Khamis, April 30

Terlanjur Cinta

Salam...

Biasalah aku ni, bila takde tajuk yang sesuai habis semua tajuk lagu pun relevan untuk dijadikan tajuk... Tak kira...nak jugak letak apa2 tajuk...! Selingan - ada sepupu kata, kawan dia beritahu bulan 5 ni akan ada Tsunami, so tak elok ke laut, pantai... Oh, aku tak pakar bab2 ni so kita tunggu dan lihat saja... Manusia hanya meramal je kan?

Moga2 tak berulang kejadian Tsunami dulu ye? Ingat lagi tak awal2 bulan ni sibuk cerita pasal hatilah, perasaan la... Sekarang aku rasa macam TENANG sangat2... Rasa macam tak terBEBAN langsung dengan rasa2 tu semua... Kenapa? Lepas berkonfrontasi dengan beberapa orang di alam maya (kau ingat ALAM ape?), aku dah boleh buat 1 kesimpulan... Sekarang aku hanya ikut apa yang telah TERTULIS... Bukanlah hanya TUNGGU dan buat tak pandai ke... Usaha2 jugak...

Aku dah TERLALU mudah nak SUKA orang... Penat wo lama2... Serius...! Dan sejak beberapa hari yang lalu aku HILANG rasa yang selama ni aku simpan... Dah sampai ke PENGHUJUNGNYA kot. Semua kawan2 (kamu2 jugak yang selalu datang sini...komen kat sini...) banyak bagi peringatan, nasihat, cerita pengalaman pada aku... Sangat2 dan sungguh2 aku TERHARU... (cik! nah tisu...)...
Aku Terlanjur Cinta Kepadamu... Dan Tlah Ku Berikan Seluruh Hatiku... Tapi Mengapa Baru KINI Kau Bertanyakan Cintaku? Aku Pun Tak Mengerti Yang Terjadi... Apa Salah Dan Kurangku Padamu... Kini Terlambat Sudah Untuk Dipersalahkan... Karna Sekali Cinta, Aku Tetap Cinta... (aite! sudah2 tu...semalam menyanyi, hari ni nak menyanyi lagi???)... Menyanyi dapat hiburkan hati sendiri... lalalala...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selasa, April 28

Aku BENCI Si Pengadu!

Salam...

Aku TAHU yang MANUSIA itu tak SEMPURNA. Setiap ORANG memang PASTI ada buat kesalahan tak kisahlah kecil ATAU besar... Tak terkecuali aku... Cuma bila ADA pulak orang yang KITA percaya, selesa untuk berkongsi cerita TIBA2 je buat hal, aku jadi "eh? apahal pulak dia ni? takkan semua benda aku cite kau nak sampaikan kot? takde satu pun yang kau tak cite?"...

That's It! Fine, aku TAKKAN kongsi apa2 pun dengan kau! Ye, BUKAN kau yang sapa (tegurlah...aiyooo!) aku dulu... Aku je yang GATAL2 tangan nak tegur kau SEBAB dah lama tak tegur sapa kan... Walaupun HAL dulu aku dah MALAS nak ingat2 lagi dan harapan aku kali ini PISANG takkan berbuah 2 kali. Nyata, semuanya HAMPA... Agakkan aku KALI ni TEPAT? Bravo! Tahniah! Untuk kau yang buat aku HILANG percaya pada kau lagi... Salah aku jugak tak PESAN pada KAU supaya TAK cerita SEMUA benda kat sesiapa yang berkenaan! Take Note jugak... Aku bukan nak CARI pasal atau apa2 MASALAH ye...

Wah! Marah betul aku ye? Mana ada marah tipu2? Takde...takde... Ini yang BENAR2 (ku benar2...aik, nak menyanyi pulak?) Selalu boleh MAAFkan dan TAKKAN lupa tapi kali ni macam susah je nak maafkan? Aku suka nombor 2 (apa kena -mengena pulak nombor2 ni?), aku selalu INGIN diberi peluang ke2... Semua yang ada kaitan dengan 2, aku sangat2 suka... (tiba2 pulak?)... Jadi tu sebablah aku beri peluang ke2 ni kat KAU (bukan kau2 semua yang selalu datang blog ni...mungkin KAU tu tak pernah jejak sini pun...) TAPI masih jugak perkara yang sama berlaku.

Dan aku rasalah lepas2 ni sapa menyapa pun aku TAK nak dah... Bukan membenci apatahlagi membuang KAU cuma HATI jadi sakit yang amat... Ye, aku tahu ini KISAH yang libatkan CINTA KAU... Dan aku memang MALAS campur lagi... Yelah, aku kan SUKA sibuk2 hal orang lain... Aku dah selalu ingatkan diri aku JANGAN suka sibuk2 hal orang... Tak kena kat diri sendiri lagi, aku memang macam ni. Bila dah kena ha...! Baru tau LANGIT tu tinggi ke rendah (perumpamaan yang macam...?)...

Dan bermula saat ini (semua set jam...One...Two...Go!), aku TAKKAN ambil TAHU atau sibuk2 tahu apapun pasal HAL orang lain selagi ORANG lain tu tak mintak APA2 pendapat dari aku... (Kecoh r minah ni...itupun nak beritahu orang ke? Buek malu kaum yo!)... Bukan setakat menulis di sini TAPI peringatan untuk AKU!...

futnot: aku suka TANYA pendapat orang lain, jadi harap2 sangat kamu2 yang aku minta dan tanya pendapat TAK bosan dengan AKU ye? mohon berbanyak2 Terima Kasih + Ampun Maaf...

futnot (lagi?): JANGAN SALAH FAHAM YE KAWAN2 SEMUA... ENTRI INI UNTUK 'SESEORANG' YANG TAK PERNAH MASUK SINI PUN... JADI JANGAN AMBIL HATI PULAK! Senyum2 Selalu!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Isnin, April 27

Selamat Untuk KAMU!

Salam...

