Sabtu, Januari 23

Jangan Terlalu Cepat Menghukum...

Salam...

Kebelakangan ni banyak khabar2 angin yang kita dengar tentang ramai orang... Nama pun khabar angin, tak tentu lagi betul atau tidak. Tapi pada saya (tukar ganti nama diri ikut mood...), kalau dah terbukti dan disokong dengan orang2 yang ada kena-mengena dengan ini cerita...agak boleh dipercayailah... Nampak macam masih ragu2 kan?

Tapi kebanyakkan dari kita lebih cepat dan mudah percaya pada apa yang kita nampak, yang kita dengar tanpa mahu bertanya terus kepada empunya diri. Mungkin ada yang fikir, kalau tanya pun belum tentu nak mengaku dia begitu n begini. Tapi kalau tak tanya, kita pun takkan tahu hal yang sebenarnya kan? Dan apa yang saya tengok dalam drama, filem (pengaruh kuat betul...haha!) macam menunjukkan yang kalau orang tu kita rasa dia memang salah tapi bila tanya tak pernah mengaku pun...bila dah kena tangkap (diperangkap secara sengaja atau tidak) baru nak menyesal n mengaku tapi ada jugak tu masih degil taknak kata ya, itu salah dia...

Sama jugak dengan dunia realiti. Kita tak tahu n tak nampak siapa yang betul n siapa yang salah. Kadang tu muka baik gile suci je depan kita tapi bila akhirnya barulah kita kata, ruoanya selama ni dia begitu begini orangnya? Dan kita pun menyesal sebab kenal dengan orang macam tu. Tapi dari sisi +ve, bagus jugak berkenalan dengan manusia2 yang begini supaya di masa hadapan kita tak terkejut dan tahu macam mana nak atasi hal2 yang begini. Sebaliknya pula dengan orang yang muka tak bape nak semenggah (Astaghfirullah...) lepas tu kita tak cuba nak kenal dia, baik2 dengan dia pun. Bila tahu dia tu baik orangnya...kita menyesal jugak... Hidup ni macam roda kan?

Sejak dulu saya terfikir dan sampai sekarang pun masih jugak fikir kenapa semua ni boleh jadi? Dan apa yang saya rasa ni betul (harapnya) bilamana apa yang kita buat tak semestinya orang suka. Nak puaskan hati semua orang, mampu ke kita? Sedangkan Nabi Junjungan kita pun dalam menyebarkan Islam, ada ke yang terus2 suka? Macam2 cacian n makian yang Baginda terima tapi itu semua dugaan dan ujian. Kata orang, Nak Jadi Baik Memang Banyak Cabarannya! Dan Allah takkan menguji hamba2Nya lebih dari kemampuan kita semua. Sebab Dia tahu kita mampu hadapi, tu sebab Dia bagi kita ujian yang sedemikian rupa.

Dan kita sebagai manusia, janganlah terlalu mudah menuding jari pada orang. Pesan Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah, "Apapun yang terjadi bermula dengan diri kita sendiri"... Dan sejak kali pertama dengar 'quote' dari Dato', saya cuba sedaya yang mungkin untuk tidak terlalu mudah menyalahkan orang lain. Benar atau tidak, kita cuma fikir dan fikir. Dulu saya selalu kata tak semua benda perlukan sebab tapi sebenarnya kalau takde sebab takkan benda2 ni boleh jadi kan? So, saya akui kesilapan saya tu...

Kita selalu cuba nak jadi yang terbaik dengan harapan kita takkan dikritik sesuka hati sedangkan kita hanya manusia biasa yang lemah dan tak sempurna mana mungkin kita boleh nak mengatur hidup ini tanpa ada cacat dan celanya kan?

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Jumaat, Januari 22

Hati Seorang Wanita!

NEGARA

Ibu 'terbang' dari Sarawak terkilan dihalau anak



TUMI di Seri Kembangan, Serdang semalam.



SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.
Tumi, 52, yang datang dari Kuching, Sarawak dikatakan sanggup meminjam wang daripada sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur pada Selasa lalu dan mencari anaknya itu walaupun tanpa alamat lengkap.
Usaha nekad Tumi mencari anaknya itu yang dikatakan tinggal di Serdang akhirnya membuahkan hasil apabila dapat menemui rumah anaknya malam kelmarin selepas dibantu oleh orang awam dan polis.
Namun apabila sampai di rumah anaknya, dia bagai terkedu apabila anak sendiri tidak mengaku dirinya ibu dan lebih pedih Tumi diherdik dan dihalau oleh anak perempuannya yang tinggal bersama suami barunya.

===================================================================

Salam...

Kenyataan kehidupan yang mahu tak mahu kita tetap kena hadapi dan lalui. Kesian sebenarnya bila baca kisah makcik ni. Kata orang setiap yang kita lakukan walau sebesar zarah sekalipun pastikan ada balasan, tak kiralah di dunia atau di akhirat nanti. Aku selalu rasa akulah yang paling jahat sekali (berkali2 jugak sebenarnya...hahaha) dalam keluarga. Sebab mak suruh apapun asek kata, kejaplah... nantilah... malaslah... semua tu kira tak heran lagi kalau aku cakap. Asal mak cakap je, ada saja jawapannya yang berjela2 (no wonder kalau aku cakap apa2 sekarang ni ada je orang lain yang suka menjawab...balasan tu...).

Kadang2 aku fikir, apa silapnya makcik ni, salahnya makcik ni masa dulu? Apakah dulu2 dia dan orang2 lain juga ibu2 kita ada buat benda yang sama kita buat sekarang dan mereka hadapi hal yang sama sekarang? Ada jugak yang kata, dosa kita semua yang dulu bukan penyebab kepada apa yang kita dapat hari ni. Kamu percaya KARMA? Mulanya aku sendiri keliru dengan KARMA tapi akhirnya aku rasa ada benarnya... What Goes Around Comes Around...

Yang penting kita kena sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara supaya apa yang tak baik nanti tak jadikan kita menyesal sebab kita buat itu dan ini. Allah tak suka orang yang menyesal... Harap2 kita semua dapat muhasabah diri dan ingat selalu apa yang tak baik kita buat hari ini, esok lusa (atau mungkin sekarang juga) akan dapat balasannya...

Semoga apa yang kita lakukan hari ini lebih baik dari semalam dan hanya kerana DIA...

Rabu, Januari 20

Cun Saja...!

Salam...

Sekali lagi aku edit blog tersayang...tapi harap2 takde yang tak ok lagi lepas2 ni... Tujuan asalnya nak siapkan keje2 sekolah tapi kesudahannya kat depan blog, dengan facebook n twitternya...memang hampeh betullah aku ni... Harap2 jugak aku akan semakin rajin update blog sekali dengan facebook, twitter n segala macam laman2 yang dah aku daftar n boleh buat macam2 keje 1 masa...boleh fikir n buat keputusan dalam masa yang sama jugak...chiayok2...

To my dearest Ummu Solehah, thanks sebab sudi tolong n sebab tak sabar2 akak dah edit dulu cuma nuffnang tu je cam terasa malas nak masukkan semula...hahah... Kira akak pass nuffnang tu untuk Solehah sebab kamu lebih teror...huhuhu... Thanks in advance eh?

Blog coretan juga aku harap dapat cepat siap dan tak terbiar macam tu je. Kadang2 fikir jugak, apa yang aku nak sambung ek? Lemau sungguh la hai...harapnya tak kering idea je... Dan sejak masuk sekolah semula, keje makin banyak dan perlu disiapkan segera. Salah sendiri sebab tangguh2...padan muka... Tiapkali sampai je sekolah n masuk lab mesti berpeluh2 macam berlari sekali dengan sesak nafasnya...

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Khamis, Januari 7

Salam...

Akibat kebosanan yang terlampau...huhu! Maka update entri dengan TAGGED yang dah lama tak buat... Alasan je lebih, padahal keje ada je hari2... Kalau keje takde, maknanya aku dah tak bekerja la kan? Boleh macam tu ek? Suka2 je aku ni...  Ok, layan je jawapan2 dari aku ni... Copy+Paste dari blog seorang doktor (perempuan ok...) baru... Saja2 klik link blog dia dari blog kawan2 dia...best pulak baca... Thanks doc! Sape2 yang teringin nak buat...silakanlah buat... Tiada paksaan n aku takmo mention nama kat sini...hehehe!

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 Truths about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.


WHAT WAS YOUR:

1. Last beverage: Teh O Ais Limau
2. Last phone call: Mak
3. Last text message: Pridz Ain (pasal orang2 kompang la ni...)
4. Last song you listened to: Batasku Asaku - Siti Nurhaliza
5. Last time you cried: Tak ingatlah pulek...

HAVE YOU EVER:

6. Dated someone twice: Kenal dengan aku pun takde yang sudi...apatah lagi dating? Twice pulak tu...tapi unofficially selalu jugak (time kojo nak poei kilang...buleh?)
7. Been cheated on: Ada je...yelah aku ni kan cepat percaya orang...kan?kan?kan?
8. Kissed someone & regretted it: Selalu je tapi yang HALAL la...
9. Lost someone special : Kehilangan tu ada tapi yang istimewa tu macam tak ada je?
10. Been depressed: Ada je...
11. Been drunk and threw up: Tidak pernah sama sekali...iAllah!

LIST THREE FAVORITE COLOURS:

12. Hijau
13. Putih
14. Warna-warni

THIS YEAR HAVE YOU: (2009)

15. Made a new friend: Ramai sangat...best sangat...
16. Fallen in of love: Of course...haha! Tapi tiada respon sebab 'dia' tak tahu...
17. Laughed until you cried: Sampai rasa nak tampar je orang yang buat lawak sampai aku menangis tu...tak menangis pun act tapi setakat keluar jugak titik2 air mata...
18. Met someone who changed you: Ada kot...
19. Found out who your true friends were: Ada dan tak ada...?
20. Found out someone was talking about you: Mulut tempayan je boleh tutup...
21. Kissed anyone on your friend's list: Kiss kat pipi je...
22. How many people on your friends list do you know in real life: Boleh dikira la...
23. How many kids do you want?: Paling ramai 5-8 orang (boleh ke?)...kurang2 pun setakat 2-3 orang ok jugak...
24. Do you have any pets: Tak ada langsung sejak pindah. Nak bela Arnab, mak pulak tak kasi...alasan mak, kucing yang ada pun tak terbela...huhu!
25. Do you want to change your name: Dulu kecik2 ada jugak terfikir tapi syukur sesangat dengan nama ni sebab sejak dah tahu maksud nama aku ni, aku dah nampak maksudnya memang banyak membantu aku dan semua...haha! Bangga sendiri2...walaupun orang selalu je salah faham n suka2 letak nama aku Nur...Noor...Nor...Nurul...Apo la...
26. What did you do for your last birthday: Tak buat ape2 pun sebab memang dah lama tak celebrate...dapat wish je...
27. What time did you wake up today: Pukul 5 am dengar alarm hp lepas tu tido balik...6.47 am bangun sebab mak kejut...hahah! Berubahlah wahai Hidayah oi...
28. What were you doing at midnight last night: Layan internet sampai mata mengantuk...pun tido lambat jugak..
29. Name something you CANNOT wait for: Nak keje TETAP!!!
30. Last time you saw your Mother: Tadi pagi sebab kami pergi keje sama2...
31. What is one thing you wish you could change about your life: nak berubah kepada yang lebih baik n matang...
32. What are you listening to right now : Sleeq - Cun Saja...
33. Have you ever talked to a person named Tom: Tak kenal pun...sape tu?
34. What's getting on your nerves right now: Dadaku debar2...entah kenapa?
35. Most visited webpage: Facebook...blogger...
36. Whats your real name: Hidayah
37. Nicknames: Hidayah (nickname sangat la kan...)...Dayah...Akak...Dee...D...Kak Dayah...
38. Relationship Status: Masih single...n sedang mencari (itupun kalau jumpa la kan...)
39. Zodiac sign: Leo
40. Male or female?: Female
41. Primary School?: SK Gombak Setia, SRK Sultan Alam Shah 1...
42. Secondary School?: SMK Sultan Abdul Samad, SMK Seri Serdang, Sekolah Sri Al-Ain...
43. College?: INPENS, YPVWM
44. Hair colour: Hitam le...
45. Long or short: Long...
46. Height: 178cm kot?
47. Do you have a crush on someone?: Adalah...
48: What do you like about yourself?: Banyak...
49. Piercings: Tak pakai lama dah...
50. Tattoos: Tatu yang masa beli Mamee ke, chewing gum lepas tu dapat satu sticker yang kalau nak lekat kat tangan (copy balik lukisan tu) kena buh sikit air...so jadilah tatu sementara...
51. Righty or lefty: Kanan...

FIRSTS :

52. First surgery: Kat jari tangan sebelah kiri, tersepit masa naik escalator (pandai sangat buh tangan kat tangga...)
53. First piercing: Tak ingat...
54. First best friend: Ija (sekolah rendah)
55. First sport you joined: Ikut rumah sukan...
56. First vacation: Genting Highland?
58. First pair of trainers: Cikgu Murugan kot? Olahraga tu...

RIGHT NOW

59. Eating: taklah...
60. Drinking: pun tidak...
61. I'm about to: Nak check PC's...
62. Listening to: Lagu2 kat GOM player...
63. Waiting on: Waktu balik...

YOUR FUTURE :

64. Want kids?: Mesti mau!
65. Get Married?: Nak le...
66. Career?: ICT Lab Assistant+Part time Clinic Assistant

WHICH IS BETTER :

67. Lips or eyes: Both
68. Hugs or kisses: Dedua la...
69. Shorter or taller: Dua2 pun ok...
70. Older or Younger: Older n matang...Muda pun matang...
71. Romantic or spontaneous: Dua2 jugak...
72. Nice stomach or nice arms: Dua2 jugak...
73. Sensitive or loud: Loud...
74. Hook-up or relationship: Relationship
75. Trouble maker or hesitant: Mana2 pun boleh je...

HAVE YOU EVER :

76. Kissed a stranger: Huish...soalan maut betul la...
77. Drank hard liquor: -None-
78. Lost glasses/contacts: Pernah pakai sekejap tapi sekarang dah hilang...sengaja hilangkan...lemas...
79. Sex on first date: Gila!!!!!!!!!!!!!!
80. Broken someone's heart: Ada kot tapi bila dorang terluka takmo bagitau tapi tunjuk protes...apa ada hal?
82. Been arrested: Unofficially ade kot...pandai sangat...
83. Turned someone down: Pernah n sama juga macam hati terluka tadi...
84. Cried when someone died: Air mata ni kalau bab paling sedey pun susah nak keluar (degil sungguh la...) tapi kalau yang remeh2 tu senang pulang mengalir...pelik betul!!!
85. Fallen for a friend?: Kalau lelaki tu ye...

DO YOU BELIEVE IN:

86. Yourself: Kadang2...
87. Miracles: Ye!
88. Love at first sight: Percaya la...
89. Heaven: Tentulah...
90. Santa Claus: Kecik2 ye...dah besar, pandang pun tak dah...hehehe...
91. Kiss on the first date: Keje gila...tu!
92. Angels: Yes...

ANSWER TRUTHFULLY:

94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time?: Orang tak sudi pun kat aku...;(
95. Did you sing today?: Pantang dengar lagu..nyanyi sekali...
96. Ever cheated on somebody?: Pernah...
97. If you could go back in time, how far would you go? : DIA tak suka kita menyesal...tapi nak jugak jadi budak2 kembali...
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: Masa mula2 kenal 'dia'...masa pertama keje dengan 'dia'...
99. Are you afraid of falling in love?: Kadang2...
100. Posting this as 100 truths?: Ye kot...


Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Selasa, Januari 5

Lambat Sikit...

Salam...

Hari pertama keje dan sekolah... Lambat sikit menulis pulak...1st of all, Hepi 21st to my 3rd brother (Hud Jafni B. Md. Yassin)... Tahniah sebab ko paling awal jadi tua...haha! Ok, sambung semula... Hari pertama sekolah tahun ni tak sama macam yang tahun lepas punya pengalaman (pandangan dan pengalaman aku...)... Kalau sama, tak best la kan? Tak sama sebab aku selamba merempit (dalam Unser) kat kawasan sekolah. memang keje gile betullah. Aku tahu n perasan semua yang memandang tu terkejut+tak sangka...

Bijak sangat kan... Lepas park Unser, naik ofis n amek kunci terserempak pulak dengan GPK 1... Hamek ko sekali kena sound... Tapi dalam nada yang baik le... Untuk kebaikan jugak kan? Kalau tak ditegur, aku akan anggap itu tak salah n lepas2 ni boleh buat lagi. Mula2 aku ingat aku tak laju n the GPK 1 salah tengok tapi bila kena tegur dengan sorang cikgu lain hal yang sama jugak...memang betullah aku terlaju. Bukan laju macam kat jalan2 biasa tu tapi sebab dalam sekolah so kawasan tu sebelah budak2 tengah berhimpun dengar taklimat pulak tu... Bila ingat2 balik memang memalukan betullah...huhu!

So, lepas2 ni janganlah ikutkan sangat hati tu. Adakah itu antara azam2 baru aku tahun ni? Tak pernah2 buat azam... Tapi cam terasa nak aim sesuatu pulak tahun ni... Harap2 dapatlah ianya jadi kenyataan. Kalau berjaya, akan ditulis di sini andai sebaliknya...diam2 jelah... Harapkan yang terbaik je setiap hari n takmo malas2 buat keje dah... N harap2 mood aku kembali untuk jadi rajin n terus rajin menulis kat blog2 kepunyaan aku...takmo malas2 dah sebab tahun ni aku akan jadi 27th... Sepatutnya semakin matang... Amin!!!
Bekerjalah Anda Seolah2 Anda Hidup 1000 Tahun Lagi... 
Beribadahlah Anda Seolah2 Anda Akan Mati Esok Hari...



Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page