku tak on9 sebab ada keje nak diselesaikan, biasalah bila kat rumah selain tido rumah perlu dikemasin juga ya?

Ponti Anak Remaja
Cite yang best! Lisa Surihani & Liyana Jasmay adalah 2 insan yang comel. Kombinasi yang baik bila berlakon cite2 yang macam ni. Kalo jadi kawan baik ok, jadi adik beradik ok... Aku ye2 je ingat nama Ponti Anak Remaja tu cam nama anak2 orang Asli ke rupa2nya memang dia pontianak. Huhu... Tapi memang bet layan cite tu nak2 aku sorang je yang gelak sakan bila tengok. Orang2 lain semua sibuk ngan hal memasing...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Khamis, Mac 12

Aku Pening!

Salam...

Ini kisah semalam. Rabu memang hari yang sibuk sikit untuk aku sebab ada 2 kelas... Cikgu yang sama, kelas lain2... Dan bising memang sama je dedua kelas... Cuma kelas awal pagi cam agak behave dan dengar kata selalunya la...

Aku selalu rasa nak marah dan rasa bengang bila budak2 ni selalu main2 kerusi yang diorang duduk tu. Mentang2 boleh naik atas, turun bawah *kerusi boleh laras tu la... Main pusing2 kerusilah, main macam2 lagi. Bila aku geram aku diam je tapi buat2 lalu sebelah diorang, belakang diorang dengan harapan diorang faham yang aku tak suka diorang main2 kerusi tu semua.

Bila aku bergerak dari tempat aku duduk, diorang diam je macam statue tu dan bila aku dok belah kiri yang kanan pulak bising dengan bunyi2 kerusi... Bila aku buat2 pindah tempat kat belah kanan, kiri pulak mainkan peranan diorang. Kalau aku ni HULK lama dah tukar HIJAU badan aku ni agaknya dan tambah2 besar... Tak...tak, aku masih manusia yang waras... Jangan bimbang ye?

Pernah sekali kelas kedua cam buat hal sikit. Bukan semua tapi yang dok dekat2 dengan akulah masa tu... Memang mencabar kesabaran betul masa tu. Lagi aku pandang lagi dia buat muka toye... Lepas aku pandang tempat lain sekilas je, dia main tekan2 keyboard depan dia tu. Macam sengaja nak bagi aku lagi marahlah tu konon2nya... Aku memang pandang je budak tu dan sampai saat ni aku masih ingat budak tu dengan scene2 tu sekali aku memang ingatlah... Act, diorang ni terlalu excited bila dapat masuk ICT lab ni. Padahal tengah belajar kelas English...

Itu 2 hal. Hal lain pulak, bila masuk lab yang sentiasa sejuk dingin dengan pendingin hawa ni, stokin yang sentiasa terperam dalam kasut membaluti kaki2 diorang yang comel2 tu... Baunya jangan cakaplah, naik pening kepala aku dibuatnya. Tolonglah adik2ku sekalian... Dulu2 aku jarang ingatkan diorang dan bila one of the teacher dah suh aku ingatkan budak2 ni supaya bukak kasut DAN stokin sebelum masuk, aku gtau cikgu tiap2 kelas yang akan gunakan lab ni...

Tapi ada jugak yang bingai *degil... Takmo dengar arahan... Selamba je masuk ngan stokin2 yang berbau tu. Memang tak kotor tapi bau dia... Walawei... Aku mau pengsan tau nggak? Dan satu halnya lagi, bila badan2 diorang turut menyumbang kepada 'haruman' ni... Kelas kedua masuk selepas rehat. Memang baunya memang kalahkan bau deodoran yang aku pakai awal2 pagi... Sebab masa rehat kan berlari2 bagai, menjerit sana sini macam kene kejar padahal semua perempuan je...

Masuk2 je lab semalam siap kepakkan pulak tangan tu *mendepa sambil tangan kanan dan kiri terbuka luas... Konon2nya sedaplah tu masuk bilik yang sejuk... Hadoi, nasi aku tak jatuh terjelepok kerana bau tu. Kalau adik2 aku atau adik sepupu aku tu mau aku panggil pastu sound dia punyalah... Sosak napeh den jap ha...

