Isnin, November 30

Jangan Fikir Lagi!

Salam...

Selamat Hari Raya Korban (belated)... Raya tahun ni keseluruhannya (dengan Syawal sekali) sangatla terasa suramnya.Ada orang kata kalau tak rasa raya maksudnya ada yang kurang masa puasa...wallau a'lam... Tiap orang punya pendapat yang berbeza...

Erm...mula hari ini (lama dah niat), dah malas nak fikir benda2 yang akan buat aku rasa sakit hati dan menyesal kemudiannya... Sepatutnya mesti fikir habis2 barulah bertindak, bukan? Aku je yang 'bijak pandai' sangat fikir benda2 yang tak sepatutnya konon2 baik hati sangat (poyo je) rasa tak sampai hati kalau tak fikir...

Ok, dah tak mahu fikir2 lagi dah nanti lagi banyak menyesal. Bila dah menyesal nak salahkan siapa lagi kan? Asalkan tak menyusahkan sesiapa lagi, sudahlah... Tak sampai hati tak bermakna kejam kan? Berfikir pada hal2 yang sepatutnya saja...

Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! Tak mahu cakap ni lagi tapi tetap rasa yang ini... Bila ada idea, malas nak tulis kat kertas lepas tu lupa...langsung hilang idea tu untuk masuk dalam blog lagi satu tu... Oh ye, nak tanya sikitlah... Perlu ke kita melobi diri sendiri? Cerita yang hebat2 pasal hidup kita, diri kita, keluarga kita sedangkan realitinya tak seperti itu pun? Maksudnya menyamar macam kita hebat macam orang yang sedia ada hebat?

Mungkin sebab nak sama macam orang yang hebat, kita perlu jadikan diri kita hebat jugak? Tak best tau tiru orang semata2 nak sama taraf sedangkan kemampuan kita tak sehebat diorang pun? Apa pulak pandangan kamu pasal Orang Tengah? Yang nanti akan menghancurkan hubungan 2 orang disebabkan oleh peranan Orang Tengah (OT) ini...

Pada akulah kan...lebih baik tanya dan cerita sendiri pada orang yang sepatutnya dari menyuruh OT atau orang lain yang sampaikan. Sepatah kita cakap, berpatah2 OT tambahkan... Pelik kan? Kita cakap yang baik dan betul (ini contoh) tapi sampai kat orang yang sepatutnya jadi lain pulak... Lepas tu OT ni pandai sangat berlakon, pandai amek hati pulak (bonus untuk dia) sampaikan orang itu boleh percaya???

Kadang2 bila jadi macam ni, aku nak sangat Balas Dendam tapi akhirnya Dendam itu berkubur macam tu je. Aku tak pandai nak balas2 dendam. Aku pernah dengar quote ni - Membalas Dendam Dengan Kebaikkan Itu Adalah Lebih Baik -

futnot: "Niat Tidak Menghalalkan Cara" - Aidil (Nur Kasih)
 
Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Khamis, November 19

Rindu Sangat...

Salam...

Agak-agak lama tak menulis kan? Layout blog pun dah tak ada sebab aku sengal tak tahu yang comment tu tak keluar apa2 langsung... Lepas dah berbulan2 (minggu je kot?) baru perasan... Menyesal sebab gila sangat nak guna layout cantik2 tapi tak tahu nak guna... Dan bila dah tukar macam2, barulah tersedar yang banyak benda pun hilang sekali... Memang aku sengal pun...

Dan sekarang harap2 aku stick dengan layout yang macam ni je. Supaya tak sakit hati lagi dah lepas2 ni... Dan kalau boleh takmo ada rasa nak cantik2an lagi dah blog ni sebab buat apa pun tetap jugak tak nampak cantiknya...huhuhu!

Dan sekarang adalah sangat2 bosan yang amat... Mengantuk, mata kabur... Kepala sakit pulak tu... Ok, cuma nak beritahu hal yang ini je...Pasal kenapa tukar layout blog je. Mengantukkkk...huargh!!! Bosan... Nak tido tapi nanti tak pasal2 kena sergah dengan cikgu2 pulak...

