Rabu, Mac 31

Careless... Again!

Salam...

Untuk kesekian kalinya, aku lupa nak bawak duit ke sekolah. Anyway, thanks to kakak2 yang concern...malu ai...ahai! Bukan takmo ngadu kat kakak2 tapi seganlah kan. So, ngadu kat FB jelah yang termampu...

Lucky me, dari pagi sampai waktu balik boleh bertahan untuk tidak jamah makanan langsung. Bayangkan, pagi2 dah membuang...mesti gile punya lapar kan? Sehari dok dalam bilik server yang sejuk sangat, lagi tambah2 laparnya. Nasib air ada, haus je teguk...

Balik tu amek kak Alya, tukar duit lepas tu melantak kitorang kat Pizza Hut. Tak pernah lagi makan berdua kat sana...alhamdulillah. Cepat kenyang sebab separuh hari tak makan... Hari ni, aku dah sarapan...bila makan banyak sikit mesti cepat lapar tau...malas betul kalau part ni...huhuhu....harap tak careless lagi dah. Purse bawak, duit takdo? Apo cito?

Doakan dapat sambung belajar. Course dah pilih...semoga semuanya berjalan lancar. Dah banyak sangat peluang yang aku dapat aku tak guna sebaiknya...menyesal tapi...takmo ingat2 dah semua tu lagi. Harap yang aku akan betul2 belajar sampai tamat. I do love Childhood Phsycology...





Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Khamis, Mac 25

Komunikasi Antara Kawan/Teman Lelaki & Wanita...

Salam...

Ingat lagi tak macam mana kita mula2 bercakap dengan orang? Kita yang mula dulu atau biar orang je cakap dulu? Ada rasa segan tak? Atau bila dah cakap sepatah dua kata, kita blur lepas tu kita senyap? Bosan kan macam tu? Kalau banyak cakap pon tapi yang mendengar takde respon terasa macam orang tu menyampah kot? Kenot2, mesti fikir yang +ve je...

Teringat dulu tiapkali jumpa orang baru (kawan2 baru yang sebaya, biasanya), mesti rasa takut2, malu2 nak kenalkan diri. Itu baru rakan2 sebaya n bila depan kelas lagi satu hal pulak. Kalau boleh tak nak kenalkan diri tapi dah cikgu suruh, ikutkan saja. Tak baik membantah kan.

Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, kecik2 dulu lagi aku berani. Masa tu tak tahu takut sangat. Cuma malu2 tu ada la. Biasalah nama pon budak. Dan sekarang ni dah sangat kurang malu bila nak tanya orang siapa nama dia instead dari tunggu je orang mulakan dulu+dah senyum2.

Itu baru dengan kawan2 perempuan biasanya. Tak tahulah kenapa perlu malu? Takut? Tapi dengan lelaki agak senang untuk mulakan sesuatu perbualan sebab diri diorang sendiri tidak malu...dalam konteks memulakan persahabatn n perkenalan. Cubalah test kat mana-mana lelaki iAllah benda yang sama berlaku melainkan kalau ada yang cuba menggatal (cakap gedik2, terpusing sana sini, belai2 rambut bagai), baru nak bersuara lelaki pon cabut...tapi kalau lelaki tu suka, itu lain cerita.

Sekarang aku cuba untuk mesra secara tidak berlebihan agar tidak mengundang persepsi yang tidak baik. Hati manusia, siapalah tahu. Senyum saja pun dah cukup sebenarnya tapi kalau dah tiapkali bertembung, lebih baik ucap sesuatu agar kita tak rasa kosong je. Sekadar bagi salam pon ok dah tu. Sama2 dapat pahala, iAllah.

Sebenarnya aku sedang cuba untuk belajar bagaimana mahu memulakan sesuatu perbualan dengan orang yang lain jantina dengan aku. Dah tentu insan itu seorang lelaki. Entah kenapa rasa malu itu terlalu menebal dalam diri sekarang ni. Pelik jugak. Sepatutnya dikurniakan adik2 lelaki semuanya, aku lebih tahu bagaimana nak menanganinya tapi tidak. Tak tahu kenapa ye? Mungkin sebab tak rapat sangat kot sejak kecik n sekarang ni pon baru nak mula rapat2 sikit. Itupun kebanyakkanya cerita apa2 pun mesti yang ada kaitan je.

Aku dah pernah cuba mulakan tapi end up aku rasa lemas sebab takde respon seperti yang diharapkan. Lagipon aku tak tahu nak tanya apa dah. Agak2 kalau diajak berbual mesti orang bosan dengan aku sebab senyap je. Tapi kaalu dengan kawan2 perempuan memang aku agak talkative bila aku dah kenal akwan2 dan diorang boleh get along dengan aku. Kena teongok rentak orang tu macam mana dulu. Sebab kalau main terjah je, orang benci walaupun itu memang semulajadi cara kita. Tapi tak salah kan kalau kita tahu membataskan cara kita? Kalau orang dah biasa gurau cara kasar pun, tak semestinya semua orang boleh terima. Entah2 dalam gurau2 seharian tu ada yang kecil hati tapi tidak diketahui...

Bila berbual2 dengan kawan2...ada yang kata, lupakan jelah orang yang diharap2kan tu. Tak pun ada jugak yang suruh cuba cara lain. Nak call? Takpelah kot...aku bukan reti nak call lelaki melainkan diorang tu ada hubungan darah dengan aku. Hahaha... Taklah, kawan2 lelaki pon mana aku pernah call kalau tak perlu melainkan diorang je call itu pon dah lama dulu. Sekarang masing2 menghilangkan diri.

Jadi, kesimpulannya sekarang, apakah cara yang terbaik untuk memulakan perbualan dengan orang yang kita baru nak kenal? Terutama sekali lelaki. Ada juga perempuan yang kita kena tengok dulu macam mana dia sampai kita rasa selesa untuk borak baru kita teruskan... Bosan kan kalau nak bertanya2 hal2 kerja kat diorang? Dahlah seharian menghadap keje, lepas tu orang ajak borak tanya lagi hal kat tempat keje. Tapi apakah topik yang sesuai nak dibualkan? Kira2 macam nak memenangi hati pihak lawan n mana tahu boleh cari jodoh dengan cara tu kan? Berangan je aku ni...tak2 misi mencari keje mesti diteruskan juga, tak kira apapon jadi...iAllah (maaf, tiba2 masuk hal lain pulak)

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Kosong... Empty!

Salam...

What is going with me? Aseklah bukak blog kononnya nak menulis tapi lepas tu biar je sampai tak tahu nak buat apa then klik pangkah. Dah dekat berminggu2 jugak macam ni. Inilah akibatnya kalau ikut hati sangat. Kan orang dah kata, Ikut Hati - Mati...Ikut Rasa - Binasa... Ikut Akal itu lebih baik kan? Semoga aku tak berterusan beginilah...dah bosan dengan perangai sendiri. Kadang2 tu tiba2 boleh moody sesaje tanpa sebab yang kukuh. Kot kalau nak periid ke takpe jugak, at least boleh terima alasan tu. Aku rasa hati aku dah takde cahaya kot? Tu pasal asek nak ikut hati je. Bila orang cakap kalau tak dengar betul2, pasti akan ternganga sebab tak faham...dengar yang depan, keliling pon mula bersuara sampai tak boleh nak fokus...

Dan sekarang aku kembali menulis selepas beberapa lama. Aku pon bosan jugak bila bukak balik blog, asek muka surat yang sama je. Oh ye, ada bincang2 dengan orang2 tertentu pasal nak ubah blog ni kepada domain sendiri (iAllah...doakan) supaya semua jenis blog yang aku dah pernah daftar bersepah2 tu aku dapat sekalikan, senang... Bila tu, aku sendiri tak pasti tapi harapnya dipermudahkan urusan...tapi ini hanyalah perancangan sahaja, ketentuannya tak tahu lagi.

Apehal blog ni? Cari pasal ke? Merajuk atau jauh hati dengan aku ni? Dah enter banyak2 kali takmo turun2 pulak...ni yang nak marah ni tau... Ah ha! Selama dan selepas 2 hari borak dengan teman baru, baru aku tahu selama ni aku yang buat hidup aku complicated. See? In 2 days, orang boleh kenal aku? In 2 days, orang boleh describe aku walaupon aku tak pernah jumpa dia pon. Mungkin jugak dari cara aku menulis dengan dia kot? Itulah yang orang kata, kawan bertahun2 pon belum tentu kenal sepenuhnya. Aku tak pandai sembunyi apa yang ada pada aku. Sebolehnya aku cuba jujur dengan orang dan paling utama dengan diri sendiri tapi banyak lagi yang perlu aku belajar lagi ni...

Oh ye, korang rasa seseorang tu boleh berubah kerana orang lain dalam masa yang cepat tak? Berubah kerana sayang orang tu, kerana orang tu sendiri atau terpaksa walau tak rela? Bukankah itu adalah sesuatu yang takkan kekal lama? Sebab kalau berdasarkan kerana seseorang, bila dah tak suka atau sayang...akan kembali kepada keadaan asal kan? Tapi kenapa boleh jadi macam tu ye? Kenapa tak semua manusia boleh terima dengan hati yang terbuka diri kita seadanya? Kenapa mesti kena berubah baru nak terima? Ini persoalan umum...tiada kena mengena dengan apa2 atau sesiapa...

Oklah, untuk kali ini, ini saja yang termampu. Harap akan kembali dalam masa terdekat. Doakan kejayaan, kesihatan, kesejahteraan, semuanya bersama...

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Rabu, Mac 10

Kesian... Tak Ada Perkataan Lain Ke?

Salam...

Orang asek cakap kat saya, "Kesian kat kau ye..." , "Kesiannya" kebelakangan ni. Bosan dah dengar perkataan yang sama dari berlainan orang. Apa kata tukar perkataan Kesian tu kepada ayat2 yang memberansangkan...menaikkan semangat ke? Yelah, selalunya kalau cakap Kesian mesti sebab kita lalui benda2 yang menyedihkan atau buat kita jatuh terseungkur Di Pintu Syurga...
At least kalau kita bagi kata2 semangat, iAllah kita pun akan jadi kuat semula. Ini tak, dah la kita ni sediakala lemah, dah jatuh...ditimpa tangga pulak, tambah2 dengan orang yang kata macam tu. Takdelah kita rasa nak terus menangis je kan? Itu kalau part yang sedih2an n nangis2an...
Tapi kalau tiba part kita tak seperti orang lain atau dia sendiri yang bercakap tu, pun dikata Kesian. Kalau kita kenal dengan orang yang bercakap mungkin kita dah faham maksud Kesian tu. Tapi kalau kenal tak berapa tapi Kesian yang dia katakan...alamak? Tolong bagi saya semangat, PLEASE?

Nak cakap Kesian boleh tapi tengok tempat dan keadaan ye... Thanks in advance...!


Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Selasa, Mac 9

Menyesal Selepas Berkahwin? (Tak Tahu Masak)

Salam...

Untuk bercakap hal rumahtangga dan sebagainya memang saya bukan orang yang layak sebab saya sendiri masih belum berkahwin... Tapi saya percaya dengan segala pengalaman yang diceritakan pada saya oleh orang2 yang dah pun berkahwin... Macam2 yang saya dengar dari orang2 yang dah punya pengalaman (semuanya perempuan)... Tapi pada pendapat saya, masih ada lagi pasangan2 (tak kiralah dia itu perempuan ataupun lelaki) mahukan yang TERLALU sempurna pada pasangannya, bandingkan dengan isteri2 orang lain (maksud saya tak terima seadanya isteri yang dinikahinya itu)...

Tadi dengar Hot.fm, cerita pasal tajuk kali ni. Kalau dah suka n kawen kenapa mesti ada rasa menyesal? Antara sebab2 yang dinyatakan tadi ialah kebanyakkannya pasal si suami tidak tahu nak menghargai si isteri. Mula2 kata ye, boleh terima buruk baik isteri tapi bila dah kawen...lain pulak? Dan dinyatakan jugak tadi, suami asek kondem isteri hanya kerana Tak Tahu Masak... Teringat cite Dalil Cinta yang lepas - reviewnya di SINI.

Bagi saya sendiri, ini terpulang pada suami isteri itu sendiri. Adakah kerana Tak Tahu Masak, tak boleh kawen? Ye betul, sebagai seorang wanita sepatutnya tahu memasak walaupun yang paling simple sekali. Tapi biasanya dan menurut kata mak saya terutamanya, seorang perempuan kalau dah kawen iAllah akan tahu masak jugak. Tengok je dalam Dalil Cinta  tu... Ayah Sh. Amani (tak ingat nama watak) kata salah dia dan maknya sebab tak pernah nak ajak anak tu ke dapur belajar masak. Nak harap anak tu yang tiba2 nak ke dapur % tu half je kot... Akhirnya Sh. Amani tu belajar jugak memasak dengan mak mertua dia (usaha jugak tu sebab dia dah sedar dia pun banyak salah jugak)

Ada tu anak dah ye2 nak tolong sibuk2 kat dapur+kecah2kan dapur tapi mak kata, tak payahlah...main je kat luar. Dan akhirnya anak tu dah berat punggung nak ke dapur. Ada sesetengah mak ayah suka banding2kan anak dara diorang dengan orang lain yang jugak ada anak dara... Anak orang tu rajin ke dapur...tak payah suruh. Tapi adakah semulajadi dia begitu? Mesti ada tunjuk ajar mak dia jugak kan? Semuanya bermula dari rumah... Bukanlah saya nak kata mak ayah tak pernah ajar ke ape tapi benda2 kecik macam inilah yang akan mengundang kepada masalah yang lebih besar.

Saya sendiri tak reti masak jugak. Kalau masak selalu rasa tak pernah sedap (tapi bila orang suka, senanglah sikit hati ni). Bila saya masak, saya harap saya je yang makan...tak sanggup nak bagi orang lain rasa... Tapi orang kata, belajar dari kesilapan... Orang2 yang memang minat ke dapur memang takkan putus asa mencuba dan ini memang benar!
Pada wanita2 yang Tak Tahu Masak, itu bukan masalah. Mungkin sebelum kawen, takde masa nak belajar atau memang tak minat masak tapi suka makan je...selepas kawen selalunya mereka2 ini akan berusaha untuk cuba dan belajar. Setiap manusia itu satu masa nanti pastikan berubah, percayalah!!! Tak susah pon nak masak, main campak2 n ditambah dengan rasa kasih+sayang bak kata Chika ... Kadang tu apa yang kita nampak n belajar tak sama dengan hasil air tangan kita.
Saya jugak selalu harap saya tahu masak bila saya dah jadi isteri orang satu hari nanti (iAllah...doakan ye...Amin...!). Mak saya selalu kata, nanti dah kawen macam mana kalau tak tahu masak? Apa yang dicakapkan oleh mak saya meamng sama dengan apa yang Liza Abdullah yang jadi mak Sh. Amani tu. Dan jawapan saya sama macam apa yang Sh. Amani cakap pulak.

Suami pulak sepatutnya bagi sokongan. Mana ada orang belajar hari ni, dia boleh Master semuanya kan? Tapi jangan pulak menipu, BAHAYA tu. Kalau tak sedap, puji jugak tapi selit2lah sikit apa yang patut isteri tu improedkan lagi. Sejuk hati isteri tu nanti dan kerana suamilah dia sanggup belajar tu semua. 

Kesimpulannya sekarang, Tak Tahu Masak bukan punca yang patutnya menyebabkan seseorang wanita mahupun lelaki itu rasa menyesal lepas kawen. Tak baik ada rasa menyesal2 ni... Kamu dah suka dia, dia pasangan kamu yang sah, bersyukurlah patutnya. Nabi Junjungan kita tak suka tau orang2 yang menyesal ni semua... Ada banyak lagi punca yang menyebabkan kan? Selagi boleh runding, rundinglah elok2 tapi jangan sampai membawa kepada yang tak elok...

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Isnin, Mac 8

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam...
Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, denaihati & myliriklagu.com

Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog kak Kujie

Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda?

Blog Kegemaran Anda - Blog Saya/Aku sendiri - HidayahItuPetunjuk...
Keistimewaan Blog Kegemaran Saya/Aku -Semuanya tentang saya, diri saya, keluarga, kat mana saya pergi, kehidupan sehari2, apa yang best apa yang tak, luahan hati dan segalanya. Nak kata ada keistimewaan mungkin tidak sebagus blogger2 lain yang dah lama dalam arena penulisan blog dan dah banyak menulis. Kadang2 ada banyak idea nak tulis dan ada masa tiba2 keliru tak tahu nak tulis apa. Sampai fikir, nak ke orang baca blog aku ni kan? Tapi setiap hari berazam nak tulis sesuatu tapi kita hanya merancang dan Allah yang sebaik2 penentu...

Dan sekarang kembali juga menulis selepas semua benda yang dilalui sejak awal tahun asyik terperam dalam kepala otak. Nak menulis pun perlukan mood jugak sebab kalau salah tulis, akhirnya kita yang terkena balik... Sebab pengalaman yang dah dihadapi kebanyakkan kawan2lah jadi sebagai rujukan untuk diri sendiri. Kadang kita nak sangat jadi popular dan dikenali macam orang lain hanya melalui penulisan kat blog tapi tak pernah dapat...(ini contoh!) tapi orang lain yang tak pernah terdetik langsung dalam hati nak macam tu, lebih dari apa yang sepatutnya dah diorang dapat sampai kadang2 kehidupan jadi sungguh tak aman...(contoh jugak!)

Ok, sekarang saya nak perkenalkan diri saya as a blogger... Nama penuh - Hidayah Yassin. Nama blog, saya ambil sempena nama sendiri sebab dah tak ada nama lain yang boleh dan sesuai untuk jadikan nama blog (pendapat peribadi)... Yelah, diri sendiri tak sekreartif orang lain yang bijak menulis... Sebenarnya sejarah mulanya saya menulis ni bermula sejak tahun 2003 tapi atas beberapa sebab, saya kembali menulis tahun 2005 dan kemudian ada hal lain lagi, Februari 2009 saya kembali menulis lagi untuk kesekian kalinya hingga hari ini...

Tujuannya nak berkongsi cerita dengan semua orang yang sudi singgah dan baca... Dan kalau boleh tambah kawan pun ok jugak. Sangat best sebab ada ramai kawan yang datang dari pelbagai latarbelakang dan boleh berkongsi macam2 cerita yang berbeza2... Dan kerana blog jugalah saya jumpa kawan2 baru dan kami masih lagi berkawan sampailah ke saat ini. Ada tu, masih tak pernah jumpa lagi walaupun sekali.

Saya harap selepas ini saya dapat terus menulis dan semua tulisan2 saya akan dapat jadi tatapan generasi2 saya yang akan datang iAllah. Sebolehnya saya nak tulis apa yang saya rasa nak tulis BUKAN sebab orang keliling yang buat saya rasa terpaksa untuk menulis...Dan sebagai hobi saya yang sangat suka menulis, sekarang saya sedang menulis di blog coretan saya sendiri...doakan moga ianya menjadi kenyataan ye? Pengalaman Adalah GURU Yang Terbaik!!!

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page