Aku ni galak betul bercerita kan? Sedangkan dulu2 masa aku kecik2 pernah je alami benda2 ni semua tapi benar yang aku tak pernah punya kaki yang berbau... Kalau bau badan tu adalah dan bila aku tingkatan 4 baru lah aku perasan bila Abah tegur... *terukan aku alahai... Sebelum2 tu memang tatau dan tak sedar langsung. Nasiblah Abah yang tegur, kalau tak...sampai bila2 aku tatau semua tu. Orang lain yang memandang kita itulah cermin diri kita...

Dan bila aku masuk kolej ada je kawan2 terdekat yang punya masalah yang sama dengan aku tapi aku tatau cara yang sebenarnya untuk tegur diorang sebab kalau salah cara aku pasti akan membawa kepada salah faham punya! Tapi kalau ada yang memang tegur aku memang aku akan terima dan cuba atasi masalah tersebut.

Dan sekarang kalau takde deodoran memang aku tak selesa... Cuma sebelum guna deodoran spray ni memang aku alah sikit dengan semua jenis deodoran sebab bila guna je mesti akan gatal2 punya... Dengan spray ni pun adakala alah jugak tapi lama2 ok dah... Dan kalau pergi mana2 mesti nak pakai deodoran+pewangi lain yang boleh sembur kat pergelangan tangan+leher... Kalau beli yang ratus2 tu memang tahan laam baunya tapi aku punya takdelah semahal tu... Kalau dah cecah rm30 tu aku rasa dah mahal sangat ngan aku...huhuhu!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Lemon Tree...

Salam...

Back into 1996 - Aku tingkatan 1 kala itu. Full of memories... Maaf, aku tak bijak berbahasa Inggeris, sikit2 bolehlah. Lagu ni mula2 sekali dengar masa sebelum nak sekolah *andai aku tak salah... Asal petang2 je mesti terngiang2 kat telinga waktu pulang dari sekolah. Semua budak2 sukakan lagu tu rupa2nya. Dan waktu tu lagu tu diubah melodinya oleh kumpulan lain. Tau nyanyi je...tatau apa nama kumpulan... :P

Pagi2 tadi Sinar.FM pasang *Sinar Pagi... Tu yang cam teringat kembali je apa yang terjadi masa dulu2 bila aku dengar lagu ni... Tak banyak benda boleh aku kaitkan tapi memang akan membawa aku melayari kenangan2 waktu dulu...
Dah le sekolah masa tu penuh dengan lelaki sebab aku dan kawan antara yang awal masuk sekolah tersebut sebagai pelajar perempuan. Sebelum2 tu semuanya lelaki - Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, biasalah... Ni kat etaling Jaya tau bukan Klang sana. Aku dah masuk kolej baru tau yang sekolah ni ada kat Klang jugak rupa2nya? Aku yang sengal...
Ada banyak lagi lagu2 lain yang memang banyak kenangan2nya...dan ada lagu2 yang bila dengar mesti ingat pada sesuatu. Kan aku ni mudah ingat sampai bila2 apa yang terjadi pada aku atau sekeliling aku... Jadi jaga2lah sesiapa yang mungkin ada aku dalam insiden2 yang terjadi pada kamu2 semua... *tak semualah tapi yang ada kaitan ngan aku je...mana mungkin aku kenal semua di dunia yang fana ini kan?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, Mac 11

Laskar Pelangi...

Salam...

Lama dah nak tulis pasal hal yang satu ni. Huhuhu... Cumanya seperti biasa, aku ni kan selalu je terlupa. Lepas tu malas la, apa la... Ni dah teringat tu yang aku buat entri khas untuk ni... Selalu tu dengar je lagu ni dan buat pertama kalinya aku terus jatuh cinta pada lagu ni...


Terima kasih yang tak terhingga pada Ummu Solehah - anak mantan pengetua dulu... Memang tak kenal personally tapi pernah tau pasal Solehah dari adik dia yang sekolah sama dengan aku masa tu la... Tahun 1999... 10 tahun sudah... Adiknya nama Ummu Sakinah. Rapat tak rapat jugak sebab masa tu Sakinah 11 atau 12 tahun macam tu la. Kat sekolah tu pelajar bermula dari umur 7 tahun sampailah tingkatan 4... Unik kan? Jarang kot sekolah yang ada murid yang muda sesangat masuk asrama? Ke aku yang tak tau?


Yang penting urusan membeli telah selamat disempurnakan awal2 bulan Feb 2009. Terima kasih lagi Solehah...! Akak memang banyak susahkan Solehah je... Kejap2 nak lekat ayat2 tu kat bukulah kejap takmo. Disebabkan lambat bertanyakan alamat seseorang tu, akak halakan buku tu kepada seorang yang lain... Tapi at least termakbul jugak hajat ni nak balas hadiah kepada seorang tu - Huda... Tq to Huda jugak sebab sudi terima... Huhuhu... Jauh tu hadiahnya, import dari seberang...

Akak minta maaf sekali lagi pada Solehah sebab susahkan Solehah dari mula akak minta Solehah belikan buku, carikan cd sampailah poskan pada akak... Tersangat terhutang budi ni... Lain kali jangan serik berurusan ye? Wah, macam akak pulak yang jual kat Solehah... Jaga diri bebaik...

futnot: kenapa mesti futnot kat blog sendiri? suka hatilah, nama pun blog sendiri kan? :P
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Isnin, Mac 9

Thank You, Arigatou, Merci, Danke, Gracias, Syukran...

Salam...

Ucapan pada tajuk tu untuk semua blogger yang sudi tolong tunjuk ajar pasal iklan Nuffnang yang satu ni... Selagi tak nampak dengan mata sendiri iklan2 tu kat blog ni, sampai sudahlah aku kebuntuan... Aku sangat sengal.

Apa2pun terima kasih sangat2 sudi tolong... *yang sudi komen kat entry semalam...

AF7...
Nak komen pasal Tirai AF7 yang 1st n 2nd... Ini pendapat aku sendirilah. Bila tengok diorang ni nangis2 terharu sebab dapat masuk AF ni aku pulak yang rasa macam2. Kalau dulu2 masa musim awal2 rasa cam excited jugak tengok bila ada yang berjaya memboloskan diri ke dalam rancangan tu. Dan bila setiap tahun acara ni seperti wajib je diadakan, aku dah tak rasa sangat keterujaan tu. Dah terlalu banyak rancangan yang sama dan serupa AF7 ni.

Dan bila malam tadi tengok penyingkiran oleh cikgu2 diorang...ada yang tak dapat masuk, menangis sungguh2. Padahal bukan calang2 jugak diorang tu. Ada yang tengah study Ijazah Pendidikan, keje ngan suami sendiri dll. Aku rasa baik diorang tersingkir semalam supaya takde rasa malu bila tersingkir depan orang ramai dan bila nyanyi tak sebaik yang diajar...

Ini hanya komen peribadi aku ye? Bukan nak kondem orang atau berlagak pandai. Setiap orang punya fikiran dan pendapat masing2. Tak salah kan kita nak komen? Asal jangan melampaui batas...

Maulid Nabi...
Salam Maulidur Rasul semua... Cuti semalam tak kemana2 pun. Setakat bangun lewat tu memang perkara biasa+tengok tv lagi best. Melingkar macam ular dok ngadap tv. Huahuahua...

Selepas Cuti...
Bangun pagi walau mengantuk sebab kene keje+ada orang dari Putrajaya nak datang *Yonna...pegawai2 dari tempat awak nak datang melawat sekolah ni...huhuhu. Minggu lepas adalah kursus untuk HEM sekolah2. Aku selalu tau orang panggil Penolong Hal Ehwal Murid... Tapi HEM saja tatau ketua ke apa... Pastu adalah sorang ni yang kursus HEM jugak *dia sorang je lelaki masa tu yang aku nampak la, melawat lab ICT ni. Pastu cam apa je dia kata "Yelah Sekolah Kluster tapi komputer banyak yang rosak2...". Apadaaa, aku pun terasa termalu disitu ye. Nak tau apa nama sekolah, aku takmo dedahkan takut nanti kalau salah tafsir kang naya aku...

Dulu2 mana tau apa maksud Kluster tu, aku tanya mak. Mak kata sekolah pandai...gitulah. Aku ingat cam sekolah asrama ke tapi hapekejadahnya nak asrama2 pulak sedangkan diorang ni sekolah rendah lagi+makbapak masing2 kaye raye... Sama je macam sekolah2 lain cuma istimewa sebab Kluster tu la... Macam bunyi Kasta pun ada jugak tu...

Dan masa tiba je kat sekolah n budak2 semua dah on the way masuk kelas, aku nampak ada sorang budak lambai2 tangan kat aku. Yes, akhirnya dia tau aku ada kat sini. Dia sangat comel, chinese look pulak. Anak doktor pulak tu... What a small world! Wah, sudah mula madah helah aku. Bila dengar suara dia macam kartun pulak, sangat kecik+halus je. Dia ada kakak sekolah sama kat sini. Tua setahun je dari dia. Kira dia darjah 4+kakak dia darjah 5. Dedua rupa Cina tau... Dedua pakai cermin mata... Tapi yang bezanya dia adik+bongsu+peramah. Kakak dia cam agak jaga standard lebih la...

Pepandai je komen pasal anak orang. N she called me 'kakak', not 'makcik', 'acik', 'aunty' and so on. Aku sangat terasa tau. Ada gak yang panggil aku 'sister' tapi bunyinya macam kat sepital Indon dengan kat tempat Kristian sembahyang pulak... Huhuhu. Aku kenal ini budak dari masa mak dia selalu locum kat klinik tempat aku keje dulu2 tu. Mak dia selalu bawak dia n memang tak pernah tinggal dia punya. Kakak dia ngan ayah diorang. Tu je aku tau n kata doktor lain mak diorang ni ada keturunan Cina+kawen ngan ayah diorang yang memang Cina...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya





Ahad, Mac 8

Tolong Ajar!

Salam...

Saja2 testing buh iklan Nuffnang ni tapi kosong je la pulak... Cuma yang keluar perkataan kecik 'ads Nuffnang'... Blog lama dulu pun aku dah bu tapi kejap ada iklan kejap takde. Aku sebenarnya tatau cane nak buat dah ni. Maklumlah English tak bape nak bagus so tak faham sangat...apa yang dikehendaki.

Sama ada aku kene pilih iklan atau biar je nanti iklan masuk sendiri? Aku pening dah fikir jalan penyelesaian ni... Kalau ada sesiapa yang sudi nak bantu, tolonglah ye? ;) ...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Tagged Dari Nad...

Salam...

1. Nama Gelaran masa kecil yang tak pernah kamu beritahu sesiapapun:
- Dayang2... Pakcik yang panggil, sampai sekarang pun masih panggil Dayang2...malas nak panggil nama sebenar. Huh!

2. Katakan kamu bakal dapat durian runtuh, kamu akan terus pergi melancong atau melakukan kebajikan:
- Dua2 sekali, ok?

3. Jika kamu tidak pernah bertemu kekasihmu sekarang, bagaimana agaknya kehidupanmu sekarang?
- Sekarang pun masih belum bertemu sesiapa...

4. Pernahkah kamu mendapat firasat tentang kekasihmu, dan ia benar-benar terjadi?
- Belum pernah...

5. Kuasa apa yang kamu inginkan jika diberi pilihan?
- Boleh faham semua orang tanpa diberitahu... ;)

6. Semasa kamu kecil, pernahkah kamu membawa pakaian dalam beg dan lari dari rumah? Kenapa begitu?
- Pernah terniat tapi tak pernah buat pun sebab konon2 nak protes macam dalam tv tu...