Cuti sekolah nanti nak buat ape je ek? Kena jugak datang sekolah sekali-sekala (1 bulan 1/2 bukan lama sangat pun)... Macam dah terasa je kebosanan kalau duduk je kat rumah nanti? Huhu... Nanti sambung lagi sebab mood dah down sangat2 sekarang ni...

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Khamis, November 12

Jamuan Akhir Tahun Pra-Sekolah...

Salam...

Aku tak pergi L.A.N.G.S.U.N.G.? Sebabnya aku segan... Entah kenapa agaknya aku perlu ada perasaan begitu? Sekarang ni dah menyesal sangat2... Sepatutnya W.A.J.I.B. memenuhi undangan kalau dah dijemput, kan? Nak2 siap dibagi kad jemputan pulak tu... Mesti orang yang menjemput tu rasa kecewa kan? Tak tahulah aku kenapa aku macam ni? Malunya...menyesalnya... Dah jadi tak boleh nak buat apa2 dah. Tadi dah nekad nak pergi je tapi tiba kat kantin aku patah balik sebab ramai sangat umat manusia. Padahal jamuan tu ada kat dewan je...

Aku rasa sebab aku takde teman kot? Cikgu2 lain dah tentu2 ada kawan2... Aku ni macam tak reti2 nak blend diri dalam kumpulan cikgu2 ni... Dah setahun pun aku masih jugak macam ni. Malu sungguhlah aku ada rasa yang macam ni. Bukan ada ap2, ajak makan jamuan pun nak malu2... Tak bertempat sungguhlah malu aku ni... Tibai je lah kan? Peduli apa pun kan? Bukan kita ada buat salah ke...

Tidak akan ada ulang tayang lagi dah hal2 macam ni. Memanglah budak2 pra akan terus sekolah sini tahun depan tapi dah tak sama maca tahun ni lagi dah nanti... Kalaulah ada lagi tahun depan, ada lagi jemputan untuk aku... Huhuhu! Nak nangis la...sedih dengan diri sendiri (aku sengal)...


Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, November 11

Kau Istimewa!

Salam...

Masa sibuk2 (apa motif aku berkata begitu?) cari teman2 lama zaman sekolah kat FB, jenuhlah mencari nama2 yang aku ingat TAPI kebanyakkannya tak jumpa langsung... Kenapa? Mungkin sebab diorang guna 'nickname' yang lain, sebab diorang tak join FB langsung (mungkin je...) atau aku yang sengal sebab tak pandai nak cari nama2 diorang. Orang2 yang paling dikehendaki (aku yang nak...) dah tentu2 kawan baik masa sekolah rendah dulu2. Maklumlah sekolah tak 'famous' so sangat susah nak jumpa gamaknya...huhuhu! Masa kat Friendster (FS) pun aku dah cuba cari tapi tetap jugak tak jumpanya... Aku kebuntuan...

Dan dalam mencari2 tu (sambil dengar lagu seperti tajuk di atas oleh Indigo), teringat pulak kat budak2 lelaki yang aku lebih senang nak kawan dengan diorang (dululah). Tak pelik kalau perempuan lebih senang habiskan masa bermain2 dengan budak2 lelaki...lumrah kan tu? Samalah jugak dengan aku... Lebih menguatkan pengakuan ini adalah bila adik2 aku sendiri lelaki semuanya... So, jumpa budak2 perempuan pun masa kat sekolah je. Tipulah kalau aku katakan yang aku tak sunyi tak ada adik-beradik perempuan... Takkan nak merengek kat mak suruh lahirkan adik perempuan pulak kan? Hahahah, permintaan anda melampau...

Tak best bila gaduh tak main tarik2 rambut (masa kecik tak dibenarkan simpan rambut...jadinya rambut aku sama je dengan adik2...huh!) tapi bergasak sama sendiri... Pukul badan tu dah selalu sangat, bercakar2 pun tak pernah TAK buat... Tendang pun TAK pernah missed, cakap je yang mana, macam mana...semua dah rasa. Dan bila dihukum semua dapat seorang sikit - sama rata la kiranya. Haha! Sungguh2 kenangan...

Itu dengan adik-beradik sendiri. Dekat sekolah pun sama je cuma yang membezakan ialah setakat kena cubit je dengan budak lelaki... Jeng! Jeng! Jeng! Ini adalah kisah silam (ceh!) aku masa kecik2 dulu... Saja nak tulis kat sini sebab teringat2 kat budak2 sekolah.

Kisahnya bermula begini (wah...wah...wah...) yang aku tak pasti dimanakah mulanya. Setahu aku, aku sekelas dengan dia waktu tu (tak ingat langsung darjah berapa tapi mungkin darjah 2/3 kot) kat PJ. Entah kenapa aku MESTI kena duduk sebelah dia... Tak pasti jugak sama ada semua orang pun cikgu pasang2kan dalam kelas... Maksud aku, ada 2 meja 1 baris dan perempuan lelaki mesti duduk sebelah2. Entahlah, memang tak ingat langsung pasal yang itu. Dan entah kenapa jugak, setiapkali dalam kelas budak lelaki ini mesti nak cubit tangan aku...

Geram jugak dibuatnya tapi aku diamkan je (aku memang sengal), boleh? Aku tak tanya dekat dia kenapa dia mesti buat macam tu, aku tak pernah menangis sebab hal macam tu dan lama2 aku biarkan je... Aku rasa banyak lagi kisah ni tapi aku sendiri pulak yang tak ingat... Tapi, 'persahabatan' aku dengan budak ni tak lama... Sebab tahun berikutnya dia pindah sekolah lain. Dengar kata mak ayah dia dah berpisah masa tu (bayangkan...kami masih lagi budak2 time tu).

Aku agak2 dia selalu cubit2 tangan aku tu sebab itulah salah satu cara dia nak berkomunikasi dengan orang (bukanlah dia tu bisu ke...) dan meluahkan kemarahan dia terhadap apa yang sedang berlaku kat dia... Redha je la... Oh ye, nama dia Fairuz (nama penuh memang aku tak ingat langsung)...

Kisah seterusnya yang membabitkan budak2 lelaki... Dia duduk depan meja aku. Dia pulak kawan baik dengan jiran aku (jiran tu memang kawan baik jugaklah dengan aku sekeluarga). Tiap2 petang, dia dan adik perempuan dia selalu datang rumah jiran kami (jiran ni ada anak lelaki sebaya aku - Ahmad Shahril Izham...aku suka nama adik-beradik dia...best!) dan kitorang pun main sama2.

Itu kalau kat rumah la... Sebab masa tu tak sekolah agama lagi so banyak masa petang2 kat rumah. Masa kat sekolah pulak, aku dengan jiran tu tak rapat sangat... Macam segan je dengan dia (sangat!). Dia orangnya bijak pandai... Bukanlah yang budak lelaki seorang lagi ni (Mohd. Khairil Hafizi - nama adik bongsu aku namakan HAFIZI sempena nama kawan baik aku ini) tak bijak atau tak pandai tapi sebab aku rasa lebih selesa nak cakap apa2 pun dengan dia... Dan tak bermakna aku tak punya kawan2 perempuan tapi tak ramai je...

Kat sekolah, nak borak ke, ape ke, mesti dengan Khairil ni. Nak kata borak semuanya pasa pelajaran, tidaklah jugak tapi macam selesa sangat2 bila borak2 dengan dia. Nasib je tak pernah kantoi dengan cikgu sebab time kelas, semua pun macam concentrate je... Tapi peksa tetap jugak corot - sedey betul. Ada sekali tu entah kenapa terbergaduh atau dalam erti kata lain - salah faham dengan kawan2 perempuan. Aku pun tak faham kenapa agaknya. Padahal baik je sebelum2 tu... Time gaduh tu, aku macam biasa2 je. Tak reti nak balas dendam ke, nak marah2 balik ke hape...

Itulah sebabnya aku tak ramai kawan2 perempuan kot...sebab asek nak tarik muka, nak gaduh tak pasal2, berebut2 kawan... Entah ape2 je (hahaha, aku pun terjebak sama). Dah le bergaduh tiba2, disuruh aku buat itu ini (dibuli) dan aku dengan rela hati mengikut saja. Diorang suruh masuk kat tempat duduk sendiri (meja aku kat dinding dan aku stuck kat tengah2) lalu bawah meja pun aku ikut je... B*D*H aku kan? Takpelah, lantakkan je...

