Khamis, April 29

Tenang...

Salam...

Harapnya aku dah kembali stabil sekarang (walau sibuk dengar lagu2 meruntun hati n jiwa ni)... Selepas kejadian n peristiwa Tangan Gatal SMS Orang Pagi2...aku dah boleh kembali seperti sediakala. Mula2 dapat balas sms dari orang itu, aku rasa macam sedang berhadapan dengan orang yang tengah melawak... Dan bila aku ngadu kat beberapa orang teman, aku tahu n yakin yang dia memang marahkan aku.

Cuma yang agak pelik (pada aku la) bila dia balas tanpa ada tanda seru semua tu bagai... Aku anggap orang tu betul2 marah kalau sms dia ada seru2 tu semua... Bila dah ramai kata dia memang marah n seolah2 dia tahu siapa aku (dari cara dia sms aku), aku jadi serba salah pulak. Gatal sangat pergi sms siapa suruh? Tapi ada jugak side lain, kawan aku kata dia mungkin sangat penat n stress (baru habis keje ke)... Tipikal ayat aku - mana aku tahu dia keje kan?

Pengajarannya kat sini, jangan suka2 nak sms orang tak tentu arah. Tu baru kena sikit belum kena hamun lagi tu. Kawan2 pesan suh jangan sms lagi dah, nanti lagi malu. At least aku rasa puas hati sebab dia sms panjang (lebih daripada biasa). Mula2 suka dapat sms dari dia, lepas tu aku down jugak seharian tapi masih boleh manage diri lagi but terniat dan terdetik nak deactivated FB untuk beberapa lama...tak sampai 24 jam aku on semula...fikir2 balik kejadian ni tak ada kena-mengena dengan FB (tapi adalah beberapa orang yang kenal dia) kenapa nak off kan?

Sekarang aku dah gembira semula. Biasalaha ku ni, memaafkan mudah...melupakan payah. Oklah...sekadar singgah sebentar je ni. Lama tinggalkan pun tak best... Nanti ketemu lagi...

Rabu, April 21

Bertenanglah Wahai Hati!

Salam...

Setelah sekian lama berfikir dan selam hati sendiri (dengan bantuan teman2 sudah tentu), akhirnya aku dalam usaha untuk melupakan orang yang pernah buat aku rasa suka dan cintakan dia (geli tak...geli tak? hehe) satu ketika dulu. Kalau boleh hilangkan memori pasal dia dalam hati dan fikiran ni, dah lama aku cuci bersih2. Itu kalaulah...tak elok berkalau2 kan?

Yang penting sekarang kena mula fikir apa yang sepatutnya aku fikir. Bukan yang bukan2 ke, yang luar jangkaan ke. Fikirkan apa yang sedang berlangsung, habiskan apa yang sudah bermula... Aku harap aku benar2 dengan keputusan ini. Aku hanya manusia biasa, mana mungkin dapat lupakan terus (tapi ada jugak masanya lupa langsung).

Sekarang uang aku mohon andai dia itu adalah yang sebenarnya untuk aku, maka dekatkanlah TAPI kalau bukan, jauhkan dan hilangkan dia dari pandangan aku... Rasanya dia memang bukan untuk aku, sejak kejadian sebelum Raya 1430H, langsung tak nampak bayang lagi apatahlagi terserempak. Sepatutnya dah lama aku sedar tapi aku jugak yang buat2 tak nampak semua tu. Kononnya percaya kata hati... Aku lupa yang nanti aku akan 'Mati' sebab ikut sangat 'Hati'.

Dan kalau diikutkan hati, sejak beberapa minggu lepas aku nekad nak buat sampai dia tahu aku siapa tapi akhirnya aku tak berjaya sebab aku sedar aku sedang bermain dengan 'Api'... bodohkan diri sendiri je. Dan akhirnya aku biarkan saja apa yang aku inginkan ini berkubur macam tu je. Biarlah dia tak tahu. Itu lebih tenang untuk dia mungkin. Aku sedar siapa aku...

Ya Allah, tenangkan hatiku, beri aku peluang untuk memilih...dan aku redha dengan apa yang telah Engkau tentukan untuk aku sepanjang hidup ini... Aku harap aku sedar ini semua ujian dariMu... Engkau saja yang tahu apa yang terbaik untuk aku, hambaMu yang lemah dan kerdil ini.

Aku selalu fikir dimanakah jodohku, bilakah aku akan ketemu dengan dia? Tapi itu semua sudah Allah tentukan cuma aku yang tak sabar2 nak tahu. Hari2 merintih dengan orang sekeliling. Dan aku bersyukur dikurniakan orang2 yang selalu beri reaksi dan fikiran yang +ve atas apa pun aku luahkan pada diorang semua. Maaf jugak sebab tak ikut apa yang korang sarankan...aku dengar dan berterima kasih atas nasihat2 tu semua tapi agak lambat nak praktikkan je...

futnot: nak cari yang Sempurna itu mustahil...

Selasa, April 20

Small Gathering @ KLCC!!!

Salam...

Apa perasan korang bila dapat jumpa semula kawan2 lama lepas dah 10-11 tahun tak jumpa? Best kan? Sampai tak tahu nak cakap macam mana dah... At last dapat jugak bertemu kawan2 di alam persekolahan yang terlalu banyak memori. Dari masuk sekolah tu, kenal2, tak suka itu ini sampailah nak berpisah semua pun sedih2an...sangat banyak kesannya...

Rasanya tak perlu cite banyak kot? Kata orang gambar akan menceritakan segala (asal update...ok la kan). So, letak gambar je la... Layannnnnnnnnnnnnn!








The Siblings...(adik2 angkat)


Menghadap yang paling besar...den tak tau den kono pandang mano bonar eh?

Rabu, April 14

Hot FM Cinta Hangat Dihangatkan oleh Wall's Cornetto...

Salam...


Tergamam...terdiam...tak tahu nak kata apa2 mulanya. Lepas je kawan call, phone pun bunyi - lagu Upin&Ipin...haha. Angkat phone (mula tengok nombor KL, sape pulak call malam2 kan? Dah le time tu 11.24 pm pulak)...

Jawab call, dengar suara perempuan "Saya Anne dari HotFm...bla...bla...bla...!", tak ingat sangat butir2 percakapakn dari mula. Sampai dalam bilik sambung cakap lagi then dia bagi la chance untuk luahkan pada orang yang kita suka tu... Sebab dah terlampau teruja sangat...cakap apa yang Anne tu cakap, dia tanya aku jawab. Ok, aku menang RM200+baucer tiket wayang... Alhamdulillah.

Bila ingat2 balik, ini je peluang yang ada pun tapi dah malas nak rasa menyesal sebab tak tahu nak cakap apa2 sebab macamlah dia dengar pun kan? Lagipun aku tak sebut nama (walau Anne dah suh sebut)...dapatlah dengar balik suara aku on air yang kelakar tu. Memang kalau buat rakaman suara kat radio macam masa kecik2 dulu aku paling tak suka dengar balik suara aku...buruk betul bunyinya, rasa macam orang lain pulak.

Punyalah teruja sampai call kawan2 yang betul2 rapat n ym kawan baru... Maaf kat semua tetengah malam aku call korang, cuma nak kongsi rasa gembira je. Pasal menang tu gembira jugak cuma terkejut tu masih ada... Bunyi mungkin macam budak2 je kan? Tapi ini apa yang aku rasakan sekarang sebenarnya. Macam berlagak pun ada kot? Sori2...ini cuma luahan kegembiraan je... Dan terasa macam nak update selalu dengan macam2 cite lain pulak...

futnot: rasa macam blog ni bermasalah pulak sebab nak enter ke bawah (perenggan baru), tak turun kelip2 tu...sengal...

Sabtu, April 10

Inilah Cinta

Salam...

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta
Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

Apakah benar apa yang aku ekspresikan ini adalah sesuatu yang aku rasa kala ini? Kalau aku sendiri, aku yakin benar sebab hanya aku yang tahu diri aku selain DIA. Tapi risau jugak kalau2 orang kata aku cakap lebih, habuk takde...tapi perasaan kita yang berlaku setiap masa, tak siapa tahu kan?

Dan aku tak kisah apa orang nak kata pasal ni. Apa yang orang nampak mungkin benar tapi luar je orang tahu... Ada orang tanya, "Are You In Love?"...jawapan aku? Yes! Cuma aku tak tahu dengan siapa dan kenapa aku rasa macam ni. Bak kata orang, Ikut Hati, Mati! Ikut Rasa Binasa... So, Ikutlah Akal Fikiran Yang Waras...

Click to view my Personality Profile page

Khamis, April 8

Hanya Dia...

Salam...

By : Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
 
Ku cintainya karena cara dia
Sungguh berbeda dari yang tlah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia cerita yang sama
Setiap detik…. hanya dia..

Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya ku serah.. kepada…dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia…. hanya.. dia

Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku mencintainya
Kisahku kisah dia… cerita yang sama
Setiap detik hanya…. dia

Ku akui aku mengaguminya (mengagumi dia)
Ku akui aku menyayangi dia
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia (perlukan dia)
Segala ku serah kepada… dia
Dia…..

Ku akui kucintanya
Kisahku kisah dia… cerita yang sama
Setiap detik hanya… dia
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya ku serah kepada… (dia..)
Segalanya ku serah… (kepada si dia)
Segalanya ku serah…. kepada…
Dia….

Sejak jumpa lirik ni kat blog seorang blogger (Lyana Si Permaisuri) terus jatuh cinta dengan lirik dan melodinya sekali...rasa terbuai2 dengan lagu yang sangat mendalam maknanya ni... Dia itu adalah orang yang selalu aku cerita pada sesiapa yang dah tahu...dan sekarang ini mood aku adalah mood lagu2 kawen dan lagu yang ini la...betapa aku gila dah sekarang ni...hahaha! Harap2 orang faham apa yang aku tulis kat FB, Twitter, Formspring n etc adalah aap yang aku rasa satu2 masa tu...
Semalam, aku diusik2 orang kat tempat aku keje ni...usikan2 biasa tapi bermakna... Tak terasa apa2 la malah suka lagi ada...ahaks! Tak mo nanti orang kata aku ni gebang je lebih...heboh je tapi tak ade apa pun... AKu tak pandai berlakon n apa yang orang nampak itu adalah apa yang sebenarnya... Tapi ada jugak orang kata, "luar nampak happy tapi sebenarnya kau sedih kan?"... Knowing me, aku memang tak pandai nak simpan apa aku rasa. Kalau kau kata aku happy tapi pada kau tak...aku betul2 gembira. 

Ada jugak yang kata dari cara aku bercakap pun orang boleh tahu aku macam mana. Yelah orang mungkin lebih tahu siapa aku tapi tak sepenuhnya betul pun. Orang nak kata, katalah. Aku pedulik hape. Semua orang berhak untuk bercakap ikut cara diorang. Dan aku pun tak boleh nak hakimi seseorang disebabkan sesuatu yang dilakukan oleh orang tu...

Dan...entri aku jadi Caca Marba dah akhirnya. Semua aku fikir sekarang, semuanya aku nak tulis kalau boleh...huhuhu. Sambung lain kali dengan cite2 lain...kebuntuan nak menulis dah kadang2 tapi sebab sayangkan blog yang yang warna-warni tak berapa meriah ni...aku gagahkan jugak. Takde orang lain nak disayangi aku sayang blog jelah (in the meantime)...doakan aku ye!

Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page

Khamis, April 1

Dah Jauh Baru Terasa!

Salam...


Orang dalam cerita ni belah kanan bawah dan dia adalah Juara Mata Sepet...

Pagi2 terjaga dari tidur, adik yang ke3 jauh nun di sana call. Lama aku borak dengan dia dari mula sampai akhir. Tengah2 mak sambung. Aku ni mood kadang2 swing. Datang bengang, cakap pun aku malas. Tapi tadi, alhamdulillah aku berjaya untuk tak rasa bengang atau apa2...

Ok, adik ke3 aku tu demam dan katanya sebab perubahan cuaca... Kalau dia tak call atau sms memang tak tahu apa cite dia kat sana. banyak jugak boraknya memandangkan dah lama dia tak call. Bila dia call waktu dia pagi kat sana, kitorang kat sini baru Maghrib. Dan tadi, waktu dia call kat sana 12 am, sini 6 am...beza 6 jam... Dah dekat2 nak habis borak, dia tanya, "Kak, ko taknak ke taknya aku sihat tak?".... "Aku tak payah tanya pun, ko dah bagitau ko demam tadi kan?". "Hahaha..."...

IAllah tahun ni kalau ada rezeki dan masih panjang jodoh, dia balik dan dapat raya sekali macam 2 tahun lepas. Lepas dah borak2 (even time borak pun), aku terpk dan harap hubungan aku dan adik2 aku yang semuanya lelaki tu tak terputus sampai bila2 walaupun hakikatnya kita ni sedarah sedaging. Kalau setakat gaduh2 biasa tu dah memang terlalu biasa sampai dah lali. Aku ni manalah tahu nak tunjuk rasa sayang tu kat dia n even kat my parents yang the 1 n only tu... Tapi sungguh aku sayangkan keluarga aku sangat2...

To adik2 aku yang lain - Abang, Ud n Fizi... Ajip kirim salam kat korang... Nak suruh bukak FB yang aku daftarkan tu pun payah sebab dia lupa emel n pword dia sendiri? Aku ni lagilah tak ingat...apo la kau ni Jang...bersabar je aku ni. Tu sebab kalau dia tak call atau sms memang kitorang tak tahu apa khabar dia kat sana... Rindu pulak waktu kecik2 dulu bila gaduh...akulah pembuli tegar diorang kat rumah...heheheh...! Dan sekarang kitorang sekarang dah boleh borak2 tak gaduh (kadang2 gaduh mulut jugak)...




Hidayah Yassin | Create your badge


Click to view my Personality Profile page