7. Jika kamu berpeluang untuk putar kembali masa, bilakah masa itu?
- Masa kecik2...

8. Bilakah waktu paling lama kamu tak mandi? Jujur ya.
- 24 jam... *teruknya???

9. Siapakah seseorang yang pernah hadir dalam hidupmu, dan kamu mahu dia kembali semula seperti sebelumnya?
- Siapa itu adalah rahsia tapi memang impikan dia kembali seperti dulu cumanya takdir tetap takdir kan?

10. Pernah berangan dapat kahwin dengan selebriti tak? Dan jika diberi peluang, selebriti manakah yang menjadi pilihan kamu?
- Tentulah pernah...hahaha. Selebriti mana ye? Adalah...

Tagging:
- KakLina
- Hidd
- Nurul @ CHika
- Yonna
- Kak Dyla
- Imahtul
- Solehah


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Sabtu, Mac 7

Yeayy! Update Live From Home!

Salam...

Sepah Menang!
Macam yang aku jangka *orang lain jugak mungkin... Sepah 1st, Jihan 2nd & Amir 3rd. Aku pulak yang excited tapi aku suka. Mula2 memang tak rasa ada yang best langsung kat Raja Lawak Musim 3 ni. Bak kata oranglah, 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'...sebab aku masih suka pada Juara Raja Lawak Musim 2 dulu... Rasanya tak sampai setahun lagi Nabil jadi Juara dah ada yang baru. Mungkin sebab tu alasan aku untuk tak menerima dengan mudah kehadiran peserta2 baru musim ni. Dan semalam dah terbukti segala2nya selepas 10 minggu berlawak depan orang secara live. Tahniah untuk semua sebenarnya!

The Phantom of The Opera!
1st time suka pada lagu Masquerade dalam cite ni. Rasanya cam filem tapi aku tak pastilah pulak. Aku tau pasal filem ni dan lagu2nya pun masa keje tempat lama dulu. Masa wedding anak kenamaan ni, adalah sepupu2 dan adik dia buat persembahan untuk pasangan pengantin tersebut. Dahlah comel pulak tu adik sepupu dia menari... Kalau terlupa step tengok je kaki sepupu2 yang lain. Semalam finally dapat jugak tengok cite ni.



-semalam rasanya dah dipotong separuh (permulaan lagu) scene untuk lagu Masqurade -

Aku cuba untuk menahan mata dari terkatup tapi lepas dapat tengok scene lagu Masquerade akhirnya aku mengalah dan masuk bilik. Cite ni sangat best sebab nak bercakap pun sambil menyanyi. Cite pasal Phantom yang maksudnya Hantu. Baru aku tau semalam, ok? Dan sebab mengantuk sangat2 aku tak dapat habiskan tengok cite tu. :( ...

futnot: ada lagi aku nak tulis tapi lupa sudah...arghhh! aku sudah tua rupanya...

Jumaat, Mac 6

Hati Ini...

Salam...

Aku tak sangka aku berjaya juga akhirnya. Berjaya lupakan seseorang yang memang aku nak lupakan sejak pertengahan tahun 2007. Baru sekarang aku berjaya. Nak kata 100% tu tak mungkinlah tapi hati aku dah tak berdebar2 macam dulu lagi kala aku tengok gambar dia. Tapi tetap jari2 ni sejuk je bila bercerita pasal dia.

Dengan bantuan nasihat kawan adik aku *selepas setahun dia nasihatkan aku, dengan bantuan kawan2 sekeliling dan kawan2 YM aku berjaya lupakan dia. Aku bangga dengan diri aku sebab aku tak sangka aku berjaya.

Dalam hati aku ni masih ada dia dan ingatan aku juga dia ada. Cuma untuk meletakkan dia sebagai yang utama selepas keluarga adalah tak mungkin untuk masa ini atau bila2. Tapi seperti orang kata Kita Hanya Merancang DIA Menentukan! Aku tahu tu dan aku percaya tu. Aku cuba lawan diri sendiri yang aku boleh lupakan dia untuk selamanya.