Dengan budak lelaki yang ini jugak aku baik. Lelaki biasanya tak main gaduh2 macam ni kan... Tu pasal best kawan dengan diorang (walau selalu gaduh dengan adik2). Dan dengan kawan2 perempuan tu tiba2 baik sendiri... Tak faham sungguhlah. Dan kini aku sangat rindu zaman sekolah rendah dulu... Dengan kawan2 yang sudi kawan dengan aku... Dan kecik2 dulu pun selalu je ada yang berpuak2... Yang perempuan2 hot semua 1 kumpulan... Lelaki2 macho sama je 1 kumpulan dengan tak macho...hahaha! Kelakar sangat... Dan biasanya kalau dah hot tu mesti semua sekali pandai2 belaka...

Masa sekolah rendah tu je ada kawan lelaki yang baik dengan aku dan aku pun baik dengan diorang. Sebab budak2 kecik, mana tahu nak berkira2...tak pilih nak kawan dengan siapa pun... Ok, tadi aku ada kata kecik2 pun dah pandai puak2 ni... Itu untuk orang yang perasan lebih je tu. Dah le HOT, pandai lepas tu kaya2 pulak... Macam2 kan?

Sekolah menengah ni pulak time duduk asrama je ada kawan ellaki yang baik TAPI ada makna... Banyak kisahnya masa kat sekolah asrama yang satu2nya sekolah yang aku pernah masuk dulu... Sekolah menengah lain kat sekolah bukan berasrama...


Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Isnin, November 9

How To Be A +ve Thinker?

Salam...
Lately, macam2 yang aku rasakan ada dalam hati aku. Sampaikan kat status "fesbuk" pun aku libatkan sama. Nampak macam nak tarik perhatian - hello! aku ada disini... Tidaklah sampai macam tu sekali walaupun dalam hati pernah terdetik macam tu (haha, kantoi!).

Aku suka nak jadikan diri aku macam orang lain...selalu positif bila hadapi sesuatu yang terjadi. Aku je selalu nak macam tu tapi tak berusaha pun ke arah tu. Entahlah, persoalan tentang diri sendiri ni, hanya diri sendiri lebih tahu, kan?

Ada orang pernah nasihatkan aku untuk selalu Think Positive dalam apa jua keadaan. Tapi kalau kita nak fikira yang negatif, boleh tak? Sebab pada akulah kan kalau dah fikir +ve secara automatiknya aku anggap dia itu baik segalanya (dalam konteks perangai manusia) dan bila terserlah semua yang kita tak sangka sama sekali aku akan rasa menyesal kemudiannya. Menyesal sebab anggap dia baik macam tak pernah buat salah, macam tak ada kelemahan langsung. Itu pada akulah...

Macam tu jugak kalau aku fikir -ve masa mula2 kenal orang baru. Sebab tak mahu lagi anggap dia itu perfect. Tapi tetap jugak apa yang aku fikir itu jadi betul jugak? Maksudnya kalau 1st impression aku terhadap dia, nampak dia itu sesuatu je. Dan bila betul2 kejadian kira aku tak rasa menyesal sangatlah sebab dah anggap begitu cuma tidaklah sampai meluahkan keluar dari mulut. Nak berterus terang itu bagus tapi kena tengok tempat dan masa la...

Senang kata, to be a +ve thinker bukannya mudah. Dan tidak pada semua keadaan kita boleh nak aplikasikan +ve thinking ini. Sama jugak dengan situasi di mana kita tak mahu orang judge kita macam dia tahu semua pasal kita (nak2 baru berkenalan). Jadi kita juga kenalah jadi macam tu. Apa yang jadi kat orang dalam satu2 masa tu, kita cuba masukkan diri kita pulak. Dulu aku macam tu tapi lama2 entah kenapa aku berubah... Tak fikir susah senang orang lain... Pentingkan diri sendiri je...

