Selasa, Ogos 25

Selamat 27 Tahun!

Salam...

Boleh ke alarm tak bunyi semalam? Nasib baik sempat tulis entri walaupun terlambat... Baik punya cover nak salahkan alarm pulak ye? Entri ini khas untuk Abah & Mak sebab dah sampai 27 Tahun Ulangtahun Perkahwinan... Tak ingat bila tapi pernah aku tanyakan bilakah tarikh Abah & Mak disatukan... Aku tanya Abah dulu, katanya berapa haribulan entah. Aku tanya Mak, katanya 25 haribulan Ogos 1982...

Dan Abah pernah tunjuk pada aku kad kahwin yang dia simpan lagi (tatau ada lagi ke tidak sekarang ni...)... Siap tunjuk senarai nama2 yang bagi duit ramai2 (kawan2 Abah)...dan kawan2 Abah tu semua masih aku jumpa sampai ke hari ini.

Tahniah untuk Abah & Mak di atas Perkahwinan yang telah dilaksanakan sejak 27 tahun dulu. Aku tahu sikit2 sejarah perkenalan dari Tok Mak... Kalau duduk2 dengan Tok Mak, habis semua cite aku suruh Tok Mak cite. Bukan sejarah Abah & Mak je, semua adik-beradik Abah pun aku tanyakan jugak... Pada semua sepupu2 tersayang, kalau nak tahu silalah berjumpa kita ye?

Kenal pun sebab arwah Tok Ayah suruh Abah ambil Mak kat hentian Bas/Teksi kat Muo (Muar)... sepanjang perjalanan pulang (Mak balik dari Pahang - mengajar kat sana), masa tulah kata Tok Mak, Abah tengok2 dulu (ampunkan anak mu andai salah...huhu!). Selebihnya adalah rahsia akulah... Takkan nak cite semua sekaligus kan? Kot2 terbukak pintu hati nak jadikan buku, aku citelah lagi ye?

Apa2pun aku harap kalau ditakdirkan aku punya peluang untuk miliki keluarga sendiri, harap2nya biarlah bertahan sampai bila2. Macam Abah & Mak...memang aku harap sampai mati pun diorang tetap bersama2... Bak kata orang tua2, "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri", kan?

Dulu2 aku selalu pk dan ada jugak persoalan dari orang lain tentang Jodoh Ditentukan Oleh Orangtua... Aku setuju ke? Ikut pada keadaan jugak sebenarnya. Alhamdulillah, Abah atau Mak tak pernah cuba untuk satukan anak2 diorang dengan pilihan diorang... Mungkin ada sebab2 tertentu di situ yang tak diketahui... Setakat ini cuma soalan2 Mak yang pernah aku dengar, "dah ada orang nak ke?", "kau takde kawan2 ke?"... Itu je la...

Yang nak kawen kan kita? Yang nak hidup lama2 dengan pasangan jugak kita kan? Jadi kalau dah memang ditentukan sejak lahiriah Jodoh Ditentukan Orangtua, apa yang kita boleh buat kalau dah elak sampai merajuk2? Doa je supaya pasangan itu adalah pilihan terbaik, beriman dan sesuai untuk kita...
Subuh Yang Terakhir - Rabbani

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
Pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir


futnot: perhatian UNTUK KAMU yang tak suka jodoh KAMU ditentukan orangtua itu... inilah ketentuan Allah...heheh!*macamlah dia baca pun blog aku ni kan...*

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Berita Gembira...

Salam...

Dah selamat puasa 3 hari ye... Alhamdulillah! Oh ye, iklan Hai-O tu dah takde pulak sekarang ni, kenapa ye? Harap semua sihat2 belaka dan harap jugak di bulan yang penuh barakah ni, H1N1 pun bakal melabuhkan tirai untuk semua selepas apa yang telah berlaku. Kita hanya mohon yang terbaik untuk semua tapi tetap yang berhal menentukan ialah DIA jua...

Berita gembira yang nak aku khabarkan di sini (ececeh...macam ramai pulak yang nak baca ni...), kontrak aku bawah PIBG sekolah tempat aku keje hampir 1 tahun ni disambung 1 tahun lagi, alhamdulillah! Syukur sangat2 walaupun masa mula2 keje (hari pertama puasa - 2 September 2008) aku rasa nak menangis sebab dah 4 bulan tak keje... Walaupun masa tengah2 tahun aku keje aku rasa aku dah takmo keje situ lagi sebab bosan yang teramat2 sangat tapi semua tu hilang macam tu je sebab tiba2 aku rasa sayang nak lepaskan jawatan ni.

Ye, aku dah belajar untuk redha andaikata kontrak aku tak disambung sama sekali sebab aku sudah ada perancangan sendiri tapi sekarang aku sedang cuba untuk melaksanakan perancangan tersebut. Maklumlah, aku ni memang tak pandai nak buat banyak2 keje 1 masa...tak menang otak untuk berfikir dibuatnya. Keje part time tu pun bukanlah hari2 jadi bila diminta tolong aku cuba untuk laksanakan sebaiknya.

Dan serasa aku bulan puasa ni sampai bila2 mungkin aku tak masuk lagi kot atau bila betul2 perlu barulah diorang panggil sebab staf dah cukup dan sekarang aku masih dan sedang belajar menerima ketentuan dengan hati yang redha. Kedengaran macam orang frust kan? IAllah tidak selagi aku berpijak di atas bumi Allah yang nyata ini. Lagipun jodoh itu dimana2...iAllah. Tidak hari ini, iAllah esok lusa DIA temukan aku dengan jodoh aku...ececeh... Jodoh di sini membawa banyak pengertian tau...

Ok, ini catatan aku untuk kali ini sebab dah lama sangat terbiar tanpa apa2 pesanan... Pada yang sudi membaca, terima kasih tak terhingga yang aku ucapkan... Bila menulis cite yang aku lalui sehari2 teringat2 kat blog2 lama dulu. Kenangan Terindah sebab dari situ aku jumpa ramai kawan2 baru... Terima Kasih Tuhan!
Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Khamis, Ogos 20

Ahlan Ya Ramadhan...

Salam...

Minggu ni macam penat lebih sikit walaupun cuma sehari je keje petang tapi mengantuknya mengalahkan macam aku keje 24 jam je. Mungkin sebab tak sibuk dengan keje2 petang tu sebablah aku rasa penat sangat... Setakat ni memang kalau kat lab, ada masa terluang je aku mesti 'ter'tido... Tak sengaja tido tu, alasan mesti kena kuat. Tapi memanglah, aku ni seminggu boleh tido, seminggu langsung tak boleh tido atau seminggu terlebih tido...

Ok, seperti yang kita semua sedia maklum pada 22hb Ogos 2009 - 1 Ramadhan 1431H adalah hari pertama puasa, iAllah. Malam sebelum tu adalah Malam Pertama Solat Sunat Tarawikh... Aku harap aku dapat mulakan dengan Tarawikh nanti. Tiap2 kali Ramadhan mesti perkara yang sama jugak berlaku. Sama ada aku 'cuti' atau apa2 sajalah yang tak memungkinkan aku ke masjid atau surau2 berdekatan.

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini beri kita lebih semangat dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dan berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik, iAllah! Dan harap2 sempat baca Al-Quran pada sebelah malamnya ye... Peringatan untuk aku dan semua, iAllah. Kalau kerja tu (malam), pandai2lah adjust ye...

futnot: aku tanya dia, boleh keje tak weekend? dia jawab, "takmo... nak balik kampung, puasa kat rumah..."... kata kawan, Anak Soleh (kata aku, Anak Soleh tak boleh diganggu...)

Hidayah Yassin Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, Ogos 19

Kata-Kata Hari Ini: Bukan Memahami, Tolerate...

Salam...

Kata2 itu aku ambil waktu rancangan Sehati Sejiwa yang dihoskan oleh Misha Omar (dulunya Scha dan dia sangat best walaupun aku tak kenan dia jadi hos...) disiarkan bersama2 dengan artis jemputan - Sham Kamikaze dan isteri. Baru aku tahu yang diorang dah setahun nikah tapi baru je diwar-warkan.

Apa yang best sangat dengan kata2 dia tu? Dia kata dia seorang manusia yang pelik iaitu bila bangun tido dia tidak lapar malah tahan dengan minum air kopi sepanjang hari. Bila lapar barulah dia makan itupun dah jam 6 petang. Kata Misha, itu yang isteri dia kena faham ye? Sham jawab, bukan memahami...tolerate. Maksudnya kita tak perlu faham cara dia tapi tolak ansur dengan cara dia sebab aku rasalah kalau nak faham mungkin susah. Kalau faham pun bila dah biasa dengan cara dia, iAllah boleh faham...

Sekarang aku faham sikit2 yang tak semua lelaki mahukan seseorang wanita itu faham diri dia tapi lebih kepada berTolak-Ansur... Manusia ni selalunya lebih suka pertahankan ego masing2. Sebab kalau tak pertahankan nanti akan rasa malu dan rendah diri tak bertempat. Rasa macam semua orang akan salahkan dia sedangkan orang tak peduli pun kau nak buat apa...suka hati kau la... Umpamanya la kan...

Ada junior yang bertanya, sejauh manakah aku percaya dengan Cinta Jarak Jauh... Semuanya berbalik kepada kePercayaan dan Tolak Ansur (lagi...). Bukan beri rasa percaya tu 100% sampai takde rasa ragu2 tu tapi percaya yang logik. Sebab setiap manusia dikurniakan Allah rasa yang kita boleh tahu sama ada kita ni ditipu ke, kena main hidup2 ke... Susah nak terangkan sebab bagi aku, kamu dan kita semua ada rasa yang itu.

Tapi ada je orang cakap Cinta Itu Buta dan dah tentu2 apapun salah pasangan yang dah terang2 menipu tu semuanya betul belaka dan sedia dimaafkan sebab Cintakan dia... Ada jugak yang nasibnya baik sebab dia tak mudah nak percaya tu semua...

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Khamis, Ogos 13

Perginya Seorang Ustaz Asri...


Salam...

Al-Fatihah untuk arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)... Aku bukak fesbuk untuk kali ke2 pagi tadi. Masa tu baru lepas bangun dari tido (kat lab, suka hati je nak tido kalau dah terlalu mengantuk la...). Aku buka2, scroll sikit2 sampai kat status fesbuk Heliza Helmi (ye...yang jadi cikgu Syuhadah dalam Syurga Cinta tu)... Aku tak percaya walau dalam hati dah dapat agak siapakah 'Ustaz Asri' yang dia nyatakan tu. Tapi sebolehnya tak nak percaya...

Tapi lepas aku bukak page Heliza, ternyata telahan aku benar belaka. Walau hati tak mahu jugak percaya dengan kenyataan, yang pergi tetap pergi dan kembali disisiNya seperti yang telah DIA takdirkan sejak dari Luh Mahfuz lagi... Terngiang2 lagu 'Pergi Tak Kembali' nyanyian arwah dan seluruh ahli kumpulan arwah. Lagu tu dulu pernah mencetuskan kontroversi oleh orang2 yang tak boleh terima pembaharuan pada lagu2 nasyid. Bagus apa idea2 kumpulan2 nasyid untuk menarik perhatian para remaja untuk lebih dekat dengan irama ini...

Nak2 pulak itu adalah pertama kali bekerjasama dengan KRU (betulkan aku kalau aku silap). semua yang pernah arwah lakukan sejak dengan Nada Murni dulu sampailah dengan Rabbani sekarang, buatkan aku rasa sayu dan terkejut dengan pemergian arwah yang tiba2 itu... Yelah, selama ni kita tak pernah dengar arwah tu sakit apa2... Tapi memang arwah ada penyakit jugak sebenarnya...

Baru dalam 3 minggu lepas Yasmin pergi meninggalkan kita, sekarang ni arwah pula... Apapun aku dan semua masih mengharap roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 insan2 yang beriman... Amin!!! Arwah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak... Abang sepupu aku yang aktif dengan nasyid masa study dulu pernah kata arwah memang dipanggil ustaz sebab arwah mengajar budak2 mengaji kat Klang dulu...

Dulu masa mak abah 2-3 hari lagi nak ke Mekah (Haji), berita mengenai Soleh Hijjaz meninggal dunia sangat2 mengejutkan aku sebenarnya. Muda lagi arwah masa tu (dalam akhir 20-an mungkin) dan dikhabarkan yang arwah meninggal kerana demam dan batuk2 di hospital. Dan dalam tahun 2003 kot arwah Zarie Raihan pula pergi meninggalkan kita untuk selama2nya selepas jatuh dan pengsan lepas tamatnya Anugerah Bintang Popular. Katanya arwah diserang sakit jantung...dan waktu arwah 33 tahun. Dan kini arwah Ustaz Asri meninggal dunia pada usia 40 tahun (3 Ogos hari lahir arwah-baru aku tahu)... Malam tadi sempat tengok Buletin Utama dan nampak yang lepas arwah rebah masa nak buat persembahan kat Angkasapuri, kawan2 bantu arwah dan aku nampak arwah masih sedar lagi... Nampak yang kawan2 arwah sapu2 air kat muka arwah...

Rabu, Ogos 12

Syukur Ya Allah...!

Salam...

Di kesempatan ini ingin aku panjatkan syukur kepada Allah di atas kurniaan pertambahan umur pada tahun ini. Kata orang, semakin bertambah umur kita...semakin dekatlah kita dengan kematian. Yang aku harap hanya Allah sentiasa melindungi aku dan seluruh ahli keluarga aku, ampunkan segala dosa2 aku dan semua... Aku mohon Allah perkenankan dan makbulkan segala doa2ku... Amin!

Setiap tahun, umur aku bakal bertambah (iAllah andai diizinkan Tuhan!). Sepatutnya aku semakin matang seiring dengan usia tapi kadang2 aku terasa aku masih macam anak2 kecil yang meminta2 diperhatikan. Aku sangat bersyukur di atas segala nkmat yang telah Allah berikan pada aku sejak mula2 aku dilahirkan, sejak aku tahu apa itu Syukur dan sejak aku belajar mengenai Syukur.



Diharap aku terus ingat untuk bersyukur walaupun didatangi ujian yang bertimpa2 dari DIA. Hanya DIA yang lebih tahu segala isi hati aku sebab DIA yang telah menjadikan kita semua sesempurnanya sebagai seorang manusia. Harapan aku setiap tahun rasanya sama je. Nak hidup aman, bahagia dan gembira dengan apapun yang aku lakukan untuk hidup aku.

Pertambahan permintaan dan impian aku tahun ini ialah settle down my life... Ayat agak berterabur sikit, sorry ye? Settle down tu maksudnya ada macam2. Antaranya nak...hmmm... Apa ye? Nak berjaya dalam hidup, senang kata la. Kawen? Nanti kot... Kalau dah sampai jodoh macam yang mak kata, terima sajalah...

Ok, sejak 2 menjak ni aku asek cite pasal kawen kan? Siapalah yang tak nak kawen? Walaupun seseorang wanita itu kita lihat hidupnya sudah ada segala2 yang mungkin tak semua ada dan boleh capai pasti ada sesekali atau satu2 masa dia terasa sunyi dan kosong sebab tiada orang yang sentiasa ada di sisi dan jadi teman untuk dia kongsi segala2nya. Ye betul, ada je teman2 yang selalu dengan dia tapi ini adalah seseorang yang bukan dari kalangan kawan2 (kalau lelaki mungkin), tapi seseorang yang berlainan jantina daripada dia sendiri.


Gotcha!!!
Ada yang bertanya apa yang aku rasa bila umur aku menginjak ke 26 tahun ni? Entah le ye? Tak berperasaan kot ketika ini... Tak tahulah kalau2 aku tak pandai nak menikmati hadiah yang Allah berikan ni. Tapi sungguh2 aku bersyukur sebab DIA masih mahu aku hidup di duniaNya yang fana ini. Mungkin aku tak macam orang lain yang sering berhadapan dengan bermacam2 masalah... Bukanlah aku nak kata hidup aku tak ada masalah langsung tapi cara kita menghadapi dan cabaran yang kita lalui tak sama... Jadi, ada yang kita nampak terang2an masalah yang dia tempuhi, ada tu kita nampak ceria je... Jadi jangan kata dia tidak punya masalah. Takde masalah, tak best tau.
Ada orang kata nak settle down kena faham dulu diri masing2 antara satu sama lain, perlukan persediaan rapi untuk menempuh hidup baru sebagai pasangan hidup yang sah, perlu itu dan ini. Bagi aku, kalau dah ditakdirkan itu dan begini untuk kita, semuanya pasti (iAllah) berjalan dengan lancar... Ada la ujiannya tapi itu apa yang telah Allah tuliskan dalam takdir. Tapi tak bermaksud kita perlu menyerah tanpa berusaha, kan?

Ok, aku harap doa2 aku selama ini dimakbulkan Allah. Paling penting aku nak bahagiakan diri sendiri dan semua orang di sekeliling aku... Amin... Amin... Amin... Ya Rabbal 'Alamin... Kamu2 juga doakan aku tau?
"NAFSU mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya,AKAL mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya,dan HATI mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya.. Renungkanlah"
Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, Ogos 5

Stresnya Belum Kawen!

Salam...

Hahah, last week tak tengok pun 3R sebab macam biasa, bz memanjang. Entah kenapa setiap minggu aku semakin 'rajin' dan kerap memanuhi undangan majlis kawen. Tak kiralah, sedara2 ke, kawan2 ke... Huh! Adalah sikit2 keluhan bila tiba bab2 kawen ni. Aku dah semakin lali bila ditanya bab2 ni. Sampai tak tahu nak buat muka macam mana lagi bila ditanya bila lagi giliran aku. Awal2 dulu macam seronok je kena soal tapi lama2...buntu kepala otak nak fikir jawapannya...

Tension tau, nak2 aku anak sulung... Pergi kenduri itu, mak kawan baik tanya... Pergi kenduri yang ini, kawan pulak tanya... Pergi kenduri sana, kawan mak tanya... Minggu lepas pulak, Ahad - ke kenduri sepupu abah kat Puchong. Tahniah Cik Reza dan isteri! Nak balik tu, Pak Long gamit aku... Memang nak salam dia pun masa tu. Pak Long suka genggam tangan aku agak lama tiapkali bersalam sambil cakap macam2...hahaha. Boleh ke dia tanya aku bila lagi? Wooo... Dia kata jangan tunggu lama, kesian kat abah...

Bukan nak kisah sangat tapi abah dengan mak aku sendiri tak pernah soalkan hal2 ni...kenapa orang lain pulak yang lebih2 risau? Mungkin risau jugak tapi diorang tak pernah secara serius tanya soalan2 yang berkaitan dengan kawen ni kat aku. Kalau hanya diorang berdua tu tak tahulah pulak kan... Kalau tanya pun, setakat tanya je...dan mungkin sebab ada orang yang tanya2. Lepas tu kan aku fikir2, anak2 Pak Long aku tu pun bukan kawen umur diorang macam aku dulu... So, aku pun bajet paling lewat aku kawen pun 28 (iAllah andai ada jodoh aku la...).

Kadang2 ada jugak aku cite pasal kawen tapi ada orang pandang rendah apa yang aku cakap, komen apa aku cite lebih2. Macamlah aku ni takde perasaan nak kongsi semua benda2 ni. Jadi, sudahnya aku cuma cite kat orang2 yang benar2 nak dengar akan cite2 aku pasal kawen ni semua. Tipulah kalau kata aku taknak kawen... Penat tau nak jawab soalan semua orang. Orang yang dah kawen senanglah bertanya... Susah sangat ke nak faham perasaan orang2 yang tak kawen2 lagi ni?

Bila dah kawen, tanya bila nak ada anak pulak? Lagi tension wooo... Bila dah ada anak nanti, bila anak tu nak mula bercakaplah, kenapa lambat itu inilah... Lepas tu tanya bila nak tambah anak lagi? Aku tak kisah orang nak tanya aku bila nak kawen tapi lama2 aku jadi malas nak pergi apa2 dan mana2 kenduri sebab malas nak jawab soalan2 macam ni la. Tapi, elak macam mana sekalipun tetap jugak orang nak tanya. So, memang tak dapat nak lari lagi dah.

Balik dari kenduri Cik Reza tu, aku cite kat mak pasal soalan2 Pak Long tu. Mak kata, jawab je kalau ada orang nak...kawenlah. Aku kata, entah la. Mak tanya dah ada pasangan ke? Entah la yang aku jawab lagi. Ramai dah suruh aku cite apa yang aku rasa sekarang pada mak tapi aku tak sedia nak cite hal2 hati dan perasaan ni. Sebab aku masih dalam fasa 'suka' pada orang. Tadi petang sempatlah tengok Puteri Aurora Beradu (tak ikuti sangat sebab ada Memey). Mak kata sukalah kat orang yang suka kat kita, kenapa nak suka kat orang yang tak suka kita?

Info tambahan, masa cuti sekolah yang lepas, Pak Long dengan Mak Long pergi Umrah. A week before tu, kitorang pergi kenduri kesyukuran kat rumah diorang. Masa tu pun sempat jugak Mak Long tanya soalan yang sama dan siap kata nak doakan aku cepat temu jodoh masa dia kat Mekah nanti... Terima Kasih sebab concern...

Huh!!! Macam mana tak stres? Aku pernah terfikir dan masih terfikir yang kalau aku dah kawen (iAllah) nanti, agak2 suami aku dengan suami kakak2 sedara aku atau sedara2 lain dibanding2kan tak? Atau ada perbezaan antara aku dan suami dengan diorang2 tu semua? Entah kenapalah aku boleh fikir hal2 yang macam ni? Semua orang impikan yang terbaik untuk dilalui sepanjang berumahtangga kan?

Ada jugak rasa takut nak kawen bila tengok orang lain yang dah kawen tapi ada masalah. Tapi, itu semua dugaan kan? Lagipun baru2 lagi kawen dan baru lagi nak membina keluarga. Mana ada orang yang bahagia tanpa ada apa2 dugaan dan cabaran kan? Sama jugak macam, tak ada orang boleh tiba2 pandai kalau tak belajar jadi susah dahulu kan?
Apa yang penting, doa yang berterusan dengan keyakinan yang tinggi Allah itu Maha Mendengar Lagi Maha Menyayangi umat2Nya... Serahkan saja kerja ini pada Dia bila kita dah berusaha dan berdoa. Percayalah yang Dia telah takdirkan yang terbaik untuk kita. Dia je tahu segala isi hati kita sebab Dia yang telah menjadikan kita sesempurnanya seorang manusia. Semua yang pernah berlaku dan bakal berlaku PASTI kan ada hikmahnya.
Tapi, itulah aku sebagai manusia yang sangat2 lemah ini selalu tak sabar nak tahu siapa jodoh aku, di mana aku akan jumpa dia, boleh ke aku hidup dengan dia untuk selama2nya? Kawan2 selalu ingatkan aku, Jangan Pernah Letakkan Harapan Pada Manusia... Letakkan Pengharapan Paling Tinggi Pada DIA Sahaja sebab DIA tak pernah kecewakan kita semua...!


Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Ahad, Ogos 2

Berkat doa & Restu...

Salam...

Ikut dan patuh kata2 orang tua kita terutama sekali kepada emak adalah wajib! Tapi berapa ramai antara kita yang benar2 patuh? Tak lawan cakap mak? Ada je yang bila cakap tak tinggi suara, apa mak marahkan...diam je. Ada tu siap maki hamun mak dia sebab mak dia nak pujuk dia kat mahkamah...ini cite semalam rasanya aku baca kat Harian Metro. Moga diampunkan dosa2 kita pada mak2 dan ayah2 kita. Kita pun akan jadi mak dan ayah jugak kan, iAllah!

Tadi sempat tengok rancangan khas sempena pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad ke rahmatullah kat Majalah 3. Sedih dan terharu tapi aku tahu sedih lagi keluarganya. Jarang dengar mak ayah yang puji anaknya macam mak ayah arwah puji arwah. Betapa arwah itu memang seorang anak yang sangat patuh dan kalau cakap tertinggi sikit je suara tu, terus dia dapatkan maknya dan minta ampun.

Mak ayah yang tak pernah terasa hati dengan arwah... Mulianya arwah dari pandangan mak ayah yang selalu mendapat tempat teratas di hati arwah. Aku tak kenal arwah tu secara peribadi tapi aku sangat2 kagum dengan arwah. Apa2 hal pun arwah akan dulukan mak ayah. Pernah aku terbaca satu artikel (kalau tak silap) pasal salah satu filem arwah tercalon di luar negara tapi dia menarik diri dengan alasan, "Mak Ayah saya tak izinkan...".

Susah nak jumpa insan yang begitu, seperti kata mak Inom - Yasmin itu 1 Dalam Sejuta. Lepas ni dah takde iklan2 yang best buah tangan dari arwah. Filem2 best hasil karya arwah (terakhir pun Muallaf)... Rindu sungguh aku dengan iklan2 yang best tu semua. Tapi redhakan saja pemergian arwah ke sisi Allah. Allah lebih sayangkan insan ini. Kalau kita kata kita sedih, keluarga arwah pasti lebih sedih, kan? Sedekah al-Fatihah itu lebih molek daripada meratapi dari terus menangis.

Agak lewat aku menulis tentang perginya Yasmin Ahmad. Idea belum mari lagi dan selepas tamat Majalah 3 tadi terus teringat nak menulis sikit pasal arwah. Teringat bila tiapkali arwah nak keluarkan filem2 arwah pasti akan mengundang kontroversi pada orang ramai terutama sekali pada orang yang tak faham apa yang cuba arwah sampaikan. Aku ni bukanlah pandai sangat pasal seni2 filem ni semua tapi apa yang cuba arwah nyatakan adalah perkara2 biasa yang biasa berlaku di keliling kita sebenarnya kan.

Macam kata Fatimah Abu Bakar tadi, filem2 arwah itu macam cermin. Kita melihat diri kita di dalam filem2 arwah. Betul kan? Ceritanya mudah dan senang faham. Yang memang tak faham itulah sampai bila2 pun takkan faham melainkan dia betul2 cuba nak faham. Aku tak pasti sama ada aku tengok filem2 arwah di panggung atau tak. Tapi yang pasti Mukhsin memang aku tengoklah kat wayang. Sebab cite tu best sangat (walaupun tengok iklan je sebelum tu). Cuma TalenTime je belum sempat tengok lagi...

Semoga roh Allahyarham Yasmin Ahmad dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman... Amin! Selalu2 sedekahkan Fatihah dan Yassin pada roh arwah... Amin!!!

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya