Jumaat, Julai 31
Aib, Malu...
Salam...
Wah, sejak akhir2 ni tiba2 rajin menulis pulak. Tak cukup idea dalam kepala, sekarang dah pandai cilok dari internet pulak. Takpe2 ini pun info dan maklumat yang sangat berguna untuk semua jugak. Teringat kisah Nur Kasih bilamana Nur tanya Aidil kenapa sanggup simpan rahsia hal Nur dengan Adam? Kata Aidil, Islam menuntut supaya umat2Nya menutup malu atau aib umat2 yang lain. Jadi tak salah cara Aidil cuma dalam konteks ini, mereka terpaksa dalam rela menipu orang2 tua mereka. Aidil sempat memohon diampunkan salah2 mereka berdua pada orang2 tua mereka.
Bukan senang nak menutup aib orang lain melainkan kita benar2 bersedia hadapi apa jua kemungkinan di kemudian hari. Tapi kebanyakkannya lebih suka memalukan dan membuka aib orang lain semata2 kerana iri hati dan tak puas hati. Dan dalam masa yang sama jugak memalukan diri sendiri. Jadi sebelum nak malukan orang, periksalah diri sendiri dulu. Kalau ye pun dulu kau memang pernah baik dan rapat tapi lepas dah renggang sebab satu benda yang kadang2 tak patut dan tak masuk dek akal, tak payahlah susah payah nak buruk2kan orang pulak. Tak baik tau...
Aku ingat hal2 begini tak berlaku lagi zaman sekarang tapi ada je lagi. Malah orang yang bijak pandai pun ada yang begini, mungkin lebih teruk lagi kot. Apa faedah yang akan kita dapat kalau membuka aib orang lain? Ni sama je maksudnya dengan balas dendam kan? Kau kenakan aku, tunggulah aku pulak buat kat kau... Boleh eh macam tu?
Ini aku nak mengakulah yang kalau aku betul2 marah aku pernah terniat nak balas dendam tapi lama2 tinggal kenangan je sebab aku tak pandai nak dendam2 kat orang. Tak tahu apa yang aku nak balas pun kan? Dari menyusahkan orang dan diri sendiri lebih baik aku teruskan hidup dengan aman damai. Setiap yang orang buat kat kita pasti akan dibalas oleh Allah. DIA je yang lebih layak untuk buat semua tu. Kalau baik orang tu buat, baiklah yang dia dapat... Kalau sebaliknya, itu antara kita dengan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun!!! Lebih baik saling mendoakan yang terbaik untuk kita2 semua.
Kamu tahu Karma? What goes around comes around? Jadi ingatlah kalau kita buat kat orang atau orang buat kat kita, satu masa nanti akan dibalas jugak. Jangan salahkan takdir sebab apa yang kurang, apa yang terjadi sebenarnya datang dari diri kita jugak. Muhasabah diri untuk menjadi lebih baik dari semalam. Dan bila ada yang menegur untuk kebaikkan, fikir dan terimalah. Memang hakikatnya sangat susah untuk kita terima kritikan orang lain tapi itulah yang orang nampak kat kita... Fikir2kanlah ye...
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya
Kata Orang : Senyum Itu Sedekah!
Kadang2 kita rasa ragu2 untuk senyum pada orang yang baru kita kenal atau baru je nak mesra2. Aku tabik kat orang2 yang tak malu2 nak kenalkan diri dia walaupun itulah kali pertama dia berjumpa orang yang baru dia kenal tu.
Selalu orang akan nilai pada apa yang pertama sekali yang diorang nampak pada seseorang. Tapi kalau setakat sekali pandang dan kebetulan ternampak sesuatu yang kita tak berkenan kat orang tu, tak bolehlah dengan senang hati nak kata dia itu begitu dan begini kan? Tapi kebanyakkannya dari kita memang suka buat penilaian yang agak salah.
Padahal orang tu kalau kita betul2 nak kenal sebenarnya dia tidak seperti yang kita sangkakan. Aku selalu begitu walaupun aku harap2 aku tak begitu lagi. Memanglah bila kita tengok orang lain, kita akan terus mengadili.
Kita kalau kat tempat orang (terutamanya) atau keje kat tempat baru dengan suasana baru patutnya kena pandai2 bawa diri kan? Ok, macam mana kalau kita dah beria2 menyapa dan senyum macam Kerang Busuk dah rupanya tapi orang2 yang memandang tu macam tak pernah tengok orang je. Atau lebih buruk lagi bila senyuman kita dibalas dengan jelingan? Buat2 tak nampak ke, tak nak pandang langsung?
Ini apa yang aku hadapi kat sini selepas hampir setahun aku keje. Tapi nasib baik yang selalu senyum bila terpandang kita lebih banyak/ramai dari yang tak suka senyum. Ada kakak tu (Ustazah) bila nampak je aku dari jauh atau aku ternampak dia mesti sama2 senyum atau lambai2 tangan. Dia rajin masuk lab so agak mudah untuk berbual2 dengan dia.
Jadi kesimpulannya sekarang, adakah susah untuk senyum? Aku sendiri akui yang aku bukan jenis yang senang senyum tapi kalau depan orang memang aku cuba senyum walaupun mungkin nampak sangat senyuman itu palsu. Ada orang kata aku ni suka senyum je...asek2 senyum macam orang yang tak ada masalah. Ada jugak yang kata aku ni asek masam mencuka je, pandang orang pun semacam je. Jadi, orang lain itu adalah Cermin Diri kita sebenarnya...
Aku sekarang tengok seseorang tu dulu, tengok rentak dia macam mana. Kalau dia senang untuk senyum dan bertegur sapa, aku pun akan jadi seperamah diorang. Kalau setakat aku pandang, dia pandang je aku balik, maknanya aku pun takkan mulakan pertanyaan atau sapaan. Aku rasa orang2 macam tu kena ambil masa untuk cuba memesrakan diri dengan keadaan keliling. Ingat, kita hidup kat dunia bukan seorang je tau... Mungkin itu cara dia menyapa orang yang baru dia jumpa kot...
Dan perubahan masa juga perubahan diri dari yang berfikiran sangat cetek hingga menjadi matang banyak membantu untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik dan mesra. Tapi kalau terlalu mesra pun tak elok jugak. Kalau lelaki - terlalu peramah nanti ada je perempuan/wanita yang terasa dirinya menjadi perhatian lelaki tu... Kalau perempuan/wanita, takut disalah erti pulak. Ini semua biasa berlaku di kalangan kita. Peramah salah, tak ramah orang kata kita sombong pulak. Jadi, berpada2 saja apa pun yang kita buat.
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu OrkestranyaKhamis, Julai 30
Cinta: Sains dan Tanda-tanda
Bila kamu tertarik pada seseorang, kamu mula menunjukkan tanda-tanda yang kamu menyukainya. Ini bermakna terdapat sesuatu pada dirinya yang berjaya menarik perhatian kamu, seperti lirikan matanya atau senyumannya yang menggoda. Kamu juga mungkin menyukai seseorang yang lebih tua atau muda berbanding kamu. Tidak mengapa. Semua orang melalui perasaan menyukai seseorang dan disukai semula.
Jatuh Cinta Sebenarnya Tindak Balas Kimia
Tergila-gilakan seseorang biasanya berhubung kait dengan cinta romantik. Inilah jenis cinta yang membuatkan kamu menulis puisi cinta dan melakukan benda-benda bodoh seperti berjaga sepanjang malam mendengar lagu-lagu cinta. Perasaan dan emosi ketika ini sangatlah nikmat sehinggakan kamu merasakan seperti “jatuh cinta”.
Apabila kamu mula “jatuh cinta”, kamu biasanya mula tergila-gilakan si dia. Masa inilah, kamu mungkin berasa yang kamu boleh lakukan apa saja untuk si dia. Kamu mahu perasaan ini kekal selamanya dan kamu memang percaya yang ia akan kekal.
Perasaan diawang-awangan yang kamu alami ini boleh dijelaskan dengan bahan kimia yang dibebaskan oleh otak. Oh, mungkin bunyinya tak begitu romantik tapi yang sebenarnya otak kamulah yang menjadi pusat perasaan dan emosi kamu, bukannya hati. Otak tu nampak macam tak berapa menarik. Yelah, rupanya pun macam kobis bunga kering berwarna kelabu yang terapung-apung dalam kepala kamu. Cuba fikir. Walaupun ia tak secantik hati merah yang berdegup, otak kamu sebenarnya menghantar signal ke badan kamu membuatkan kamu merasa perasaan teruja dan pahit manis dilambung cinta.
Bahan kimia dalam otak boleh menerangkan perlakuan kita sebaik sahaja kita jatuh cinta. Bahan kimia ini bergerak ke bahagian-bahagian otak yang berkait dengan emosi dan memori kita:
- Dopamin kata saya gilakan kamu Dalam tempoh beberapa bulan pertama kamu tertarik pada seseorang, satu bahagian otak kamu membebaskan bahan kimia ini. Sejumlah kecil bahan kimia ini akan memberikan kamu perasaan di awang-awangan ketika dilamun cinta. Ia mungkin boleh menyebabkan kamu berjaga sepanjang malam memikirkan perkara-perkara romantik. Dengan dopamin, kamu pun mula rasa tak berselera. Kamu ponteng makan, rasa lapar tapi kamu tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. Dopamin juga membuatkan kamu rasa bertenaga, dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang menakjubkan. Ia membuktikan perkataan seperti “asyik bercinta” memang wujud.
- Serotonin kata saya terlalu menggilai kamu Tahap rendah bahan kimia ini dalam otak merupakan sebab kenapa kamu terlalu memikirkan seseorang itu apabila kamu bercinta. Tahap serotonin yang rendah boleh membuatkan kamu asyik terfikir mengenainya. Seperti mengekorinya ke perpustakaan tanpa pengetahuan, mungkin merupakan aktiviti harian kamu. Pada kamu, kamu berkelakukan macam biasa kerana tahap serotonin yang rendah yang menguasai tindakan kamu. Bila kamu beritahu rakan yang kamu asyik teringatkan dia 24 jam, sebenarnya itulah tahap rendah serotonin yang menguasai kamu.
- Oksitosin kata saya akan kekal dengan kamu Sekarang kamu mungkin dah pun berada dalam hubungan sebenar dan semakin cinta kamu berkembang, kamu mula berfikir yang kamu tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia. Kamu semakin terikat dengannya. Ke mana saja dia pergi, kamu pun ada. Masa inilah bahan kimia oksitosin bertindak. Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila bayang kamu semakin berkurang dan kamu mula menjalin hubungan yang serius.
Tanda-tanda yang kamu dah mula gila bayang:
- Kamu mula teringat pada si dia lebih kerap daripada biasa. Seolah-olah gambaran wajahnya melekat pada minda kamu.
- Tidur kamu jadi tak lena. Dialah orang terakhir dalam fikiran kamu dan orang pertama yang menjelma dalam kotak fikiranmu, bila kamu bangun tidur.
- Selera makan kamu tiba-tiba berkurangan. Makanan kegemaran kamu pun jadi tak sedap.
- Kamu selalu teruja nak berjumpa dengannya. Bila fikir mengenainya saja dah cukup untuk buat kamu rasa gembira dan cukup bertenaga.
- Kamu mula mengekorinya, menyimpan jadual waktunya dan mula mendapatkan nombor telefon si dia… semua secara rahsia.
- Tiba-tiba saja kamu jadi pakar dalam puisi cinta dan lagu cinta. Kamu mula menyukai filem romantik walaupun selama ini filem sainslah satu-satunya fiksyen yang kamu tonton seumur hidup.
Adakah dia tertarik pada saya? Berikut beberapa tanda yang mungkin menandakan dia perasan kehadiran kamu:
- Dia memulakan perbualan. Seorang lelaki mungkin tunjukkan yang dia menyukai kamu dengan memulakan perbualan. Dia mungkin menunjukkan minat mendalam dengan bertanya macam mana hari kamu dan bertanya pendapat kamu mengenai sesuatu perkata.
- Dia mula meluangkan lebih masa dengan kamu. Dia mula mengajak kamu untuk minum kopi atau makan tengahari. Kamu akan tahu yang hubungan kamu mula berputik bila dia makin kerap mengajak kamu.
- Dia berkongsi rahsia dengan kamu. Ramai lelaki yang tak suka bercakap mengenai diri mereka. Jadi bila dia dah mula kongsi perasaanya, atau bawa kamu ke tempat-tempat sunyi yang biasa dia pergi seorang diri, ini mungkin bermakna yang dia sukakan kamu.
- Dia mula menjadi seorang ‘gentleman’ dengan membawa buku kamu dan menarik kerusi kamu. Ia mungkin bermula dengan benda-benda ringkas yang mudah. Sekiranya kamu memang tak menjangkakan benda-benda begini dan ia lebih kerap berlaku, kemungkinan besar si dia menyukai kamu.
- Kamu mula terserempak dengannya di tempat yang kamu tak sangkakan. Tiba-tiba je dia pun turut serta dalam kelas yoga kamu walaupun sebelum ni dia tak pernah menyukai yoga.
- Hmm yang peliknya dia mula mengelak untuk berjumpa kamu. Sesetengah lelaki memang pemalu. Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk mereka kelihatan seperti tak menyukai kamu tapi yang sebenarnya si dia tengah berdebar-debar. Lelaki pun kadangkala takutkan perasaan mereka. Jadi, janganlah kecewa bila ia terjadi. Ia mungkin akan ambil masa untuk si dia menyedari perasaannya terhadapmu.
Cinta pandang pertama. Wujud ke?
Cinta pandang pertama mungkin berlaku terhadap sesetengah orang. Ia mungkin tarikan serta-merta yang dirasai sebaik sahaja seseorang itu terlihatkan orang yang lain. Ia juga mungkin berlaku beberapa kali dalam hidup. Walau bagaimanapun, hanya beberapa tarikan serta-merta ini berkembang menjadi hubungan percintaan. Ada yang akan jatuh cinta apabila orang yang mereka temui itu kelihatan seperti selebriti yang mereka minati. Personaliti atau bakat seseorang juga boleh menjadi tarikan kali pertama mereka berjumpa. Namun begitu, kamu patut tahu yang mencintai seseorang itu tidak bermula pada pertama kalinya. Mungkin ia akan nampak begitu kerana tubuh dan otak kita bertindak balas terhadap perjumpaan pertama tersebut. Bahagian awal tarikan mungkin merupakan kegilaan dan bukannya cinta. Apabila kamu semakin matang dan mula berada dalam perhubungan, kamu mula sedar yang cinta hadir dengan komunikasi yang bagus dan tanggungjawab yang besar. Jadi nikmatilah kehidupan dan cuba untuk belajar satu benda pada satu masa. Belajar dari ibu bapa ataupun rakan kamu. Pengalaman mereka boleh mengajar kamu pelbagai benda mengenai perhubungan.
Lokek
Selasa, Julai 28
Hobi (Baru Je Perasan...)
Sabtu, Julai 25
Aku Juga Punya Hati...
Apa yang korang rasa agaknya bila tiba2 kita dengan senang hati nak cerita dan kongsi kegembiraan pasal kita suka kat orang atau orang suka kita tapi sebelah pihak yang kita nak kongsi tu pulak kata, "ada ke orang suka awak?"... Kalau aku, aku akan tukar ke topik lain sebab dia telah mematikan perasaan teruja aku kala itu. Ini bukan gurauan sebab nada dia yang bercakap seolah2 memperlekehkan aku, seolah2 aku ni tak berpeluang punya rasa seperti dia, seperti orang lain...
Itu sebab sekarang ni aku tak cite sangat kat sembarangan orang melainkan orang2 tu semua selesa untuk mendengar cite2 aku. Sebab hati manusia ni lain2 kan... Kalau dulu2 orang kata, Rambut Sama Hitam Hati Lain2... Tapi sebab situasi sekarang rambut manusia pun tak berapa nak sama warnanya jadi kita tukar kepada Lidah/Darah Sama Merah, Hati Lain2...relevan tak? Haha...
Dan selalu jugak kita dengar ni, Buat Baik Berpada2, Buat Jahat Jangan Sekali... So, ingatlah ye (untuk aku jugak...), jangan terlalu mudah nak kongsi apa yang kita nak kongsi tanpa fikir sedalam2nya. Sebab efeknya nanti tu yang kita tak mahu sebenarnya... Kalau orang tu jenis yang kita cakap hari ni, esok lusa lupa...takpelah jugak. Kalau dapat yang macam aku ni, walau sikit je orang tu cakap sampai bila2 pun tetap aku ingat... Awas!!!
Orang yang jenis cepat lupa tu sebab diorang tak ambil perhatian sangat dengan apa yang kita cakap. Sungguh2 cakap pun kalau muka takde perasaan dia tunjuk lebih baik cepat2 kita ubah cite lain. Nanti kita yang makan hati pulak. Ada ramai lagi yang masih nak dengar walaupun mungkin kita dah berkali2 cite benda yang sama.
Dulu2 aku selalu fikir kalau kawan dengan budak2 yang muda daripada aku, aku susah nak baik dengan diorang sama macam aku baik dengan kawan2 yang sebaya aku. Tapi nyata aku silap buat perhitungan... Sebab kadang2 tanpa aku sangka sebenar2nya diorang lebih matang dari aku. Ada jugak yang suka main2 tapi itu bila mood berubah la... Dan sebab diorang jugaklah aku belajar macam2. Tapi bukanlah aku kata yang orang2 yang sebaya aku tu tak bagus. Aku masih punya kawan2 yang sebaya yang baik dengan aku lagi... Cuma, faham2 sajalah sekarang ni masing2 ada tanggungjawab lain kan...
Dan dengan budak2 inilah yang aku selalu ambil masa diorang, selalu kacau2 diorang semata2 nak cite apa yang aku rasa bila satu2 masa tu... Terima kasih banyak2... Aku harap aku tak melampau ganggu diorang semua... Dan diorang jugak banyak bagi nasihat dan peringatan kat aku... Ye, akak ingat pesan2 korang... Semoga Allah yang balas segalanya...
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya
Khamis, Julai 23
Happy - Ditulis Sempena Entri Ke 100...
Cite yang bakal diketengahkan tidak seperti tajuk entri kali ni pun sebenarnya. Kepala ok, pinggang pulak yang sakit (penyakit setiap tahun...). Lama dah tak sakit2 kepala atau pening2...ececeh... Dan sebenarnya kan, entri yang dah publish tak sampai 100 lagi... Ada 2 draf sebab tengah2 sedap menaip tiba2 idea hilang tak tau ke mana... Agak hampa dengan diri sendiri, huh!
Sejak akhir2 ni aku selalu mimpi perkara2 yang akan buat aku terkenangkan peristiwa2 lama... Paling tak boleh blah bila mimpi pasal kawen...hahaha! Biarlah, nama pun mimpi dan dah lebih 2 minggu berlalu pun. Baru2 ni mimpi semula pasal tempat keje lama kat KL dulu tu. Sejak 'cabut lari' dari sana, aku selalu rasa takut (yelah dah tau diri salah kan...). Mula2 'lari' dan keje kat tempat lain memang aku seriau dan selalu mimpi diorang2 dan tempat keje tu. Lama2 hilang jugaklah mimpi tu. Dan sekarang mimpi tu datang semula. Dan aku pulak selalu percaya yang mimpi tu akan jadi terbalik...
Semalam pulak termimpikan Saujana... Apa2? Tak jelaslah... SAUJANA... ulang sekali lagi - SaUjAnA... Sekali lagi nak cakap, siapa yang kenal aku PASTI tahu betapa minatnya aku pada kumpulan ini... Sejak tingkatan 4 (1999) walaupun masa Saujana diperkenalkan melalui MANGGA - majalah kecik2 tu la... tahun 1998. Macam orang selalu cakap, Tak Kenal Maka Tak Cinta. So sebab masuk sekolah asrama agama, aku terus minat dengan kumpulan nasyid ini... Masa tu yang paling top adalah Raihan, Rabbani dan Hijjaz...
Dan sejak itu sampai sekarang aku tetap dengan rasa yang sama cuma sejak berlaku macam2 kat diorang, agak lambat dapat tahu semua benda kecuali betul2 cari dan bertanya je. Dan (lagi...), aku terasa diorang macam kawan2 aku je sekarang ni. Haha! Statement tak nak kalah ye.
Ok, balik pada mimpi semalam... Tak silap masa tu aku dan siapa entah yang temankan baru tiba kat satu kampung... Tak perasan kat kampung mana. Sampai2 je, jumpa dengan semua ahli2 Saujana... Ni pun aku kurang perasan adakah semua yang dulu dan sekarang saja ahli2 Saujana... Akulah orang paling gembira sebab diorang ada depan mata cuma tak seteruja dululah. Sebab dah pernah jumpa dulu (masa Aliah n Faizul kawen...). Dan mimpi itu habis begitu saja...aku tak ingat seluruh cite dalam mimpi aku tu... Tahun ni bulan April Saujana genap 12 tahun...alhamdulillah!
Dan harapan aku sama macam orang lain (kalau ada la...), semoga Saujana terus dengan usaha dan kalau boleh kembali GAH seperti mula2 diorang menyanyi dulu - Sepohon Kayu (lagu lama yang dinyanyikan kembali)... Harap2 Saujana akan terus di persada...
UPDATE!
Jumaat kembali... Sekejap je kan (bagi orang2 yang cuti Isnin lepas). Dan aku masih bosan dan terasa sangat penat beberapa minggu kebelakangan ni sebab setiap hujung minggu ada saja acaranya. Sejak kawan2 kawen, pergi KL tengok dan ziarah saudara2 yang tak sihat dan minggu ni pulak ada kenduri Cukur Jambul anak 2 pupu...eh, macam kupu2 pulak...haha!
Minggu depan belum tentulah lagi. Keje part time pun asyik kejap boleh, kejap tak boleh dan paling tak boleh hujung minggulah. Kadang2 aku fikir macam...kenapa tiba2 sibuk semacam je ni? Dulu2 memang aku kaki jalan. Ajak je aku nak kemana2, iAllah aku akan ikut tapi biasanya jarang dapat pelepasan dari mak atau abah. Itu dulu tapi sekarang bila disuruh, dekat2 aku sukalah tapi kalau jauh sikit, aku akan senang hati ikut family. Rasa malas semacam je...
Dan macam sekarang jugak kalau takde hal2 yang penting aku tak akan kemana2. Duduk rumah, kemas2 rumah adalah paling best (waktu ini la...). Penat jadi berkali2 ganda sebab ke sana sini je... Kalau dapat Sabtu Ahad duduk rumah memanglah sesuatu yang tak dapat nak digambarkan dengan kata2. Hilang jugaklah penat aku selama seminggu keje...walaupun seminggu tu belum tentu aku keje petangnya.
Hohoho, ini adalah entri melepaskan lelah namanya ye. Sekarang ni pun terasa penat jugak. Dah terlalu penat sampai nak tidur pun tak lelap sepenuhnya. Mesti nak terbangun2 je... Semalam dah dipesan untuk standby kot2 staf lelaki tu tiba2 kena kemana2... Aku suka sebab...tak perlulah sambung eh? Haha... Siap tertunggu2 lagi ni kot2 ada apa2 panggilan (dah macam dr. On Call dah aku ni...). Kalau pukul 4 ni takde sape2 yang call, maksudnya aku duduk kat rumah sajalah... Layan Nur Kasih tu...
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya
Isnin, Julai 20
Selasa, Julai 14
Mood Hilang!
Takde2 mood pun nak jugak selit2 entri tau. Alkisahnya sejak 2 menjak ni aku rasa semacam... rasa sesuatu yang tak dapek den nak terangkan. Aku ni tak habis2 sesuatu la, semacam la... Takpe, selagi ianya hanya aku yang rasa, selagi itulah aku akan tulis kat sini... Dah macam apa je ayat2 aku ni?
Petang tadi (act, sejak semalam lagi) tak dapat nak lelapkan mata. Kalau cite kat orang (dah selamat cite pun), semua teka benda yang sama je. Ada jugak kena mengena tapi aku selalunya macam nilah. Ada satu2 masa aku akan jadi terlalu mudah untuk tido dan satu2 masa yang lain jadi sangat2 susah nak tido.
Esoknya bila ada kelas kat lab yang biasanya tak memerlukan khidmat aku untuk membantu (on kan OHP je...) aku amek kesempatan untuk lepak n tido kat bilik server je. Memang syok wooo, sebab bilik ada ekon... Tido lah sampai habis kelas... Kalau sejam kelas tu, dalam 1/2 jam aku melantak buat taik mata... Sampaikan pernah 1 masa aku 'kantoi' dengan cikgu yang uruskan lab tu... Haha!
Tapi aku tak kisah atau rasa bersalah sangat pun. Lagipun keje aku bukan kena buat apa2 selain jaga dan pantau lab ni (untuk kemudahan semua cikgu2)... Ada kawan pernah pesan, "jangan buat keje yang bukan keje ko"... Aku buat apa yang disuruh je dan tak lari dari skop keje setakat ni.
Aku hari2 pk pasal web sekolah yang tak lengkap2 lagi tu. Sebab aku rasa aku tak perlu nak sibuk2 sangat kot sebab ada orang penting tu pernah mintak alamat laman web sekolah dengan password sekali so aku anggap dia nak buat semuanya. Alih2 pagi tadi dia tanya macam mana dengan perkembangan laman web sekolah? Dalam hati, perkembangan apanya? Setakat gambar je bolehlah tapi itupun aku tak buat2 lagi... Takde satu maklumat bertulis pun sebenarnya tau...
Aku teringat kata2 kawan blog satu masa dulu yang mana kalau nak mintak kita buat keje satu2 tu, pandai2 lah cari kita bukan kita yang terhegeh2 pergi kat diorang dan kata kita boleh buat semua tu. Betul dan tidak kan? Setuju dan tak setuju jugak tapi bila dah terkena kat diri sendiri barulah kita tau semua tu.
Dan aku sangat2 harap aku ada mood semula, gembira dengan apa pun yang aku nak buat, akan buat dan dah selamat buat... Tak nak menyesal tapi nak cuba buat lebih baik dari yang lepas2... Kan hidup ni sekali je jadi aku sebolehnya taknak lepaskan apapun peluang yang ada depan mata... "tapi kalau dah asek berangan2 je, tak payah mimpilah", kata hatiku... Yelah hati...
Dah lah sejak pertemuan itu sampai ke detik ini buat aku tak keruan je... Sampai sanggup datang klinik semata2 dia? Gila betul la aku sekarang. Tapi hari ni dia masuk n aku takde... Aku berjaya 'lupakan' dia sekejap... Aku cuba tenangkan perasaan, cuba redha dengan apa yang bakal berlaku, cuba untuk tidak terlalu fikirkan dia, sabar banyak2 sebab ALLAH itu Adil dan Maha Pengasih. Tak hari ni dia makbulkan doa2ku, mungkin esok lusa... Ada yang terbaik yang telah dia takdirkan buat aku...
Doa Seorang Kekasih
In-Team
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Lirik ni aku baru perasan sama dengan doa yang aku jumpa dekat FP 1 of the finalist Cari Menantu - Sarah & Lotfi ... Sebab aku sekarang cari lagu2 Inteam semula, apa2 lagu nasyid yang pernah jadi teman setia aku kat kolej dulu (time tengah agak popular nasyid masa tu)... Dan aku kembali dengar Ikim.fm. Memang dah lama sangat2 aku tak ikuti seharian macam dulu2. Sebab? Entahlah ye? Diri sendiri tak berapa nak istiqomah kot? Dan sekarang lagu ni (Doa Seorang Kekasih) jadi teman aku pulak... Lagu ni dah 5 tahun, ok! Gelap sungguh hati ni...haha!
futnot: sila2lah kunjungi blog shop teman aku yang ini ye? dia baru2 je lagi biz barang2 dalam blog shop tu... free2 kan jari n klik kat blog tu selalu ye? terima kasih... Peach82
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya
Jumaat, Julai 10
Kawan & Kahwin...?
Sangat2 mohon maaf pada semua sebab terlalu lewat untuk entri yang ini... Lewat sebab malas sebenarnya dan penting sekali aku sangat2 penat sejak minggu lepas lagi. Penat2 pun masih boleh rasa suka lagi... sebab? Pandai2 la fikir sendiri ye? Ok, entri kali ni hanya akan ada gambar lebih dari ayat2 dan segala tulisan2 ye... Kat fesbuk pun baru je sempat upload... Dan soalan2 wajib yang aku kena hadapi adalah... Bila lagi? Dah macam masa aku kecik2 dulu makcik2 dengan kakak2 sepupu selalu kena soal...
PJ & Bangsar, 4 Julai 2009...
Gerak dari N9 (ceh, macam jauh sangat ni...) dengan As... Nasib baik majlis sebelah lelaki kat Bangsar je... Hampir salah masuk jalan... Dan nasib baik boleh masuk jalan yang betul.
ini dia bukti yang menunjukkan kami ke sana... (main bukti2 pulak)...
kami tiba sewaktu pengantin pun baru je berarak masuk...
Along & Aida... (Aida sangat2 cantik...wallaweiiii)
Rawang, 4pm++ hari yang sama...
Lepas je habis makan dan jumpa pengantin kat Bangsar, kami pun bergegas ke Rawang. Kalau ikutkan penat memang penat tapi untuk memenuhi undangan, kami gagahkan jugak la... Betul tak kalau aku katakan kalau betul2 rapat iAllah jalan dipermudahkan. Bukan tak rapat tu aku tak sudi nak penuhi jemputan daripada diorang cuma asal dijemput je mesti ada je halangannya sampai tak tau nak fikir macam mana lagi dah...
kami tiba je, kak G sedang bersiap2...
tipikal foto lagi tapi sebelum nikah...
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya
Khamis, Julai 9
Sungai Nil & Mesir Juga Jodoh...!
Ingat lagi dengan dialog kat atas tu? Benar kata Maria... Betapa dia sangat sukakan Fahri, jatuh cinta pada seorang Fahri... Macam mana kita nak insan sebaik Fahri itu mendampingi kita sebagai pasangan hidup, kita tentu mahukan yang terbaik untuk dia dari kita kan? Tapi bukanlah perlu mengubah apa yang kita tak boleh ubah hanya untuk memenuhi apa yang kita rasa tak cukup lagi untuk berdampingan dengan insan yang terbaik...
Setiap insan punya jodohnya masing2. Dan apapun yang diberi itu semua takdir DIA yang tentukan. Mungkin bukan sekarang dan kalau esok lusa datang menjengah pasti ada sesuatu kejutan yang kita tak sedar akan kewujudan tersebut.
Kenapa aku tiba2 suarakan hal yang 1 ni? Sebab diri aku dan semua... Kenapa? Mari aku terangkan selanjutnya eh?
Orang selalu kata pada aku, jodoh tu ada untuk setiap orang... Tak kira siapa, di mana dan bagaimana sesuatu pertemuan itu terjadi. Dan kata orang lagi kalau dah jodoh tak kemana... Ye, betullah tu. Ini apa yang asasnya sajalah yang aku faham.
Aku adalah orang yang selalu rasa jodoh tu takkan datang menjenguk. Tapi bila difikir2kan kembali, telahan aku tu salah rupa2nya tapi bukanlah bermaksud aku dah jumpa...belum lagi tau! Cuma bila tengok keadaan keliling dan ia telah membuka sedikit pandangan aku pada jodoh.
Ada orang jodohnya hanya berjumpa secara tak sengaja kat tepi jalan... Ada tu kenal dalam telefon je, kenal kat alam maya, melalui kawan2 dan ada yang ditemukan oleh ahli keluarga terutamanya mak ayah sendiri... Apapun cara jodoh itu tiba, semuanya telah ditentukan tapi tidak semua menemui jalan bahagia, bukan? Apapun ianya berbalik kepada soal hati dan perasaan...
Satu contoh yang nak aku tuliskan di sini ialah jodoh yang ditentukan melalui mak ayah yang mencarikan. Ada sebab kenapa mak ayah itu suruh kita kawen dengan pilihan diorang. Bukan saja2 tapi ada jugak contoh2 yang mana mak ayah suruh kawen sebab keluarga tersebut berharta (ni dalam filem selalu ada...), berkenan dengan bakal menantu, kawan baik dengan bakal besan dan sebagainya...
Aku ambil contoh daripada drama Nur Kasih. Cerita tu semakin mendapat perhatian daripada aku dan orang2 yang pertama kali menontonnya... Kenapa menarik? Cite2 melayu ni jarang yang banyak bagi inspirasi dan mengajar kita? So, setakat ni cite ni antara yang terbaik...
Contoh lagi, part yang Nur Amina dipinang oleh keluarga Adam & Aidil. Sebenarnya Aidil yang minta mak ayahnya datang meminang Nur untuk diri dia TAPI sebaliknya pula yang jadi... Alasan ayah diorang yang semakin uzur itu ialah untuk selamatkan Adam. Selamatkan dari terus sesat dalam hidup... Faham2 sendiri jelah ye? Aidil macam mana? Dia redha lepas ayahnya beritahu sebab2 kenapa dia buat begitu.
Ada banyak perkara kat sini yang kita boleh nampak sama ada tersurat atau tersirat. Yang tersuratnya ialah alasan ayahnya. Betullah apa yang dibuat tu. Selama ni Adam selalu ingat ayah dia tak sayang dia. Tapi sebenarnya bila mak dia pujuk betul2, hati dia lembut jugak. Mana ada mak ayah yang tak sayangkan anak2nya? Nak2 pulak sampai dia boleh belajar sampai obersi sana...
Yang tersiratnya? Tak dapat nak fikir pulak sekarang ni. Apa yang aku nampak ialah betapa dia sangat2 beruntung ditemukan jodoh dengan seorang wanita yang baik dari keluarga dan keturunan yang baik macam Nur Amina tu. Nur pun rasa apa yang Adam rasa tapi sebab mak ayah yang suruh kenapa dia perlu tolak? Bukan merelakan atau tak cuba untuk menolak tapi tentu ada sebab kenapa mak ayah Nur Amina beria2 suruh dia setuju?
Dia juga punya cita2 sendiri yang dah lama dia pendam. Baru je terima tawaran sambung belajar, alih2 diminta untuk berkahwin dengan Adam, orang yang pernah dia suka satu masa dulu (baru aku tau dia pernah suka Adam rupa2nya?). Tapi kalau pinangan itu datang daripada Aidil mungkin Nur akan terus terima. Adam yang dia kenal sekarang depan mata dia tak sama macam Aidil.
Dan akhirnya diorang disatukan dengan rasa yang sangat2...entahlah? Susah nak diterangkan... Nur sempat menjenguk Adam sebelum diorang disatukan. Adam pelik kenapa dia mesti kawen sedangkan diorang tak suka sama suka pun. Nur tu pun kalau ikutkan hati memang tak suka jugak kan... Redha saja dengan ketentuan...
Aku selalu percaya pada 'Cinta Yang Hadir Selepas Berkahwin'. Aku belum rasa dan tak tahu akan rasa atau tidak... Rasanya lebih manis sebab tak perlu sembunyi2, nak takut pada halal haram, bebas kemana2 berdua... Dan pada yang dah merasainya saja lebih tahu...
Ada yang mati2 kata kenapa nak kawen ikut pilihan orang tua? Dah lah diri sendiri terseksa dan juga bakal menyusahkan orang2 keliling. Bagi aku lama2 cinta tu pastikan datang...iAllah! Siapa yang tak suka tu? Dia adalah orang yang agak dekat dengan aku tika ini. Dengan dia, aku kena pandai tackle untuk menjawab soalan2 yang dia bagi. Selalu aku yang bertanya tapi tidak kali ni...
Jenuh jugak nak jadi spontan dalam menjawab soalan2 dia. Kita cakap ikut jalan yang ini, dia pusing ikut jalan yang lain. Sampai sudah tak ketemu jawapannya. Dan rasanya dia cuma mahu meluahkan saja tetapi bukan nak sangat jawapan dari aku. Apa2 jelah encek ye? Tak kena pada diri sendiri, bolehlah cakap macam2...
Dan aku harap kita semua temu jodoh yang sebenarnya yang telah ditentukan oleh DIA dan segalanya kita terima dengan hati yang terbuka dan redha. Semua yang berlaku memang ada hikmahnya cuma kita je tak perasan semua tu...
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya
Jumaat, Julai 3
Nak Rehat!!!
Untuk permulaan, takziah untuk keluarga Michael Jackson (MJ) diatas pemergian MJ pagi tadi... Terkejut jugak dengar tapi impaknya tak sehebat masa mendiang Puteri Diana mati dulu. Itu macam tak percaya langsung dia dah tak ada... Tapi itu semua kuasa Allah, bila DIA nak DIA ambil kita... Teringat dulu2 MJ datang Malaysia dan aku sangat2 teruja dan terasa lain macam sangat2 bila dia datang tu...
UPDATE!!!
Ini cerita hujung minggu (Sabtu-Ahad) yang lepas. Penatnya masih terasa sampai ke saat ini. Penat berjalan sebenarnya...dengan mengantuknya... Lagipun dah lama tak keluar lama2 dengan kawan2... Masing2 sibuk je memanjang... Sabtu yang bakal tiba ni nanti pun mungkin akan berjalan lagi... Lepas tu entah bila lagi agaknya???
26th June 2009, Tanjong Karang, Selangor...
kata si suami (Along), ini bukan Faizal Tahir tau...haha!
27th June 2009, Kuala Lumpur...
tapi sebab nenek ada depan mata, sekalian je la...
oh ye, ini adik Tok Mak... kami semua panggil dia Tok Ngah@Nenek...
setiap kali jumpa semua kene peluk cium dengan nenek...haha...
jadi perhatian saya dan adik juga sepupu...
semakin lama dipandang, dia jadi lemas...tapi dia sangat cute kan?
ini pulak pangkat pakcik dengan saya dan saya
tahu dia lebih muda dari saya...muda kan pakcik kami?
Rabu, Julai 1
Sabar! Ini Cuma Ujian Kecil Je...
Dari hari ke hari nak menulis asek rasa masa tak mencukupi je. Rabu, hari paling sibuk setiap minggu kecuali selepas cuti 2 minggu yang lalu. Sekarang semuanya dah kembali ke mood "Mari Belajar Dengan Bersungguh2" - itu dulu tapi sekarang, "Mari Belajar Dengan Bersemangat, Time Rehat Kita Kejar2 Sambil Jerit2"... Nama je sekolah perempuan tapi sama je macam ada budak2 lelaki jugak. Sana sini menjerit dan paling tak boleh blah time puasa lagi galak budak2 ni menjerit berlari2...
Semalam masa nak sangkut kunci kat tempatnya, aku disoal dengan soalan2 yang tipikal dan klise. Sampai penat nak menjawab dan nasib baik hp kesayangan (sangat la...) ni banyak membantu. Time tu tengah sibuk balas sms kawan2... So, jawapan pun biasa2 je. Ok, soalan dia ialah, "Ko duduk atas ke bawah? Ada naik2 kat atas tu?"... Dengan mimik muka yang paling tak boleh blah (aku tahu aku tak cun...). Muka the kakak tu selalu ubah2. Bila2 suka dia senyumlah. Kejap lagi dia masam mencuka sepanjang hari...
Aku tak tahu dan tak faham kenapa dalam ramai2 orang, dia yang paling suka tanya soalan tu? Orang lain tak heran pun kalau aku ada kat lab ni sepanjang setengah hari setiap hari kecuali Sabtu Ahad. Bila fikir2 semula baru aku tahu yang sebelum ni sejak lab ni siap semuanya aku adalah orang pertama yang jaga lab ni. Maksud aku kat sini, yang hari2 amek kunci, bukak lab, jaga lab sampai habis waktu aku keje (pukul 2pm)...ialah aku je... Senang kata memudahkan semua cikgu2 kat sini, jadi takdelah kena amek kunci, bukak lab dan mengajar, bila habis kelas kunci balik lepas tu sangkut balik kunci...
Aku rasalah kan, dia nak dengar aku ni duduk kat lab atas sepanjang hari sampai diberitakan aku diganggu atau apa2 je lah. Sebab ada cleaner tu kata ada yang ternampak2 kelibat kat atas tu. Mula2 aku masuk keje dulu aku agak berani jugak naik atas sorang2 walau takut2 tu ada tapi lepas dah diorang tanya macam2, aku jadi...ei, apa hal dengan diorang ni? Budak2 dulu pun ada jugak nampak entah apa2 kat atas tu. Tapi, logik jugak sebab sejak dibina sampai sebelum aku, takde siapa yang tunggu kat lab sepanjang hari...
Takpelah, ini ujian untuk aku kot. Terima sajalah dan redha. Walaupun lab hanya 1 bangunan saja dan terletak jauh dari blok lain tapi tetap dekat dengan kantin sekolah... Itu yang bestnya... Tapi tak pulak aku ke kantin bila ada masa. Sekali je beli pagi2 dan makan dalam lab. Takde keje lain agaknya nak pergi kantin setiap kali ada masa terluang?
Diam tak diam, pejam celik pejam celik, dah 10 bulan aku keje kat sini. Tinggal 2 bulan je lagi aku bakal tinggalkan sekolah ni. Kira merasa jugaklah keje setahun, iAllah! Selalu hampir2 pun 9 bulan, 7 bulan je lamanya... Dan pencarian keje sudah bermula. Ada ke patut, bila aku kata aku nak habis kontrak lagi 2 bulan, one of the company yang aku hantar resume untuk mintak keje kata, "Saya perlukan minggu depan"... Maksud minggu depan ialah minggu ni. Kecoh betullah diorang ni...
Takpe, berpegang teguh kepada "Rezeki Ada Dimana2...". Dan aku sekali lagi (lepas banyak2 kali) dinasihatkan untuk teruskan menjahit. Aku tak tahulah kenapa menjahit ni bukan sesuatu yang boleh buat aku minat? Orang kalau dah minat, belajar sikit je pun dah boleh buat sepasang baju kurung dengan kemas sekali. Tapi aku yang dah belajar 2 tahun ni pun masih terkial2 nak potong kain dan menjahit. Aku akan jadi suka bila buat baju dengan guna pola. Setakat copy paste itu memang dah jadi kesukaan aku, huhu!
Dan kalau minat itu yang jadi perkara pokok, bila2 ada masa terluang mesti aku takkan lepaskan, kan? Tapi, entahlah... Takde komen yang tepatlah. Alasan je memanjang... Nak jahit manik kat baju pun aku tak pernah berjaya. Mana taknya kalau cuba pun sekali 2 je? Semangat mula2 je lepas tu hampeh... Macam semalam, siap dah bentang kain, lipat dua untuk labuh baju lepas tu siap buat air oren sejuk pulak... Dalam ukur2 tu tiba2 aku jadi 'hilang'. Huh! Tak sukanya aku...
Dan takkan sempat siap sebelum Sabtu ni pun. Nasib baik ada spare baju yang jarang2 aku pakai. Aku suka buat baju yang fesyen2 sikit selain baju2 kurung. Dan lebih puas hati bila dapat buat sendiri. Rugi tersangat2 sebab aku dah buang semua pola2 masa aku belajar dulu. Konon2 yakin boleh buat sendiri padahal masa belajar dulu orang yang selalu buatkan pola...
Dan seperti kebiasaannya, entri aku mesti akan jadi 2-3 tajuk (sebenarnya) tapi akhirnya dalam 1 tajuk je... Sebab? Aku kan suka campur adukkan apa yang aku fikir semalam masa nak tulis+apa yang tiba2 aku terfikir hari ni nak tulis... Dan terhasillah entri yang agak bersepah2...
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya


