Khamis, Oktober 29

Tahniah! Ini Barulah Betul2 Speechless!

Salam...

-muka depan CD interaktif-
-mesti warna warni untuk budak2-

Senangnya dalam hati... Baru je beberapa minit lepas 1 of the pre-school teachers told me... CD interaktif yang diorang buat sangat last minute tu menang??? Mau tak last minute? Seminggu je kena siapkan. Dah la datang tiba2 lepas tu tiba2 jugak bagi task. Kira main pilih je sekolah mana pun untuk buat CD tu. MUla2 diorang (the teachers) datang nak suh tolong2 buat. Aku pulak blank tiba2... Wooo... Sebenarnya cara paling senang nak buat ialah guna Macromedia Author Ware. Macam biasalah aku ni...habis semua orang aku kacau dan akutakpedulidorangsibukketak untuk tolong aku carikan s/ware tu.

Tq pada yang dah tolong aku tu...akhirnya jumpa sendiri (d/load versi percubaan punya). Tapi tak guna pun sebab masa semakin suntuk+aku langsungtakingatapakejadahnya yang aku belajar dulu. Masa belajar dulu seronok sebab baru sedar macam mana selama ni orang buat CD. Sebab dah lupa, kitorang guna PowerPoint je... Mula2 1 of the teachers (the 1 yang gtau pasal kemenangan tu-Johan) dah request nak guna tu je tapi aku pulak mulutnya gatal suh guna A/ware je...

Cakap ikut sedap mulut pulak tu...last2 aku yang sengal. Walaupun masa dah takde, aku sempat buat benda2 lain... Hati berkobar2 nak tolong tapi bila dah menghadap, bosan+otak 0... Apa aku nak buat sebenarnya ni? Padahal dah diingatkan berkali2 sebelum tu... Dan dipendekan cite, hari yang sepatutnya untuk dipersembahkan pun tiba jua... Kami semua anggap ini hanyalah sebagai memenuhi tuntutan tanpa apa2 harapan sekalipun.

Tapi bila tengok progress sekolah (keseluruhannya), macam ada potensi je nak menang... Walaupun mungkin bukanlah tempat yang pertama... Dalam minggu lepas aku jumpa dengan cikgunya dan dia cakap oklah semuanya berjalan lancar tapi belum tahu keputusan. Paling sengal bila aku lupa nak cakap masa nak burn CD kena masukkan file2 suara sekali. Nasib baik je sempat nak burn sekali lagi masa kat sekolah tempat pertandingan berlangsung. Malu je aku ni...

Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada sekolah ni... Tahniah untuk diorang semua...!

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selasa, Oktober 27

Apa Erti Sayang?

Salam...

Macam biasa pagi2 kena dengar HotFm...heheh. Setiap hari ada saja kisahnya yang nak buat aku gelak sorang2... Tapi hari ni agak serius sikit sampai satu tahap aku tertanya2 siapa sebenarnya yang salah? Ini kisah pasal suami yang mintak HotFm buat panggilan hangit kat isteri dia pasal Poligami...maksudnya nak mintak izin (kot) nak kawen lagi 1. Nama pun panggilan hangit jadi ingatkan main2, rupa2nya betul? Aku dengar panggilan hangit tadi, memang sayu dengar suara isteri tu...

Ramailah yang hantar sms dan telefon HotFm dan respon pada topik hangat hari ni. Dan bukan wanita je yang hentam malah lelaki pun turut sama. Yang bagusnya seorang pakcik (mungkin) ingatkan pada si suami tu kalau nak poligami hanya nak ikut nafsu semata lebih baik tak payah. Pakcik ni dah 15 tahun beristeri 2 dan selama 8 tahun hidupnya disisihkan keluarga. Keluarga sendiri pun tak peduli tapi bak kata pakcik tu jugak, kena cekal kalau betul2 nak kawen lagi 1...