Dan bila dah fikir susah senang orang, kita pulak dipijak2 tanpa belas...macam mana tu? Serba salah dibuatnya...huhu! Hidup ini tak perlu balas dendam apa yang orang dah buat kat kita... Balas kebaikkan itu adalah lebih baik!!!

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Cerita-Cerita Dalam Hidup Kita

Salam...

Maaf, tak ada tajuk lain dah ni... Main tipu, amek lirik jadikan tajuk...haha! Hujung minggu yang baru lepas ni sangat2 kena dengan masanya. Almaklumlah apa yang jadi baru2 ni telah membuatkan aku sakit hati (dan terfikir2 apakah marah ini akan bertahan lama?) dan takkan lupa sampai bila2... Memaafkan Itu Mudah, Melupakan Itu Payah...!

Cuci The Musical!

Hebat! Itulah apa yang aku rasa saat menonton teater ni. Kata orang, Jangan Menilai dari Rupa... Nah! Apa yang aku sangka selama ni (tak best la...filem je ok) semuanya silap2 belaka. Dari mula lagi kami dah gelak2 tengok gelagat diorang (pelakon2 utama teater ni)... Aku yang dah sedia sakit tekak ni sakan gelak tengok apa yang diorang buat dan apa yang diorang cakap... Tak dapat nak cakap apa lagi sebab teater ni sangat2 best. Aku harap akan ada ulangan macam PGLTM tu... Ni pun nasib2 je dapat tengok sebab kakak sepupu dapat tiket percuma (orang tu keje dengan penaja utama CTM ni)... 

Aku rasa diorang ni tak ikut skrip 100% kot sebab persembahan yang live macam ni memang akan berlaku macam2 hal yang diluar jangkaan punyalah... Nak2 diorang asek melawak je... Kadang diorang dah elok2 buat macam ni tapi akhirnya dek kerana diorang sendiri, banyaklah benda yang berubah... Tapi walaupun macam tu persembahan teater tu tetap best. Awie, AC, Afdlin dengan Hans memang pandai buat lawak2 sengal... Dan bila tak sengaja buat lawak, masing2 cuba berlagak macam tak ada apa2 tapi terserlah jugak yang diorang tengah tahan gelak... 


Last2 persembahan, nampak yang empat2 pelakon itu menangis betul2... Terharu kot sebab ramai yang sokong dan sedih sebab dah nak habis pun... (saat komen ini ditulis, teater ini selamat dah tamat dengan jayanya)... Time lawak,  semua pun gelak dan time sedih...sedih jugak yang aku dapat rasakan walaupun tak banyak sangat. Semuanya pandai menyanyi, tak dengar sumbang sangat kot? Vanidah menyanyi pun best... Adibah Noor tak payah cakaplah memang suara dia sedap didengar pun...

Paling sweet time Jojo dengan Farrah bercinta (dalam filem, Farrah itu ialah Umie Aida tapi dalam CTM diganti dengan Adibah Noor)... Comel sangat diornag berdua ni berlakon... Haha... Dan aku rasa empat2 hero ni sangat hensem... Wah! Yelah selalu tu nampak dalam tv je...ni depan2 mata tengok... Bukan nak membangga tapi ini adalah apa yang aku rasa selepas menonton...

Dan dalam setiap yang berlaku tak semuanya perfect, kan? Cuma tak best bila time nak tukar2 set tu la... Kalau ikut contoh teater pertama yang aku tengok kat IB (Istana Budaya) jugak - Fame The Musical, tak nampak bila masa diorang tukar2 set dan kat mana diorang tukar...tau2 dah ubah je. Teater2 Malaysia (yang aku tengok kat IB jugak), lemahnya tang part yang inilah... Masa kat CTM ni jugak paling tak boleh blah, kita boleh nampak semua orang yang dok tolak2 set untuk ubah scene tapi semuanya tetap best... Kalau ada ulangan, lagi best!!!

Hobin Jang Hobin!

