Rabu, Jun 24

Ketika Cinta Bertasbih...

Salam...

Entri ini ada kaitan dengan entri budak sorang ni... Solehah! Lepas 2-3 hari baca blog dia aku terus download OST filem ni. Lagu dia sangat2 best... Cuma filemnya saja aku tak pernah tengok (lagipun kat Indon baru ditayangkan...). Kata Solehah filem yang ini lebih bagus dari AAC. Bila dah tiba Malaysia iAllah dapatlah tengok. Tak pun kalau susah2 YouTube kan ada? Kat bawah ni aku sertakan sekali klip video OST Ketika Cinta Bertasbih.



Sejak akhir2 ni badan sakit2 pulak. Nak berurut sangat2 tapi...nanti jadi manja pulak. Asal sakit nak urut, asal lenguh, urut tapi dulu2 ada urut2 badan jugak dan setakat ni takde pulak ketagihan tu. Haha...Maksudnya sekarang ni, janganlah ikut rasa sangat sampai tiapkali sakit mesti nak berurut...bila perlu je pergi, ok? Ini pun terpulang kat semua orang... Bila dah terdesak dan rasa sangat2 perlu, pergilah... Buang angin2 dalam badan...

Hari ni baru Rabu eh? Tiba2 rasa esok Jumaat pulak. Sabtu rancangnya nak ke Tanjong Karang tapi tak ketahuan lagi perancangannya macam mana. Puan Prebet tak dapat turun sini sebab kena ganti orang pulak. Puan kat PJ tu dah berkali2 aku sms, call asek tak dapat je. Macam mana sekarang? Dah roger2 Puan kat SALAM tapi belum tahu jugak lagi sebab ada hal. Hua... Sedeynya? Aida Puan To Be tu dah sebulan dah beritahu pasal majlis dia ni. IAllah aku datang...

Sebenarnya sejak pertama kali dapat undangan majlis kawan2 yang kahwin ni, adalah dalam 4-5 undangan je aku dapat attend sebab? Antaranya ialah takde teman, tak tahu lokasi majlis berlangsung, malu nak pergi dan macam2 lagi. Teruk ke aku ni? Kalau dulu2 aku selalu harap bila aku dah keje bolehlah aku pergi semua majlis kawan2 tapi tetap tak dapat jugak TAPI bila ianya berkait rapat dengan kawan2 yang memang baik dengan aku iAllah seboleh2nya aku nak pergi. Kecualilah kalau memang ada halangan yang memang tak dapat nak dielakkan... Kini aku pasrah...

Harap2 aku tiada masalah nak ke sana nanti memandangkan ini adalah kali pertama iAllah aku akan jejakkan kaki ke rumah Aida (selama berkawan, jenuh dia mengajak tapi aku tak pernah pergi rumah dia...sorry Aida?). Siap 'ugut' lagi kalau nak Kek Batik kena datang rumah dia dulu. Dia memang suka buat kuih kegemaran aku tu. Haha... Masa sebelum nak balik kolej kat Pulau Indah (sangat) tu aku pernah mintak dia buatkan kek tu. Sampai2 kolej masing2 menghadap kuih dia buat. Memang sedap la...tak manis sangat, tak tawar langsung...

Aku pernah rasa kawan kat tempat belajar lain buatkan tapi agak kuranglah rasanya... Mungkin sebab terkena cahaya matahari atau terbiar kat tempat panas tu pasal cair sikit. Aku siap mintak Aida bagi resipi tapi sampai la ni cek tak buat2 lagi. Pernah ikut resipi tapi tak perasan bahan tak cukup alih2 tak jadi... Hampeh betul aku ni...

Oklah, badan sakit2, kepala sakit, hati tak tenteram (ingat Allah PASTI tenang...)... I felt in love with the DJ...eh silap... Siapa2 jelah ye?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Ahad, Jun 21

Stalker... Thank You!

Salam...

Arghhhh!!! Tension!!! Bosan!!! Kalaulah boleh dilepaskan semuanya, aku nak je jerit kat tepi2 bukit sampai puas...sampai rasa lega...menangis pun menangis la... Bab menangis tu memang selalu aku buat CUMAnya sekarang semakin kurang. Sebenarnya dengan menangis, kita boleh cuci mata...melegakan perasaan... Itu sebab kalau ada sesiapa yang nak pinjam bahu dan luahkan rasa sedey, aku sedia pinjamkan bahu aku ni...silalah...

Ok, aku dah kembali stabil. Yang kat atas tu hanya luahan perasaan je tu (lagi dan lagi...). Aku baru tahu yang ada kwan2 lama kat kolej dan kawan2 tempat keje lama sudi singgah baca rupa2nya... Wah! Senyap2 ye kamu semua? Berilah saya tanda2 yang kamu ada jejakkan mata ke sini...bukan susah pun kan...kan...kan...? *kelip2 mata*. Tapi apa2 pun aku sangat berTERIMA KASIH sebab kamu semua sudi datang sini... Ini pun ketahuan dari teman2 lain...

Hari ini adalah hari yang BOSAN sebab? Tak ada sebab2 yang spesifik tapi memang BOSAN sangat2... Sekarang dah tak tahu nak karang apa lagi. Laman web sekolah masih tak settle lagi + ada orang yang nak siapkan dengan rela hati siap suruh aku ajarkan lagi... Takpelah, lagilah kurang keje2 aku nanti yang sebenarnya tak ada keje langsung melainkan kalau ada kelas je...haha!

Oh ye, maaf pada kamu2 yang membaca entri lepas bilamana membuatkan kamu boring sebab panjang sangat2 lepas tu syok sendiri buat entri... Hehe! Lama tak letak gambar + tak ada gambar2 terkini langsung kot? Selalu macam nilah, sedap2 nak tulis satu cite tiba2 otak ni jadi ligat dan terhasillah entri yang panjang berjela... Masa UPSR, PMR dengan SPM tak nak pulak tulis panjang2 ek? Konon2 ikut skema la tu...sangat!!!

Ok2, untuk mengelakkan entri ini jadi lebih panjang, makanya ia akan ditulis lagi pada hari lain dengan tajuk2 lain, isi2 lain supaya takde yang claim bosan bila baca nanti. Thank You ye? jaga diri baik2 (ayat2 keramat bila sms kawan2 sedara2...)... Terima Kasih sebab sudi baca walau aku tak perasan akan kehadiran kamu2 dan tak tahu bila masa kamu semua baca blog yang ke5 ni? Ok2, nak berhentilah ni...sabar boleh? Lain kali datang bagilah tahu ye?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Sabtu, Jun 20

Selamat Hari BAPA!

Salam...

Khas untuk Abah yang tersayang (siapa tak sayang kan?)... Selamat Hari Bapa ye? Dulu2 Abah berjaya masuk blog lama kat WP lepas tu siap call malam2 buta tanya "ko ada buat blog eh kak?", lepas tu siap cilok gambar2 dalam tu... Kata orang2 sekarang perbuatan seperti itu adalah sangat2 COMEL... Hahaha...

Apa2 pun untuk Abah, terima kasih yang sangat2 dari kita dengan adik2 dan jugak Mak pada Abah... Selama ni banyak berkorban (tisu2...cepat!) kat kami semua. Teringat kecik2 dulu Abah g overseas keje lama sangat2 sampai Abah balik pun kita keliru nak panggil apa...? Hahaha... Itu cite 20 tahun dulu (ke 23 tahun? sudah tua la...).

Dan kita tahu kita memang sangat2 degil, nakal (dengan cara kita)...semuanyalah... Kalau bercakap dengan Abah mesti nak menjawab je... Abah cakap sepatah, kita jawab berpatah2... Kecik2 Abah agak garang. Kalau keluar g jalan2 ke, g rumah sape2 ke lepas tu ada buat sesuatu yang Abah tak suka...siaplah dapat habuan kat rumah balik tu... Balik2 je kita dengan adik2 beratur...macam kat sekolah pulak... Hehehe...

Itu semua peristiwa kita dengan Abah dan semua... Sekarang kita harap Abah sihat sentiasa dan bahagia dengan apa yang Abah buat dan ada sekarang ni. Moga2 Abah seronok dengan apa yang bakal Abah buat tahun depan lepas pencen (kata Abah la...). Ok, Terima Kasih Abah!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Khamis, Jun 18

Bagaimana Untuk Mengatasi Rasa Marah? Muda vs Tua...

Salam...

Intro takmo kalah wooo... Ok, straight to the point saja la... Ini biasa berlaku kat mana2 pun. Dan ini adalah khusus untuk kita2 yang bekerja di mana dikelilingi dengan veteran2... Anda faham maksud saya? Contoh paling mudah ialah bekerja di dalam pejabat dan di dalamnya ada ramai seniro2 yang boleh dipanggil makcik2, pakcik2...or maybe nenek2 dan atuk2... Tapi kata mak, kat ofis biasanya perlu dipanggil dengan pangkat2 yang takmo kalah jugak... Untuk menghormati sebenarnya. Kalau kat rumah dia adalah pakcik saudara kita, makcik saudara kita atau seangkatan dengannya, di pejabat mereka2 itu perlu dipanggil Puan (lebih baik) atau nak nampak mesra sikit - Kakak... atau kak (diikuti dengan nama yang biasa dipanggil).

Dulu masa mak kat HQ, ada budak2 sebaya aku dan lebih tua pun setakat 2-3 tahun je la...panggil mak aku kakak. Hahaha... Itu pasal mak kata panggil Puan lebih baik dan selamat. Taklah nampak kekok tapi mana2 aku pergi pun biasa dipanggil kakak walau umur yang memanggil tu dah seperti anak2 yang dipanggil tu. Ok, ini dah lebih daripada mukaddimah dah ni...

Ini apa yang aku alami masa awal2 cuti sekolah kira2 2 minggu lepas. Aku kat klinik masa tu, biasalah membantu orang dalam kesusahan, haha! Tiba2 masa keje dapat call dari sekolah. Terkejut jugak dan dalam hati dah fikir apalah salah aku kali ni? Biasalah tu kan, orang jarang call tiba2 call mesti kita akan fikir apa salah kita. Rupa2nya pasal kunci makmal ICT yang aku bawak balik Jumaat minggu sebelumnya tu. Reason yang menyebabkan aku terpaksa bawa balik kunci tu ialah aku balik pukul 2pm setiap hari kecuali Sabtu Ahad (cuti). Bila Jumaat pun sama je waktu balik dan setiap Jumaat jugak aku akan hadapi masalah yang sama - pejabat tutup sebab rehat... Jumaat kat mana2 pun rehat lama kan? Tapi aku keje kat Cheras dulu rehat sama je setiap hari tak kiralah Jumaat ke tak sebab alasan diorang yang pergi Solat Jumaat tu lelaki je...apadaaaaaaa...

2-3 kali jugak diorang call macam mana nak selesaikan masalah yang sedang berlaku masa tu. Nak tak nak aku kena jugak pulangkan kunci tu kat diorang sebab ada orang nak melawat makmal. Masa tu cikgu yang bertugas yang call dan masa dia dok bincang2 dengan orang2 kat pejabat, aku terdengar perbualan diorang.

Sepatah2 aku ingat... Inilah aku, ko cakaplah apapun aku tak kisah, tak amek hati TAPI tetap ingat sampai bila2 walau kadang2 orang dah lupa pun... Awas!!! Aku dengar salah seorang daripada diorang tanya kenapa aku bawak balik kunci tu dengan keadaan yang macam nak marah (sepatutnya aku rasa cikgu tu yang patut marah sebab dia yang nak kunci tu...).

Diorang cakap jugak kenapa tak tinggalkan kat guard kalau ofis tutup. Ok, ini reason ke2 aku pulak... Jumaat kan lelaki2 semua solat Jumaat? Dalam pukul 2pm tu lah orang tengah sibuk2 nak keluar masjid nak balik rumah, makan atau balik tempat2 kerja. Kalaulah aku tinggalkan jugak pada guard, agak2 kalau hilang siapalah nak dipersalahkan?

Pernah aku tinggalkan kat meja pendaftaran kat ofis tu dan sampai Isnin pagi2 tu aku nak amek kat tempat biasa yang aku sangkut TAPI (masa letak kunci tu aku harap2 ada yang perasan dan TOLONG sangkutkan), kunci tu tetap kat atas meja yang aku letak Jumaat tu. So, apa guna aku biarkan je kunci tu dan bila hilang ke, apa ke, aku dipersalahkan lebih baik aku bawak balik je, senang kan? Diorang tak tahu pun semua tu.

So, penyelesaiannya ialah biarlah diorang nak kata apapun. Sebab kalau kita cuba nak tegakkan kebenaran yang memang benar pun tak guna sebab diorang selalu rasa diorang betul dan kita salah. Kalau menjawab pun nak buat apa kan? Nasib baik aku tak ada (kalau ada pun kenapa? Hehe)... Nasib baik jugak mak memang nak ke bandar dan aku mintak mak tolong hantarkan kunci tu kat sekolah...mak pun bukan suka nak keluar rumah semata2 nak tolong aku hantarkan apa2 barang nak2 kunci yang setakat 2 gugus tu (betul ke penjodoh bilangan aku ni?)

Kalau ikutkan aku ni tersangatlah jarang join orang2 ofis apatahlagi makan kat tempat cikgu2 makan tu... Aku duduk kat blok yang cuma aku seorang je kat sini. Malas nak campur tak bermakna aku ni tak suka bersosial... Cuma aku lebih selesa macam ni. Kat ofis bila diperlukan khidmat aku barulah aku panjat tangga dan ke ofis. Kalau makan pulak, aku pilih, bayar dan blah... Diorang tanya jugak kenapa tak makan kat situ je, aku risau jugak kalau2 aku makan lama2, nanti tiba2 ada kelas dan aku tak ada susah pulak... Macamlah aku ni penting sangat pun kan? Dari mencari pasal tak pasal2 lebih baik jangan buat hal... Makcik aku mengajar kat Beranang ada jugak cakap yang Juruteknik sekolah selalu hilang bila cikgu2 nak gunakan makmal ICT. Macam mana tu?

Ada kawan cakap kat tempat dia keje pun alami situasi yang lebih kurang aku jugak cuma dia lagi pulak sentiasa duduk dalam ofis. Macam2 kerenah dia kena hadapi setiap hari. Itu baru orang2 dalam ofis... Mentaliti manusia dan pemikiran setiap orang akan berubah ikut usia rupa2nya kan? Cuma bila terlalu mengikut perasaan yang buat orang2 keliling takut nak dekat.

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, Jun 17

Dilarang menggunakan internet sewaktu bekerja - Penjawat2 Awam...

Salam...

Hari tu blogger kena daftar secara rasmi sekarang tak boleh nak guna internet la pulak terutama sekali YM dan seangkatan dengannya la... Sebenarnya bukan hanya pada penjawat2 awam semata2... Swasta pun sama jugak. Aku dulu masa keje, jangan harap boleh selalu nak guna YM terutamanya kecuali bila perlu... Maksudnya ialah bila bos suruh terima fail memalui YM (waktu tu dia kat rumah lagi)... Pernah diberi amaran sebab terlalu asyik guna internet. Lama2 terus kena block... Ingat aku heran sangat...

Ada atau tak ada internet sama je melainkan KALAU orang tak pandai nak gunakan dengan baik. Ada jugak sebab kenapa tak dibenarkan tapi kalau ikutkan sepatutnya PERLU sambil diawasi sentiasa... Kata nak MAJU? Takkan pasal internet pun nak heboh? Dulu2 kenapa tak ada arahan2 yang begini? Ada je yang tak boleh nak buat... Pelik betullah...

Aku rasa kalau perlu guna waktu keje, takpelah tapi kalau guna untuk benda2 yang tak sepatutnya, itu perlulah dipantau. Ikut peredaran masa lah kan? Dan bila internet kene block, balik rumah lepas geram la...apa lagi kan? Aku rasa bukan baru2 ni je benda2 ni berlaku tapi sejak dulu lagi pun... Nasib baik dok lab sorang2...hehehe. Takde sape nak ganggu...

Pagi2 tadi on the way hantar mak g kolej, ada lori askar kat depan Unser... Ni perkara biasa yang berlaku...sama ada lori tu bawak askar atau budak2 (anak2 askar) g sekolah. Tapi bezanya kalau ada budak2 sekolah, lori tu dipanggil Feri Sekolah. Feri atas darat...! Mak kata kalau zaman 50-am, 60-an dulu asal ada je lori askar lalu mesti diorang akan campak/layangkan kertas2... Aku tanya kertas apa? Alamat2 askar2 ni... Lepas tu ramailah anak2 dara yang mengutipnya. Yelah dulu kan takde hp2 ni semua... Kira dah canggih sangat la tu...

Sekarang ni, guna je kemudahan yang telah disediakan... Aku tak percaya CINTA...hey, hey, hey... jom nyanyi lagu baru Liyana Jasmay... melalui alam maya tapi ada yang berjaya dengan cara begitu. Ini kan jodoh? Sungai Nil dan Mesir juga jodoh - kata Maria dalam AAC The Movie. Aku pernah cuba tapi tak berjaya... :'( ... Belum ketemu jodoh lagi...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selasa, Jun 16

Keranamu Kekasih

Salam...



Keranamu Kekasih PGL OST

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Kini Kembali...

Salam...

Ok entri2 sebelum ni hanya sebagai permulaan semula kepada menulis di sini. 2 minggu cuti, 2 minggu kurang masa, kurang mood tapi tetap ingat semua especially...? Nak jugak tau... Ok, mulai hari ini iAllah mood menulis kembali. Alhamdulillah, makcik yang aku beritakan pada entri minggu2 lepas itu sudah pulih (dibenar keluar dari ICU)... Pulih dalam keadaan yang agak...hmm...hmm... kaki sebelah kiri dia sejuk takde darah mengalir. Kata mak mungkin dia tak boleh nak berjalan seperti biasa... Ini kalau ikut pandangan mak la. Selebihnya iAllah Sabtu nanti dapat diketahui. Sekarang Mak Bek kat wad biasa masa dia dimasukkan ke HKL awal2 dulu.

Dan sekarang aku kat lab, seorang diri sama macam dulu2... Bosan! Budak2 sekolah cuti, aku pun cuti sekali. Mula2 plan nak bercuti luar KL tapi tak jadi atas sebab2 tertentu dan langsung buat keputusan mandi manda kat Congkak (lama sangat2 tak kesana)... Habis mandi manda petang tu pergi rumah makcik (adik Mak Bek paling bongsu) sebab dikatakan Mak Bek asek taknak makan, murung... Asal ke rumah Mak Usu (adik Mak Bek itulah...) mesti sesat dan perjalanan yang membawa kepada 1/2 jam jadi 1 jam dan 2 jam... Aku memang failed nak ingat jalan2 ni semua padahal pernah duduk KL...keje kat KL...

Lepas2 ni tak tahulah kalau disuruh ke rumah Mak Usu drive sendiri berjaya ke tak ek? Sengal ubi rebus betul aku ni. Menduga kesabaran betul, nak2 co-pilot pun sama je macam driver jugak. Hahahaha... To kak DeqNa a.k.a. kak Nana a.k.a. kakak sepupu yang jugak co-pilot tu, lain kali jangan keliru2 lagi la ye?

Keje aku selain siapkan laman web sekolah ialah mendengar radio via hp... lepas tu tengok2 blog, update blog...ym dengan kawan2 yang ada masa nak ym ngan aku... Dan tiba2 YM ni sengal pulak. Kejap2 suka hati je nak offline. Bukan hari ni je rasanya... Semalam pun ada jugak jadi hal yang sama ni tapi hari ni YM ni macam nak cabar kesabaran je ni... Maklumlah orang takde banyak keje macam aku ni memang macam ni... Ada keje tapi kelembapan internet (yang kalau kura2 dengan arnab bertanding pun, dedua dah sampai ke garisan penamat...hoyeh2x) buat aku rasa nak baling je internet ni (internet ni benda yang boleh dipegang ke? boleh dirasa ke?).

Takpelah, aku perlu terus bersabar dengan mengharap segala2nya akan berjalan dengan lebih lancar... Ok, tutup mata dan lepas 5 minit bukak balik... Ting! Jangan haraplah dik oi... Inikan masalah yang selalu kita semua hadapi pun. Harap2 balik nanti bolehlah aku siapkan serba sedikit isi2 laman web. Pagi2 tadi amek kunci aku kene tahan dengan GPK 1 ngan CC sekolah... Hahaha... Dorang nak tengok cemano ghoman eh website sekolah tu... Siap bangga lagi tengok macam aku yang buat semua padahal dah siap sedia dah semuanya tinggal edit je... Nak tak nak kenalah siapkan semuanya sebaik mungkin. Amanah tu!

Lagi sejam aku balik rumah tersayang... Sekarang baru nak sayang2, cuti 2 minggu selalu tak ada kat rumah. Hihi... Tido rumah boslah, kalau ada pun mesti nak kena ada temankan. Harap badan yo bosar tapi hati kocik (ni kata orang2 kat klinik la...)... Sampai doc pun cakap dia tak risaukan aku tapi risaukan budak kecik kat klinik tu (satu masa dulu ida pernah cari pasal dengan aku...dia lelaki dan memang kecik je orangnya)... Yelah doc (ni perempuan Singh n sebaya aku), siapalah saya ni kan...huhuhu... Dan bila dah mula keje ni, rumah itu jelah yang aku tuju pergi dan balik sekolah. Manalah den ado rumah sendiri kan. Huahuahua (nama dalam bahasa Cina kuiz Fesbuk tu la)...

Selain lepak2 dalam bilik PC yang macam CC tu dengan bau yang boleh buat orang pengsan kalau masuk...aku tido... Sangat best kalau dapat tido dengan nyenyak. Lepas tu bila malam2 dapat tido pukul 1 am lebih je sebab siang dah tido. Bangun pun susah... Rasa malas nak keje la sekarang ni tapi bila fikir2 balik siapa nak bagi aku duit? Ok, duit tu BUKAN tak penting tapi aku tak jadikan ianya sebagai tujuan utama bila keje kat mana2. Sebab sebagai manusia biasa kan, lagi banyak kita dapat duit lagi kita rasa tak cukup. Tu pasal keje apa pun (kadang2 memilih gak keje), gaji berapa pun aku terima... Walaupun abah selalu kata gaji pembantu rumah pun lagi mahal dari gaji ko kak... Erm, yelah abah...!

Pernah aku interview kat TTMC kat KLCC... Dia tengok expectation gaji aku. Terkejut dia sebab aku mintak sikit sangat. Dia tanya, cukup ke? Aku kata berapa pun aku tak kisah cumanya kat situ kena pandai English la. Bukan tak pandai (haha, taknak mengaku jugak tu?) tapi aku tak konfiden. Kat klinik yang inilah baru aku berani2 cakap Inggeris sebab patient ramai dari luar (Myanmar, Vietnam, Thailand, India, Bangladesh...). Broken pun broken la asal sama2 faham. Memang macam itik dengan ayam bila bercakap. Sampai kena tunjuk bahasa isyarat... Kalau tak faham jugak, pandai2lah... Doc pun tiapkali patient masuk bilik nak jumpa sebab sakit mesti tanya dulu, English? Malay? U cakap apa? Melayu? Inggeris? Kalau patient tak faham, kawan2 yang faham akan bantu. Kadang2 tu sampai kitorang2 yang ada termasuk bos sekali tolong translate...itupun kalau faham la...

Itu baru nak cakap2 dengan patient. Bila tengok nama2 dorang, aduhai... Kalau Indon tu senanglah nak sebut tapi ada jugak yang buat lidah ni tergeliat. Tiba part yang segala idgham la, qalqalah semua keluar semua tu...tu maknanya susahlah nak sebutnya. Masa nak panggil patient last Monday (8 Jun), aku lupa nama patient sebab ramai sangat patient masa tu (kad ada kat tangan doc masa tu)... Doc pun lambat nak sebut, aku amek nama depan je...doc kata, terror kamu ye? Saya pun terbelit2 lidah nak sebut... Senang je nak sebut sebenarnya. Takkan ada 3 patah semua kau nak sebut kan? Yang mudah je sebut tapi yang penting TERANG dan KUAT. Sampai berkali2 kadang2 tu nak menyebut dan panggil sebab diorang kadang2 tak dengar. Berlagaklah pulak tulisan aku ni... ;) ...

Paling best bila dapat jumpa patient yang bukan saja bersabar menunggu tapi yang faham keje2 kita. Kita dah minta maaf, diorang ok je. Tapi bila dapat yang tau nak memaki orang je sampai kitorang tergamam sekejap tahan geram lepas tu bila tak dapat jumpa doc selalu bagi ayat2 keramat ni, "Kalau sempat mati, dah mati pun..."... Eh! Hello? Kalau dah rasa nak mati, sepatutnya kenalah terus pegi hospital bukan singgah2 klinik kan? Diorang suka salah faham tau. Kita yang keje ni telan dan diam sajalah... Tapi kalau tak sabar memang kena jugak patient2 yang macam tu. Dulu tempat lama pun pernah kene marah ngan patient. Doc la kena dulu lepas tu diikuti staf2 klinik... Semata2 tak dapat kelulusan doc dalam ujian kesihatan untuk membenarkan dia keluarkan duit KWSP dia...

Itu saja, penerangan aku setelah kembali ke sekolah ye kawan2... Tq datang sini dan kerama kamu2 semualah yang telah memeriahkan lagi blog aku yang paling sempoi aku pernah buat... Hahaha... Ada apa2, tanya je ye?


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Isnin, Jun 15

Kau Begitu Sempurna... Di Mataku Kau Begitu Indah!

Salam...



Sempurna...

Lagu best dan sangat sweet kata Riri! Mula2 aku lebih suka yang versi slowmo - Gita Gutawa... Tapi bila dah lebih sekali dengar versi Andra & The Backbone, ternyata ia benar2 sweet... Nak2 ada yang MEMANG suka lagu ni... Hehehehe...

Nak cari dan dapat yang sempurna memang takkan jumpa kot pada seseorang tapi cukuplah kalau aku katakan SEMPURNA di mata kita yang memandang itupun dah ok... Kita je tau apa yang kita nampak dan rasa kan?

Aku memang suka dengar lagu, apa2 lagu pun aku suka dengar. Kira universal la kepala aku ni kalau bab2 muzik. Cuma lambat atau cepat aku tahu kewujudan sesebuah lagunya saja yang agak masalah untuk aku. Not a big deal pun... Kalau lagu tu dah lama main n orang kata aku ketinggalan pun aku tak kisah sangat. Lagu je buat apa nak heboh?

Berbalik kepada semua manusia itu biasa dan mentaliti manusialah yang telah menjadikan perkara2 ini semua berlaku. Bercakap pasal mentaliti, ada banyak hal aku nak story tapi bila ada masa yang lebih aku tulis, iAllah!

futnot: Sempurna itu tak salah TAPI kalau terlalu mencari kesempurnaan itulah yang buat kita Serba Salah!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Ahad, Jun 14

Stop It Rite Now! Please...!

Salam...

Aku bercakap dengan diri aku supaya menjadi seorang yang TEGAR dan berhenti daripada asyik sibuk bercerita pasal HATI dan peRASAan pada orang. Bila aku cuba masukkan diri aku dalam orang lain, aku RASA orang mulai BOSAN mendengar setiap kata2 dan luahan hati aku. Kalau sekali sekala MUNGKIN orang tak mudah BOSAN tapi kalau dah selalu nak meluah, muak jugak dibuatnya...


Biarlah semuanya aku simpan sendiri. Itu sebablah apa2pun yang jadi sekarang kalau tak ada yang berTANYA, aku pun akan senyap dan diam walaupun HATI ni sangat2 nak cite apa yang aku ALAMI tika satu2 masa tu... Penat sebenarnya tau nak simpan RASA sorang2... Mana mungkin ada yang setia mendengar setiap luahan hati aku 24 jam? Dan bukannya aku tak hargai setiap detik yang orang dah luangkan untuk mendengar kata2 aku...


Tu pasal jugak sekarang ni bila suka orang (especially sekarang) aku cuba balancedkan RASA tu supaya aku tak terlalu memikirkan orang yang aku suka...maksud aku, sampai terasa takde lelaki lain selain dia... Kadang2 aku fikir jugak tapi lepas tu berbalik kepada yang asal. AKu ingat selalu yang situasi sekarang ni ialah aku yang SUKA dia bukan dia SUKA aku... Mungkin dia tahu, mungkin dia tak tahu... Dan jugak aku masih belajar untuk tidak mengharap CUMA sekarang ni je aku tiba2 yakin dia pilihan terbaik aku setakat ni. Aku ni selalu je YAKIN tapi sebenarnya takde apa2 pun jadi...lepas tu bila TAK YAKIN, jadi apa2 pulak... Konfius aku...


Kata kawan, sambil doa kena YAKIN Allah itu mendengar setiap rintihan kita yang meminta2 ini. Satu lagi ada yang memang selalu suruh aku Istikharah. Bukan tak nak buat TAPI belum ada persediaan. Solat pun culas2 lagi. Pernah buat tapi tak sungguh2 kot masa tu so takde dapat apa2 petunjuk pun... Oh ye, ada kawan kata tengoklah rancangan Anjakan Paradigma - Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah... Ada benda yang kita boleh jadikan rujukan. Aku dah tengok kay YouTube takde pulak... Bila nak buat Istikharah ye?


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Ahad, Jun 7

Kemanakah Aku?

Salam...

Sebelum apa2, marilah beramai2 sedekahkan ayatul kursi + al-Fatihah untuk makcik kami sekeluarga - Zaleha Bt. Md. Amin a.k.a. nama panggilan - Mak Bek... Sekarang ni masih di ICU selepas lebih 5 hari... Punca dia mula2 dimasukkan ke HKL sebab demam juga paru2 dijangkiti kuman dan lepas 2 hari kat wad biasa, kami semua dikejutkan dengan perkhabaran yang nafas dia, jantung dia semakin lemah. Aku dah balik Seremban sebab keje petang (patutnya pagi tapi tiba2 ada emergency). Selasa lepas habis keje aku dengan mak gegas ke KL semula. Sepanjang jalan doa terus harap2 dapat jumpa untuk kali terakhir + kakak sepupu dah teresak2 menangis sebab doc kata bila2 masa jantung dia akan berhenti.

Sampai HKL jumpa dengan sepupu2 dan keluarga sebab Mak Bek dibawa untuk scan bahagian otak. Doc nak tengok2 mana tahu ada darah beku sebab masa nak admit kat ward, dia terjatuh dari stretcher (kelemahan siapa pun aku tak tahu sebab sepupu2 yang bawak kata amah dan 1 org misi je yang ada masa tu). Doc kata dari pemeriksaan yang telah dijalankan, tak ada darah beku langsung. Aku selalu failed bab2 nak sedey ni. Sebab airmata aku susah nak keluar dan tak bermaksud MESTI atau KENA menangis.
Aku ingat lagi masa darjah 6, cikgu BM kitorang meninggal seminggu selepas dia bersalinkan anak perempuan dia. Sakit jantung. Semua orang menangis (mana kelas yang dia ajar) kecuali aku dengan seorang budak lelaki. Nabi kita pun kata tak elok menangisi pemergian seseorang...
Act, kalau dah perempuan kan...aku menangis jugak tapi airmata tak jatuh pun. Sayu lah tengaok makcik macam tu. Malam tu doc masukkan ke ICU. Aku sebenarnya tak sampai hati nak balik Seremban sebab selagi dia tak keluar dari ICU, tak tenang hati kitorang. Dan sebenarnya sejak hari pertama doc kata bila2 masa je jantung dia boleh berhenti, kitorang sekeluarga memang dah REDHA dan PASRAH. Maksudnya bukan tak SAYANG dia lagi tapi kalau ALLAH nak ambil dia...biarlah dia pergi dengan tenang. Mungkin STROKE atau dia TAK ADA lagi, itu kata doc.

Semalam sempat jumpa doc personally (beramai2 serbu doc...huhuhu), dia pun takut nak bagi % apa kat kitorang sebab kata doc kalau darah dah cuci tapi kat bahagian otak masih tak berjalan seperti biasa, diorang akan fikirkan perkara lain yang perlu dilakukan. Khamis lepas (lupa dah...), kitorang hampir2 je nak bawak Mak Bek balik sebab ikut kata makcik (lepas doc gtau sendiri) dan abang sepupu Mak Bek dah tak ada harapan lagi. Inilah padahnya bila salah faham berlaku. Doc pulak, time2 melawatlah diorang takde... Nasib semalam dapat jumpa. Dan dah jelas segala2nya... Doakan ye semua?

Selain ulang alik ke HKL hari2, aku tak kemana2 pun. Nasib baik sekolah bagi kelonggaran untuk bercuti sama2 dengan budak2 sekolah (kena datang sekolah 2 hari untuk kemas2 sekolah) dan klinik pun tak bz sangat...dan ada yang boleh tolong selain aku. Sok aku akan pulang sendiri ke Seremban. Lama tak keje dan selain ke HKL aku jadi bosan pulak. Sampaikan tak tahu nak buat apa dah. Bosan yang amat. Ini pun update sebab ada yang tanya kenapa lama tak update. Adalah jugak hati nak updatenya... Esok jumpa dia, iAllah... (ya ampun, anak siapakah yang sedang menggatal ni?)... Bukan selalu pun nak selit2 dia itu dalam blog aku ni kan?

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya