Selasa, Februari 23

Hidup dan Mati Itu Urusan Dia...


Salam...

Entah kenapa sejak akhir2 ni, aku selalu dengar tentang kematian, keuzuran. Tapi ini melibatkan orang2 yang hubungannya dekat dengan aku, rapat dengan keluarga aku semuanya. Akhirnya aku anggap ianya sebagai peringatan untuk aku yang Mati itu tak kira di mana, bila masa dan berapa usia kita sekalipun... Sejak awal tahun ni, ada saja yang sakit2 (kebanyakkannya yang dah berusia), admitted dan lepas tu pergi mengadapNya.

Awal tahun hari tu, aku dikejutkan dengan pemergian bakal abang sepupu (bf kakak sepupu) tiba2...tapi kebanyakkannya suspek Sakit Jantung. Muda lagi arwah abang tu - 31 tahun kalau tak silap. Dan untuk pertama kalinya aku dapat tengok muka arwah dari dekat masa tengah terbaring dan lepas dikapankan. Perasaan masa tu tak pulak takut atau seram...cuma tak percaya sebab yelah mungkin dia masih muda, nampak sihat je...tau2 dah takde je...

Yang kedua pulak pak Long (abang ipar mak) meninggal. Tapi aku tak terkejut walaupun masa arwah abang yang tadi tu meninggal arwah pak Long ada datang menjenguk dan aku tak sempat nak jumpa pun. Ingat lepas je jenazah arwah abang tu di bawa ke kubur, aku nak tegur arwah pak Long tapi tak sempat... Pak Long meninggal dunia kat Hospital Melaka. Katanya Kanser Paru2... 

Lepas tu sedara mak kat Melaka pulak. Dia admit kat HTJS walaupun duduk kat Melaka. Masa pertama kali jumpa selepas sehari dia masuk, rancak berborak (kata kawan, itu salah satu tanda2 orang tu bakal 'pergi' selamanya)... Menantu dia pun macam terkejut tengok sebab banyak sangat bercakap masa tu. Dan makcik Ipah meninggal pagi Maghrib Khamis (ikut Islam dah masuk Jumaat)... Kanser Payudara. Katanya dah lama tahu (adik-beradik perempuan arwah makcik Ipah memang ada sakit yang sama) tapi dia simpan sendiri2...wallahua'alam...

Dan yang terbaru, abang sepupu mak yang kitorang panggil pak Tunggal... Ikut pengesahan doktor, ada kaitan dengan paru2...lupa nama sakit tu. Last jumpa+bercakap raya dulu...lama dah kan? Sehari sebelum dapat tengok dan salam je... Pagi2 Jumaat tu (skip keje...) gerak balik kampung...tak berapa pagi pun sebab sampai2 je kat kampung dah selamat dikebumikan dan proses untuk semua2 tu berlaku dengan pantas...

Apa yang aku dan semua harap (keluarga terutamanya) semoga roh mereka2 ini dicucuri rahmat Allah selalu dan ditempatkan bersama2 mereka2 yang beriman... Al-Fatihah...

"Kami tidak membuat sesuatu makhluk sebelum kamu (Muhammad) untuk hidup selama-lamanya" (21:34). Justeru, semua makhluk mati, termasuk Nabi Isa, yang sesetengah golongan percaya tidak wafat kerana akan turun ke bumi untuk menyelamatkan manusia sebelum datang Hari Kiamat. Bagi pihak yang berat menerima kenyataan tersebut Allah menegaskan pula dengan beberapa ayat al-Qur'an. Dua daripadanya adalah:
"Apabila Allah berkata, 'Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu ....'" (3:55)
"Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)
Ayat pertama menunjukkan kenyataan daripada Allah, dan kedua, kenyataan daripada Nabi Isa sendiri tentang kewafatannya. Isa yang hidup sebelum Muhammad telah wafat atau mati seperti makhluk lain. Kepercayaan bahawa dia akan turun ke bumi adalah kepercayaan Kristian yang turut hadir dalam Islam tanpa ajaran al-Qur'an. (sumber:http://www.e-bacaan.com/)
futnot: adakah rasa tak sedap hati...berdebar2...ada kena-mengena dengan semua ni???

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Pulau Temasek - Seberang Tambak (Singapore)

Rabu, Februari 10

Dia Sangat Comel...

Salam...

Bila kita tengok je mana-mana baby sekalipun mesti hati kita rasa senang, sejuk je... Sebab mereka masih bersih, tak ada apa2 salah atau dosa pun dan masih innocent... Tadi, akhirnya penantian selama beberapa minggu untuk bertemu si ibu - Mariya Ulfah termakbul jua... Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar dan makbulkan doa2 juga impianku... Amin!!! Bayangkanlah, kami ber2 ini teman baik (nak2 lepas hal2 yang tersalah faham dan terasa hati dulu)...

Last I met her 5 years ago... Ingat tadi dapatlah jumpa anak2 yang dah besar tapi semua ada dengan nenek atuknya pulak... IAllah kalau dipanjangkan umur dan murah rezeki dapatlah jumpa lagi kot...


Hidayah Yassin | Create your badge

Click to view my Personality Profile page

Isnin, Februari 8

Yeay! She's got married... 3rd out of 4!!!

Salam...

Tahniah buat teman ketiga dalam 4 orang (Mala, SAYA, Aida n As)... Norhaslinda & Suami - Salehan... Sabtu, 6 Februari 2010 selamat diijabkabulkan. Speechless sangat2 sebab tak sangka selama dia berkenalan dan bercinta, saya tidak pernah tahu dan tak percaya... Mahunya tak? Dia jenis agak garang dan kadang2 je lembut. Bukanlah maksudnya saya tak sangka langsung eh, dia kawen jugak ke? Tidak...tak pernah terlintas begitu sebab saya percaya semua manusia berhak punya cinta, dicintai dan mencintai... Hanya selepas setahun dia kini sah milik suami tercinta. Kadang terbayang jugak, macam mana As kalau dengan pasangannya? Hahaha...manusia bisa berubah karena manusia yang lainnya...

Doaku untuk semua teman2 (esp yang ber3 yang dah kawen ini) selamat menempuh alam rumahtangga... Hanya kamu yang lebih tahu apa yang perlu kamu buat... Sebab yang mengalami hanya kamu sahaja... Doakan untuk aku juga ye? Kadang terasa tersisih (perasaan sendiri je) sebab kawan2 dah ramai yang kawen dan sekarang adalah musim menerima bayi baru... Lepas tu ramailah sibuk bertanya soalan yang sama... Saya hanya senyum sahaja tanpa ada jawapan yang tepat dan hanya yang memahami saja tahu! Saya selalu berdoa untuk ini...






Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Ukhwah Fillah...

Salam...

Blog dah comel2 pun malas nak buat entri baru...haha! Pujilah sendiri sebab tak mungkin kot ada yang puji dah dan setakat ni, puas hati dengan template ni dengan segala2nya sekali...takde masalah lagi kot. Ok, minggu ni agak busy dengan segala macam kerja2 yang berkaitan.

Kebelakangan ni bagi aku sendirilah, barulah rasa sebenarnya ramai lagi sedara2 aku ye? Tahu dah ada ramai cuma untuk berjumpa itu adalah sangat mustahil ketika itu (dulu). Tapi sekarang alhamdulillah tapi macam ada je yang macam susah jugak nak diketemu disebabkan kesibukkan masing2 walhal kita ini punya kaitan yang agak rapat.

Kenapa kalau dengan orang2 luar (kawan2lah biasanya) kita macam ada banyak masa untuk mereka walau kadang2 ada yang bila senang lupa tapi susah kawan2 itulah jadi tempat mengadu segala hal. Mungkin ianya bermula dari dalam diri sendiri.

Sedih tengok ada ahli keluarga yang dah veteran bila teringin sangat nak jumpa sedara itu dan ini nak2 dalam keadaan yang tak berapa nak mengizikan ketika ini pula. Nak berjalan sellau tak berapa nak larat. Nak menanti kunjuang ahli keluargayang lain (jugak veteran), sama juga kondisi diorang. Ini adalah UMUM dan pernah mungkin jadi pada kalian?

Kadang2 masa muda telah buat kita semua lupa (tua sangat ke aku? hahaha), kalau tak ada sedara yang sejauh itu tak apa... Tapi bila usia menjengah, kesedaran itu macam memberitahu kita yang hidup kita makin tak mengizinkan kita untuk lama2 dia bumiNya ini.

Dan disebabkan inilah telah membuatkan diri sendiri fikir apakah aku akan jadi begitu juga? Waktu muda, segalanya masih panas dan berbahang. Kalau salah sikit siram kononnya nak redakan rasa bahang itu tapi dah tersalah siram pulak...akhirnya kita yang disalahkan. Bukan nak menuding jari tak tentu pasal tapi ianya berlaku dalam keluarga aku sendiri dan ada jugak kat keliling kita...

Nak mempertahankan itu bagus dan baik TAPI tolonglah jangan terlalu mempertahankan sampai apa yang dah tentu2 kita nampak SALAH pun kita kata BETUL? Apa maknanya tu? Mungkin aku kalau jadi seperti dia dan dia...(sesiapa je) akan buat perkara yang sama tapi cara kamu itu seolah2 macam kamu TAK pernah buat salah...selama hidup ini.

Kita pastilah akan pertahankan hak kita dan siapa yang paling rapat dengan kita (situasi sekarang : keluarga). Tapi bukan semua benda yang kita buat itu betul? Ok, itu dia dengan cara dia, kita dengan kisah kita. Tapi sayang sebab keluarga kita yang sedia ada tak berapa nak besar tiba2 bercakaran yang semakin lama semakin parah sampai tak tahu apa nak buat lagi... At the end, I'm just hope and pray to Allah for our happiness in life...n hope so we will get back together like before!

Tapi takkan ada apa2 perubahan kalau tak ada usaha dan komitmen semua. Dan pernah dengar (rasanya ini benar) kata orang, kalau adik-beradik itu hubungan baik je tapi bila masing2 dah kawen penyebab renggangnya hubungan persaudaraan adalah disebabkan oleh ipar duai... Jeng Jeng Jeng! Kenapa dan mengapa tiada sebab yang konkrit... Sebab tidak semuanya begitu pun.

Kadang saya terfikir, apakah bila kita semua dah dewasa dan mengambil alih tempat orang2 tua terdahulu, kita juga akan mengalami hal yang sama juga ke? Adakah ini yang dinamakan sebagai roda kehidupan yang WAJIB kita lalui? Saya lihat orang lain tidak seperti saya pun? Itu apa yang saya nampak dari luar, dalamnya tidak pula saya selidiki.

Dan bila difikir semula, semua orang punya perasaan masing2. Kita yang muda biasanya dengan rasa marah, baran dan panas...jaranglah cepat bersabar bila berlaku sesuatu. Yang agak berusia pula mudah saja hati tersentuh. Jangan tak tahu ye, walaupun orang2 ini mudah bergurau tapi bila tiba satu masa benda biasa boleh jadi luar biasa. Jadi, bila bercakap tu kenalah hati2...kalau tak bawa padah.

Harap sangat kita semua kuat dan utuh dalam perhubungan sesama kita lebih2 lagi antara saudara sedarah sedaging. Sebab bila kita susah sepatutnya saudara2lah selayaknya membantu. Tapi kalau terlalu EGO, tepuk dada tanya iman. Kita semua sudah matang dan kita patutnya tahu apa yang baik mana yang buruk. Saya juga benar2 takut dan sedih andai satu hari nanti saya TERPAKSA berhadapan dengan situasi ini.

Fikir2kanlah...

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page