Semalam sepatutnya ke PESTA BUKU 2009... Tapi, sebab fikir gaji belum masuk, aku katakan pada kawan yang mengajak yang aku tak dapat nak join... Kebetulan yang ditakdirkan pulak, Puan Prebet (apakah nama lain yang sesuai untuk askar ek?) sms minta datang ke majlis dia... Wah, Puan Prebet mahu bertunang la... Macam mana pulak aku ada kawan askar? Mana jumpa? Kat mana kenal? Kat kolej dulu la... Lepas habis kolej, dia teruskan dengan kursus menjadi askar...

Bila dah sibuk dan terikat dengan askar lagi jaranglah kitorang jumpa ditambah pulak dengan alasan berbakul2 aku... Orang kata, BUKAN saya kata... Yelah, bila orang free, aku tak...macam mana? Nasib semua faham tapi selalunya akan terselit dengan sindiran2 yang biasa... Sebab dah faham, so tak ambil hati pun.. Tahniah PUAN PREBET sekali lagi... Tak sempat tengok TUANnya pulak...?

Pagi ini aku call kawan paling kecik dalam kumpulan kitorang... (waiceh! siap ada kumpulan pulak ni...?)... Takde spesifikasi pun atau nama kumpulan tapi kitorang ber4 je yang selalu ada sama-sama walaupun diorang (kecuali aku, hahaha) sibuk dengan hal masing2 bila ada masa lapang. Sebelum nak call, macam2 yang aku fikir sebab TERLALU LAMA tak berhubung dengan dia... Ok, SALAH FAHAM berlaku di situ. Alhamdulillah, tak ada apa yang perlu difikirkan lagi selepas ini (maksud aku SALAH FAHAM yang aku fikir tadi le...). Jemputan juga sudah diberi dengan INGATAN - jangan nak bagi alasan2 lagi...

IAllah aku pergi n rasanya (harap2) takde alasan lagi... Dalam kita ber4, aku je belum terikat dengan sesiapa... Hahaha, promosi ke? Tidak...belum ketemu sesiapa lagi, macam mana mahu dikhabarkan? Kebanyakkan yang kata jangan memilih, aku jawab semula - takkan aku nak TADAH muka kot? Diorang pun mengiyakan kata2 aku... Faham pun kamu... Terima Kasih! Ok, aku tipu kalau aku kata tak rasa apa2 bila tengok kawan2 dah melangkah ke ALAM baru (alam apa lagi ni???)... Mula2 je aku terasa, lama2 aku ok!

Sekarang cuma perlu sama2 doakan kebahagiaan bersama saja... Terima Kasih Tuhan, temukan kami semua hingga punya PELUANG untuk menjadi SAHABAT! Semoga sampai SYURGA... jodoh kami semua... Dan masih KEEP IN TOUCH sampai bila2 pun...

futnot: gambar Puan Prebet bakal dimasukkan di sini...iAllah!

UPDATE!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Jumaat, April 24

Thank You Frens!

Salam

Ok, sejak kebelakangan ni entri aku banyak berkaitan dengan soal hati jugak perasaan + mengadu pasal kawan2... Hahaha... Dan lepas je entri pasal kawan2 tu, tiba2 je macam ramai kawan2 aku muncul semula. Wah! Syukur lagi... Diorang macam tau2 je aku sangat perlukan diorang. Walaupun lambat sikit kemunculan diorang tapi kurang lebih aku dapat jugak luahkan apa yang dah aku kumpulkan selama beberapa ketika ni... (mula dah, straight to the point je)...

Semalam seorang kawan kat asrama dulu sms tanya khabar. Dan aku khabarkan pada dia apa yang sedang aku alami (ceh, padahal diri sendiri yang poyo...) sekarang ni. Dia pun mulalah suka sebab dia antara yang paling harapkan aku masuk ke fasa yang baru (ingat rumah ke???), dari lepas dia dah selamat kawen sampai dah beranak 2 ni. Dan selalu ingatkan aku jangan suka memilih... Aku nak pilih pun takde apa yang nak dipilih (ayat tunggang langgang sikit, maaf!). Ada kawan kata perlu untuk memilih SEBAB? Kita bukan nak hidup dengan pasangan setakat 2-3 jam atau hari je... Ye, betul!

Bila aku cite kat dia, mulalah keluar ayat yang bukan2... Aku amek tu semua sebagai panduan je. Sempat marah sebab lama sangat diam TAPI aku takut salah masa je nak kacau2 orang (kredit takde maaa), nak2 dah ada 2 anak ni... Dia kawan yang aku kenal masa sekolah asrama (pertama kali duduk asrama...), pernah tiba2 kitorang selisih faham TAK TAHU kenapa... TAPI aku rasa sebab mulut2 orang dan kitorang tak betul2 faham diri masing2 masa tu DAN senang sangat nak percaya cakap orang lain. Lepas tu baik dengan sendirinya... (kan dah kata aku cepat maafkan orang TAPI takkan lupa sampai bila2). Sampailah sekarang aku masih kawan baik dengan dia...

Ada masa kita semua AKAN dan SANGAT perlukan kawan2 (dan mungkin aku jugak) walaupun dah kawen. Ada junior kata orang dah kawen ni banyak dah lupa kawan... Tak SEMUA! Betul sebab benda ni dah pernah berlaku pada diri aku. Contohnya kawan aku yang sedang aku ceritakan ni dan kawan2 lain. Mula2 mungkin dia sangat enjoy dan terkejut dengan alam baru diorang tapi PERCAYAlah lama2 diorang akan cari kawan2 jugak. Kawan2 baik, kawan2 yang selalu ada bila dia perlukan (jaga hati tu part lain pulak...). Bukan SEBAB diorang BOSAN dengan kehidupan baru tu TAPI macam yang aku cakap tadilah, ADA MASAnya kita memang perlukan kawan2...

Aku menulis bukan kerna...(sudah tu!), dari pandangan dan perspektif aku sendiri. Sejak kawan2 kawen rasanya BELUM PERNAH nak terasa lebih2 dengan diorang SEBAB lupakan aku ke, tak mahu telefon atau KEEP IN TOUCH dengan aku. Benda2 macam ni SEBENARNYA akan jadi AUTOMATIK tau. Kita tiba2 faham dengan apa yang baru kawan2 kita alami (yang dah kawen le...). Nak cakap lebih2 pun kita TAK TAHU apa yang akan kita alami pulak, kan? Jadi nasihat untuk semua SILA (bukan duduk dan bersila...) berpada2 bila berkata2... Bila kita TAK SUKA kita kata yang bukan2, TAPI bila dah jadi pada diri sendiri, DIAM sampai tak tahu nak sorok MUKA kat mana...?

futnot: doakan keBAHAGIAan bersama...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Khamis, April 23

Tak Boleh Harap...

Salam...

Pagi (?) yang sama macam hari2 lain beza cuma hujan atau panas... Ini cite semalam yang buat aku terfikir banyak2 kali. Bukan nak bukak pekung di dada (mana ada pekung...takde2... :P). Mula2 masuk keje kat sini, aku rasa nak menangis sebab duduk 1 blok 2 tingkat hanya aku seorang2. Bermulalah era baru aku kat tempat baru (ok, lenggang lenggok ala2 pengacara yang perasan bagus...).

Minggu mula2 ok lagi... Yelah budak baru masuk (budak mana pulak ni?), muka innocent je....hak tuih! Sendiri puji sendiri muntah... ;) ... Lama2 bila dah diberi peluang seenak2nya, aku gunakanlah kemudahan2 yang ada... Sampailah ke saat ini, detik ini, aku guna seboleh dan sebaik mungkin (kata baik kan?), kemudahan yang disediakan - internet. Mula2 takut nak guna sebab teringat2 time keje kat Cheras dulu...

Diorang (cikgu2 ye adik2ku semua...) takdelah pulak tegur aku sebab guna internet ke hape (diorang pun sama gak guna kat sini...) cuma aku pulak rasa tak sedap hati bila tiapkali one of the teacher (wah, english D pun tau main tembak2 tulis ni...) suruh aku buat itu, buat ini (bukan buat air ye, sebab aku keje kat lab ICT...), aku buat hanya 1/2 je dari arahan. Kenapa? Kerana (baku pulak...) kat tingkat 2 tu aku agak seram nak naik sorang2... (kantoi! aku penakut...)

Mula2 keje tak terasa sangat tapi cam terbayang2 je la... Setakat ni takde apa lagi yang pernah buat aku rasa takut ke hape cuma bila dah selalu sangat orang2 kat pejabat tanya - ko dok sorang2 tak takut ke dik? ko duduk tingkat atas ke tingkat bawah? lepas tu makcik2 cleaner siap tanya lagi, ada nampak kelibat tak? Parahlah camni... Aku bukan nak ikut sangat cakap2 diorang tapi lama2 kan terasa jugak takutnya?

Pernahlah sorang cikgu yang memang tugasnya jaga bahagian atas tu siap suruh aku temankan. Dia tak terus-terang kata suruh temankan tapi aku tahu memang dia mintak aku temankan dia. Kelakarlah pulak... Aku pun sama2 jadi jugak penakut (alasan nak salahkan orang lain...padahal diri sendiri yang takut?)... Jadi sampai sekarang ni, kalau nak buat apa2 keje yang cikgu tu bagi (dia jaga bahagian bawah), aku buat apa yang aku mampu buat je.

Part2 yang bersangkut paut dengan tingkat atas aku buat bila cleaner2 datang untuk bersihkan dua2 tingkat. Adalah 2-3 keje yang tak memerlukan aku naik atas (90% perlu untuk aku naik), aku buat sambil lewa jek. Aku tahu cikgu tu memang selalu hampa dengan aku. Datang dahlah lewat, balik nak on time je... Bila tanya, dah siap ke buat ini? Dah bawak turun kabel dekat atas? Jawapan aku kebanyakkannya belum...tak... Aku pun bengang wooo... Harap maaflah pada cikgu yang selalu suruh saya buat itu ini...bukan takmo buat tapi... (asek nak bagi alasan je tak habis2)...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya



Selasa, April 21

Berkongsi Je...

Salam...

Kalau dulu aku tak pandai nak cite itu ini pada orang lebih2 lagi soal hati. Tapi lepas sedar diri yang kita sepatutnya cari kawan yang betul2 selalu ada dengan kita untuk kongsi rasa supaya tak terpendam macam tu je, aku sahut 'cabaran' itu. Tapi itulah kan, bukan dengan semua orang kita boleh kongsi cite pun walaupun dengan kawan yang kita anggap baik. Baik kat sini maksudnya (sepatutnya) boleh kongsi cite, dia dengar kita respon dan sebaliknya... Bukanlah aku nak kata aku tak punya kawan baik tapi sekarang semua tu dah takda...

Aku selalu fikir, aku ada buat salah ke? Aku tak hargai diorang ke? Aku tak faham diorang ke? Aku pentingkan diri sangat ke? Mungkin dulu aku dan kawan2 budak2 jadi persoalan2 tu tak timbul langsung. Cuma bila masing2 dah dewasa, dah berkahwin, dah beranak... Semua pun hilang sampai ada yang kata kat aku kalau aku lalui fasa yang sama aku pun akan berubah jugak. Itulah yang paling aku nak elakkan sebenarnya. Ye, bukan semua hilang macam tu je tapi pada aku kebanyakkannya memang hilang terus.

Aku rindu waktu sekolah dulu, rindu waktu huhahuha dengan kawan2 dulu. Aku rindu nak kongsi cite dengan kawan2. Mungkin sebab aku ni tak pernah puas dengan apa yang telah dikurniakan untuk aku tu pasallah aku selalu rasa kawan2 aku banyak dah hilang agaknya? Harap2 aku tak hilangkan diri lepas aku lalui fasa yang sama macam diorang.

Sejak 2 menjak ni aku selalu kongsi cite dengan kawan2 yang faham aku... Diorang tak sebaya pun, pangkat adik2 je ngan aku tapi sungguh2 aku sudah semakin selesa kongsi rasa dengan diorang ber2...Apa yang aku cite diorang dengar dan bagi respon, sama jugak bila diorang cite kat aku apa2 pun... Seronok walau beza umo... Hehehe, macam2 benda yang aku tak sangka pun akan keluar dari mulut diorang. Malah kadang2 lebih matang dari aku. Bila aku perlukan diorang, sentiasa diorang ada sama seperti yang pernah aku minta pada Tuhan... Syukur Ya Allah!

Aku sebolehnya nak hargai semua kawan2 yang pernah kenal aku walau sekejap je... Tak mahu menyesal tak sudah pulak kemudian harinya... Kata orang biar orang buat kita jangan kita buat orang...kan? Jangan pedulikan bila orang mengata atau cuba nak porak peranda persahabatan yang kita bina. Hanya kita je tahu apa yang jadi dalam sesuatu perhubungan tu. Dengar je boleh tapi jangan terus ambil keputusan drastik. Apa yang tak molek mesti kita dapat rasa lainnya...

Percaya dengan kata hati, itulah yang baik rasanya bagi aku. Dulu aku tak percaya kata hati aku (atau) mungkin aku tak endah langsung hati aku... Kita sendiri boleh rasa dan tahu apa yang hati kita katakan pada kita. Kalau ikut rasa memang binasalah jawabnya... Aku tak pandai bermadah helah ni semua tapi apa yang aku cuba sampaikan harap2 sampai pada semua...

futnot: apahal agaknya ramai sangat tak faham kalau aku cakap? tak dengar apa aku cakap? aku cakap tak kuat ke? aku cakap macam !@#$%^&* ke? pelik betullah...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya




Sabtu, April 18

Berita Gembira...

Salam...

Aku cite kat sorang doktor yang aku ternampak tupai masa kat lab... Dia katalah...kata orang kalo jumpa tupai akan dapat berita baik... Moga2 dapatlah... Kepercayaan je kot? Mula2 dengar cam eh? Best la pulak tapi aku bukan mudah nak percaya dan pegang satu2 benda yang dikata orang.

Lama tak update dari rumah. Hari ni klinik tutup awal sejam. Dan sudah dikhabarkan yang aku takkan masuk keje bila staf lelaki syif petang. 1st impression aku rasa...ala! Aku nak keje petang minggu depan TAPI dah kata tak boleh nak buat cane? Dan automatiknya aku katakan yang aku memang takde jodoh untuk ketemu si dia tu... Bukan takde jodoh untuk ketemu tapi takde jodoh langsung kot?
Ye betul, aku tak boleh nak pastikan apa yang aku nak, aku mesti dapat... Aku rancang TUHAN tentukan. Dan aku perlu terima dengan redha! Tapi kalau ada kesempatan mungkin aku akan jumpa dia jugak 2 minggu lagi... Hahaha.... Ayat tak boleh blah! Tak tahulah kenapa aku kejap2 rasa excited kejap kang aku jadi biasa2 je semula. Ini kisah pasal Jatuh Hati Pandang Pertama aku pada dia. Aku sedang cuba untuk pujuk hati dan percaya yang Allah dah beri yang lebih baik untuk aku... Bila dan siapa tak aku tahu.
Aku sangat2 berterima kasih pada kawan2 yang sentiasa sudi nak dengar rasa keterujaan aku pada dia, bagi pendapat yang best2, suruh aku jangan terlampau teruja... Kamu Tahu Siapa Kamu... Harap2 doa kita semua dikabulkan Tuhan... Aku tak mahu mengharap lagi seperti dulu (sikit2 je hehehe), nanti aku akan kecewa lebih teruk lagi. Aku tak mahu cepat perasan dan apa yang aku buat orang lain nampak dari reaksi muka aku, perangai aku dan perbuatan aku. Ada orang cepat perasan perubahan aku tapi maish ada yang tak berjaya langsung kesan perubahan tu...

Tu pasal aku tak berani nak cite apa2 yang berkaitan dengan dia kat kawan2 klinik. Bahaya wo! Setiap orang lain2 penerimaan... Tadi ada kawan cadangkan berkawan (?) dengan sorang doktor (nama dirahsiakan) TAPI bukan dia orangnya... Takde ke yang lain? Aku bukan nak kondem orang atau pandang rendah ye... Cuma aku ada pilihan aku sendiri dan bila dengar kawan tu kata camtu macam dia dah berpunya. Harap2 aku tahu cepat kalau dia sudah punya seseorang. Takmolah kacau hak orang, tak baik tau!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya




Jumaat, April 17

Kecemasan!

Salam...

Pagi tu aku sempat call abah sebab ada hal nak settle... Alih2 sebelum pukul 2pm, mak call aku dari rumah. Pelik gak apahal tapi tak sempat pk apa2 pulak... Mak gtau abah kat wad kecemasan. Perasaan aku jadi cam tak kena sikitla...

Aku keluar tepat2 jam 2pm tapi dekat2 pukul 3pm baru mak, abang n Ud datang amek sebab mak kene settle surat untuk abah pulak... Sampai2 kat Trauma & Kecemasan UM dah pukul 4 lebih. Lambat sebab ada orang tu konon2 bijak bagi direction paling dekat nak amek Fizi kat Taylors... Tak habis2 kene gelak ngan aku n abang...

Sampai2, aku dengan Ud yang ke kecemasan dulu nak tengok keadaan abah macam mana. Ud masuk dulu sebab peraturan kat situ hanya dibenarkan 1 orang je masuk 1 masa. Lama jugak duduk dalam kecemasan dan aku bertakan pada abang ngan mak yang pergi amek Fizi kat Subang. Lepas tanya Ud apa halnya, aku ganti tempat pulak dengan Ud. Tengok2 abah tengah bersandar kat katil...

Memang panas tangan abah, kepala abah. Hati aku tak bape nak sedap sejak mula dapat tau abah masuk kecemasan. Lama jugak aku kat dalam wad kecemasan temankan abah. Abah mintak urutkan tangan dia sakit2, kepala sakit2... Nampak yang dada abah berombak sebab susah nak nafas. Aku takut bila tengok abah tiapkali batuk, memang nampak sangat susah nak bernafas.
Rasa nak nangis je aku masa temankan abah tu. Walaupun aku selalu je bertekak dengan abah, lawan cakap abah...tapi, tu kan abah aku dah tentu aku sayang dia jugak... Nasib baik jugak adik2 aku ada kecuali Ajip yang jauh tu. Semua pun macam tak berkira time suruh buat itu ini. Itu yang aku lega sangat2 sebab diorang ada dan diorang boleh disuruh. Biasa2 tu payah sangat kalau aku yang suruh diorang buat apa2... Dah bergaduh mulut pun belum tentu diorang nak buat dan aku terpaksa mengalah jugak...

Abah kata lepas doktor gtau pasal x-ray, ada kuman kat paru2 abah rupanya... AKu agak dah kalau mak masuk je siap kene syarahlah nanti. Dan paling tak boleh lupa bila mak 'marah' abah pasal rokok, jawapan abah lain daripada biasa - tak2, tak hisap lagi... Mak cakap macam budak2 je masa menjawab tu. Tulah kan padahnya... bila dah kene, dah rasa baru tau sakitnya macam mana. Penat cakap tau suruh benti merokok. Bukan abah sorang je, ada lagi 3 orang kat rumah ni sentiasa dengan rokok... Nasib sorang tu tak mengikut...

Abah masuk kecemasan pukul 1 lebih, kitorang sampai PPUM pukul 4 lebih dan abah masuk wad biasa pukul 10.15pm... Lama gila dok kat kecemasan. Aku takdelah rasa nak marah ke apa sebab malam sebelum tu masa aku kat in house clinic - kilang... doktor yang locum masa tu cite pasal suasana kat wad kecemasan macam mana. Sebenarnya kalo tak silap aku dulukan yang mana datang dulu + condition yang sangat teruk. So kalau kita setakat sakit2 yang dalam kecemasan tu masih boleh diatasi tak perlulah nak marah2 sebab doktor lambat periksa...
Sebelum doktor yang memainkan peranan diorang, ada Sister n MA yang akan buat keje diorang. So, bila sampai dekat doktor tinggal sambung je keje2 yang dimulakan. Bila aku tengok kat kecemasan tu ada ramai yang lebih parah dan sentiasa ada je kecemasan yang jadi. Ada je ambulans yang datang hantar patient termasuklah patient2 kecemasan yang dibawa oleh keluarga sendiri...

Abah masuk kecemasan sendirian berhad... Menyerah diri sendiri lepas doktor suruh masuk bila dia rasa sesak nafas. Mak cite masa kitorang kat luar, abah kata malam tu dia memang susah tido. Rasanya tak tido langsung pastu paginya batuk2 keluar darah. Lepas tu ke klinik kat PPUM jugak. Lepas pada tu la yang abah kene masuk kecemasan... Dan sekarang abah dah ok, ada kat wad PPUM... Demam pun kurang dah kata mak masa telefon abah pagi2 tadi... Harap2 abah cepat sembuh...


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya



Isnin, April 13

Tupai Sesat!

Salam...

Hari yang sangat seronok untuk orang yang macam aku bekerja. Hah! Takde maknanya la. Memanglah keje aku kan tak sama dengan korang...huhuhuhu... Baru kejap ni tiba2 ada 'benda' berbulu masuk lab. Terkejut jugak! Tengok2 macam kucing, tapi agakkan aku tepat kali ni, TUPAI... Kalo comel macam Chipmunk tu nak jugak aku gomol2...

Tapi belum sempat aku sentuh, dia dah lari (aku pun lari sama...hahaha). Lari sana sini sebab takut terancam. Dah tau tak pandai nak cari jalan keluar, pergilah duduk bergayut dekat pokok tu diam2. Sibuk je nak tumpang duduk dalam lab ni. Kalau diam2 je, takpe jugak... Ini tidak, asek2 nak ke sana sini lari2... Tau takut kan?

Aku pulak yang kejar2 dia sebab nak tunjukkan jalan keluar (macam Mak Ketam ajar Anak Ketam belajar berjalan)... Dan akhirnya dia berjaya keluar dan tatau hilang kemana. Mungkin dah masuk hutan kecik kat belakang ni kot. Biarlah dia... Buat aku tak keruan je duduk dalam lab ni sorang2. Nasib baik tak menjerit2 dan nasib baik jugak ada cikgu yang tengah on9 masa tu...

Debaran bermula semula di dalam hati dan jiwa (hah!) ... Esok ada temuduga tu pasal seharian tak dapat nak on9 esok. Hehehe, doakan aku ye teman2 yang sudi ke sini... Moga aku tak kalut masa jawab soalan2 tak terjangka oleh penemuduga nanti. Aku baru nak cari nama2 menteri dalam kabinet (suka2 je kan tukar2 kabinet... tukarlah almari ke ape ke...hahahaha...aku merapu ni...)...


UPDATE!

Debaran untuk temuduga sudahpun selamat dan berakhir... Ada ke patut penemuduga tu leh tanya soalan2 yang bukan2 kat candidate lelaki eg: "Siapa nama girlfriend kamu"... Kitorang yang sedia takut kat luar ni dengar pun terkejut... Ada je soalan yang nak buat orang tergelak... Dan bila tiba giliran aku, debaran memang semakin menguasai diri... Tapi, cuba untuk kawal perasaan... Maklumlah kali terakhir interview pun sebelum puasa lepas. Mau tak nervous? Yang penting segalanya dah selesai dengan jayanya... Alhamdulillah. Tinggal doa sahaja sekarang ni. Kamu juga doa2kan aku tau?

Tapi debaran yang lain masih lagi terasa dan aku masih menanti apakah berita2 lain yang bakal aku terima... Harap2 gembiralah berita yang bakal aku terima entah bila tu. Sejak dapat berita yang buat aku rasa gembira+terharu+sebak+sedih tu, aku baru tersedar yang Allah tu sentiasa dengar apapun rintihan aku selama ini. Kamu akan terasa sungguh2 mahu berdoa dan memohon sebenarnya. Kalau setakat niat sekalipun tetap DIA dengar... Tapi lumrah kita sebagai manusia biasa saja lupakan DIA...
Baru aku sedar kenapa selama 'berkawan' dengan dia tiba2 dia hilang macam tu je? Memang tak jumpa pun...setakat kat YM, blog je adalah... Dan aku memang terasa nak lupakan dia bila kawan adik aku suruh cuba hilangkan ingatan aku pada dia... Hampir setahun aku cuba tapi tak sungguh2... Sebab? Sebab takmo langsung lupakan dia...bimbang lepas aku lupakan dia aku takkan jumpa laki2 lain. Nyata aku silap! Selepas setahun nasihat itu aku simpan akhirnya berjaya aku laksanakan jugak. Terima kasih Allah!

Selepas sedar, sebelum aku terima berita gembira dia, aku jumpa 'orang' baru pulak. Bukan aku sengaja nak cop diri aku sebagai perempuan yang terlalu mudah bukak hati dan perasaan pada laki2 tapi memang ianya terjadi dengan sendirinya. Sungguh! Aku tak tipu... Allah lebih tahu apa yang sedang bersarang di hati aku sekarang ni... Entah kenapa pada 'pertemuan' pertama hati aku jatuh tiba2 pada 'dia'... Ye, aku tak percaya pada pandangan pertama yang selalu orang katakan... Tiba2 jadi pulak pada aku... Tak sedar dirilah jadinya... Hahahaha...

Moga2 aku tak terus hanyut dengan perasaan yang belum konfem ni. Harap2 kalau benar2 'dia, Allah tolonglah dekatkan aku dengan dia, andai sebaliknya jauhkanlah kami... Itu doa aku selalu... Moga dikabulkan... Aku selalu minta yang bukan2 pada DIA tapi tak pernah pun dia abaikan kita semua...


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya






Sabtu, April 11

Debaran Berakhir!

Salam...

Lepas je habis tulis entri semalam...tup2 aku tak berdebar seteruk biasa bilamana aku terima 1 berita yang buat aku rasa nak suka atau sedey? Dua2 aku rasa sebab satu masa dulu aku pernah sukakan dia... Siapa dia, tak perlulah diceritakan kat sini ye? Tahniah untuk dia... Aku gembira untuk dia tapi sedey jugak untuk dia sebab teringatkan kebodohan aku dulu...

Aku bodoh sebab terlalu rasa nakkan dia... Tapi takdelah sampai sanggup buat apa saja untuk dia. Dan nasib baik jugak sebab aku berjaya lupakan dia terus dari kepala otak ni sebelum aku terima berita gembira ini... Alhamdulillah dan takde pulak rasa yang macam cemburu atau apa2... Gembira dan terharu je... Tahniah untuk dia, semoga jodohnya berpanjangan hingga ke Syurga Abadan Abada...
Aku harap lepas2 ni aku tak sukakan orang sepertimana aku pernah sukakan dia dulu. Bila ingat2 balik memang terasa bodoh yang amat. Kalau terasa suka sekalipun biarlah berpada2. Kira macam tersedar jugak aku dari mimpi yang tak sudah ni. Aku bersyukur sangat2.

Sekarang masanya untuk aku tumpukan pada kehidupan aku. Aku semakin seronok keje part time sekarang. Penat memang penat tapi best sangat2... 2 bidang yang berbeza pulak tu. Ada jugak orang kata aku beruntung dapat buat 2 kerja 1 masa... Alhamdulillah, rezeki dari Allah! Banyak lagi bendayang boleh aku fikir selain apa yang pernah terjadi kat aku. Jadi selagi masih kuat, aku buat dan tiba masa aku penat aku berhentilah...

futnot: in love yang masih belum pasti arah tujuan!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya



Jumaat, April 10

Senyum Minang Manis...

Salam...

Ni lagu kegemaran aku setiap hari. Suka ada makna tu! Macam ada kena mengena pulak lagu ni sekarang... Patutnya status aku sekarang adalah normal tapi sejak minggu lepas, aku terjebak kembali ke status debaran...

Sejak kali pertama aku kembali merasakan debaran tu, aku jadi tak keruan pulak. Keje pun kejap OK, kejap KO... Susahnya bila aku dalam status debaran ni. Dan disebabkan status itu jugaklah, aku banyak menulis di sebalik kata laluan... Aku lebih selesa begitu kalau ianya agak private. Eleh, itu pun nak beritahu orang kan?

Tapi biasanya ada 2 je benda yang melibatkan status debaran ni. Sama ada aku bakal terima berita buruk atau berita gembira, itu sahaja... Dan aku harapkan aku dapat berita2 yang gembira! Kata seorang teman, harap2 semuanya berita gembira...harap2 masinlah mulut kamu tu.


Tapi hari2, aku mesti rasa nak senyum je sepanjang hari. Tak pasal2 ada pulak orang cop aku gila!? Takmo2...aku masih waras, normal dan berstatus debaran. Dan status ini jugak menyebabkan aku tak lalu nak makan 2-3 hari ni. Lapar tu memang lapar tapi baru je suap sikit makanan lepas tu langsung tolak tepi. Harap2 dapat bantu aku untuk turunkan berat. Cuma petang semalam je baru ada rasa nak makan sampai habis.

Macam apa je aku sekarang ni. Tido pun lena tak lena tapi mandi masih terasa basahnya air tau... Ni balik mesti nak tido jugak tapi kejap je lena dan lepas tu dah tak boleh lelap lagi. Dan bila kat sekolah pulak, mood aku berubah2... Bila dah lepas waktu balik, aku terasa malas yang amat, rasa nak balik cepat je. Tatau apa yang aku kejarkan?!

Harap2 aku teruslah dengan rasa tak makan sangat...tapi sihat. Kalau boleh nak jugak tau apakah yang bakal berlaku nanti selepas status debaran berakhir. Entah bila akhirnya, aku tak tau pulak. Doakan2 aku semoga terima berita2 gembira ye teman2? Oh ye, Selasa depan aku tak masuk keje, ada hal untuk diuruskan seharian...

futnot: salah ke aku punya rasa 'in love'?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya



Isnin, April 6

Panik!

Salam...

Takde apa nak dirisaukan... Sebab aku cuma mahu cerita pasal salah 1 hal yang aku banggakan dengan semua doktor... Aku suka tengok doktor2 bila merawat pesakit yang bila kita tengok, kita yang panik... Contoh paling mudah - patient yang pengsan! Aku tengok doktor relaks gile punya relaks la...

1st time masa aku kat in-house clinic kat kilang... Masa tu dengan doktor perempuan. Doktor tu tampar2 pipi patient sampai patient sedar. Kasi cubit2 sikit, tampar2 sikit... Aku pulak bukan jenis panik tapi bila dah jadi hal2 yang mengejutkan buat aku jadi sejuk kaki dengan tangan. Aku tak fikir lain dah...sama ada pengsan semata2 atau akan histeria. Faham2 jelah keje kilang kan, penat berdiri+dengan waktu dah malam...

Macam tadi, lepas Maghrib ada patient didukung masuk ke klinik. Kawan patient tu kata rambut patient tu tersangkut kat mesin lepas tak boleh nak keluarkan rambut dia dari mesin, rambut dia dipotong. Boleh pulak kawan patient tu kata mungkin patient tu kat kampung dia ada pantang larang tak boleh potong rambut. Aku blur kejap dengan kenyataan kawan si patient tu la... Awat rambut kene potong siap ada pantang larang pulak?

Lama jugak doktor kejutkan patient tu. Tampar2 sikit (tampar2 manja), goncang2 bahu sikit... Dan yang pastinya ayat2 keramat doktor "Sudah tu...dah2... Takde apalah... Awak/Kamu terkejut saja ni" ... See? Tak gelabah kan bunyinya? Mula2 jadi doktor dulu mungkin ada gelabah sikit tapi bila dah officially jadi doktor tak bolehlah panik2 kan? Tapi dalam ayat2 keramat tu takde pulak dia kata "Bangunlah" ... Kenapa ek? Lepas patient tu bangun tapi macam masih takmo bangun, doktor lapkan muka guna kain... Kain dah le buruk, busuk pulak tu... Nasib le patient tu... Lepas tu dipicit2 belakang kepala yang rambut masuk mesin tu la... Dan sebab sakit, patient tu sedar diri jugak. Dr. picit bukannya perlahan2, sebab nak bangunkan patient kan...kenalah kasi kuat sikit picit... Actually bukan ayat2 keramat pun tapi aku je yang menambah... ;)

Patient ni terkejut je sebenarnya. Maunya tak, rambut tersangkut kat mesin mesti sakit gile kan? Korang pernah dengar cite pasal 1 pelancong dari China yang naik Solero Shot kat Genting mati putus kepala? Sebab rambut dia mengerbang pastu tersangkut kat atas, bila permainantu turun balik tinggal badan je... Bukan sebab main game tu boleh mati tapi sebab dah nak jadi pun...

Rambut tertarik masuk mesin ... huiiii, gile sakitlah. Mau menangis dengar. Doktor siap kata lagi, ada orang mungkin tak selamat lagi kalau benda yang sama jadi. Kira patient ni nasib baiklah. Boleh membawa kepada kematian tau... Keje kilang itulah risikonya... Dan patient tu pulak 1 hal, dah tau rambut tu panjang, simpullah kasi tak gerbang2... Ayoooo! Bos dia siap suh pakai tudung je lagi senang... Plus their boss is Chinese... Harap2 ini jadi pengajaran..

futnot: seram sejuk kaki tangan tengok orang pengsan tak sedar2...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya



Jelajah Kampung...

Salam...

Sabtu lepas balik kampung, tujuan utama nak pegi kenduri 2 pupu tapi sebelum sampai kat kenduri, jelajah Muar dulu... Oh ye, aku keje petang tu n aku terpaksa masuk agak lewat sikit... Memang betul2 padatlah aktiviti Sabtu tu memandangkan masa tak banyak pun. Gerak dari rumah dengan mak pukul 11 ++ am. Sampai lepas 1 jam 1/2 ... Aku tertidur sebab masih mengantuk sangat2... Sedar2 dah tiba tol Tangkak...

Sampai2 kat Muar terus tuju kampung... Yang aku nak kongsikan di sini ialah bila melawat orang2 yang sakit. Serius buat aku sedih sangat... :( ... Terasa insaf bila tengok penderitaan yang ditanggung. Aku terfikir macam mana agaknya bila usia aku seperti mereka nanti? Itu kalau masih sempat menjengah ke usia tua tapi kalau tak? Sangat menguji perasaan aku! Lepas tu kitorang teruskan perjalanan singgah mana2 yang sempat sampailah ke Hospital Muar (Hospital Pakar Sulatanah Fatimah) ...

Masa kat hospital, biasalah ramai tak ramai jugak orang yang ada... Mungkin masih tengah hari lagi jadi taklah sesak mana. Mata aku tak lepas tengok semua yang ada kat hospital tu... Aku rasa macam best pulak bila masuk kawasan hospital walau adakalanya aku takut. Yelah bila mendengar macam2 pengalaman orang lain bila masuk hospital. Masa ni melawat sedara mak yang diberitahu kononnya telinga pakcik (dia masih muda tapi pangkat dia pakcik pada aku) ada kuman a.k.a. nanah gitulah...

Tapi bila dengar sumber2 yang memang boleh dipercayai, dia terkena buatan orang! Aku tak faham kenapa di zaman ini yang dikatakan maju masih ada yang memerlukan khidmat2 setan untuk melepaskan nafsu amarah dan tak puas hati pada orang lain. Dari satu segi kata orang yang menyampaikan maklumat, pakcik ini masih muda (dalam lingkungan 40++) tapi diberi jawatan yang agak berpangkat jugak... Lepas tu kata orang lagi, mungkin ada sesuatu yang pernah dilakukan orang terdahulu jadi masa pakcik ni mula bertugas, adalah yang suruh buat macam apa yang pernah orang dulu buat tapi pakcik ni takmo... Kira keje tu keje tak halal la kan?


Bayangkan keje yang dikategorikan sebagai HARAM bila dapat duit juga HARAM, bila dimakan akan jadi darah daging kan? Pakcik tu ada anak2, isteri dah tentulah dia takmo benda2 yang HARAM diberi keluarga dia makan kan? Yang aku memang tak faham orang2 yang sihirkan orang ni, tak boleh fikir yang positif ke? Mungkin ada yang lebih baik lagi kalau dia tak dapat jawatan tu lagi... Takkan dah tua2 dan bertongkat masih nak bermegah2 dengan jawatan tu? Masa melawat tu, aku tengok pun aku sedih je... Tertido je pakcik tu, kejut2 pun bangun hanya untuk bukak mata je.

Sebelum ni kata orang, 22 hari dia kat ICU sebab pengsan... Dr. siap suh kumpul adik-beradik sebab dr. kata takde harapan lagi. Dia bernafas tapi bila dikejut, tak bangun2... Mesti orang pun risau kan... Harap2 pakcik tu sihat walafiat macam biasa dan orang yang dengki tu terima pembalasan yang setimpal dengan apa yang dibuat... Ini bukan tuduhan sembarangan sebab yang periksa pakcik ni ialah orang2 Hassan Din... Anak2 murid Hasaan Din kot?

futnot: g kenduri 2 pupu, meriah dengan warna2 biru+pink ;) ... pagi tadi aku sampai kat sekolah, tiba2 je pasang lagu 31 Ogos 1957 ... apa hal pulaklah diorang ni? bukan tak boleh tapi bila dengar terasa pelik pulak...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya




Mak!

Cool comment CLICK HERE !!!

You're 55th!

Jumaat, April 3

Nak Percaya Ke Tak?

Salam...

Mudah atau tak untuk kamu percayakan seseorang? Aku pernah percayakan beberapa orang dan tak bermaksud dengan PERNAH tu membawa kepada aku tak percayakan beberapa orang tu lagi tapi sebab kekangan masa yang teramat sangatlah membataskan kami bertemu dan bercerita itu dan ini termasuklah sesuatu yang boleh aku kongsikan secara peribadi.

Nak kata mudah sangat aku percayakan orang tak jugak sebab selalunya kata orang 1st impression tu penting tapi ada jugak kata Jangan Menilai Buku Dari Kulitnya. Itulah yang aku cuba buat sekarang ni. Pengalaman... semua orang punya pengalaman masing2 jadi mesti tahu macam mana nak atasi sesuatu yang pernah berlaku pada kita dulu kala...

Sekarang ni aku bukan tak nak percaya orang lagi tapi cuba untuk berhati2 sebelum percaya. Kalau dulu aku percaya pada orang2 yang Cakap Lepas sebab aku yakin diorang takkan Cakap Belakang... Itu dulu, sekarang ni lain pulak. Sebab tak semua yang Cakap Lepas ni semuanya takkan Cakap Belakang...

Aku biasa bercakap berdasarkan pengalaman sebenarnya. Bukan pengalaman aku pun, pengalaman orang pun aku jadikan panduan jugak. Aku tulis macam ni sebab semalam masa part time, ada orang ingatkan aku, nasihatkan aku Jangan Terlalu Cepat Percayakan Orang. Sebab bila Terlalu Cepat Percaya, kita pulak galak bercerita tanpa ada rasa Something Wrong Some Where... Sampai satu ketika kita yang akan kena balik...

Contohnya? Bila kita cite sekadar nak berkongsi je sebenarnya tapi orang yang mendengar pulak salah tafsir akan jadi hal lain... Itulah yang aku cuba elakkan
sebenarnya sejak aku keje dulu. Tapi, percaya atau tidak mana2 tempat pun waima di tempat2 yang bukan tempat bekerja pun kita pasti akan hadapi perkara2 yang semacam ni punya... Sebab manusia ni tak sempurna pun. Aku selalu ingat satu benda, Tak Semua Orang Punya Penerimaan Yang Sama...

Aku pernah jugak dah cerita itu ini tapi lepas tu tiba2 je rasa menyesal sebab terlampu mudah cite yang tak perlu pada orang. Ada orang suka dengar sebab kalo yang iri hati pulak akan amek n ingat point2 yang kita sampaikan padahal takde apapun sebenarnya. Ada pulak yang dengar tak dengar je mungkin sebab tak nak amek port sangat tapi dalam diam2 siapa tahu kan? Tu yang ada orang ingatkan jugak Diam Tak Semestinya Baik, Bising Tak Semestinya Jahat... Kita kenalah pandai2 buat kesimpulann yang tak menyakitkan atau menyinggung mana2 pihak...

Ini ingatan untuk semua termasuklah aku sendiri. Berpada2lah kalau nak cerita semua benda yang tak semestinya boleh dikongsi dengan semua jenis manusia. Dan ingat jugak, Jangan
Suka Mengadu Domba dengan orang, tak baik ok! Bunyi macam best Adu Domba tu tapi maksud di sebaliknya adalah sangat hmmmm... Fikirlah sendiri! Harap2 peringatan aku ni bergunalah untuk yang sudi singgah n baca coretan2 aku kat sini... Semudah yang boleh aku nak sampaikan pada semua... Yang penting Niat kita... Kalau Niat tu sendiri tak baik, jangan
mengharap yang baik pulak...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Bila Rasaku Ini Rasamu...