Sabtu, Jun 26

Reunion?

Salam...

Mood macam dah mari je tengah2 pagi ni. Masih tak sedar diri yang masa semakin suntuk - assignment masih tengah nak siapkan, presentation yang tak tahu nak cakap apa nanti. Ya Allah, bantu aku hambaMu yang lemah ini. Memang lemah jugaklah sampai nafas asek rasa sesak je. Akibat tak reti2 nak bersenam, haha! Pemalas den ni...

Tinggalkan bab assignment tu dulu sebab submission date pun 11 Julai ni (asek tukat tarikh je).

Apalah agaknya perasaan bila dapat jumpa kawan2 lama? Saya? Mestilah seronok yang teramat sangat sampai tak tahu nak cakap apa dah. Nak2 dia tu pernah jadi kawan baik masa sekolah2 dulu dan lost contact bertahun2 lamanya...diizinkan Allah dapat jumpa balik. Memanglah bersyukur sangat2. Rasa tak sabar nak tahu perkhabaran terbaru semua orang...apa jadi lepas berpisah masuk Tingkatan 1? Lepas SPM pulak buat apa?

Tapi macam ada kepantangan sikitlah selain dari pantang orang bersalin...huhuhu. Bila soalan2 yang bakal ditanya - Kau buat apa sekarang? Keje kat mana? Bila nak kawen (ini memang soalan maut punyalah - tapi best untuk jawab mula2 je)? Dan semua soalan2 yang agak tak mencabar diri ni... Buat saya rasa semua makanan yang dimakan nanti tak tertelan dan tersekat kat kerongkong. Hahaha... Bagilah soalan2 best sikit ke kan? Demand pulak...

Tapi itulah soalan yang PASTI keluar punya (ceh, time sekolah takmo pulak ramal2 soalan kan?). Tak apelah acik redha lah dapek soklan2 yang cenggitu. Lagipun dah konfem den tak dapek nak join Reunion sekolah rendah kedua - Sek. Keb. Sultan Alam Shah 1 (biasalah sekolah sepah2). Sebab2 tak dapat nak join - ada kelas Ahad berikutnya (reunion Sabtu 10 - 11 Julai 2010 kat Perak).
Tingkatan 1 Fitrah

Memang mulanya saya tick 'Might Attending' kat RSVP (macam Maulana pulak...hihihi!) sebab tak suka janji2 n bagi orang harapan. Kang penat2 arrange cantik2 tapi den tak join...kesian pulak. Memanglah betul, Manusia Merancang, Allah Tentukan tapi, den sendiri tak tau boleh pergi ke tak? Dan bila dah tengok dan ingat2 balik jadual n 11 Julai tu jugak nak kena submit assignment (seperti yang telah dinyatakan kat atas tadi), nampaknya memang tak dapatlah nak join.

Bukan tak mahu tapi tak kena pada masa. Saya tahu apa perasaan orang yang dah rancang reunion ni sebab saya pernah merancang 2 perjumpaan kecil2an yang masa mula2 merancang memang mengharap sangat2 semua orang dapat join tapi bila tengok2 balik pada hasil reunion lama dulu nampaknya kita kena sedar yang tak semua orang tu sama. Semua tu pasti berlaku punyalah. Nak sakit hati pun tak elok, jadi terima saja kedatangan orang2 yang boleh luangkan masa untuk 1 atau 2 hari tu...sedih memang sedih sebab tak dapat buat semua orang join.

Dan bila saya rancang lagi satu pertemuan juga berlaku perkara yang sama. Tak apa, saya redha sebab saya faham itu semua akan jadi punyalah. Kalau diizinkan Allah, kita pastikan bersua lagi nanti. Bak kata teman serumah kat PJ dulu, "kita pergi je kenduri si polan. reunion kat sana, jimat makan minum, dapat gift lagi tu. minyak n tol sendirian berhad je". Hahaha, idea tu memang agak bagus tapi macam kurang boleh dipakai je...:D

It's ok if we can't make it. Iallah andai rezeki bertemu itu milik kita, ianya milik kita jua akhirnya. Saya doakan segalanya berjalan dengan lancar untuk Reunion Sek. Keb. Sultan Alam Shah 1 yang bakal diadakan nanti.

Tingkatan 5SI4

Oh ye, saya baru je dapat jemputan Reunion SMKSS 1983 kat Serdang (rumah lama). Agak2 dapat ke tak nak join ye? Tunggu dan lihat sajalah. Sebab yang ini kebanyakkannya dah jadi mak2 orang (saya dulu kelas ERT)...segan pulak den nak pegi tayang muka...huhuhu! Dan kejadian bertanya soalan2 ni pun akan ada jugak iAllah. Kalau jadi, akan dikhabarkan pada semua...

Kamu semua join Reunion tak?

Khamis, Jun 17

Takut Salah Sebab Takut Malu

Salam...

Saya Malu...!

Dah suka, terus tulis lagi satu entri baru. Lama tak macam ni. Sedangkan kalau ikutkan sebenarnya sekarang saya memang sedang sibuk dengan tugasan yang 2 tu...dengan kerja2an ni rumah dan segalanya... Saya tension dalam kelekaan sendiri. Mengharap pada yang tak pasti... Semuanyalah yang akan buat saya tension akhirnya.

Kadang saya fikir saya perlu seperti apa untuk melancarkan semuanya supaya teratur tanpa ada rasa kesal pun dalam hati? Nak penuhkan impian semua orang? Mana mungkin...untuk sekelip mata dan dalam amsa yang sama kan? Saya dah asyik cerita pada orang supaya saya lega tapi yang sentiasa tahu hanya Allah saja.

Pernah saya terbaca blog kawan2 yang kisahnya lebih kurang kisah saya...sekarang saya harap saya temu kebahagiaan yang seperti dia... Kalau dapat saya jerit pada semua yang saya jugak manusia biasa sama seperti mereka...tapi saya tak berdaya dan saya hanya mampu menangis saja. Allah Lebih Tahu!

Berbalik kepada tajuk, sebenarnya ada banyak benda yang saya buat saya rasa tak yakin nak buat. Lepas tu saya lebih takut malu kalau saya salah. Argh!!! Saya cuba dan masih cuba untuk keluar dari kepompong selamat saya supaya saya boleh jadi lebih yakin. Banyak lagi benda yang saya tak explore pun. Saya lebih fikir apa orang cakap dan apa orang fikir je. Saya jugak yang lemas nanti

Sebab saya selalu ingat apa yang pernah saya buat pada orang sebelum ni. Semua tu saya takut kalau saya yang kena... Mungkin tulisan saya agak caca marba tapi hanya dengan cara ini saja yang boelh buat saya lebih lega dan tenang dengan bantuan DIA, iAllah...

Saya ada jugak fikir kenapa saya tidak seyakin dia dan dia? Kenapa saya yang begini? Tapi bila fikir betul2, semua tu ada sebab. Dan Allah adalah sebaik2 Tuhan yang menjadikan kita manusia dan menentukan segalanya. Berbalik kepada asas kata orang... Saya harap saya mampu untuk buat begitu.

Dan saya selalu harap saya positif, saya yakin, saya kuat, saya berani, saya berpendirian tetap, saya tak hanya pandai cakap saja tapi tahu macam mana nak buat... Dan saya tak taku salah atau silap... Harap saya begitu... Dengan izin Allah hendaknya. Kita tak mampu dan takkan boleh nak putarkan masa kembali cuma kita boleh perbaiki apa yang dah kita buat dia masa depan supaya kita tak menyesal lagi lepas ni...iAllah!!!

Rabu, Jun 16

Husnuzhon - Jangan Berprasangka Buruk!

Salam...

Agak berkurun nak sambung dari entri lepas (tak ada kena mengena pun antara keduanya). Cerita hidup masih seperti biasa. Kadang sibuk sangat dan adakalanya suam2 kuku je. Bila bosan, saya jadi sesangap yang mungkin. Nak bercerita dan kongsi kisah tak tahu dengan siapa (saya sedang belajar untuk kurangkan meluah perasaan pada teman2...kesian diorang nak mendengar).

Oh ye, Sabtu yang lepas bersamaan 12 Jun 2010, sepupu ketiga kami sebelah abah sudahpun selamat bertunang. Saya pulak sepupu keempat...huhuhu! Pertama kali menghantar rombongan bertunang secara rasminya. Sebelum2 ini sepatutnya sama2 enjoy menerima rombongan pertunangan saudara2 yang lain tapi keadaan pulak tak berapa nak mengizinkan. Jadilah kan, ada jugak pengalaman... Lepas2 ni iAllah akan menghantar juga untuk 4 kali mungkin...:D

Syuhaila

Amy & Syuhaila

Hantaran Both Of Them!

Pengiring Kehormat...
Masa dari Seremban...
Masa kat Petronas...

Kami dah sampai!

Pelaminan...

Meriah dalam ertikata keramaian orang yang hadir masa majlis tu. Seronok jugak tengok (pertama kali jumpa bakal isteri sepupu). Cantik dalam persalinan yang dah macam pengantin tu... Zaman sekarang memang macam tu la...tak apa, itu dia... Saya? Tunggu dan lihatlah...

Selalunya saya kalau baru tengok orang melalui gambar MESTI akan anggap yang bukan2 dan sejak akhir2 ini saya sedang dan masih mencuba untuk hilangkan perasaa yang begitu. Ada baiknya fikir yang buruk dulu tapi nampaknya yang lebih tidak baik itu lagi banyak...so, saya rasa saya MEMANG perlu untuk sentiasa berfikiran baik atau lebih bagus kalau tidak berfikir...kalau dalam hal2 begini. Sangat tipikal bila kita fikir orang itu begitu dan begini sedangkan kita tak kenal dia siapa...

Dan bila dah kenal...orang ini tidak sebegini yang kita fikirkan, kita pun mulalah menyesal. Kalaulah masa boleh diputar semula? Dan kita juga akan termalu sendiri dan dalam masa yang sama jugak akan terus berfikiran yang tidak baik hanya kerana nak memuaskan hati kita... Tak baik kan macam tu? Allah bagi kita fikiran untuk fikir yang baik2 je. Kalau kita terkena yang tak baik, itu dah nasib dan takdir yang kita sendiri tak sangka akan jadi macam tu.

Tadi tengok Anjakan Paradigma Bersama Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah...tu yang saya terfikir dan semakin berfikir. Bukan semua orang tu adalah seperti apa yang kita fikirkan. Saya pun nak elakkan dari berfikiran yang buruk2 ni. Supaya hati kita lebih tenang, wajah pun tak rasa nak marah atau diri sendiri pun akan yakin selalu. Kira apa yang kita fikir dalam hati akan terpancar dalam hati. Dan pernah saya terdengar orang kata, sentiasa berfikiran baik supaya kita rasa senang hati, iAllah...

Sebenarnya intro entri kali ni memang ada kena mengena dengan isi yang sedang saya tuliskan ini. Tapi lepas dah berdepan dengan "kenyataan" saya jadi pasrah dan saya akui yang kita tak perlu pun nak fikir yang bukan2 sebenarnya. Lebih baik terbuka hati dan terima apa saja yang datang... Semua tu sebahagian pengalaman hidup dan kita perlu selalu ingat supaya jadi pengajaran.

Sabtu, Jun 5

Im Back For Good! Alahai...

Salam...

Sekarang sedang cuba nak selalu ada mood untuk menulis. Sejak akhir2 ini, kehidupan semakin tak terurus. Hahaha, macam mana nak kawen ni? Berangan2 jelah cik Yah oi (baca:si penulis)...eceh! Tengoklah...baru nak mula tulis, leka dengan FB. Kalau saya tak tulis tak siapa pun tahu saya buat apa kan?

FB sebenarnya tidaklah terlalu melekakan KALAU kita tahu macam mana nak menguruskan masa antara semua aktiviti kita setiap masa. Ni pun saya memang sangat2 tak terurus dengan semua benda yang dah jadi kat saya. Oh ya...nak beritahu dan mohon doa dari kalian semua... 21 Mei 2010 yang lepas saya telah menghadiri KELAS PERTAMA sejak 6 tahun lepas meninggalkan ALAM BELAJAR kat OUM, N9 dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak... SO, sangat terlalu awal nak cerita panjang2...

Lepas habis je 3 kelas (setiap minggu Pertama n Ketiga tiap2 bulan) saya terus rasa down. Rasa menyesal ada, rasa nak nanges ada, nak lari dari semua orang n masalah pun ada. Pengakuan seluruh yang tak semua orang tahu pun. Entahlah, sekali dah fikir...selamanya akan fikir.

Itu sebabnya saya mohon doa kalian untuk saya terus dengan apa yang dah saya mulakan sekarang hingga ke akhirnya. Penat dah saya buat semua benda selama ini n disebabkan kemalasan saya sendiri, saya belum temui sebarang kejayaan hidup. Saya memang tak boleh diharap. Saya nak banggakan kedua orangtua saya terUTAMAnya. Sampai bila saya mahu bergantung hidup pada mereka kan?

Saya harap saya terus teguh dengan apa yang saya buat sekarang. Saya mahu kekuatan dan semangat teman2 semua. Saya nak jadi lebih baik...saya betul2 mahu jadi SuperWoman, Multitasking Women...taknak selalu malas2 dah. Saya harap saya berubah lepas ini. Sila beri motivasi pada saya ye? Thanks in advanced!

Oklah, kalau saya ada mood lagi, saya buat entri baru lagi ye? Saya nak sambung tengok tv kejap...eh! sambung buat assignment kejap...kejap je lah kan. take care!