Rabu, Disember 30

Ini Soal Hati Dan Perasaan...

Salam...

Salam Tahun Baru 2010...Belated Maal Hijrah 1431H... Ada azam ke? Dulu2 selalu ikut orang je. Orang buat azam n bila cikgu tanya, kenalah beritahu kan? Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku dah takde azam sebab tak tau nak aim ape... Bagi aku, nak aim apa2 kena istiqomah, tetapkan hati dan yakin dengan apa yang kita nak aim tu. Kalau setakat cakap kat orang kita nak buat itu ini...begitu begini tapi sudahnya...hmmm...

Alright...lepas dah lama tak update+takde idea, hari ni aku menulis lagi. Blog coretan pun kadang2 je aku usik, itupun kalau ada ideanya. Kalau tak, bukak dan tengok tanpa tambah apa2. Ni pun terlanjur menulis, update blog sekali. Walaupun malas yang teramat sangat+dengan internet yang kadang ada, kadang takde kat KL ni...

Kesinambungan dari entri lepas...lately makin banyak yang jadi keliling aku. Selalunya, kawan2 yang akan jadi mangs serbuan aku...dioranglah tempat aku luah perasaan yang terbuku sampai satu masa aku rasa diorang dah takmo pinjamkan bahu lagi... Tapi bukan diorang yang cakap sebab aku tahu diorang tak macam tu pun. Entah kenapa, aku yang rasa macam tu??? Aku selalu rasa aku dah terlalu melampau...

Mungkin sebab dah terlalu manja (asal susah cari diorang) dan bila diorang ada masanya tak dapat nak luangkan masa untuk aku, aku jadi sedih. Padahal diorang pun macam aku jugak. Perlukan masa untuk diri sendiri. Aku selalu jugak tanya, ok ke kalau aku selalu kacau diorang? Jawapan tetap sama, tak kisah pun... Thanks a lot, friends!!! Moga Allah berkati hidup kamu semua hendaknya...Amin!!!

Tidak untuk kali ini...aku simpan rasa sedih sorang2 je. Ye, kat muka aku boleh nampak yang aku sedang sedih, macam ada benda yang buat aku rasa tak puas hati... Tapi, aku sendiri tak tahu apa sebenarnya jadi dengan aku sekarang. Bukan aku tak nak kongsi apa2 macam biasa tapi aku pun tak tahu nak terangkan macam mana. Mula2, tak sedap hati je... Sekarang ni benda2 lain pulak join sekaki...

Terima kasih kat kawan2 yang selalu ambil berat pasal aku...to my mak... Bukan kita takmo cite tapi kita memang tak tahu kenapa dengan kita...sorry!!! Moga2 masuk je tahun baru, aku dah ok dan happy macam biasa... Takmo sedih2 lagi dah...sakit jiwa, susah!

futnot: tadi tengah2 mandi, boleh ke aku terfikir yang Ayam dah kawen? Dengan makcik yang sebaya aku pulak? Makcik aku memang dah kawen tapi tak sempat nak pegi pun (tiada ulangan jemputan pulak...). Kenapa aku boleh fikir macam tu? Sebab Ayam dengan makcik tu bekas student UKM walau lain course...haha, tak boleh blah...angan2 je lebih!!!

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Khamis, Disember 24

Mengalah Tak Bererti Kalah...

Salam...

Setelah sekian lama mencari tajuk+masa+kelapangan, akhirnya...menulis jugak aku hari ni. Walaupun dalam hati tak betul2 lapang tapi mahu tak mahu aku paksa diri jugak... Selama tak menulis kat sini, banyak tak banyak jugak hal yang jadi cuma mood tu belum mari lagi nak menulis... Ini pun so-so je...

Tiba2 je bukak bookmark kat browser (walaupun tak payah nak bookmark langsung), pasal 1 kete ni... Rindu pulak time2 'dia' tanya pasal kete ni kat aku...hahaha. Diam tak diam, pejam celik-pejam celik dah berbulan2 pun benda ni berlalu. Kesannya masih hangat terasa...sangat poyo aku ni...

Biarlah benda tu nak berlalu pun walau masih kekal dalam ingatan...wah, puitis2 pulak kan? Tiba2 jugak, aku rasa semacam je akhir2 ni. Yang paling terkesan ialah pasal hal yang ini, dan buat aku rasa...tak baiknya buat budak tu macam tu kan? Lebih menguatkan rasa bersalah tu bila tiapkali aku YM dengan dia, langsung tak balas... Kadang2 aku fikir, aku ni jahat ke sampai orang pun tak suka aku dah... Tapi, akhirnya aku sendiri fikir2 balik, tak luak pun semua tu... Biar je la...

Tak semua orang suka kita sebab kita pun bukan suka semua orang kan? Benda2 ni biasa je jadi kat semua orang... Sedang Rasulullah S.A.W. pun ada je yang tak suka... Apatahlagi kita ni manusia biasa yang acapkali buat dosa...

Rindu kat blog sangat2...kenapa entah mood nak update hari2 yang aku lalui tiba2 hilang entah ke mana... Tapi sangat je rajin untuk edit kat blog cite tapi idea pun tak sekalian datang... Buntu aku dibuatnya sekarang ni... Semoga aku pulih seperti sediakala hendaknya...

Oh ye, berkenaan tajuk kat atas tu... Bukan apalah kan... Tadi dah cite hal yang pertama, sekarang ni cite pasal hal yang berlaku sekeliling aku lately. Biasalah hal dengan "budak2" ni... Kalau ikut hati, lama dah aku hentam, henyak "budak2" ni... Tapi bila fikir2 semula, tak apalah sebab tak luak sikit pun kat aku. Memang pengalaman itu sangat mendewasakan sebenarnya... Sebab? Dulu2 aku pernah lalui hal2 yang seakan sekarang ni. So, belajar dari kesilapan walau berlaku jugak kesilapan sikit2... Menyesal bila tak habis luahkan apa yang terbuku kat hati tapi akan menyesal jugak bila "budak2" ni kena sembur. Maklumlah, tak sampai hati kan?
Harap2 dan aku selalu jugak berdoa dalam hati moga dibukakan hati "budak2" ni. Jangan suka terjah orang tak tentu pasal tanpa soal selidik, jangan ikut sangat cakap orang, janganlah sebab didesak dan tertekan mesti nak lepaskan pada yang tak sepatutnya, fikir dulu sebelum buat apa2 keputusan sekalipun dan...jangan ingat semua orang tu sama je, boleh jadi macam  kamu... "budak2"... tolong faham dengan masalah orang lain jugak...dan janganlah cari orang untuk mudahkan keje2 kamu orang je... Macam tu, duduk goyang kaki je lah? Tolong hormat orang2 yang lebih senior dari kamu dari segi umur ni. Kalau sebab kamu lebih senior dari segi keje sekalipun, tetap jugak orang yang baru itu lebih senior...
Moga lepaslah segala yang terbuku kat hati aku. Dulu tak macam ni pun, sekarang pulak boleh jadi macam ni??? Apalah agaknya yang boleh menyebabkan seseorang manusia itu boleh berubah tiba2? Ok, aku boleh jawab balik apa yang "budak2" tu cakap sebab mungkin diorang "budak2" tapi aku rasa sebab apa yang "budak2" tu cakap semuanya nonsense... Tak berasas langsung. Sesuka hati je nak cakap apa je, kononnya tak mahu dengar komplen... Hello!!! Kalau kamu baca, aku suka sangat tapi kemungkinan itu sangat kecik la... Selama ni yang komplen pun bukan aku atau dia tapi "kamu yang masih budak2" ni kan? Sampai ke hari ni pun aku masih persoal diri aku kenapa? Kenapa aku tak cakap apa yang sepatutnya aku cakap???

Aku kalau rancang2 nak cakap ni biasanya tak boleh nak cakap pun sebab bila tiba masa, skrip yang kita jangka2 tak sama dengan apa yang jadi... So, kena bertindak spontan dan berfikir cepat supaya tak berlaku hal2 menyesal di kemudian hari ni... Maaf, aku tak tahu macam mana nak pendekkan cite dan berkias2 sebab aku cakap tak berkias pun orang tak faham apatah lagi yang ada maksud2 tersirat ni...

Sudahlah tu...lagi banyak aku tulis, lagi banyak aku marah. Aku sedang belajar untuk tidak marah orang tak tentu pasal (aku tak marah pun orang kata aku marah?)... Aku sedang belajar untuk lebih matang dan dewasa. Dah penat nak rasa diri ni macam "budak2".

Sama jugak rasanya penat nak rasa diri ni GEMUK dan orang keliling lebih banyak tak suka dan pandang aku BURUK... Ye, aku akui aku tak cantik... Kenapa orang selalu susah hati dengan orang2 GEMUK? Menyusahkan mungkin? Menghabiskan harta2 diorang kot? Kalau BESAR pun kenapa? Ada jugak yang boleh terima tapi % sangatlah sikit. Entahlah, nak puaskan hati semua orang bukan boleh. Kalau dah KURUS, ada jugak orang bercakap2... Alhamdulillah, setakat ni aku masih bernafas dibumiNYA... Diberi kesihatan yang baik dan umur yang moga2 diberkati... Aminnn...

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page