Mula2 memang payah tapi aku cuba demi kebaikkan semua. Wah! Statement artis pun kalah. Mula2 aku cuba buang nombor telefon dia *banyak kali fikir sebab takut hilang dari kepala otak ni, buang gambar2 yang aku cilok senyap2 *perangai tak semenggah, jangan tiru tau? Semua yang ada kaitan dengan dialah aku buang. Ni kes betul2 berani mati punya la...

Dan sekarang seperti yang aku harapkan aku berjaya lupakan dia. Alhamdulillah, sebab aku sebenarnya terlalu berharap pada yang tak sudi je selama ni. Kadang2 berangan sorang2 kata yang mungkin ada seprais untuk aku ke? Berangan tak sudah aku ni. Hentikan mimpi ye!!!

Tapi ada lagi benda yang aku tak boleh buang tapi sedang cuba. Jadi stalker atau silent reader blog dia. Dulu konon2 takmo komen, tapi komen gak kat blog dia. Sekarang ni takmo dah komen2, datang pun sekadar sekali lalu je. Itupun kalo dia update papelah.

Aku bimbang je kot2 ada yang tau siapakah dia yang aku maksudkan ni. Pada yang dah tau, senyap2 jelah ye? Sebab aku pun takmo simpan angan2 yang takde makna tu sebab syaitan ni lagi suka bila kita berangan2 ni. Apapun jadi lepas ni biarlah semuanya takde kene mengena lagi dengan dia.

Kata kawan YM aku, bila kita selalu harap pada yang tak sudi dan tunjukkan yang kita suka kat dia ego dia jadi lebih tinggi dan rasa dia hebat sebab ramai suka kat dia. Aku tau yang aku ni tak sesuai pun untuk sesape. Kecuali dengan takdir DIA yelah.

Khamis, Mac 5

Menanti Di Barzakh!

Salam...

Dengarlah lagu tu ye? Sangat menginsafkan diri sebenarnya. Cuma bila nak sedar diri tak tau le. Aku katakan diri aku ye...takde kena mengena dengan sesiapa tapi kalau nak terasa pun bagus jugak. Sama2lah muhasabahkan diri ye?

Kadang2 aku macam menyesal je bila terlalu galak bercerita tentang itu dan ini pada orang. Sebab aku tau kalau aku silap cakap mesti lain jadinya. Bila menyesal, aku berharap sangat2 tak jadi apa...biarlah berlalu macam tu je.

Benar kata orang2 lama, Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Padahlah Jawabnya... Apa daaaa...pepatah Melayu pun aku blur... Maaf ye, aku lupa la pulak... Dan hari ni selepas 2 hari MC, takde sape yang tau atau perasan yang aku takde kat sekolah ni. Kalau aku jahat boleh je tak datang hari ni kan? Tapi itu macam melampaui batas sangat sebab lama2 orang perasan jugak esp. cleaner...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rahsia... Syyyyhhhh!!!!

Rabu, Mac 4

Tagged Dari Nad...

Salam...

Macam biasalah dari siapa lagi kan? Nak2 aku pun tengah bosan gile sekarang...

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

- Duit? Tak tau nak fikir apa...


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??

- Coklat Cadbury, Chipsmore, Roti Canai Biasa Giant...


3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu??

- Rumah je...dekat ngan rumah ada satu taman mainan, memang sesuai buat tempat bersanding...


4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?

- Hubungan ye? Dengan siapa?


5. Adakah anda sedang dilamun cinta??

- Ya dan Tidak


6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam??

- Gerai makan je kat pinggiran golf


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

- Laskar Pelangi (tq Solehah atas urusan pembelian ya?)


8. Apakah nama penuh kamu??

- Hidayah Md. Yassin


9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??

- Dua2 sekali....depends on situation?


10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??

- Saujana? tak habis2 aku ni...


11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.

- Benar2 rapat tu adalah 2-3 orang tapi cam tak best je sebut dalam ni?


12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??

- Mestilah


13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?

- Sabah!!!


14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..

- Suka senyum

- Suka berkawan

- Suka berniaga

- Suka memasak

- Mummy yang best...wahahaha...


15. 8 perkara yang amat saya gilai??

- Makan

- Baca

- Menulis (blog atau cite)

- Menyanyi sendiri

- Tidur

- Dengar radio / lagu

- Berjalan2

- Suka sangat beli barang2 dalam internet (pakaian, tudung, dll)



16. Pelukan atau ciuman??

- Dua2 kot?


17. 8 perkataan yang sering diucapkan? (kalau marah kat sapa2 ahh)

- Eiiii...geramnya!

- Ya Tuhan!

- Sengal

- Mengong

- Tak banyak perkataan sebab rasanya kalo marah cepat kool...so dalam hati jelah simpan pun...


Untuk yang tersayang?

- Entah?


18. 8 buah buku yang paling baru di baca??

- Laskar Pelangi tak habis baca lagi, karya2 Fauziah Ashari (Ombak Rindu dan sambungan2nya)


19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??

- Ada Masa

- Akan Tiba

- Aku Stacy

- Aurora

- Bila Mama Pakai Celana

- Bila Rasaku Ini Rasamu

- Bintang Malam

- Cinta Gila


20. Mari men’TAG’ 8 orang lain…

- Hidd (boleh kan?)

- Nunu

- Kak Lina

- Nurul @ Chika

- kalo nak buat, buatlah...

WOU Contest!

Salam...

Saja nak enter the contest... Tak tau sesuai ke tak...mandai2 je...

Selasa, Mac 3

Time Square Again!

Salam...
Bertaubat ialah beristighfar dengan lidah dan diyakini dengan hati serta tidak akan mengulangi lagi.
Lagi dari aktiviti Ahad lepas. Gambar tak banyak. Takde mood mungkin? Acara biasa2 saja, ada jugak yang tak dapat nak dibuat hari itu sebab masa tak banyak. At least aku bersyukur ditemukan kembali dengan budak2 itu semua. Dan kami semua hanya 12 saja...

-masa sampai-
(duduk) l-r: su, kin, zila
(duduk) belakang: midah
(berdiri) l-r: aini, sal, asmah, adah

-sama-

-kek-
-beli ngan my BFF miss nad-


-lepaking-


-tipikal foto of us-


-menulis sambil makan kek-

-time to lunch-

-jijah dan puan nurul hudah bakal mami-

futnot: jijah tu nama sebenar dia - Mas' Sikin... kenapa jijah? masa seminggu orientasi budak2 senior bagi nama2 kampung kat diorang. aku takde sebab lambat masuk...nasib le...ada lagi yang nama kampung lagi tapi aku dah tak ingat... ;)

Isnin, Mac 2

Gembira...

Salam...

Suka sebab tak payah bawak kete g keje lagi. Dah tak perlu rasa nak park2 kete lagi... Abah dah bawak kete g KL... Dulu2 masa baru2 nak keje kalo abah nak bawak kete g KL, aku jadi cam hilang punca...hahaha...

Sekarang tak lagi. Nak2 sekarang ni aku memang malas nak parking kete masuk dalam sekolah lagi. Bosan, capek, penat, rimas, lemas... Kira ok la tu kan? Aku sempat pesan kat mak, kot2 nak hantarkan hari2 pun bagus gak sebab tak payah aku nak bawak2 kete dah. Kalo mak suh bawak Unser dia, aku malas lah sebab sekarang ni ada kursus apa tah kat dewan so, banyak kete yang park kat luar tu...
So, baik mak hantar ngan amek je sekalian dia ke kolej...
futnot: semalam aku agak pelik kenapa pekerj2 booth makanan kat TS ni tiba2 bawak hp memasing kat arah belakang aku? pastu siap menjerit2 pulak... rupa2nya ada bintang sinetron 'Anakku Bukan Anakku' datang n lalu kat kawasan tu... takut diserbu ke? aku, Zila, Nurul ngan Asmah 'bertekak' kejap kata pelakon tu pelakon Indon ngan pelakon Thai... Lama2 aku pk yang aku pernah tengok mamat tu... aah, dia pelakon Indon daaaa.... aku tak pasan pulak!

TimeSquare... Here We Are!

Salam...

Penat tapi puas... Puas hati sebab jumpa jugak semua budak2 kelas menjahit dulu. Puas sebab segala2nya berjalan lancar *tersasar2 sikit tu biasa rasanya biasa... Dalam 20 orang jumlah sebenar cuma yang dapat luangkan masa - 12 orang. 8 people is missing! Whoahhh!!! Kalau dikira sekali dengan 4 orang cikgu, sepatutnya ada 24 orang.

Tapi tak semua punya kekangan masa seperti kami yang lain. Dan kebanyakkannya tak dapat datang sebab miscommunication... Sebab selalu rasa 'ingatkan dah beritahu', 'mati2 ingat diorang dah beritahu'... Itu sindrom2 yang akan membawa kepada kesalahfahaman antara kami. Bukan kami je, orang lain pun macam tu jugak.

Kaki penat, mata mengantuk...nak MC boleh? Serius memang lelah rasanya. Tapi yang lagi bestnya, malam tadi tidur aku tak terbangun kala dinihari. Rasa seruk banget! Tidur aku tak terganggu. Biasanya aku akan terbangun kala jam menunjukkan ke 3.15 pagi - 4.30 pagi... Lepas dinasihatkan oleh teman lama - Ain untuk gunakan wangian Lavender sebelum tidur, aku cuba dan berjaya untuk hari yang pertama. Cuma tak dapat nak tidur lebih lama, hari ini aku keje.

Kalau tak nak bakar lilin untuk aromaterapi, sembur je pewangi Lavender. Baunya wangi tapi macam bau sabun ada, bau bedak pun ye. Aku pilih yag pertama, aromaterapi. Wangikan bilik dulu, dalam 1/2 jam, masuk tidur. Sangat best, ditemani dengan wangi2an. Mak kata, kalau nak tidur senang, bilik tu dikemasin dulu... Tapi aku masih jugak tidur tak nyenyak...

Thanks Ain bangi petua tu. Lama dah nak try tapi tak tau nak try wangian mana satu dan bagaimana caranya. Masa kat Jusco Equine Park aku beli alatan aromaterapi tu. Itupun berhenti kat Hinode Shop untuk beli hadiah (aktiviti tukar2 hadiah)... Tak kisah apapun harga barang2 yang kita beli asalkan bila kita bertukar2 hadiah tu, kita ingat siapa yang beri... Semoga acara ini kekal sampai bila, ukhwah yang terbina tak henti macam tu je.

Perbincangan selesai semalam walau agak kecoh tempat makan tu dibuatnya. Bincang santai2 je, takmo terlalu formal. Dan pengurusan tahun depan bertukar tangan iaitu cik Midah... Hehehehe... Sibuk sangat dengan Rompin dia tu. IAllah tahun depan bakal diadakan di tempat yang telah diputuskan semalam.

Dan pertemuan semula ini tak berhenti di Time Square saja... iAllah akan diadakan acara makan2 di satu lokasi yang masih belum dirancang tapi bakal dibincangkan nanti. Mungkin Potluck *teringat Potluck kak Red (redmummy.com), mungkin buka puasa kat mana2 restoran ke? Apapun diharap segalanya berjalan lancar dan berjaya dengan izin Allah...

Dalam pukul 5 petang, aku, Kin ngan teman tapi mesra dia balik dulu. Memang sangat tak larat dibuatnya bila hari makin petang. Terima kasih semua yang sudi libatkan diri sama2 turun untuk berjumpa. Harap2 kita jumpa lagi ye tahun2 akan datang... Tunggu baby pulak nanti... Tahniah Nurul Hudah n suami...

p/s: boleh ke Nurul Hudah bagi ucapa atas kertas - "cepat2 kawen, kawen ni best..."... adoi, dik oiiii, belum sampai waktu kot.