Aku tidak membantah apatahlagi menyokong. Bukan sekali dua aku dengar cerita2 macam ni malahan tidak dinafikan yang dalam keluarga aku sendiri pun ada jugak berlaku perkara yang sama. Mula2 dulu aku berhadapan dengan situasi yang begini, aku selalu tanya kenapa? Apa salah wanita tersebut sampaikan dia kena lalui hal ini? Manakah janji2 waktu baru2 berkahwin dulu? Teringat dengan cite Tok Mak satu masa dulu bila mana lelaki ini masa nak mengorat sampai sanggup tunggu depan pintu pagar selagi wanita itu tak keluar2...

Bagi aku semua ini bukan salah sesiapa atau balasan sebab dulu2 kita mengata (contohnya) orang atau itu dan ini. Memang dalam hidup ada Karmanya tapi tak semua yang jadi disebabkan salah2 kita tapi bergantung pada diri kita untuk cuba hadapi takdir yang tertulis. Kita kan manusia biasa, hanya mampu merancang dan selebihnya Allah tentukan. Siapa yang tak mahu bahagia kan? Tapi kalau manis tak ada asam garam hidup, kita takkan tahu macam mana sebenarnya hidup ini yang Allah dah sediakan untuk kita.

Dan disebabkan oleh pengalamanlah yang akan bantu kita meneruskan hidup. Mengalah bukan erti kalah, kan? Kalau dulu kita bahagia sampai tak terasa langsung yang kesudahan hidup kita akan menyakitkan tapi sekarang semua tu hanyalah permianan hidup...salah satu dugaan yang Allah tulis untuk kita hadapi. -Allah tidak akan menguji hamba2Nya lebih dari yang termampu-...

Berbalik kepada topik hangat hari ini... Masa dj2 HotFm bual2 dengan suami (nak kawen lagi 1 tu), dia cakap (akhir kata la...), "sayang, i love you"... Sayang tu masih ada tapi kenapa nak kawen lagi 1? Yelah, kita tak tahu apa yang sebenarnya jadi antara diorang kan... Dan kata suami tu lagi mungkin dengan mendengar pendapat ramai orang On Air mungkin isteri itu akan pertimbangkan permintaan dia... Mungkin ye atau tak?

Aku rasa perkara ini (poligami) ni dah macam biasa2 je untuk waktu2 sekarang. Macam tak heran je dengar hal ini jadi. Ada pendengar bagi pendapat, bagi sajalah suami tu nak kawen pun. Biar bakal isteri kedua tu rasa apa yang isteri sekarang ini rasa dan kalau lelaki tu boleh buat macam tu kat isteri sekarang ni mesti (mungkinlah) dia boleh buat kat bakal isteri kedua tu jugak...
Apapun aku harap aku tak fobia dengar cite2 yang macam ni. Aku tak kawen lagi jadi sedikit sebanyak buat aku tertanya2, apakah perkahwinan itu sesuatu yang mesti aku lalui satu hari nanti? Dah tentu kita harapkan perkahwinan itu sampai mati bukan setakat sejam dua atau 12 hari je...opppsss!!!

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Khamis, Oktober 22

Speechless!

Salam...

Ceh! Macamlah ada sesuatu yang buat aku terkejut kan? Tak ada benda nak tulis tapi masih nak menulis. Kalau boleh nak kembali bercerita melalui tulisan tapi mesti macam nak berkira2 je kalau nak mulakan. Dulu2 kalau aku suka seseorang, habis semua benda aku reka dan masukkan sekali si dia2 tu semua tapi situasi sekarang dah tak sama macam dulu lagi. Aku tak ada hati nak kaitkan orang2 yang aku suka dalam cite2 aku lagi. Dulu tu siap dengan penuh pengharapan cite2 aku akan jadi kenyataan tapi belum sempat nak habiskan cite2 tu...semuanya hancur dek impian yang tak dimakbulkan tu.

Dan sekarang aku ingat dan belajar dari pengalaman untuk tidak suka2 tulis sebab aku suka. Menulis pada aku, maksudnya perlu mula dari benak dan sebab kita nak menulis bukan sebab suasana yang sedang lalui kala tu. Banyak dah aku reka tapi semuanya terhenti tengah jalan. Kalau time mencurah2 idea (konon2 jelah), mesti rasa seronok je sebab jari ni laju je menaip tapi bila datang angin malas dan tak ada apa nak cite, langsung tak usik atau baca balik je tulisan2 aku... Aku buntu!!!

Tengoklah (asek2 tengok jelah) kalau kot2 ada idea nak reka cite2 baru, aku buatlah... Kalau tak pun aku cuba cari idea untuk menulis jugak. Kalau tak cite kat orang, hati aku lega jugak bila meluah dengan cara tu. Puas hati akhirnya. Dan tiapkali baca kembali apa yang aku tulis, aku sendiri akan terasa berada di awang2an sebab berangan2 ada dalam cite tu. Angan2 je la...

Menulis jugak membantu aku yang suka angan2 ni suka2 hati tulis apa yang aku bayangkan... Kadang2 sebab cara macam tu, aku lupa yang nak membaca nanti (iAllah) bukan aku seorang. Kalau ramai lagi bagus. Tapi kalau dah memang aku je yang baca, alamatnya memang aku sangat2 suka berangan2. Hahaha. Nak berangan boleh tapi kena ada batasnya. Tapi hadnya hanya aku yang tahu paras mana.

Harap2 aku tak terus berangan tanpa tujuan. Pernah terdengar kat HotFm pasal Impian Jadi Kenyataan. Ramai yang ternyata memang tercapai apa yang pernah diorang angan2kan satu masa dulu. Bila pulak giliran aku ye nak kawen nak jadi macam diorang? Tapi berangan tak berusaha serupa macam angan2 Mat Jenin je. Aku ingatkan diri aku sendiri - berangan2, doa, usaha...

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, Oktober 21

Jika Kau Ubah Fikiran

Salam...

Lagu yang aku suka sekarang dan bila dah bosan atau ada lagu2 baru yang lain, lagu ni akan aku simpan dalam arkib simpanan aku. Kenapa aku suka? Sebab lagi sangat2 ada kena-mengena dengan hidup aku tika ini. Mungkin tak secara terus tapi sikit2 tu ada...tetap! Dan lagu ini aku tujukan khas (ececeh!) kat seseorang yang aku suka itu. Siapa dia, masih menjadi tanda tanya lagi... Kalau kamu suka, enjoy sekali mendengarnya bersama2 aku ye?

JIKA KAU UBAH FIKIRAN

Diriku sedar siapalah ku dimatamu
Hanya sebutir pasir di pantai kau berlabuh
Cukup di situ hasrat ku terkubur

Kau juga bilang kau belum bersedia lagi
Untuk mengganti pasangan dalam sanubari
Mungkin kerna masih basah luka lama

Jika kau ubah fikiran
Aku kan setia menanti
Jika kau perlukan teman
Carilah disini



Jika kau ubah fikiran
Untuk jatuh cinta lagi
Yang pertama ke depan
Jika kau ubah fikiran

Akan ku serah segalanya oh kepadamu
Senang atau susah aku tabah tuk menempuh
Tapi sayang hatimu belum terbuka



Jika kau ubah fikiran
Aku kan setia menanti
Jika kau perlukan teman
Carilah disini




Jika kau ubah fikiran
Untuk jatuh cinta lagi
Yang pertama ke depan
Jika kau ubah fikiran


Aku mahukan kamu
Sungguh benar dan jujur
Aku mahukan kamu
Sungguh benar dan jujur


Tapi sayang hatimu belum terbuka
Jika kau ubah fikiran
Aku kan setia menanti
Jika kau perlukan teman
Carilah disini


Jika kau ubah fikiran
Untuk jatuh cinta lagi
Yang pertama ke depan
Jika kau ubah fikiran

Aku kan setia menanti
Jika kau perlukan teman
Carilah disini



Jika kau ubah fikiran
Untuk jatuh cinta lagi
Yang pertama ke depan
Jika kau ubah fikiran
Jika kau ubah Fikiran


futnot: perkataan yang dicross - sangat tak patut dibuat (sebelum kawen)...

Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Selasa, Oktober 20

Lelaki LOSER Minta Duit Perempuan!!!

Salam...

Lelaki dilahirkan untuk mempertahankan wanita (dalam konteks perhubungan antara adik-beradik atau suami-isteri ataupun gf/bf). Tapi kalau umumnya pun, tetap lelaki itu mesti jadi seorang protector bukan mengambil kesempatan atas kelemahan semulajadi seseorang wanita itu.

Baru2 ni, ada budak sesat yang selalu mesej2 dan telefon aku sejak bulan 2 yang lepas (waktu tu aku di kenduri nurul @ chika. Mula2 memang bolayan la tapi lama2 terlayan jugak. Tapi tak sampai 24 jam kita kenal2, dia sibuk cite pasal kisah hidup dia yang aku sendiri tak harap nak dengar pun. Cite pasal putus tunang bagai... Adoi la... Malam esoknya aku dah naik lemas nak layan tapi so-so je aku layan sebab hati tak rasa nak teruskan kawan dengan dia. Aku tanya ramai orang dan semua beri jawapan yang sama - jangan layan.

Esok paginya (cuti hujung minggu) dia mesej macam2 sebab aku dah malas nak layan. Bila dia tak dapat mms gambar dari aku (dia dah selamat mms gambar dia kat aku), dia cuba telefon dan sms dan aku tetap kentalkan hati, malas nak layan. Untuk apa pun aku layan kan? Aku dan dia tak kenal sama sendiri. Aku bukan tak mms tapi dah 2x report dari maxis aku dapat - tak lepas nak mms... Kata Nini @ Aini, tu maknanya tak ada jodoh... Haha, pandai3x...

Ok, lepas dia marah2 aku pun terus tak layan dah. Dah le dia banyak sangat nombor sampai tak teringat mana satu nombor dia yang sebenar2nya. Macam2 la dia marahkan aku... Tiba2 kan dia muncul semula dalam bulan2 sebelum puasa. Aku memang dah tak ingat siapa dia. Lepas dia ingatkan siapa dia aku pun layan je la... Ingatkan adalah perubahannya... Mula2, masih ok sampailah beberapa hari lepas...

Macam biasa dia sms. Aku pun layan tak layan je. Tapi sebelum tu aku ada tanya pendapat seseorang tentang hal yang ini. Kata dia, cubalah layan (dalam hati memang berbelah bagi je). Ok, aku cuba tapi bila dah masuk bab2 duit ni yang aku terus katakan TIDAK pada dia. Kau nak kata apapun, kata la. Memang aku bila dah mintak pendapat ramai orang, mana yang lebih dan dengarnya macam lebih baik...itu yang aku ikut walaupun kadang2 hati ni macam liat je. Tapi bila macam hal sekarang ni dah terbukti yang aku perlu teruska jugak untuk tidak melayan lagi...maknanya petunjuk tu dah ada dan kalau tak ikut, padah yang aku akan dapat nanti kot?

Dan kalau pendapat ramai orang sikit dan aku rasa yakin yang aku pilih tu betul...aku mesti ikut apa yang aku rasa tu la... Berbalik hal duit tu. Malam tu dia kata dia tak bz tapi tengah fikir masalah. Aku pun konon2lah baik hati pergi tanya apa masalahnya? Besar sangat ke? Dia jawab, tak besar tapi duit dah banyak habis bayar gaji pekerja (katanya ada bisnes yang aku sendiri tak pasti wujud ke tidak) dengan beli2 barang. Kata dia lagi, ada orang (syarikat lain kot) tak buat bayaran kat syarikat dia (konon je la kot) walaupun kerja dah jalan.

Dah lepas beberapa lama aku tanya dia, apa sebenarnya dia nak aku buat? Aku dah cakap awal2 yang kalau pasal duit memang aku tak dapat tolong. Alih2, dia balas sms aku - saya nak mintak awak tolong pun saya malu- Hello! Itu bukan malu lagi dah tu, terus terang dah ko mintak aku tolong. Memanglah dia tak sebut nak pinjam duit tapi apa lagi yang dia nak kan? Aku ulang semula yang aku memang tak dapat tolong duit2 ni. Last2 dia sms - takpelah awak pun diam je. sorilah cite masalah saya kat awak. salam. Huhu! Sorilah, cheq tak mau layan hang lagi la...

Aku serik sangat2 dah. Mesti ada yang tertanya2 kenapa masih layan walaupun dah terasa semacam? Entahlah ek? Tak ada jawapan yang konkrit untuk soalan ni. Sebab sejak beberapa tahun (mungkin) aku percaya Kata Hati tapi taklah 100% aku ikut sebab aku suka (sangat) nak tanya pendapat ramai orang. Dan macam2 yang aku dapat dan aku simpulkan semuanya sebab aku perlu tahu pilih mana yang baik...nak2 bila ianya berkaitan dengan hidup dan masa depan aku.

Dan sekarang aku kembali stick pada rasa suka aku ang mulanya awal tahun ini jugak (lepas daripada aku kenal budak sesat itu). Oh ye, bila aku cite aku suka kat seseorang tu kat dia...boleh dia kata macam2 kat aku? Paling tak boleh blah bila aku cakap, kalau aku ni keje dengan orang yang aku suka tu dan rasa nak kemaskan je kete orang tu, dia kata - saya tengok awak ni lebih2 pulak - Suka aku lah kan? Aku ni cakap je lebih, buat belum tentu. Dan paling aku tak faham dengan orang2 yang tak dikenali ni selalu nak jeles2 tak pasal2 padahal aku tak kenal kau. Konon2 nak amek berat pulak...

Harap2 tak ada lagi orang yang tangannya gatal nak kenal2. Sekarang aku lebih percaya apa yang ada depan mata aku ni. Pengalaman lama di mana suka pada orang yang aku tak pernah jumpa langsung sebenarnya adalah sesuatu yang sepatutnya dapat mengingatkan aku sampai bila2. Dan kena ingat selalu yang jodoh tu tak kira di mana2, dengan sesiapa dan bila2 je.

Hidayah Yassin Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Khamis, Oktober 15

Rinduku Padamu!

Salam...

Minggu2 selepas raya adalah minggu yang sangat membosankan tapi agak kurang bosan sebab akhir minggu lepas sampailah awal minggu ni jadual kerjaanku tiba2 padat. Ada rasa seronok di situ sebab tak adalah dok melangut sorang2 dalam lab tu. Lepas je habis kerjaan2 yang diamanahkan (selalu tak habiskan pun kerja2 tu sebab aku hanya membantu je), kembali dok sorang2 dalam lab.

Nak harapkan budak2 ni masuk memang tak la kan...buek nyomak lab yo nanti... Tapi maish jugak tak faham2. Asal sikit datang sorang tanya, "Acik, boleh masuk tak?". Jawapannya? Geleng palo yo. Lepas dah ramai, akhirnya aku jadi bengang sampai ayat2 ni keluar, "Kan GB tak bagi masuk? Boleh tak, tanya dulu sebelum masuk?". Langsung diorang keluar. Hambek ko... Selagi boleh sabar, aku cuba sabar tapi tak pernah kot lagi diorang betul2 kena marah dengan aku walaupun dah cuba habis garang aku buat muka ni...

Beberapa hari yang lepas, siangnya aku bercerita dengan kawan pasal kawan yang lain dan terselit jugak pasal hal Lelaki Ini... Alih2 malam tu aku mimpikan dia? Tajuk mimpi - Percutian Keluarga. Dan ianya berlaku antara keluarga aku dan dia. Macam mana aku kenal dia di alam realiti, macam itulah dia dalam mimpi aku.

