Rabu, Mei 27

Kisah Seorang Pembantu Lab Komputer...

Salam...

Lama ke aku tak update ni? Tak...kan? Duduk lab seharian tapi macam best je layan FB. Nak2 seminggu ni budak xm pertengahan tahun + 2 minggu cuti starts next week. Nasib aku pun diberi cuti. Hahaha...suka...

Pagi2 setiap hari kecuali Sabtu n Ahad aku masuk kerja pukul 8am (kadang hampir2 nak ke pukul 8am baru sampai tempat parking, ada jugak terlepas pukul 8.10am jugak), naik ofis pegi bilik CC amek kunci sebalik pintu lepas tu turun balik terus ke ICT Lab 1. Mula2 sampai keje dulu, aku rasa nak menangis sebab aku rasa tak percaya aku nak keje, rindu lepak2 kat rumah tapi lepas 2-3 hari aku ok. Selalunya tiapkali nak mula keje kat tepat2 baru memang aku jadi macam tu...mengada2 lebih...

Mula2 dulu keje kat situ (sekolah ni), aku memang tak tahu apa2 langsung sebab aku takut nak buat apa2 lebih2. Tapi bila dah diberi kebenaran untuk gunakan internet, aku pun mulalah guna... Kira bebas jugak walau bosan sebab sorang2. Masa mula2 berdepan dengan kelas yang diadakan kat lab, aku memang tak tahu apa nak buat. Lepas sorg cikgu ICT tu terangkan gitu gini barulah aku buat ikut arahan dia.

Lepas tu aku pun mulalah tolong apa2 yang patut bila ada kelas esp. kelas ICT. Budak2 ni ada yang terlalu pandai sampai semua benda nak diubahnya kat PC yang diorang gunakan. Buat macam kat rumah diorang je. Ada tu memang tak tahu apa2 langsung. Dan aku pulak sekali aku tunjuk dan diorang tak faham, aku mulalah nak marah. Padahal dah memang aku kena tolong tunjuk cuma tak bolehlah lebih2.

Bila kelas yang hanya menggunakan LCD/Projector je pulak, budak2 ni macam diserang satu rasa yang sangat teruja setiap kali masuk sini (aku ada buat entri pasal ni). Sangat2 bising (sama je dengan budak2 kelas Bahasa Arab dan ICT)... Best sebab kat sini ada aircond agaknya. Memang lab ni sentiasa sejuk dengan aircond...hahahah.

Kebanyakkan daripada budak2 ni tak makan saman bila aku tegur atau aku pandang je apa yang diorang buat. Suka sangat main2 kerusi, main2 headphone (kalau bukan kelas ICT). Bila aku pandang dan diorang buat tak tahu atau tak faham langsung, aku saja2 jalan sebelah diorang atau duduk sebelah diorang. Ada jugak yang dah tahu tapi dari jauh dia buat jugak. Lagi aku kata jangan main, lagi drioang suka nak buat.

Bukan aku je penat cakap, dengan cikgu2nya sekali dah penat nak cakap. Cikgu tegur yang depan, yang belakang pulak tunjuk belangnya. Rasa nak gigit2 je budak2 ni, nasib baik comel2 je... Kalau aku suka kat sekumpulan budak2 ni, aku akan tegur dengan berhemah dan ajar diorang sikit2 tapi kalau yang agak degil tu aku buat tak layan sangat je... Tapi bab2 nak belajar tu aku memang tunjukkan jugak tak kiralah dia comel ke, baik ke, nakal ke...

Memang kalau diorang tengok muka aku yang tak ada reaksi, masing2 macam takut je nak cakap apa2, mintak apa2. Nak mintak pen pun, aku dengar sayup2 je... Kejam ke aku? Nak ajar sikit2 je, tak banyak pun. Kalau aku nak balik atau ke tandas yang jauh tu, aku ada jugak disapa dengan diorang... Ada semalam budak yang selalu masuk time ICT ngan kelas Bahasa Arab tegur aku...aku terpandang la pastu dia kata "eh, makcik la...". Suka hati kamulah, makcik ke, acik ke, cikgu ke, aunty ke... Penatlah...

Kadang2 balik rumah atau nak hantar mak g kolej aku cite pasal budak2 ni...mak cakap kenapa marah diorang, budak2 tu kan comel2... Entah ek? Marah sebab diorang buat salah je, taklah lebih2 mana pun. Bukan macam masa aku mengajar budak2 mengaji masa kat Serdang dulu. Habis kene jerit je kalau salah sebut... Tapi tak pernah lagi sampai mencuit budak2 tu... Jangn buat pasal sebab zaman sekarang ni budak2 lagi advance, kene cuit sikit mengadu. Kene marah pun mengadu jugak. Tu pasallah budak2 ni berlemak2 buat macam2 hal kat sekolah.

Hoyeh2, Jumaat last sekolah n keje... Then aku cuti sampailah budak2 ni naik sekolah semula. Aku cuma perlu masuk keje dalam 2 hari je masa cuti tapi tak perlulah tunggu sampai pukul 2ptg...sebab sebelum diorang masuk sekolah aku kenelah kemas apa2 yang patut. Apa nak buat sepanjang cuti selain siapkan laman web dan part time? Sabtu & Ahad ni aku ke KL jalan2 dengan sepupu2 dan tengok anak buah...

futnot: untuk yang jauh di mata tu...adakah anda berpuas hati dengan entri ini? Maaf kaalu2 lambat update...hihihi...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Sabtu, Mei 23

Syurga Cinta!

Salam... (tarikh sebenar menonton - 23 Mei 2009)

Memang disarankan untuk menonton, tak kiralah kanak2 ke, mak ayah ke, veteran ke, golongan remaja ke... Sangat2 sesuai sebab segala rasa, emosi semua ada dalam satu filem dan paling penting kita TAKKAN ada rasa bosan atau KOSONG... Setiap minit dan saat kita disulami gelak ketawa, teruja, rasa nak tahu, rasa sedih pun ada...

Kombinasi paling best antara Awal (Irham), Hadziq (Ikmal) dan Heliza (Cikgu Syuhadah)... Tak BOSAN langsung tengok cite (ini pendapat aku secara peribadinya)... Banyak yang kita boleh pelajari dan contohi dari filem ni. Walaupun pada mulanya aku ingat cite ni copycat dari filem Kiamat Sudah Dekat, tapi bila dah tengok sendiri barulah aku tahu dan faham...
Selingan - peristiwa sebelum menonton! Aku dah booked 3 tiket untuk menonton Night @ The museum II kat GSC via sms... Bila datang kat pawagam, aku pun dengan berat hati tunjukkanlah sms aku kat cashier bahagian booking ticket. Dia mungkin baru lagi so dia rujuk dengan rakan sekerja. Aku dengan abang (adik ke2) je yang pergi masa tu. Kawan dia pun tak tahu sebab bila cek2 bukan nama aku yang keluar dan no. telefon aku pun tak ada kat sistem diorang.

Diorang pun panggilah bos yang bertugas masa tu. Dan selepas beberapa ketika, bos dia kata kat atas sms tu tulis GSC tapi yang kitorang pergi tu TGV... Aku memang dah gelak2 dan pekerja dia pun gelak sama... Hawau betul aku masa tu rasanya. Malunya aku!!! Boleh ke booked kat GSC tapi g TGV? Sengal gila... Lain kali periksalah betul2 ye... Dan2 tu terus beli tiket Syurga Cinta sebab staf tu kata dah alang2 aku kat depan dia takkan nak beratur2 pulak kan? Kononnya Ahad tu nak le ke Terminal One, Seremban sebab (pelakon2 Syurga Cinta turun sana) alih2 cancelled sebab aku part time lama sangat... Tapi serius aku akan tengok lagi movie tu dan kalau keluar DVD movie tu aku nak beli...simpan buat kenang2an... Tunggu ye???

Dan bila aku tengok, aku rasa diri aku terlalu kerdil teramat sangat. Selalu aku mencari kesempurnaan orang lain (lelaki) untuk aku jadikan teman TAPI aku tak sempurna pun. Tahulah aku dan fahamlah aku apa maksud tersirat di sebalik filem ni. Terkadang aku terfikir yang aku perlu sempurnakan diri sebelum mencari lelaki yang sempurna TAPI hakikatnya kalau mencari kesempurnaan hanya untuk memuaskan hati orang lain, tak ada apa yang kita dapat... Berubah kerana diri sendiri adalah yang terbaik...

Aku fikir jugak ADAKAH sebab aku selalu rasa diri tak baik dan aku juga takkan dapat seseorang yang bernama lelaki untuk aku dampingi? Atau adakah aku PERLU cantik untuk memikat hati lelaki? Bak kata Cikgu Syuhadah, "Harta dan kecantikan takkan selamanya bertahan...". Itu benar! Lelaki kalau nak mencari yang sesuai, cubalah kenal wanita itu dari hatinya BUKAN rupa semata2... Dan RUPA itu (kecantikan) adalah BONUS... Kalau hari ini kau kata dan kau puji wanita yang ingin sekali kau jadikan sebagai suri hidup kau, akan2 datang PERKARA yang sama jugaklah yang perlu kau katakan...

Bukan hanya kerana nak AMBIL hati semata... Atau perempuan2 lain atau wanita2 lain lebih CANTIK dari apa yang kau dapat... Ada lelaki dapat perempuan2/wanita2 yang hatinya BAIK dan CATIK perilaku tapi JARANG bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. Ada tu dapat yang CANTIK muka dan penampilan tapi perangai NA'UZUBILLAH... Menakutkan je melihat dan mendengar. Ada yang sebelum kawen memuji melangit SEBAB makwe tu kurus, cantik, slim dan sebagainya TAPI lepas kawen MALU pulak nak kenalkan, hebahkan pada kawan2 itu ISTERI yang pernah dia sanjung satu masa dulu sebab? Sekarang si isteri dah GEMUK, BERISI... Apa maknanya kalau macam tu?

Aku tak boleh nak cakap lebih2 sebab aku belum lalui semua perkara yang biasa berlaku depan aku, belakang aku, kanan aku dan kiri aku... Nanti orang kata aku pulak yang kena balik. Apa2 jelah TAPI aku suka dapat pengalaman dari kawan2 sebenarnya. Harap2 aku dapat atasi apapun yang bakal berlaku nanti. Pengalamanlah yang mengajar kita sebagai manusia untuk menjadi lebih dewasa...! Jadilah wanita/perempuan2 yang TAHU menjaga diri dan adab sopan sepanjang hidup. Jadilah juga seorang wanita/perempuan2 yang TIDAK mudah untuk didampingi kerana HARGA diri seseorang wanita/perempuan2 itu SANGAT2lah tinggi nilainya.

Jadi seperi sebiji EPAL yang kedudukannya amat sukar untuk dipetik berbanding epal yang terlalu rendang dan sangat mudah untuk diambil... Jangan terlalu mudah memberi dan membuka pintu hati untuk/pada lelaki2... Kerana bila kita beri hati kita pada manusia, acapkali juga ia hancur oleh manusia sebaliknya berilah hati yang telah hancur itu kepada DIA, nescaya akan dijaga dan dipulih baik2 olehNYA...

Aku mahu jadi seperti wanita/perempuan2 yang sangat sukar hatinya terpaut pada seseorang lelaki tetapi manusia biasa macam aku...mudah sangat terlalai...mudah sangat suka pada lelaki. Itu perkara normal TAPI bila ada masanya aku terasa TERLALU perlukan lelaki, aku sendiri terfikir adakah benar2 perasaan aku tika ini? Adakah sekadar ujian untuk melihat aku ini mudah atau tidak jatuh hati pada lelaki? Adakah ujian untuk melihat sama ada dengan rasa yang aku rasa sekarang semakin mendekatkan aku dengan PENCIPTA atau lebih menjauhkan aku dariNYA?

ISTIKHARAH...

Teringat aku tentang satu kisah mengenai Solat Sunat Istikharah... Ini berlaku pada aku sendiri di mana satu masa dulu (waktu belajar di kolej), tiba2 aku berhadapan dengan satu peristiwa dengan rasa yang aneh... Cuma aku perasan semua itu selepas tamatnya semua peristiwa tersebut. Mulanya begini, waktu tu aku hadiri kelas macam biasa. Tapi masa tu entah macam mana tiba2 lecturer kami ketika itu tiba2 ambil berat pasal diri aku...

Mulanya memang aku tak noticed langsung perlakuannya sebab aku tak rasa apa2 (nampak sangat bendulnya aku ni...). Sebab biasanya dia suka mengusik dan melayan usikan kawan yang seorang tu. Dia tiba2 tanya aku, "awak ok tak? nampak tak apa yang saya tulis ni?"... Aku jawab, "nampak..."... Memang betullah aku kerut dahi sebab biasanya petang2 kalau mengantuk ke memang pandangan aku akan jadi double/rabun yang teramat sangat. So petang tu memang kerutan dahi aku jadi luarbiasa... Aku biasalah cuma orang yang memandang je rasa pelik tengok aku macam tu... Dan kesekian kalinya dia tanya soalan yang sama kat aku, "awak betul2 nampak ke ni? kalau tak nampak, duduk kat tenagh ni..."...

Sampaikan masa aku pindah ke tempat di tengah2 kelas, aku pulak risau kawan2 pulak tak nampak apa yang dia tulis kat papan... Maklumlah aku ni besar, dan akan melindungi kawan2 dari tak nampak sebiji tulisan pun kat papan tu... Tapi kawan2 tak bersuara langsung atau menidakkan apa yang dia suruh. Aku pun ikut kata dia sebab dia lecturer kami masa tu. Lepas beberapa hari, kami ke kelas dia lagi dan kali ini di tempat yang lain pulak... Sebelum sampai ke kelas, aku berjalan dan bila nak masuk ke tangga, tiba2 kawan yang tak berapa rapat menegur, "awak nak tahu siapa nama bakal isteri sir?"... Aku terdiam dan terkedu tapi tak balas apa2 lagi... "hidayah..."... "ooo, ok..."... Aku? Tak terkata apa2 sebab BUKAN aku terkejut tapi apa motif dia beritahu aku semua ini?

Dan aku ikut kawan2 lain berjalan dan naik tangga untuk ke kelas. Tapi sebab meja hanya ada 3 buah setiap baris, aku terpaksa berada jauh dari kawan2 baik yang dah pun mengambil tempat2 masing2. Dan tiba2 lecturer kami tu tegur dan suruh aku pindah ke depan...paling depan dan menghadap meja dia... Aku terkejut dan kawan2 juga turut sama terkejut dengan arahan dia tu. "itu kan tempat duduk ***** sir?", seorang kawan menegur. "tak apa, awak duduk depan ni...". Aku tak berganjak langsung sebab berbelah bahagi. Dan seorang lagi kawan kelas menegur, "kenapa hidayah kena duduk depan pulak sir?"... Last2 dia biarkan aku duduk di tempat yang aku dah pilih mula2 tadi...

Dan masa nak balik lepas tamat kelas dia, dia suruh aku ke bilik dia untuk ambil kad dari lecturer lain untuk disampaikan pada bekas cikgu lecturer lain tu. Masa nak ke bilik dia, aku seorang2 saja tetapi sebelum ke bilik dia, dia berjalan sebelah aku sambil berbual2 sikit, "macam mana sir ***** kenal cikgu tu ye?"... "dulu dia bekas murid cikgu tu"... "oh!"... Sebenarnya dah lama sepatutnya aku ke bilik lecturer lagi satu tu untuk ambil kad raya untuk diberi pada bekas cikgu dia TAPI aku sangat malu dan segan untuk ambil semata2 kad tu... Jadi, dia sampaikan pada lecturer yang ini je.

Sesampainya aku kat depan bilik lecturer ni, seorang lecturer lain tegur (dia jugak ada kena mengena dengan bekas cikgu yang aku sebutkan tadi) macam nak marah aku je. "sir ******** yang suruh saya tunggu kat sini"... langsung the lecturer diam tak cakap apa2 terus masuk bilik dia... Itulah aku bila gugup atau nervous atau tiba2 orang nak marah aku, aku akan jawab dengan cara paling tak berhemah tu... Nasiblah kamu2 semua... Dan bila the lecturer sampai dan masuk dalam bilik dia untuk berikan kad tu... aku pun ambil dan blah dari tingkat tersebut.

Tau2 je minggu depannya seorang kawan yang pernah sebilik dengan aku dulu beritahu satu perkara yang mana the lecturer dah pun selamat nikah dan kawen dengan one of his student satu school dengan kami tapi lain course yang namanya sama dengan aku!??? Aku sangat terkejut dan tiba2 teringat peristiwa2 yang berlaku pada aku sebelum tu. Patutlah dia seolah2 cuba untuk dekat2 dengan aku, tanya aku macam2, suruh aku macam2... Memang pelik perangai dia masa tu cuma aku je tak perasan kenapa...

So, aku dah fahamlah kenapa dia begitu. Kata kawan ini lagi yang lecturer ni memang ada buat Solat Sunat Istikharah untuk mencari calon untuk isteri dan juga ada menyebut beberapa nama... Aku rasa nama aku dan nama isterinya sekarang ini ada dalam list yang dia sebutkan itu. Ada jugak aku khabarkan pada teman2 rapat dan jawapan mereka, "kenapa tak sebut nama kitorang dalam solat dia?"...boleh ke? Itulah kuasa Solat Sunat Istikharah. Memang tujuannya untuk memohon petunjuk dari DIA supaya kita tidak memilih yang SALAH... Aku memang nak jugak buat cuma asyik tak terbuat je. Bilalah kamu nak sedar diri wahai cik Hidayah?

Moga2 dengan Solat Sunat Istikharah ini akan temukan aku dengan jodoh aku yang sebenarnya... Aku mohon pada DIA, kurniakan aku seorang lelaki yang boleh membimbing aku ke jalanNYA, dunia akhirat dialah suami aku dan paling penting BUKAN kurniakan seorang lelaki kerana aku memaksa TETAPI kerana ENGKAU telah takdirkan dia untuk hadir dalam hidup aku... Telah ENGKAU takdirkan untuk menjadi seorang lelaki sebagai petunjuk kepada jalan kepada keREDHAanMU...Amin3 ya ALLAH!!!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Jumaat, Mei 22

Hangat!

Salam...

On the way lepas hantar mak ke kolej dan aku pulak nak ke sekolah, sempatlah dengar Sinar.Fm... Berita pasal penulis blog disarankan mendaftar oleh kerajaan. Macam2 hal... Rasanya inilah cara paling mudah untuk meluahkan dengan cara kita. Biasanya paling mudah nak kongsi apapun dengan kawan2 adalah dengan menulis di blog MALAH ada yang menjadikannya sebagai tempat untuk mempromosikan perniagaan dari sekecil2 sampailah yang dah dikenali...

Benda dah elok2 free, tiba2 kena daftar MUNGKIN dengan membayar pulak? Aku dengar tajuknya saja... Ni pun tengah cari maklumat pasal berita yang sedang hangat sekarang ni. Hangat untuk kita2 yang suka menulis blog... Kalaulah betul kena daftar (beli domain ke, atau yang sewaktu dengannya)...erm, mungkin ke akan mengurangkan penggun2 siber untuk terus menulis di blog? Atau kalau tak disuruh bayar pun, setiapkali ada pengguna atau penulis blog yang baru MESTI kena DAFTAR kat kerajaan dan dipantau...

Alah, rasanya kalau tak melalui cara itupun, sekarang ni kalau ada yang cari pasal, buat pasal, tak pasal2 dah pun kena pantau... Hehehe, jangan tak tahu tu walaupun aku SEBENARNYA baru je tahu. Itupun lepas baca beberapa blog yang 'selalu' diganggu gugat oleh ANON2 yang entah kenapa tak ada kerja lain selain nak kacau orang. Ye, betul semua orang ada HAK masing2 untuk masuk blog orang, komen suka2 TAPI ada tak fikir apa yang dikomen tu nanti mungkin akan mengguris hati penulis?

Kalau tak suka, komenlah TAPI biar beradab. Kalau tetap tak suka, jangan komen atau lebih mudah tak perlu masuk langsung blog tu, boleh? Siapa pun tak sakit hati. Dan sebenarnya dah lama aku tengok keadaan yang berlaku dalam mana2 blog dan dah lama jugak nak menulis pasal hal yang ini. Ada antaranya kawan2 aku sendiri (yang terkena, dikomen suka2 hati)... Kalau ikut dari sudut penulis, dia menulis apa yang dia MAHU, SUKA, DUKA...apa2 je. Ikut dari sudut yang komen atau selalu baling batu sembunyi tangan - ANON pulak, selalu rasa dia punya hak untuk komen... Kadang2 tak perlu komen pun kan? Cuma hati manusia ni manalah sama dan semua pun takkan boleh nak duga apapun yang ada dalam hati seseorang, bukan?

Aku pernah jugak didatangi seseorang TAPI dia tidak sembunyi pun... Aku komen kembali kat blog dia (dia ada blog jugak tau, hoyeh2)... Lepas tu senyap... Kelakar pulak bila ingat2 balik. Kita sebagai manusia biasa (penulis) takkan boleh menidakkan perlakuan seseorang SAMPAIlah ke 1 tahap yang terlalu MELAMPAU, barulah dia tahu apa nasib dia (yang datang blog tak kenalkan diri tapi komen2 menyakitkan hati) nanti kan? Dah diperINGATkan banyak kali MASIH nak buat, masa dah terKENA nanti pandai2lah nak HIDUP... Inilah dia, SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA... Sebab ANON yang suka komen (yang tak membina, menjatuhkan orang lain) dan jugak penulis2 yang tak faham etika untuk menulis pun 1 hal jugak. Sampai turun naik/keluar masuk mahkamah bagai...

Dan penulis blog pulak ada pelbagai jenis... Kadang2 aku rasa KURANG bebas pulak bila nak menulis lebih2, pandangan diri sendiri untuk ditulis dalam blog. Silap percaturan, kita yang kena balik. Kenapalah agaknya ye? Bila kita hanya menulis dan orang datang baca je tapi bila orang salah faham, kita jugak yang dikatanya SALAH... Jadi, kita sebagai penulis diam saja dan lihat setakat mana perlakuan ANON2 tersebut... Sebab kalau ikut ANON2 je, kita takkan kemana2. Sama jugak dengan realiti hidup. Kalau asyik nak dengar je apa orang kata, kutuk...kat situ jelah kita...

Bukanlah tak perlu atau tak boleh nak dengar apatahlagi mintak pandangan orang lain TAPI kalau kita rasa agak2 macam nak patahkan semangat kita, kita anggap sebagi panduan je sudah. Kalau kita cakap balik pun kadang2 orang yang komen tu pun bukan nak dengar balik... Itu yang orang kata, KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH...betul ke perumpaan aku ni? What everlah... Apa yang penting ikut HATI sebab kita je tahu apa yang kita nak. Masih lagi perlukan pandangan orang cuma untuk panduan sajalah. Apa yang baik, cuba praktikkan tapi kalau sebaliknya, tanya HATI...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Khamis, Mei 21

Maaf!

Salam...

Sejak aku aktifkan 'buat entri terus dari emel' oleh blogger ni, macam2 emel yang entah apa2 yang suka2-hati-buat-entri dalam blog aku... Maaflah ye pada kamu2 yang selalu datang sini lepas tu nampak pelik dengan entri2 yang entah apa2 ni semua. Dan aku baru sudah nyahaktifkan semua2 emel yang masuk dalam inbox emel dari terus buat blog ni macam dia punya...hahaha!

£1,000.000.00 GBP has been award to you in the British online,send us your
Names:........
Address:......
Country:......
Sex/Tel.......


Lupakan saja apa yang sedang anda lihat sekarang... itu semua hanyalah Ilusi semata2... Salah sendiri padahal tapi nak jugak salahkan benda2 lain... Tengah bosan yang teramat sangat... Nak siapkan projek sekolah, bahan makin kurang. Nanti GPK 1 tanya, macam mana dengan laman web? Jawapan aku yang biasa "on the way'... Takpe2, selagi tidak membebankan kepala, aku buat apa yang ada je... Bosan!!! Lama wooo, tak tulis perkataan yang memang femes masa keje kat Cheras dulu. Huhuhu...

Rindu nak kacau2 sorang budak yang tengah konsentret dengan keje2 praktikal - buat Illustrator je padahal. Rindu nak buat keje2 yang sepatutnya dibuat beramai2 tapi aku sorang2 je yang buat, rindu nak makan nasi+ayam rempah+sayur sejemput (RM3.30) dengan air suam/ais kosong. Rindu nak masuk keje pukul 9 pagi...ini yang paling best la. Bukak ofis pagi2, sorang2, tutup ofis pun sorang2, Sabtu pun balik keje pukul 6 petang... Rindu semuanya sekali...

futnot: takde kata2 akhir di hujung entri sebab aku edit semula entri sengal ni...huh!

Rabu, Mei 20

Cik Wani!!!

Salam...
Nama Penuh: Nurul Ummah Syazwani
Umur: 2 tahun+-
Kegemaran: Berjalan tanpa arah tujuan dan minum air Sirap banyak2 lepas tu orang suruh
senyum nak amek gambar dia, dia sendiri gedik2 cakap "Enyum"...haha, awak
memang bijak!
Ketinggian: Atas sikit peha Aunty dia yang ini (aku la tu)


Nama Penuh: Nurul Izzah Sufiah/Sofiya/Sofia/Safiya (aku keliru...dengar Atok MAk panggil Pipi je)
Umur: 2 bulan+-
Kegemaran: Tido (orang usik2 cuma menggeliat2 je), bangun bila pampers bocor...
Ketinggian: Lagi rendah dari kakak...

Orang ketandusan isi2 untuk tulis dalam blog memang macam ni. Gambar2ni diambil masa kitorang balik kampung Sabtu lepas. Atok budak2 ber2 ni adakan kenduri nak ke Umrah (abang sulung Abah...) + Cukur Jambul Pipi. Setakat ni, diorang je cicit2 Atok Mak... Bakal tiba akhir tahun ni iAllah... Mak Ngah budak2 ber2 ni jugak... Selainnya? Wait n See ya? Dan si kakak sangat2 suka pada LELAKI saja ye. Lumrah perempuan memang macam tu. Dah le sombong dengan perempuan2 yang tak ramai ni...huh!

Mula2 aku ingatkan dia TAKUT nak dekat2 dengan kitorang lebih2 lagi aku... Tapi dia lebih suka melekat dengan LELAKI dan minum air SEJUK dan MANIS... Muka memang fotostat muka mama dia - Kak Long...iras sikit2 dengan papa dia...

ini antara yang hadir...ramai lagi TAPI tak dapat datang...

kami sangat RAMAI lelaki tapi sangat KURANG perempuan...
ini pun ramai yang takde...

dan semestinya aku pun nak letak gambar aku sendiri...
ni dengan Syima (sepupu) kat depan parit...
tiba2 rasa muka aku macam 'putih' pulak. hahaha...perasan lebih!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Dia Yang Aku Kenal...

Salam...

Nak jugak menulis walaupun takde apa sangat nak ditulis... Hahahah! Sebenarnya sejak kemuculan 'semula' dia kat OIAM lepas tu siap ada lagu baru yang best tulah yang buat aku teringatkan dia kembali... Tomok atau nama sebenar dia - Syah Indrawan Ismail... Kalaulah kawan baik aku baca ni, mesti dia kata aku POYO...sebab? Cite pasal Tomok...

Masa dulu2, kumpulan dia memang jarang orang suka walaupun lagu2 yang New Boyz nyanyi semua pun nak ikut nyanyi jugak. Lepas nyanyi nak kutuk2... Apa daaa... Dan aku pun terpengaruh sekali. Aku memang hafal dan tiapkali kat radio, aku nyanyi sekali. Best je lagu2 dia nyanyi TAPI...no komen...

Teringat lagi (sampai bila2 la agaknya), 17 Mei 2001 adalah hari aku ambil ujian memandu - bertulis. Hari yang sama jugak adalah hari lahir Tomok yang ke 17 (SPM)... Last week dengar kat radio masa nak pasang lagu baru dia, penyampai radio beritahu hari lahir Tomok ni... Aku pun teringat kembali kisah ini... Huhuhu...

Beberapa hari ke hari yang sama aku tak ingat yang aku ada baca MANGGA (dulu2 selalu DERMA kat mamak untuk beli majalah hiburan), pasal hari lahir Tomok (lagi???). Pagi2 tu aku ke tempat belajar memandu (masa tu masih dok kat Serdang) dan abang kat tempat tu bawak kitorang semua yang akan ambil ujian ke Cheras... IMKEDA, ada pernah dengar? Siapa2 yang duduk atau tinggal dekat2 Cheras mesti familiar dengan nama ni kan?

Habis ujian, macam biasalah duduk kat mana2 untuk dapat keputusan hari tu jugak. Alhamdulillah keputusan aku cuma beberapa je hampir kepada TIDAK lulus. Aku mintak ujian guna komputer dibaginya ujian bertulis. Belasah je la... Lepas tu WAJIB dengar ceramah yang entah berapa jam tu... Kata orang 6 jam, tapi aku tengok tak macam 6 jam pun?

Masa ceramah tu berlangsung, penceramah pun mulalah kenalkan diri + nak kenal2 ngan kami2 semua. Sebelum dia sebut sorang2, dia tanya kat sorang budak tu KENAPA kawannya tak sampai2 lagi? Budak tu diam saja sebab dia sendiri tak tahu nak jawab apa kot? Lepas dia bagi ceramah serba sedikit, dia ada sebut nama sorang2... Entah cemana masa dia tanya sorang Russian tu, aku pun pandanglah ke belakang...

Aku pandang, tiba2 ada sorang budak lelaki senyum2 kat aku. Aku buat dek je sebab aku ingat dia salah pandang orang. Dan tiba2 aku terfikir yang macam aku kenal pulak muka budak ni? Aku pandang semula... Tujuan sebenar aku pandang ke belakang mula2 tu sebab nak tengok Russian yang ambil ujian memandu kat situ gak. Aku je yang pelik sebab ada foreigners.

Dan bila kali ke2 aku pandang semula ke belakang untuk pastikan adakah dia itu Tomok? Rupa2nya benar sebab dia pakai bangle tulis 'Tomok' kat tangan kanan dia kalau tak silap la. Tapi aku tak puas hati dan untuk kesekian kalinya aku pandang ke belakang semula. Sah! Itu memang dia... Dia masih tersenyum2 bila aku pandang dia.

Lepas tu penceramah mula panggil nama sorang2 untuk dia kenal. Dia sebut nama sebenar Tomok dan Tomok jawab... Entah apahal dengan penceramah tu pun aku tak pasti bila dia sebut lagi sekali dengan nama yang salah pulak - Syah Gunawan? Budak tu dengan rasa yang aku tak tahulah apa dalam hati dia...jawab jugak dengan senyum... Woooo! Aku bukan nak puji ke apa tapi aku nampak sendiri...

Dan2 tu, ada wanita2 yang ambil ujian sekalian dengan kitorang tadi sebut2 "Eh? Tomok la...", di sebelah lain pulak "Tomok kan tu?"... Tapi tidaklah sebising di pasar pun... Habis je sesi pertama, masing2 keluar untuk minum, rehat sekejap, makan ke, solat ke, apa ke... Aku cuma join kakak yang sekali datang dengan aku sejak dari Serdang lagi (dia amek ujian motosikal) kat bilik sebelah... Dia datang kat aku tanya "Itu Tomok kan?"... Aku angguk. Dia pulak yang teruja dan ajak aku ke tempat Tomok rehat2 dengan kawan dia... Aku tak pun pergi kat dia ber2...

Kawan dia tulah yang dimarah oleh penceramah tadi. Bukan salah kawan dia pun. Sebab Tomok pun baru balik dari sekolah lepas tu baru join kitorang2 semua. Dia ambil ujian pun lewat dari kitorang... Dan masa dia rehat dengan kawan dia, tak ada sorang pun yang datang dekat dengan dia ber2... Kadang2 aku terfikir jugak, betul ke orang gila2kan sangat dengan dia atau dengan kumpulan dia? Takde pulak orang nak kejar2 dia amsa tu? Semua macam jauhkan diri je... Serius aku beritahu sebab memang takde yang duduk kat meja makan warung kat situ. Ini pun aku saksikan depan mata aku...

Kat tempat2 lain je kot orang suka2 nak kejar2 dia... Tapi bila tengok2 balik klip video yang dia nangis2 cite pasal pengalaman dia yang lepas2, aku rasa betullah kot. Sampai mak dia boleh ke tak tahu langsung? Apa2 jelah, yang penting semua tu dah lepas. Dia pun dah jadi Tomok yang baru... Apa yang berlaku selepas kejadian aku jumpa Tomok tu, langsung aku tak tahu apa lagi pasal dia. Layan lagu2 dia je... Sebab masa rehat lagi abang (anak tuan punya tempat belajar memandu) ajak semua yang dibawaknya tadi balik sekali. Dah petang jugak masa tu dan dia dah tau dah penceramah akan kasi amaran dulu sebelum rehat... Pesan jangan balik dulu sebab nak bagi sijil2... So, kami semua pun baliklah tanpa apa2 sijil ceramah...hahahah...

Aku suka lagu baru dia... Dia bukan yang dulu lagi (ceh...puji lebih2 pulak, macamlah dia nak kongsi SEJUTA dia tu)... Harap2 taklah senyap macam juara2 OIAM yang lepas2... Jadi macam Faizal Tahir n Shila tu... Yelah, bukan selamanya pun orang nak ingat sebab satu masa nanti PASTI orang akan terlupa siapa kita... Kan aku suka no 2? Dan nampaknya yang no 2 tu sangat best je? Hihihihi...

futnot: untuk kak Masy... silalah jeles sikit eh? hahahaha...suka tak Tomok menang?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selasa, Mei 19

Apalah Maknanya?

Salam...

Entri ini hanyalah sekadar luahan aku tentang hal lama yang pernah SINGGAH dalam hidup aku DAN aku masih INGAT lagi sampai ke detik ini. Malas nak buat intro yang tak best... Yang penting sampailah sekarang aku terfikir dan tertanya kenapa? Mengapa?

First sekali, aku yang emel dia dulu. Konon2 nak berkenalanlah ni. Poyo gile aku rasa bila ingat2 balik... Takpe2, ini sekadar mengingatkan dan teringat je. Lepas dah 2-3 kali emel balas berbalas, dia pun mulakan dengan emel aku lagu... Aku ingat lagi lagu pertama yang dia emel kat aku - Destinasi Cinta by Far East... Tak hagak2 punya lagu dibaginya. Dah le tak pernah dengar lagu tajuk ni versi nasyid (selama ni tahu Siti Nurhaliza je ada lagu yang sama tajuknya)... Kata dia tu lagu lama...dinyanyi semula...

Disebabkan inbox khas untuk emel2 dari dia dah aku selamat BUANG, makanya aku cuma boleh ingat sikit2 je. Lepas tu selalu jugaklah berhubung macam mana aku selalu tinggalkan komen atau apa2 pesanan kat shoutbox blog dia... Mula2 kenal dari blog dan terus jadi kawan SELAMA 3 tahun... Fuh! Lama betul? Bukanlah maksudnya sekarang aku DAH tak kawan dengan dia tapi tak serancak dulu lagi... Kenapa ek? Aku pun takde jawapan yang spesifik...

Ok, sambung semula kepada lagu2 yang dia pernah emelkan kat aku... Lagu kedua kalau tak silap akulah (sebab dah buang so, memang betul2 lupa lagu2 yang dia emel walau taklah sebanyak mana pun) hmmm, tak dapat recall pulak... Yang ke3? Rossa kot? Terlalu Cinta... Lupalah pulak... Siap tanya lagi "apa rasanya kalau Terlalu Cinta kat seseorang?"... Aku jawab sekadar yang aku tahu tapi sangat berjela2... Lepas pada tu (selepas sesi meluahkan rasa - aku memang sengal gile2), dia jawab sikit then emel lain yang dia bagi aku - lagu Berdua Lebih Baik...

Pada mulanya dia emel lagu2 tu semua, aku MALAS ambil pusing pun. Tapi, HATI perempuan kan? Lama2 tertanya2 jugak (sampai sekarang tertanya2 lagi) dan MACAM terdetik kat hati SUKA pulak dengan cara dia emelkan lagu2 tu semua... Sampai SATU masa dulu aku buat 1 entri pasal hal ni. Tiba2 masuk ke emel aku lagi, lagu yang masa tu MACAM best je dengar (dia bukan setakat bagi lagu tapi siap dengan liriknya (mp3 lagu tu) sekali...). Bukan Permainan - Gita Gutawa yang cute tu... Aku AGAK2 dan MEMANG RASA lagu tu benar2 ada kaitan dengan entri aku yang 1 tu...

Dan sebelum aku terlupa, dia ada emel lagu Cahaya Cinta - Siti Nurhaliza (masa tu memang aku cari2 lagu tu+masih hangat lagi lagu tu kan...Siti baru kawen)... Dan lagu terakhir yang dia emel aku lepas lagu Gita Gutawa tu, Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta... Macam kisah hidup pulak pembuka dan penutupnya lagu yang lain tapi tajuk dan penyanyinya saja yang lain... Dah le semua lagu2 yang dia emel, aku memang suka sangat2...

Sekarang ini, persoalan yang selalu bermain2 kat kepala otak aku ni... Salah siapa? Kenapa dia bagi aku lagu2 tu semua? Adakah aku salah SEBAB tersuka dengan cara dia? Mungkin pada dia, semua ni biasa2 je TAPI tidak bagi aku yang lama-kelamaan tiba2 suka dia? Dan tiba2 dia HILANG macam tu je... Bukanlah lepas aku emel dia yang aku 'suka' dia tu...Jarak antara luahan aku guna emel sampailah dia hilangkan diri tiba2 adalah sangat2 JAUH!

Dia hilang tanpa apa2 khabar. Emel2 aku dah tak dibalasnya macam dulu2... Setakat aku je pergi blog dia dan selalu komen apa pun yang dia tulis kat blog. Lagu2 pun dia tak emel lagi TAPI aku pulak yang emel dia lagu2 yang KONON2 nak kongsikan dengan dia... Tapi masih je sama, tiada balasan apa2... Dan disebabkan dia SENYAP tiba2, aku emel jugak lagu (tapi BUKAN aku yang nak sangat emel sebab aku BUKAN jenis yang suka nak emel2 lagu ni...)... Dan dia jawab untuk kesekian kalinya. Ini pun sebab entri kat blog dialah...

Dan disebabkan tindakan dia yang tiba2 itulah yang membuatkan aku RASA nak jauhkan DIRI (walau dia dah lama mulakan dulu)... Selepas dinasihatkan beberapa orang termasuklah orang yang aku COP sebagai pengadu tu... Aku cuba dan berjaya selepas SETAHUN... Mula2 aku SUSAH nak lupakan sebab KONONnya suka yang terAMAT sangat punya pasal...

6 bulan yang pertama, kawan suruh HILANGKAN diri dan CUBA lupakan dia TAPI aku tak buat apa2 langsung... Lepas dah terasa BODOHnya diri BARU aku buat betul2. Mula dengan membuang gambar2 yang aku cilok senyap kat blog dia... kat FS dia... Tapi lepas tu aku AMBIL semula... Dan segala2nya bermula SEMULA dengan cara yang sama. Aku tak gatal2 tangan sms dia lagi, emel2 dia lagi atau apa2pun. Aku SUDAH BERJAYA... Amin!!!

Dan sekarang ni kat inbox emel takde lagi nama dia KECUALI YM je. Sekarang memang tak RASA apa2 langsung walaupun andai PUNYA MASA, aku YM dia DENGAN niat TAK lebih dari BERTANYA sesuatu yang aku tak faham - that's it! Kalau tak, tak de masa aku nak tegur dia. Last sms dia pun masa ucap selamat untuk PERNIKAHAN dia... Dia ada jemput aku datang TAPI tak terujalah pulak nak ke MAJLIS dia. Bukan tak sanggup nak BERSEMUKA, hati yang tak mahu... Dan satu perangai dia yang aku TAHU/NOTICED, kalau dah terlalu lama aku tak SMS, dia PASTI akan balas CUMA lepas 2-3 kali dia TAKKAN BALAS lagi... Mula2 kenal dulu, memang galak dengan sms2 ni semua...

Sekarang dia hanyalah SEJARAH dan PENGAJARAN untuk aku di MASA2 akan datang. Pengalaman Hidup Itu Mendewasakan Kita Semua...betul? Aku dah TAK menyesal tapi sesekali aku MEMANG ingat semua benda2 ni dan SUATU masa nanti MUNGKIN aku akan terus LUPAKAN semuanya kot? Aku sendiri KURANG PASTI. Harap2 aku tak lalui lagi hal2 yang sebegini... BUKAN serik tapi rasanya aku LEBIH selesa dengan BERSUA depan mata dan puas HATI dengan cara yang begitu. Takde MANUSIA yang melalui cara yang sama bila bertemu JODOHNYA...

Kalau dah diTAKDIRkan untuk kita, ITU jodoh kita...kau elaklah macam mana sekalipun ITU tetap kau yang punya! Dan ANDAI dah memang ITU jodoh kita, ALLAH telah tetapkan hati2 kita semua ini dan segala2nya pasti BERJALAN dengan BAIK sekali. Percayalah WALAU aku bukan PENASIHAT yang baik... Dan apa2 UJIAN yang datang hanyalah INGIN menguji SAMA ada akan menDEKATkan kita atau semakin menJAUHkan kita dari PENCIPTA kita? Segala yang BAIK semuanya datang dari DIA... Sebaliknya yang LEMAH itu datang dari aku jugak...yang tak sempurna segala segi ini. Satu lagi, APA pun yang jadi ADALAH ketentuan DIA jugak.

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Isnin, Mei 18

Belated Teacher's Day...

Salam...

Dah lewat/telat pun... Tapi nak jugak menyelit2 untuk ucapkan Selamat Hari Guru untuk Mak, Abah, bekas2 cikgu/ustaz2/ustazah2/lecturer/cik2/puan yang pernah kenal atau mengajar aku dulu dari tadika sampailah ke kolej menjahit... Aku sangat2 menghargai diorang walaupun tanpa apa2 ucapan dari sms atau call (kredit takde pulak...alasan!) atau apa2 hadiah...

Apa2pun TERIMA KASIH di atas segala2nya... Teringat2 aku masa aku dipaksa-rela masuk sekolah BERASRAMA kat tengah2 hutan sinun... Aku pergi main redah je, tak macam orang lain nak kena survey2 bagai. Tau2 dah sampai masanya, terus daftar masuk. Gilalah sekolah tengah hutan. Apa yang ada? 3 lombong, pokok2 pisang dan sekelilingnya hutan TAK berapa nak tebal sangat. Sebab sekolah tu guna KEM...sekarang dah selamat jadi KEM semula untuk budak2 PLKN.

Mak pesan, (waktu kena masuk asrama tengah hutan tu...) TAK PANDAI tak apa TAPI (ada jugak TAPInya) biarlah JADI manusia sikit. Aku ni kan ala2 lembab gila nak FAHAM maksud mak... AKu tertanya2 dalam hati, selama ni aku BUKAN manusia ke hape? Sekarang ni BARU nak faham betul2... Ok, maksudnya dah sampai ke hati nurani aku... Hehehehe... Walaupun dah lama hal ni semua TETAP aku ada rasa menyesal jugak... Tak betul2 menghargai MASA yang dah terlalu banyak orang bagi...

Sekarang ni cuma tengaok ke depan je. Pandang belakang untuk jadikan panduan masa2 akan datang...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Jumaat, Mei 15

Medical Certificate @ Medical Checkup?

Salam...

Hari Jumaat yang paling bosan sangat dalam hidup... Bosan sebab malas nak siapkan kerja. Takde kerja, minta kerja...bila dah ada kerja mulalah macam2 alasan yang datang. Tapi setiap manusia ni memang ada masa akan rasa MALAS nak siapkan satu2 kerja. Ada masa kita akan rasa PENAT sangat... Tapi bila dah SELALU rasa camtu, something wrong somewhere tu...

Contohnya masa aku part time kat klinik. Aku jarang2 masuk klinik (bila ada yang masuk petang) jadi kadang2 aku tak dapat cam muka orang2 yang dikategorikan sebagai muka MC... Hehehehe... Ada jugak yang kita tengok dia JARANG ambil MC. Kawan2 klinik selalu kata dan terangkan orang2 yang diorang aim tu macam mana rupanya. Kalau rajin, semua pun akan usaha untuk aim... Ada masanya kitorang biarkan saja. Tengok jugaklah jarak antara cuti2 yang diorang request...

Dan jangan ingat semua doktor tu sudi nak beri MC kecuali diorang malas nak BERTEKAK dengan para pesakit. Sori doktor...hehehe. Kenapa mesti ada perbincangan dulu sebelum dapat atau tidak MC tu?

Sebab yang Pertama - andai kata patient yang datang tu punya panel di klinik ini (mana2 klinik pun tak kisah) dan bila dikira2, dihitung2, dibilang2, ditengok2 MC yang PERNAH diorang ambil (atau doktor yang beri) dan kita dengan SENANG hati bagi (dengan persetujuan doktor yang sedang bertugas) LAGI... dan panel2 diorang kerja call dan tanya KENAPA beri pekerja2 (patient) tu MC? Bila ditengok2 balik kad, rupa2nya dia memang banyak MC. Jadi sebelum jadi hal2 seperti yang telah dinyatakan, adalah lebih baik MC itu tidak diberi tanpa sebab2 kukuh.

Sebab yang Kedua - ini yang betul2 perlukan MC. Maksudnya bukan patient itu yang minta pun. Ada orang dia memang TAK MAHU MC sebab kalau kilang2 biasanya gaji akan ditolak kalau MC, ambil ubat atau jumpa doktor. Itu prosedur tempat diorang bekerja la... Dan kebiasaannya pekerja2 dari luar yang akan hadapi hal sebegini. Kadang2 sampai doktor pulak yang insist suruh ambil MC. Tapi kalau patient TETAP tak mahu, tak apalah.

Ada lagi, kenapa kita ni pulak yang risau2kan diorang MC atau tak... Kalau panel memang kitorang akan BERHATI2... Macam sebab2 kat atas la. Melainkan kalau diorang tu CASH... Itu dah jadi lantaklah... Taklah lantak terus SEBAB apa2 hal yang jadi NANTI, kita semua yang bekerja pada hari MC tersebut dikeluarkan akan dicari dan ditanya KENAPA dan MENGAPA? Dulu kat klinik lama, aku jawab call seorang BOSS yang tanya kenapa pekerja dia banyak sangat MC. Apa jawapan yang kukuh? Selalu orang MC sebab dia sakit kan?

Dan nak dijadikan cerita, BOSS tu ceritalah yang masa staf tu kerja cawangan KL dulu, selalu dan terlalu MUDAH dapat MC. Rupa2nya alasan staf tu, doktor yang beri. Laaaaa? Itu je jawapannya? Dan Sivaji The Boss (bos dia Melayu) pun suruhlah kami2 semua ni pantau MC staf dia. Tak mahu berlaku perkara yang sama sekali lagi. Aku pulak dengan BAIK HATI tulislah kat kad patient untuk perhatian para doktor dan staf2 klinik yang lain. Alih2 KANTOI dengan wife patient... Hahahaha. Bukan KANTOI apa, cuma lain kali (peringatan untuk semua) kalau nak tulis apa2 kat kad tu, tulislah kecil2...guna pen je...

Nasiblah baik the patient tak cakap apa2... Tu la kan, kalau buat apa2 kesalahan PASTI akan diketahui jugak nanti. Kadang2 bila ingat2 balik bila doktor PENAT cakap yang the patient TAK BOLEH MC tapi patient tu sungguh2 nak MC sedangkan dia tak sakit. Tapi kenapa dia ke klinik? Sebab dia sakit cuma biasa2 je dan TAK PERLU MC. Ragam manusia ni macam2, kan?

Aku pernah tanya doktor, kenapa MC yang post dated (hari sebelum kita datang jumpa doktor tapi kita dah MC) tak dibenarkan beri? Ini jawapan semua doktor2 tau, walaupun aku hanya tanya seorang doktor je...maksudnya aku cuma tanya kenapa je (doktor2 lain tak cerita secara lanjut sebab aku suka menyampuk) dan jawapan yang diberikan memang sama...

Pernah dulu jadi satu kes dimana seorang suspek yang membunuh telah datang pada hari dia telah melakukan jenayah BUNUH di sebuah klinik (klinik mana, aku tak dimaklumkan) untuk mintak MC. Jadi, tak ada orang boleh tuduh dia membunuh SEBAB MC telah dikeluarkan pada tarikh dia membunuh tu... So, no post dated MC dibenarkan untuk diberi pada patient TAPI tarikh akan datang tu dibenarkanlah... Maksudnya disini, tarikh keesokkannya dibenarkan (bukan pilih tarikh macam kau nak pilih cuti AL kau tau)... Paling lama MC dibenarkan pun 2hari je. Kalau sakit tak baik2 jugak, admit kat wad je...

Dulu, aku pernah hadapi hal sebegini bila aku di tempat patient (aku adalah patient). Tapi aku BUKAN orang yang SUKA2 tak pergi keje atau MC. Unless the doctor give me the MC. Wah, skiping la pulak... MC bila perlu je eg; DEMAM ke...bolehlah... Ada tu aku TEST je tanya doktor, boleh MC ke doktor? Doktor tu lelaki n dia jawab "doktor bagi MC ye"... Kacang gila... Aku bukan pandai nak buat2 MUKA sedih ye... Aku dah siap2 cakap dalam hati kalau doktor tak bagi MC, aku tak KISAH pun... Sepupu aku pernah kata satu klinik kat KL, patient cakap je SAKIT@ badan, iAllah doktor tu akan bagi MC punya...

Kenapa aku tiba2 menulis pasal MC? Ini perspektif dari kedua2 belah pihak. Patient dan staf klinik (termasuk doktor2 sekali)... Tiada berbelah bagi punya entri aku bagi hari ni tau. Untuk panduan bersama. Ini pun aku ragu2 nak keluarkan TAPI untuk bagi semua orang FAHAM jadi aku keluarkan saja... Harap2 tiada salah faham antara aku dan semua. Hanya untuk panduan SAJA! Dah semua boleh kembali ke meja masing2 DAN teruskan kerja2 yang ditinggalkan tadi...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, Mei 13

Ketika CINTA Memanggil...

Salam...

Tak lama kan aku tinggalkan blog? Aku kan tak boleh blahkan diri kalau tak menulis. Ini hanya untuk mengisi masa lapang je walaupun sebenarnya tak selapang mana masa yang aku ada. Dan sebenarnya jugak, minggu ni adalah minggu untuk aku pulun habis2an siapkan satu projek (sekolah pun main projek2 sekarang?)... Jumaat lepas segala2nya bermula bila aku dipanggil ke pejabat. Tiba2 aku jadi seram sejuk pulak. Macam orang bersalah gitulah...

Rupa2nya nak suruh aku siapkan laman web sekolah. Suruh siapkan untuk kegunaan sekolah dan orang2 luar yang ingin tahu pasal sekolah ini dan KEBETULAN (yang telah ditakdirkan) pulak selepas daftar, kementerian hantar surat untuk masuk pertandingan. Sumbit date - 17 Mei 2009 (Ahad)... Tiba2 hari ni diorang kata yang diorang rasa tak jadi masuk pulak. Yelah suntuk sangat masanya. Aku pun dah bincang dengan webmaster lain untuk website yang lebih proper...sekarang tengah tunggu proses seterusnya je...

Status aku yang terkini... Bercampur Baur. Semua rasa ada dalam diri aku sekarang. Sampai keliru dengan diri sendiri, tak tahu nak fikir apa lagi. Minggu lepas badan rasa tak best, panas on n off je. Tapi selsema dengan batuk sampai sekarang ni masih ada saki baki cuma tak seteruk 2-3 hari kebelakangan ni. Hari ni terasa kurangnya selsema tapi semalam memang rasa ketat je dada ni. Nak bernafas kena betul2 tarik lepas tu lepaskan. Dan yang tak bestnya bila hati aku pun rasa tak best sama. Kenapalah dengan aku ni ye? Bila melayan rasa memanglah akan jadi tak senang tidur dibuatnya...

Dan sebab lambat tidur jugaklah membawa kepada aku yang lewat bangun. Pagi ni je aku bangun pukul 7 am. Gile la... Kalau ikutkan aku masuk keje pukul 8 am tapi sebab jarak sekolah dengan rumah+hantar mak ke kolej dulu, lagi lambatlah. Kadang2 tengok jugak bila memandu. Kalau drive baik sangat, tunggu orang lain jalan dulu (padahal kita boleh mencelah2), bertambah2 lambat jawabnya. Dulu2 aku seorang yang sangat BAIK... Bukan pujian 0 semata tau. Sampailah kawan sepejabat (merangkap bos kecik kat opis) yang ajar aku celah2 bila memandu. Masa memandu pun aku boleh mengelamun jauh tapi dalam keadaan yang sedar diri la... Maksudnya aku mengelamun dan memandu... Teror tak aku? Clap2...

Itu perbuatan yang sangat MARABAHAYA... Sekarang tak sempat nak mengelamun pun... Kiri kanan kereta suka sangat berasak2... Ha... Aku dah tak terasa beban sangat sebab tadi kan awal2 entri sekolah kata (advance nya, sekolah boleh bercakap2???) siapkan website BUKAN untuk pertandingan. PERHATIAN untuk kamu2 yang telah saya ganggu masanya, buzz berkali2, ym tak sudah2 SEMATA2 nak tanya pasal hal yang berkaitan dengan website sekolah ini, aku ingin MOHON ampun dan maaf sangat2... Lebih 5 orang yang aku ganggu... Maaf sangat2... Aku cuma mahu bertanya andai kamu semua dapat bantu aku... Akan2 datang masih lagi perlu bertanyakan kamu MUNGKIN. Janagn SERIK ye?

Minggu lepas HARI IBU, Sabtu ni pulak HARI GURU. Kalau Hari IBU aku tak bagi apa2 pada Mak... Hari GURU ni pun rasanya tak BAGI apa2 jugak kot... Oh ye, mak kami pun CIKGU... Hehehe... Ada kawan yang dah pun raikan sekaligus dua2 HARI BESAR tersebut. Buat entri sajalah lagi kot? Dan aku baru je diberitahu Sabtu tu jugak adalah Hari JURURAWAT Sedunia... Kita lihat sajalah nanti ye?

Doakan aku semakin tenang dengan kehidupan harianku ye? Kadang2 terasa macam MAHU mati... Bukan kehendak TAPI terasa saja. Terasa apa je yang aku buat lately macam aku ni BUANG TEBIAT pulak ke? Aku masih banyak perkara yang belum selesai dalam hidup ni... Istighfar banyak2... Aku teringat kata2 Waheeda satu masa dulu bilamana dia jugak selalu rasa dan fikirkan MATI... Dan sekarang aku pulak rasa apa yang dia rasa dulu. Moga2 kerana ingat MATI aku selalu ingat DIA yang telah menjadikan aku sejak sebelum aku dilahirkan ke dunia. Moga2 aku selalu semakin DEKAT dengan DIA... Amin3x, Ya Rabbil 'Alamin...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Ahad, Mei 10

Selamat Hari Ibu... Mak!

Salam...

Ehem! Ehem! Pengumuman...eceh! Entri ini khas ditujukan untuk emak tersayang (tengok semua orang buat, aku pun nak gak buat jugak!)... Selamat Hari Ibu... Puan Hajjah Hasmah Bt. Markom! Macam jugak hari2 penghargaan yang biasa kita dengar. Tak semestinya sambut untuk hari ini je kan? Setiap hari sepatutnya kita raikan ibu2 kita, mak2 kita, mama2 kita, mami2 kita, umi2 kita, amma2 kita... Harap2 setiap saat, setiap masa kita TAK LUPAkan diorang semua. Tak kiralah yang MASIH hidup atau yang dah pun pergi MENGHADAP ILLAHI... Sentiasa sedekahkan al-Fatihah...

Pernah satu masa dulu, aku pergi motivasi (gantikan sorang adik aku) dan aku sorang pulak paling senior masa tu... Orang yang bagi ceramah tu ingatkan masa baca al-Fatihah, bayangkan muka mak2 kita, ayah2 kita, adik-beradik kita, atuk nenek kita...n so on... Masa tu untuk belajar la... Lepas exam (lepas habis motivasi ni la), apa yang aku hajatkan aku dapat. Alhamdulillah...

Setiap hari dan dalam setiap doa kita perlu sedekahkan al-Fatihah ni... Aku ingat masa dulu2 kalau kena marah ke, kena pukul ke dengan mak mesti aku ingat aku tak disayangi lagi...orang nak sisihkan aku... Hahaha, kelakar. Itulah siapa suruh degil2 lagi kan? Kan dah kena... Pernah mak tarik aku dari katil masuk bilik air, terus kena siram air sebab tak bangun2 n siap2 ke sekolah. Pernah jugak kena libas dengan batang penyapu (sampai bila2 pun aku INGAT ni) sebab buang ubat2 (kapsul je padahal) kat bawah kerusi. Bila mak tanya, dah makan ubatnya? Aku jawab selamba "Dah"... Sekali hujung minggu mak menyapu bawah kerusi tengok2 banyak gila ubatnya... Ubat tu untuk meransang otak rasanya... Macam supplement gitu...

Tapi mak walaupun garang masa aku kecil2 dulu TETAP mak yang akan pujuk aku balik. Aku pun apalgi, jual mahal la kan? Kalau tak MAKAN pujuk jugak, mak biar je sebab dia TAHU aku datang kat dia balik. Paling aku gerun BILA mak perli2 aku kalau aku BANGUN lambat. Sampai sekarang pun mak yang kejutkan aku... Malulah weiii! Bila seminggu tu mak tak ketuk bilik aku atau kejutkan aku, aku pulak jadi serba salah...rasa tak best... Last2 bangun terus n tengok2 mak dah siap2 pun...

Apapun yang pernah berlaku antara aku dengan mak selama hampir 26 tahun hidup ni, moga2 Allah berkati segala2nya... Aku harap2 sangat mak ampunkan segala kesalahan dan kesilapan aku selama aku jadi anak tunggal perempuan dia yang degil, kadang2 tak boleh harap (kadang2 je tau), suka menangis bila kena tegur... Harap2 sangat mak redha dengan apa yang pernah aku buat dulu, sedang buat sekarang dan akan buat nanti (bukanlah benda2 yang tak elok pun)... Aku selalu nak mak sihat, mak sentiasa ingatkan aku dan adik2 semua benda walaupun aku dah tahu benda tu (mengada2 je lebih)... Orang kata aku anak manja, aku anak mak... Ye, betullah tu. Aku tak nafikan dan apapun aku nak buat, mak adalah tempat rujukan aku sampai mak bosan asek kena soal dengan aku... ;) ...

Kita, adik2 ngan abah selalu sayang mak selama2nya... Kita tak pernah mintak maaf dengan mak cara terbuka (segan n malu kot?)... Mak pun sama je kan? Mak selalu orang kata nampak keras, NAMPAK GARANG tapi mak sebenarnya romantis, jiwa halus... Tapi mak takkan nak mengaku pulak kan? Hahaha... Orang selalu keliru bila tengok kita dengan mak... Orang kata muka kita memang seiras... Dulu2 orang kata mak kakak kita TAPI sekarang ada orang kata mak adik kita? Melampau la tu...hehehe... Kita pun tiba2 rasa bangga bila orang kata macam tu. Tak hairanlah kalau Allah takdirkan kita tak punya adik-beradik perempuan sebab mak dah ada...

Apalagi nak tulis ni ek? Terima kasih besarkan kita ber5... Jaga dengan penuh kasih sayang (bodek lebih ni...), selalu mintak mak belanja kita...hahaha... Mak selalu doakan kita2 jugak... Terima kasih mak. Tulus dari hati kita...di pagi Sambutan Hari Ibu ni... Kita nak sangat ucap Selamat Hari Ibu tapi kita sangat2 segan... Harap2 hajat untuk sampaikan melalui blog akan sampai kepada mak... Mungkin mak baca atau tak tak kita tahu TAPI abah baca jugak... Oh ya! Jangan lupa teruskan menjaga kesihatan mak supaya selalu nampak muda...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, Mei 6

Tagged...

Salam...

Entri tagged ni dah lama aku dapat dari Nad tapi sangat malas nak buat TAPI terasa nak menaip je malam ni jadi adalah alasannya untuk penuhkan blog... Hahahaha...

TOP 4 THINGS ABOUT ME?

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. Dayah
2. Kak Dayah (junior2)
3. Hidayah
4. Dee


FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:

1. 12 Aug (besday aku)
2. 5 Apr (Mak)
3. 21 Nov (Abah)
4. Merdeka (boleh tak?)


FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:

1. Tengok berita
2. Minum Dutch Lady Strawberry
3. YM dengan kawan2
4. Jawab telefon (abang call - adikku)


FOUR WAYS TO BE HAPPY:

1. Tidur
2. Berangan2
3. Mandi
4. Makan


FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

1. Teman Setia sepanjang hidup...(ayat2 aku...)
2. Notebook (idaman tu....!)
3. Apa2 yang best la (takde idea)
4. Kereta, rumah...


FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:

1. Membaca
2. Menyanyi
3. Tengok TV
4. Berjalan (ini Mak kata ye...)


FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:

1. Umrah (tiba2 je rasa teringin sangat2)
2. Sabah (dengan...adalah)
3. Luar KL
4. Mana2 asalkan boleh buat aku happy


FOUR FAVORITE DRINKS:

1. Air Kosong...
2. Limau Suam/Ais
3. Ice lemon Tea
4. Yogurt Drink


FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM (besides the obvious furniture ?):

1. Rak
2. Plug
3. Tempat sidai telekung
4. Al-Quran


FOUR FAVORITE COLORS:

1. Putih (tak dapat tukarkan sebab blog aku dah warna putih...)
2. Hitam
3. HIJAU (motifffff?)
4. Krim


TOP FOUR HANGOUTS:

1. Sekolah (aku keje disana)
2. Dapur
3. Klinik (aku keje kat situ jugak)
4. Tandas


TOP FOUR YOU LOVE SO MUCH:

1. Allah
2. Aku la...sape lagi nak sayang aku?
3. Keluarga
4. Kawan2 (akmu beruntung sebab aku SAYANG kamu...hahaha)


TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU:

1. Entah?
2. Dapat Teman Setia kot?
3. Berangan2?
4. Ingat kat dia?


TOP FOUR WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:

1. Sesiapa
2. Yang
3. Sudi
4. Jawab


TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:

1. Boring
2. Nak banyakkan entri
3. Entah?
4. Tengah berangan2...



Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Seharian Berdebar...

Salam...

Ada orang jadikan blog sebagai wadah atau tempat meluahkan sesuatu yang dirasakan sesuai untuk ditulis secara langsung, ada pula yang hanya suka2, tak tahu apa sebab ada blog ini...pendek kata, selagi belum tutup mata...kerja...kerja...kerja...! (apa ni? suka amek2 skrip filem???)

Aku pun tak terkecuali jugak. Ramai yang mula berblog @ memblog, aku pun turut serta... Aku ingat lagi kali pertama kawan baik yang pernah berjiran sebelah rumah dulu yang ajar macam mana nak buat blog. Dan selepas tahu apa itu BLOG dan kegunaannya, aku mula menulis dan semakin hari semakin banyak entri sampai jadi tamak bila tengok blog orang lain lebih cantik...tapi tak tahu macam mana nak buat...hahahaha!

Kat blog pertama itulah aku menulis dan mendelete (suka main tulis je kan?)... Lepas tu menyesal, hahaha. Tapi aku selalu ingatkan diri sendiri "Jangan Menyesali Apa Yang telah Berlaku", "Pandang Ke Hadapan"... Bukan tak boleh nak pandang ke belakang semula TAPI kalau hanya untuk menyesali LEBIH baik lupakan terus tapi ANDAI mahu memperbaiki kesalahan dan kesilapan, apalah salahnya sesekali tengok balik apa yang telah dan pernah kita buat dulu kala? Supaya kita dapat PENGAJARAN dan TAK BUAT LAGI...

Dan hari ini, aku masih menulis entri di blog yang ke5 kalau tak silap... Gilalah...itulah asyik ikut hati dan perasaan je, mana tidaknya? Nak ikut orang tapi tak pandai nak buat. Dan harap2nya aku akan setia dengan blog ini je... Kene ISTIQOMAH lagi ni... Ini gara2 tak ada PENDIRIAN dan selalu nak TIRU orang je kerja aku. Aku mohon ampun ANDAI aku ada terikut citarasa sesiapa ye? Aku manusia biasa je...ayat2 aku sekarang???!!!

Mukaddimah punyalah panjang sampai tak tahu nak letak mana TITIK NOKTAH? Bukan banyak ke noktah yang kamu letakkan? Kuiz kita hari ini, cuba kira berapa banyak titik yang ada dalam entri kali ni??? Takpelah, tak payah susah2 kiralah...tak penting pun. Aku cuma nak cerita pasal hal semalam dan berjangkit hingga saat ini. Apa tu? Seperti tajuk entri hari ini la... Aku tak tahu KENAPA? Aku risau ada benda2 tak best yang akan jadi nanti. Bila? Entah, aku tak tahu. Selalunya macam tu lah yang aku hadapi. 2-3 hari hati tak sedap, berdebar2...aku terima berita tak best selepas beberapa harinya. Ye, aku tak sepenuhnya percaya dan semua yang jadi hanyalah KEBETULAN yang TELAH ditakdirkan...

Dan bila mulanya terasa debaran tu, aku pun mulalah fikir yang bukan2...teringat kat orang2 yang dekat dengan aku... Sihatkah mereka? Mohon mereka2 itu tidak apa2... Dan sebelum2 ini bila aku fikir begitu, alhamdulillah orang2 yang dekat dengan aku tak ada apa2 pula... Tapi tiapkali debaran yang aku rasa, aku selalu akan mohon supaya tak jadi apa2... Macam last 2 years (sekejapan je yek?) orang pecah masuk rumah... Aku tak sedap hati lepas Maghrib (waktu itu aku shift petang kat klinik lama...). Malas fikir banyak sebab aku rasa disebabkan efek ubat yang aku ambil iaitu ubat TAHAN rasa makan... Sampai2 rumah, masuk2 bilik tiba2 bersepah2... Semalam puas jugak fikir kenapa aku berdebar2...belum ketemu jawapannya pulak... Harap2 tak jadi apa2lah.

Hari ni, datang sekolah PUN masih tak ada apa2 yang berlaku. Kat rumah pun, baik2 saja... Aku harap aku TERIMA berita gembiralah selepas ini. Apa2 jelah asalkan debaran aku berakhir. Lately, apa yang aku agak, benar2 belaka... Semoga apa yang aku mahu dikabulkan. Oh ye, ejaan aku pun kebanyakkannya semakin tunggang langgang. Keyboard ok je... Jari2 aku dah keras agaknya? Mesti nak salahkan jugak benda2 lain kan? Padahal diri sendiri yang bingung, serabut fikir yang bukan2... Haaaa, KANTOI! Fikir apalah agaknya tu? Itu simpan sendiri sudah... Dan sekarang aku tengah bosan yang amat sangat. Selalunya Rabu adalah hari paling sibuk setiap minggu... Minggu ni entah kenapa macam tak ceria je ek?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selasa, Mei 5

Test!

Salam...
Try untuk kali pertama menulis dari inbox emel terus ke blog kesayangan...

BENCINTA...

Salam...

Dulu masa kat blog lama, orang kata aku ni Kipas Susah Mati Faizal Tahir... Kalau dalam perkataan Inggerisnya - Die Hard Fan. Dah lah aku ni baru perasan maksud Kipas Susah Mati tu tahun lepas...punyalah sengal aku ni??? Apa pun orang nak kata, aku tak KISAH pun... Komen je.

Kalau orang mula kenal dia dari OIAM, aku 'lama' dah kenal muka dia... Tapi tak kenal nama masa kenal muka dia tu. Masa dia masih dengan Mirwana lagi. Serius aku cakap (apa yang aku dengar sendiri), bila dia keluar dari Mirwana aku rasa macam sesuatu. Senang kata, bila menyanyi part tinggi2 tu semualah, bila Faizal Tahir tak ada lagunya jadi macam apa je? Lepas keluar je Faizal Tahir, aku perasan ada lagu2 yang pernah Faizal Tahir nynyikan dulu diubah dan suara Faizal Tahir tak ada langsung...? Jadi kurang best macam dia ada dengan Mirwana. Dan aku tak maksudkan kalau dia tak ada tu, Mirwana tak boleh menyanyi langsung. Boleh menyanyi cuma kurang sikit je...

Aku dah dengar Mirwana TANPA Faizal Tahir bila menyanyi... Boleh je la... Dulu2 aku ingat Faizal Tahir memang satu sekolah dengan Mirwana TAPI hanya serumah je. Faizal Tahir tu hanya membantu untuk sementara waktu je... Aku terkejut jugak masa dia dalam OIAM mula2 dulu. Tapi lama2, tengok dia menyanyi...best je. Apa motifnya aku menulis pasal dia pulak ni? Saja intro lebih sikit (padahal tak ada apa nak kongsi hari ni) untuk lagu terbaru Faizal Tahir ni... Alasan dah lapuklah weiii... Tak kiralah, alasan ke hape...aku nak jugak masukkan lirik lagu yang best ni... Ada yang terkena aku sendiri bila baca betul2...
Benarkan ku ‘tuk berbicara
Bicara terus ke hati mu... Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Isnin, Mei 4

Dah Kerja???

Salam...

Habis tu nak cuti sampai bila? Hahaha, ayat orang tak sedar diri... Dah le kerja tak sesibuk orang lain pulak... Isnin adalah hari paling lepak dalam sejarah aku bekerja... Hehehe, kecuali masa kerja kat klinik dululah. Ha, yang itu adalah hari paling sibuk...nak duduk seminit pun berkira2 tau. Tak duduk takpe asalkan dapat berborak sambil bekerja. Aku lebih layan kerja yang jumpa ramai orang. Serius dan aku pun TAK SANGKA aku begitu rupanya. Dulu masa kerja kat Cheras, datang bukak ofis lepas tu siapkan kerja2 yang tak SIAP lagi. Siap kerja, cari kerja (kalau bos yang ber3 tu ada)...

Dah habis kerja (kalau takde yang BUAT hal la...), CARI lagi kerja-kerja lain... Sampailah pukul 6 petang SETIAP hari... Sabtu pun sekalian jugak sampai 6 petang. Kerja di situ seronok CUMA bila hari-hari biasa, aku jadi sangap sangat-sangat. Sebelum balik, aku yang tutup ofis... Huh! Memori yang selalu akan ada tempat dalam kepala ni. Dan sekarang (PAGI saja), kerja aku masih duduk dalam bilik/lab seorang... TAPI boleh keluar dari lab sesuka hati (ingat batasan yo?)... Bukan suka-suka HATI apa pun hanya beli SARAPan, pergi bilik air (kat blok ni walaupun 2 tingkat TAPI tak ada bilik ayornye...)...

Tapi nasiblah balik kerja pukul 2pm. Sebab itulah aku boleh parti time segala... Tapi niat asal part time tu untuk tolong-tolong kat klinik (BUKAN yang lama tu...itu dah tutup buku) SEBAB tak ada pengganti kakak senior yang dah berhenti tu. Selagi larat dan tak ada apa-apa masalah aku TOLONG... Tolong ADA makna tu... Huhu... Doa2kanlah aku dpaat kerja TETAP ye kawan2?

Ok, ini pulak cerita Sabtu lepas. Adik abah beritahu yang Atok Mak jatuh bilik air Jumaat lepas. Aku yang dengar, SEDIKIT terkejut... Mulalah macam-macam yang aku fikir TAPI harap-harap tak ada yang teruk. Malam tu gerak balik ke MUAR (itu je pun kampung yang ada... :))... Sebelum sampai kampung (exactly - Parit Sg. Pulai...), WAJIB singgah kat Murtabak Singapura atau kat gerai-gerai ASAM PEDAS kat benteng/Pantai Leka... Tapi malam tu ke Murtabak je... Kat situ memang sedap sesangat Murtabaknya (harap maaf tiada foto disekalikan sebab khusyuk dengan makan...)... IAllah kalau ke sana lagi, aku ambil gambarnya ya?

Dan malam itu juga telah menyaksikan pertemuan antara (aicehhh! macam pengulas sukan da...) kitorang sekeluarga+pelanggan-pelanggan Restoran Murtabak Singapura tu dengan Nash... Alah yang vokalis Lefthanded tu la... Dia kan orang MUAR jugak... *sambil kelip2 mata*... Abah sempat recall kat mana kampung sebenar Nash... Oh ye, kat Negeri Johor ni memang popular dengan PARIT... Aku ni ikut asal usul je dari JOHOR+SELANGOR...

Berbalik kepada Nash ye...juga tak dapat nak disertakan gambarnya SEBAB? Aku ni kan pemalu orangnya? Hahaha... Macam mana kita sellau tengok dia di kaca televisyen (wah, sudah pandai guna perkataan penuhlah...clap-clap), macam itulah dia diluar. Masa aku kecik-kecik dulu, abah selalu jugak buat rakaman untuk RAYA atau apa2 persembahan Ghazal kat TV... Ada sekali tu, Nash pun join sama... So, masa abah tegur Nash kat restoran tu...aku tengok Nash (ini diakui oleh abah sendiri) macam blur2 je sambil fikir2 agaknya siapalah orang yang tegur dia ni... Hahahaha... Jom ramai2 gelak!!!

Ok, habis makan (sampai kedai pun nak tutup...eh? kejap kedai kejap restoran...mana satu ni? mana2 ajalah ya), kitorang teruskan perjalanan pulang ke kampung... Sampai2 je rumah adik ke5 abah, kereta dah banyak (ayat apakah ini?), bersusun kat tepi rumah... Biasanya RAYAlah akan nampak kereta yang banyak macam malam tu. Bila lagi nak jumpa ramai2 kan? Walaupun masih ada yang tak ada (anak2 Atok Mak semua ada TAPI ada yang dah balik dulu...). Jumpa Atok Mak (tanya itu ini macam polis je...)...

Dan alhamdulillah, Atok semakin baik dan sihat...iAllah... CUma kat tempat yang terkena sebab JATUH tu je yang kadang2 sakit... Teringat masa sekolah menengah dulu. Angkat plastik isi kain yang tak seberat mana tu alih2 aku boleh JATUH? Meraung aku pagi2 masa adik ke4 abah urutkan... Pagi2 dalam pukul 6am, mak kejut suruh tolong angkatkan plastik tu kat kereta pakcik (adik abah yang urutkan tu)... Entah apa-apalah minah ni kan? Baru angkat 2 beg plastik pun boleh jatuh sampai kaki bengkak... 3hari berturut2 aku diurut. Gila sakit...!!! Seminggu cuti sekolah aku kena duduk kat kampung... Arwah Atok Ayah bagi tongkat pulak tu, mak dengar siap kena sound sebab mengada2 nak guna tongkat. Tapi serius tak rasa jejak tanah pun kaki ni masa bengkak tu... Bayangkanlah...

futnot: doakan KESIHATAN bersama ye? jaga diri elok2...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Abang!

You're 24th!
futnot: ganti gambar baru!

Ahad, Mei 3

Our Beloved Kak Pah's Wedding!


Salam...
Just quick update! Majlis Persandingan Kak Pah n pasangan. Berlangsung di Presint 8, Putrajaya, Sabtu lepas. Banyak dugaan nak sampai ke destinasi. Ada masa aku cerita. Tahniah Kak Pah, sory x dapat jumpa in person la! Lain kali kita jumpa lagi ye? Semoga pernikahan ini berkekalan hingga ke akhir hayat, bertemankan anak n cucu, diberkati selamanya.
futnot: baru aku perasan entri ni ada??? aku menulis dari hp adik sepupu...