Selepas 61 tahun, akhirnya kemenangan berpihak kepada Negeri Sembilan @ N9... Tahniah untuk semua pemain N9, coach N9 dan seluruh rakyat N9... Haha! Rasanya tak cuti kot... Huhu! Aku BUKAN peminat bolasepak tapi sebab N9 punya pasal (tak pasal2 je), aku suka pulak nak layan... Dulu2 masa dok kat PJ, ada jugak tengok Selangor main (tak ingat lawan sape)... Memang kaw2 punya sokong Selangor masa tu... Siap berteriak bagai macam ada kat stadium je. Masa tu sampai tahun bila entah, Selangor memang best. Tapi entah kenapa sejak2 akhir ni, Selangor macam dah hilang...

Berbalik kepada N9 ni... Agak kesal bila penyokong kepada lawannya buat perangai. Siap main bakar2 kerusilah pulak. Nasib baik masa penyokong2 ni balik botol air ke mercun entah, pemain N9 tak mengamuk... Ini ikut apa yang aku nampak dalam tv la... Apa2pun tahniah lagi sekali la... Seronok tengok bola semalam.

Nak cite lagi pasal releasenya tension aku lepas dok gelak2 tengok CTM sekalian dengan menangnya N9 semalam, akhirnya hilang rasa marah pasal hal yang itu. Tapi untuk lupakannya mungkin susah untuk aku. Bak kata orang, tak ada pengalaman tak dewasalah kita ye? Cuma, aku masih rasa kesal dengan apa yang berlaku... Harap2nya aku dah takkan cite apsal hal ini lagi lepas ni melainkan hal2 ini berlaku lagi nanti... Biarlah diorang buat sesuka hati diorang sebab diorang rasa lebih bahagia buat macam tu agaknya. Nama pun budak2 kan? Lantaklah... Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu2nya...

Full stop! Henti ingat kisah2 sedih yang B*D*H tu... Tak guna nak ingat2 lagi...

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Jumaat, November 6

Gurauan Paling KASAR & Tak KELAKAR Langsung...!!!

Salam...


Ini sambungan hal semalam... Aku dah tahu siapakah 'manusia' yang tak bertanggungjawab tu. Umur aku sekarang ni bukanlah waktu untuk main2 lagi TAPI aku jugak yang 'pandai' sangat pergi layan... Tahniah untuk diri sendiri sebab relakan diri untuk diper'bodoh'kan... Sangat2 terasa sakit hati sampai sekarang ni. Selama ni apapun gurauan aku boleh TERIMA tapi malam tadi aku tak boleh terima LAWAK BODOH yang paling KASAR aku pernah terima setakat ni...

Kalau orang lain yang kena, senang je aku nak nasihat macam2 tapi bila kena kat diri sendiri...terimalah seadanya. Sampai aku terfikir2 pernah ke aku buat orang sampai macam tu sekali sebelum2 ni? Aku selalu macam ni. Apa yang jadi kat aku hari ni mesti akan buat aku fikir apa yang aku buat kat orang masa dulu?

Kalau pernah aku buat macam tu kat orang, aku redha andai ini adalah balasannya. Tapi seingat aku walau aku pernah mengusik kawan2 dengan cara yang macam ni taklah sampai teruk2 sekali.Setakat tegur2 dan bila orang tu tanya siapa aku, jawab jelah kan... Macam biasa, ramai teman2 rapat yang jadi tempat untuk aku mengadu... Memang malu dengan diri sendiri tapi aku tak layankan sangat rasa tu bila depan kawan2 'manusia' yang tak bertanggungjawab tu. Masing2 berlakon depan aku... Aku tahu aku ni terlalu cepat percaya kat orang (padahal selama ni aku dah cuba berhati2).

Sebab hal ni, aku dengan teman2 rapat terfikir dan hampir menuduh seseorang. Nasib baik je aku tak 'sergah' seseorang tu. Kalau tak, lagi malu aku dibuatnya. Aku tak kisah kalau nak bergurau tapi tak boleh ke dengan cara lain? Dan sampai ke saat aku menulis entri ini, aku masih dalam keadaan yang tersangat2 geram dan sakit hati. Kenapa ye aku masih nak layan nombor2 tah ape2 tu? Taklah terdesak pun sampai kena layan tapi aku selalu risau kalau2 itu adalah kawan2 lama...

Selalu dengar iklan HotFm pasal hal ni tapi tetap jugak aku tak berhati2. Aku tak pasti adakah rasa marah ini akan terus menguasai diri atau tak lama lagi akan baik dengan mudahnya? Kalau baik sekalipun aku TAKKAN pernah boleh nak lupakan pun. Dan aku tak tahulah aku akan layan 'manusia' itu dengan kawan2 dia sama macam dulu atau setakat biasa-biasa je... Nasiblah kan, siapa suruh kenakan aku sampai macam ni sekali kan?

Aku boleh sabar selagi boleh dan terdaya tapi kalau dah melampau macam ni, aku dah tak boleh nak terima lagi dah... Sebab aku tak sesuai nak bergurau dengan hal2 macam ni lagi dah sekarang. Melainkan kalau aku ni Hati Kayu, mungkin kot. Aku tak nak keluarkan kata2 busuk lagi sebab hal yang macam ni. Mungkin bagi sesetengah orang, hal ni macam tak ada apa2 kat diorang tapi tak bagi aku...

Semalam, 'manusia' tu selamba je mintak maaf dan alasan dia, dah lama tak usik2 aku... Betullah kata seorang teman yang kita ni masih tak kenal 1 sama lain jadi salah aku jugak sebab terlalu enak bercerita dengan dia sampaikan dia anggap apa yang aku cite selama ini hanyalah gurauan dan dijadikan sebagai bahan mainan... Aku terlupa itu...

Kesimpulannya sekarang, perlu percaya lagi ke dengan dia dan orang2 lain? Sebab hal yang ini jugaklah aku dah tak nak mudah percaya kat orang. Dan kalau dia a.k.a. 'manusia' itu cakap apa2, susah untuk aku percaya lagi. Terguris sangat dah hati aku sekarang ni... Maaflah ye, sebab kau yang mulakan dulu...jadi kalau apa2 jadi lepas ni, harap2 kau tak salahkan aku...!!!

Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Rabu, November 4

Tolonglah Jangan Main-Main!

Salam...

Apa korang rasa bila ada je nombor yang tak pernah korang tahu, ternampak dan tak tahu siapa punya nomborkah itu tiba2 je bagi sms, "hi mkwe :-)"... Dah lah eja Makwe jadi Mkwe... Hahahah, biasalah bahasa pasar dalam sms...itu bukan masalah. Oleh kerana nak tahu siapa dia (sebab selalu fikir ada yang nak kenakan aku atau kawan lama yang nak mengusik mungkin), aku layankan sajalah. Aku jawab dengan pertanyaan, "sapo ni?". Dia balas lagi, "ai,pkwe lme awk dlu pn awk xknl da ke?". Memang kegemaran dia kot suka eja macam tu.

Lepas dah balas2 tu semua... Aku pun suruhlah dia beritahu je siapa dia? Mana dia dapat nombor aku tu? Dia kata kawan2 aku jugak. Dan aku tak dapat nak trace atau detect siapakaha yang dia katakan sebagai 'kawan2 awak jugak tu'... Boleh pulak dia kata dia budak S******G jugak padahal aku bukan duduk situ dan paling aku tak berkenan bila dia tahu aku part time kat mana... Seingat akulah kan, tak ramai yang tahu aku part time dan kat mana tempat aku part time kecuali yang betul2 rapat dan kenal aku... Biasanya aku cuma cakap aku part time kat klinik je tapi tak reveal nama pun.

Pelik sungguh la aku rasa. Aku teringat seseorang tapi aku tak bajet dia... Dan aku tak rasa ini perbuatan dia. Apalah faedahnya dia nak buat macam tu pun kan? Tak...aku dapat rasa yang dia bukan orangnya... Aku rasa orang yang ini adalah orang yang sama pernah aku cite kat blog lama satu masa ketika dulu. Tapi kalau ikut dia yang ini orang sini jugak... Dia yang dulu orang Shah Alam. Betul atau tak lantak diorang lah... Tak kuasa aku nak ambil tahu dah...

Sempatlah jugak malam tadi telefon seorang teman (setakat ni dia selalu je boleh ada bila aku perlukan dia) sebab aku memang perlu cakap dengan seseornag waktu tu. Lepas dah borak2 cite...dan menurut cite dari aku, dia dapat rasa orang yang aku rasa tu adalah orangnya. 70% pulak tu... Gila aaaaahhhhh... Ada banyak sebab yang aku tak tahu nak nyatakan macam mana kat sini yang aku tak rasa orang itu adalah dia... Kata teman itu pulak (dulu aku ada letak nama dia kat sini tapi sekarang kita panggil teman sajalah ye?), depan kita dia (orang yang disaspek itu) biasa2 je tapi belakang kita...macam apa yang sedang berlaku sekarang inilah.

Dan disebabkan oleh hal yang ini, aku jadi takut (tak sangat tapi bimbang)... Dan ingatan aku kembali pada 'dia' yang aku selalu nak rasa sejuk kaki+tangan walau hanya sebut nama dia je... Hahahahah. Tapi itu hanya keinginan aku je... Kalaulah boleh jadi betul2 kan? Jauh sangat harapan tu. Tapi, tolonglah jangan ada benda2 macam ni lagi yang jadi pada aku... Dan selepas last mesej aku pada dia yang entah siapakah itu dan tiada balasan, aku malas nak teruskan dah. Maksudnya aku tak mahu mulakan lagi...walau pada dasarnya BUKAN aku yang mulakan... Senang kata takmo teruskan kalau dengan cara yang macam ni.

futnot: dulu ingatkan aku takkan hadapi hal2 begini - maksud aku, orang lain lebih besar masalah yang diorang hadapi tapi aku...macam ni je? tiap dar kita tetap akan hadapi sesuatu yang akan membuatkan ia menjadi masalah tapi cara bagaimana mahu mengatasinya itulah terpulang pada kita...



Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya

Isnin, November 2

Yang Terbaik!

Salam...

Lagu terbaru yang currently playing in my playlist... Sang by Marsha. Sebenarnya aku sedang mengimbau kenangan2 lama bila dengar lagu2 lama KRU (tiba2 pulak). Memang mengimbau betullah. Dengar 1 lagu teringat scene yang terjadi masa tu...Dan lagu2 KRU terutamanya bawa pengaruh sangat besar dalam menjadi aku yang sekarang (memuji bukan kerana apa2). Dangdut, rock, balada dan sebagainya juga tak ketinggalan. Nak2 kongsi dengan kawan2... Aku pun tak sangka aku minat dengar lagu2 dan sambil2 menyanyi. Bila tengok balik sijil berhenti sekolah rendah agama (kat sekolah ni belajar Fardhu Ain je...), komen ustaz yang masa tu adalah guru kelas kitorang - aktif dalam nasyid.

Apa motif aku cite pasal ni pulak ye? Entahlah...sesaja je. Tak semua benda yang kita buat perlukan sebab kan? Aku suka suasana sekolah tu dulu. Hari2 kitorang cuma belajar menghafal surah2 pendek... Belajar pasal solat dan sebagainya... Belajar menyanyi. Dah hafal surah2 pendek, baca depan tetamu (time hari penyampaian anugerah)...menyanyi pun depan tetamu jugak. Tak boleh blah bila dah berjaya hafal surah2 pendek seperti yang diminta, boleh bagi trofi - mari bercerita? Salah trofi sebab katanya trofi untuk part aku dah habis...

Itu dulu la... Seronok bila ingat2 balik. Nama pun kenangan kan? At least ada jugaklah yang best2 untuk dikenangkan. Temapt aku sekolah dulu tu dalam kawasan Masjid Sultan Abdul Aziz Shah (betulkan aku kaalu silap)...sebab kitorang panggil Masjid Bulat (kubah bulat kot?)...


Marsha - Yang Terbaik

Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh

Chorus
Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku

Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih

Ulang Chorus 2X



Hidayah Yassin | Create Your Badge
Hidayah Yassin

Click to view my Personality Profile page

Lelaki Itu Prosa Alam dan Perempuan Itu Sajaknya, Cinta Itu Lagu dan Perkahwinan Itu Orkestranya