Aku dan adik2 juga mak abah, dia dengan adik2 dia n mak dia. Ayahnya di mana? Aku tak pasti pulak... Nampak mak dia drive kete... Teringat yang dia ada kata nak bagi mak dia kete (cite lama bulan 8 tu)... Perjalanan cite tak banyak aku ingat sebab sedar2 je dari mimpi, aku jadi speechless sangat2! Aku tak pasti apa akhirnya cite mimpi aku tu.

Makin aku cuba lupakan (sebab macam tak ada apa2 je), makin terasa dia semakin dekat dalam hati dan kepala. Kenapa aku mesti suka pada dia? Kenapa mesti nak libatkan dia dalam cite hidup aku? Kenapa aku mesti rasa apa yang aku rasa sekarang ni? Kenapa mesti dia? Aku tak professional kan? Tak pandai beza keje dengan peribadi.. Apa nak jadi dengan aku?

Bilakan semua ini akan berakhir? Apakah akhirnya nanti ianya akan menggembirakan aku atau sebaliknya? Allah tentukan! Aku dah cuba tapi aku tak berani...

futnot: |jika kau ubah fikiran aku kan setia menanti|jika kau perlukan teman carilah disini|jika kau ubah fikiran untuk jatuh cinta lagi|yang pertama ke depan jika kau ubah fikiran|
Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Isnin, Oktober 5

Hujung Minggu Yang 'FUN'...

Salam...

Minggu lepas kepala right side sakit denyut2 (tanda2 nak period). Pagi2 Isnin bangun tido, left side pulak mengambil alih. Malam semalam dah terasa denyut2. Nak kata tak tido2, mata taklah berat sangat. Cukup tido je rasanya. Makanlah 2 biji actifast (sama je macam paracetamol yang 650mg sebiji tu). Hilang sikit2 sakit sebab angin keluar terasa macam gas dari dalam perut (itu apa yang aku rasa la). Tiba2 sakit semakin terasa sekarang ni. Pagi tadi lepas mandi mak suruh minum Jus Tok Guru (madu). Selalu kalau madu kalau yang tak ada apa2 tambahan perasa/perisa agak manissss...dan sangat tak best rasa madu tu. Tapi Jus Tok Guru ni agak2 sedap sebab ada macam2 tambahan rasa...

Hujung minggu dihabiskan dengan menghadiri Open House dan beraya ke rumah kawan2. Dah macam 1 kewajipan pergi beraya ke rumah mereka2 ini. Rotation juga bermula dan berakhir di rumah yang sama je. Mula raya ke rumah Ain, lepas tu rumah kak Ina dan seterusnya ke rumah kak Jue. Cuma bezanya tahun ni semuanya dapat dihadiri dalam bulan Syawal... Teringat insiden tahun lepas bilamana beraya kat rumah salah seorang dari mereka2 ini sehari selepas Syawal...hehehe... Dan ada pertambahan rumah untuk tahun ni. Bertambah teman2 baru dalam list...

Gambar2nya bakal dimasukkan dalam FB. Harap2 blog ni mahu upload gambar dari fail. Jangan jadi macam sebelum2 ni sudah le... Ada masa lancar semacam je tapi bila lemau je itulah yang buat aku sakit hati je. Oh ye, templat berubah lagi untuk kali ke berapa ye? alas mahu kira2 semula. Aku masih suka mengubah macam2 yang ada dan rasanya takkan puas hati kot? Hahaha...semua nak aku tambah sampai list blog kawan2 pun hilang. Itu punya hal bakal dipulihkan semula.

Ok, nanti kalau bosan2 aku update blog lagi yeh? Mata mengantuk dengan kepala yang sakit denyut2... Gambar2 Raya!


Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Jumaat, Oktober 2

Ku Percaya Ada Cinta!

Salam...

Sejam lagi nak balik tapi rasa macam esok baru boleh balik pulak. Bosannya sekarang ni??? Kenapa dengan aku? Apa nak jadi dengan aku? Semakin banyak aku menulis kat sini, semakin banyak luahan dan kemerapuan aku terserlah. Macam yang selalu aku dengarlah, diam itu lebih baik dari banyak bercakap andai ianya membuatkan kita bercakap sia2... Betul tak???

Tapi ada jugak orang kata, diam2 ubi berisi untuk orang yang diam je. Macam2lah hai...nak puaskan hati manusia, takkan dapat punyalah. Raya walaupun ada lagi beberapa hari, macam hari ni bukan dalam bulan raya je (bagi aku)... Nak raya takde mood (huhuhu...), tapi nak berjalan2 je... Kemana dan dengan siapa belum diketahui lagi la pulak.

Malam ni iAllah ada Open The House (-=-____________-=-) kat TTJ je. Tak pernah ke sana tapi pernah lalu2 je... Rumah kawan sekerja dulu ajak ke rumahnya. Orang dah ajak, wajib dipenuhi undangannya kan? Rezeli di bulan Syawal, kata orang...

Dalam tahun ni, iAllah bulan depan hinggalah akhir tahun nanti ramailah saudara2 aku yang jauh dan dekat akan melangsungkan majlis pertunangan dan pernikahan. Alhamdulillah... Masa yang berharga untuk aku mencuba2 skil mengambil gambar (ada udang sebalik batu rupa2nya ye?)... Soalan2 yang biasa pasti akan datang menyapa tapi buat tak tahu sudahlah...

Orang tak faham2 kot jodoh pertemuan dan maut itu kerja Allah. Bukan tak berusaha langsung tapi belum ketemu jodohnya dan takdir untuk aku lalui tidak aku ketahui bila kan berlaku. Dulu2 seronoklah dengar orang tanya2 (cet, macam konfem ada calon je kan?), sekarang buat dengar tak dengar je. Senyum je sudahlah kan? Cakap banyak2 kali pun belum jugak diorang mengerti.

Yang dah berkahwin dan beranak pinak kalau bertanya aku tak heran lagi tau termasuklah mak ayahnya yang dah bercucu bagai... Ini orang yang tanya tu statusnya hanya baru berkenalan, sedang hangat dan gembira di alam percintaan je kenapa nak tanya macam2? Yes, aku faham kamu sedang gembira dan teruja tapi fikir2kanlah jugak apa perasaan orang yang kamu tanya tu pulak? Ingat dia saja2 tak mahu cari? Tak mahu ada perasaan seperti kamu?

Skema pulak aku... Dah orang tak faham2...susah nak cakap. Nak marah karang jadi hal lain pulak. Ada tu siap suruh aku cari kat laman sosial pulak. Bukan nak mengata yang mencari dengan cara tu tak bagus TAPI...ulangan sekali lagi... TAPI, aku dah lama tak layan cara macam tu sebab aku dah pernah cuba dan tiada nasib yang baik untuk aku... Jadi, aku tinggalkan je niat tu dan mencari kawan lebih baik dari mencari jodoh...

Aku tabik dan bersyukur pada kawan2 yang jodohnya ditulis oleh Allah secantik2nya bilamana mereka bertemu pasangan masing2 di alam maya. Bukan semua manusia itu bertuah tapi tak bermakna tiada hak untuk gembira. Aku sokong jugak mereka2 yang cuba mencari dan akhirnya bertemua dengan insan yangs esuai melalui cara yang ini.

Bagi aku, kepercayaan untuk itu (alam maya) untuk aku ketemu jodoh di situ macam semakin tipis. Mungkin cara lain adalah untuk aku. Bermadah helah je lebih aku ni, tapi ayat tunggang terbalik...hahaha, gelakkan untuk diri aku sendiri. Jumpa sendiri dan bertentangan mata itu aku suka...huhuhu! Maksud aku kat sini, kenal biar depan2... Itu aku la sekarang ni... Akan2 datang entah la...

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya