Sabtu, Julai 24

Mungkin Ini Silap Saya...!

Salam...

Bersiaran kembali kat blog tersayang (asek tukar2 je template dia...:D). Lama tak menulis rasa macam tak best pulak. Memang idea nak menulis pun tak sehebat mana, tak datang dengan lajunya. Jadi, saya kena cuba untuk mengadakan mood menulis.

Sejak akhir2 ni, saya selalu beremosi bila nak menulis. Terlalu ikutkan perasaan kot? Kan saya sedang cuba untuk tak selalu berkongsi cite dengan orang? Ya, saya sudah tahu dimana limitnya dan sekarang ini adalah waktu yang paling sesuai untuk berhenti dari semua ini. Hanya orang2 tertentu yang dah saya senarai pendekkan saja yang akan selalu tahu apa saya rasa.

Padahal sebelum ni dah kena, tapi saya percaya yang dulu itu hanya peringatan saja. Sebab orang itu saya baru kenal, tak tahu isi hati n budi dia pun. Sebab percaya sangat dengan luarannya...kan? Tapi, sekarang saya hadapi perkara yang sama jugak. Saya selalu sedar, apa yang jadi pada saya hari ini (baik+buruk), mungkin apa yang pernah saya buat pada orang dulu2...tapi saya tak sedar. Dan sekarang, saya redha dengan semua ini. Cuma untuk berkongsi rahsia dengan orang yang sama itu tidak mungkin lagi...kot? Sebab sekali orang musnahkan kepercayaan kita pada dia selama kita kenal dia, tak mustahil akan jadi lagi hal yang sama kan?

Saya memang kena hati2. Memang takde apa2 impak (tak macam sebelum ni) sekarang tapi bila hati dah terguris dek kerana hal2 begini, saya jadi keliru. Salahkah saya sebagai manusia ini, berangan2...cite semua yang saya rasa kat orang2 tertentu? Pernah saya terasa sesuatu setiapkali berkongsi cite tapi tak sangka pulak, terjadi antara saya dan orang yang saya percayai. Peringatan atas permintaan saya untuk lebih berhati2, tidak terlalu mudah nak kongsi semuanya pada orang.

Dan saya selalu anggap, bila kita kongsi cite kita tapi orang yang konon2 nak-dengar-tak-kira-bila2 tapi tak fokus dengan apa yang kita cakap, maksudnya dia memang tak sudi nak dengar pun. Tak kisahlah apa pun alasannya, dengan siapa pun dia sampaikan cite2 yang saya luahkan, saya memang tak boleh terima. Walaupun orang itu saya kenal tapi saya tidak rapat dengan orang itu macam mana saya rapat dengan dia. Mana mungkin ianya sama bukan?

Saya bimbang andai perasaan tika ini membawa ke tahun depan sampai saya tak ada hati nak bertemu dengan sang pencerita itu. Memang tak boleh percaya seseorang 100% tapi bila dah jadi macam ni, ok...saya memang takkan kongsi apa2 lagi dengan dia. Harapnya dia faham kenapa...maaf, saya tidak mahu terjadi perkara2 begini lagi. Mungkin ini silap saya sebab tak ingatkan dia supaya jangan cerita pada sesiapa...salah saya...!!!

Lepas2 ni, saya cuba untuk kurangkan rasa nak kongsi cite (sebab ada orang suka perlekehkan apa yang saya luahkan, pandang rendah dan selalu fikir masalah2 saya semuanya remeh2)... Dah, lah... Enough Is Enough! Saya dah penat nak rasa tak suka pada orang...benci orang... Saya memang tak suka ada perasaan begini. Saya maafkan dia TAPI saya memang tak akan boleh lupa apa yang jadi ni sampai saya mati kot? Saya redha dengan apa yang dia buat...saya juga pernah begitu... Maafkan aku, Tuhan!

Salahkah saya punya angan2 yang begini? Dulu memang saya mengharap dengan amat sangat...tapi sekarang, saya sedar Allah sebaik2 penentu... Saya ni hambaNya yang selalu lalai dengan perintahNya, saya tahu dan cuba redha kenapa DIA tak makbulkan doa yang ini (harapnya makbullah kan...) sebab DIA punya rancangan yang lebih baik dari yang ini. Manusia pandai berkata2 je, benarnya kita pun tak tahu...dia jujur atau tidak...?

Semoga, saya dan semua sedar dengan apa yang dah jadi. Memang semua orang pernah buat silap...belajarlah dari apa yang berlaku. Kita nak yang baik, kita pun kena jadi baik kan? Kita nak yang bagus, takkan kita tak nak cuba jadi sebagus itu? Huhuhu... Harap2 saya tak selamanya begini... Meluah di sini lebih baik rasanya...

Isnin, Julai 19

Kalau Suka, Perlu Hebahkan Ke?

Salam...

Apa yang ingin ditulis ada jugak kaitannya dengan saya. Kenapa? Tunggu cite ni habis, baru anda tahu apa maksud saya dengan KENAPA...?

Mungkin pada saya semua ini masih baru tapi tidak pada anda semua (kalau ramai yang baca, alhamdulillah - sedang berusaha untuk selalu menulis walau sibuk)... Apa yang baru? Cite apa yang saya rasa bila saya suka sesuatu atau seseorang. Sejak lama dulu (lupa bila mula), saya suka bercerita pada orang setiap apa yang saya sedang rasakan. Tak kisahlah kecik ke besar tapi rasanya pada yang tak mudah untuk menebak rasa dalam hati saya ni, diorang tak dapat tangkap rasa tu. Yang rapat betul2 dengan saya, mudah je meneka...saya kalah di situ.

Ada jugak masanya saya rasa malu nak terus bercerita pada kawan2 yang dah biasa dengar cite2 saya tapi bila dorang sungguh2 pinjamkan bahu dorang untuk saya, saya redha dan bersyukur. Cuma tak semua orang tu sedia mendengar (tapi dalam situasi saya, seboleh mungkin saya nak kongsi dengan semua yang kenal dengan saya). Ye, sepanjang hidup saya belum pernah lagi hadapi masalah bilamana apa yang saya cite pada setiap orang itu dan kemudian dorang akan bercerita semula pada yang lain cuma sayalah sendiri yang kurang selesa. Suka fikir dia ni betul2 nak ke dengar?

Sampai satu masa saya cuba tahan rasa nak bercerita tapi akhirnya saya cerita jugak. Sebenarnya saat ini saya masih sedang mencuba untuk tidak terlalu "open" dalam berkongsi rasa. Tapi pada saya, selagi saya rasa selesa n orang2 yang sudi mendengar juga begitu...saya masih nak cuba berkongsi. Tapi rasanya setakat ni, cukup2lah saya kongsikan semua cite yang pernah saya citekan.

Bila ingat2 balik, sebenarnya inilah kali ke3 perkara yang sama berlaku dalam hidup bila saya "suka" orang (benar2 suka). Apa yang saya buat jugak sama. Bukan tak sedar cuma sebelum ini saya ambil mudah semuanya. Jadi bila dah ada "kesedaran" sikit, saya harap saya tak ulang perkara yang sama. Saya lebih kepada risau diri saya dan masa depan sebenarnya. Ikutkan, sekarang bukan fasa untuk saya rasa apa yang patut saya rasa masa saya baru keluar dari kepompong kanak2...sekarang waktunya untuk saya pilih yang terbaik untuk saya dan masa depan saya. Sebab benda2 macam ni kita harap kekal sampai mati hendaknya. Saya sedar, saya je selalu suka orang...orang? Hmmm...

Panjang2 tulis ni, agak2 ada yang faham tak? Hahaha, takpelah, saya je lebih faham apa saya tulis kan? Dan setiapkali saya cite pada orang, saya mohon doa dari setiapnya. Itu saja, tak banyak saya pinta...thanks so much! Semoga apa yang hendak saya sampaikan, sudahpun tersurat. Nak berpuitis, saya tak bijak. Ini je yang termampu. Doakan saya terus ye? Apa yang saya kongsikan pada semua, anda-tahu-siapa-anda itulah yang sebenarnya saya rasa. Saya tak tahu nak menipu kalau bab2 rasa ni semua...kalau ada yang meragui, itu hak anda... Terima Kasih Atas Segalanya...

Saya harap sangat saya tak terlalu menyulam angan2 supaya akhirnya saya tidak terlalu kecewa mengenang nasib. Saya merancang tapi Allah tetap penentu terbaik. Saya mungkin rasa pahit sekarang, akan datang iAllah dapat rasa manisnya...Doakan saya!

Rabu, Julai 14

Game Lagi!

Aku Tahu Semua Tahu...Sebab Aku Yang Beritahu...:D!

Salam...

Ingat nak tulis pasal admittance in SALAM tapi nanti2lah. Ini adalah kesinambungan entri sebelum ni. Cumanya akan dimulakan dengan hari bersejarah yang berlaku semalam... Hari Persaraan Kak Norma - Cikgu Pemulihan. Lepas je keluar hospital terus gigih mula nak buat. Masa ada dalam seminggu n tarikh persembahkan mulanya Rabu which is today tapi diubah kepada semalam. Dalam 1 hari lagi nak keluar dari hospital, cikgu pra - Asy call mintak tolong buatkan video klip kak Norma... Sukalah saya sebab dapat task macam tu. Antara impian sejak keje kat Cheras dulu tapi sebab takde reason nak buat pasal apa, hajat itu dipendam sahaja.

Masa nak buat tu jugaklah, kena pk nak siapkan assignment2 dengan presentation. Memang manage to do all the things in the same time tapi berdebar2 jugaklah. Siap je keje2 assignment untuk Ahad lepas, terus sambung siapkan video klip kak Norma. Sejak hari pertama mula buat, memang seronok n masa tu rasa macam ok je semua. Sampailah ke hari Isnin konon nak siapkan terus burn... Tapi atas sebab2 tertentu, lagi 10% nak siap dah save...ingat nak sambung kat rumah TETAPI...

Buat keje ni guna laptop kak Alya (thanks!). Bukak2 je laptop, hamek ko! Semuanya jadi merah - tak tersimpan 1 pun yang dah dibuat tadi. Apakah yang telah terjadi? Memula den ingat macam Jumaat sebelum tu, mungkin sebab tak boleh guna komputer lain2. Tapi, tetap jugak jadi benda yang lain. Dah saat2 akhirlah macam2 nak jadinya. Takpe, sebab seronok punya pasal sanggup jugak nak teruskan. Kalau ikutkan bengang memang bengang sampai nak menangis jugaklah.

Tido sampai 4.30am konon2 dapatlah siapkan tapi dalam hati dah kata kot tak boleh jugak, pagi2 esoklah buat (semalam - Selasa). Esoknya bangun jugak dengan semangat yang membara (eceh!) nak siapkan dari mula. Memang semangat dan pasrah habislah. Terfikir2 jugak kalaulah tak jadi jugak, nampaknya guna slideshow Asy jelah. Buat punya buat sambil kak Intan n kak Zai datang tengok dalam masa lebih kurang 3 jam (sejak semalam asek cakap hal ni..sori, nak cite je), akhirnya siap sampailah Asy datang lepas mekap budak2 tarian. Memang gile habis. Tak sangka2 gitu jadinya.

Sebab sebelum2 tu buat, rasa best n puas hati sangat2. Ye, itulah orang kata sebaik mana pun perancangan kita sebagai manusia biasa... Allah jua penentu segalanya! Alhamdulillah, segalanya berkahir dengan gembira. Hilang segala rasa gundah sebelum tu. Sampai tak rasa nak makan pun (tapi makan jugak sampai licin...hahah!), menggigil satu badan sampai buat semua benda pun tak tentu arah dah.

THANKS SO MUCH ALL SK PUTERIS'!

Sambung kepada tujuan entri hari ni. Kan dah cite pasal terjumpa fb 'dia'? Tu satu keterujaan dan peringatan dari kawan2 pun saya dapat. Ye, thanks semua atas peringatan. Saya ingat tu dan doakan saya terima apa pun ketentuan Allah. Yang terbaik tetap dari Allah. Tiba2 tadi kan, saja gatal2 tangan google la nama encek seorang ni. Jumpa! Dalam 1 blog tempat dia keje dulu. Aik? Nampak lain (tembam masih sama n terasa macam lebih sikit dari sekarang) sebab itulah kali pertama tengok dia tanpa spec. Dan rasanya apa yang 1 of my friend told me, dia mungkin bukan jenis yang suka letak banyak2 gambar dalam fb. Ye, itupun 1 kemungkinan kot? Tak ape, itu bukan sesuatu yang penting...iAllah.

futnot: thanks again frens! peringatan anda semua buat saya rasa saya beruntung punya kamu2 semua sebagai teman dalam seluruh hidup saya. doakan saya supaya selalu sedar diri. saya tahu dan takut juga kalau2 apa yang jadi kemudian hari tak seperti apa yang saya impi2kan. saya pun taknak jadi macam tu. semoga saya tak jadi seperti sangkaan2 kamu semua ye...thanks again!

Jumaat, Julai 9

Akhirnya...Tapi Belum Pasti!

Salam...

Terasa begitu gembira yang amat2 sangat. Syukur ya Allah atas segalanya. Akhirnya pencarianku berakhir TAPI semuanya adalah penentuan ke arah permulaan yang PASTI, IAllah.

Tak sangka2 yang aku akhirnya berjaya menemui FB dia. Gembira sangat2 ni...Allah je tahu betapa aku gembira. Kalaulah aku punya kudrat, aku mahu tempekkan saja gambar dia TAPI itu sesuatu yang melampaui batas...tak apalah, aku seorang je yang tahu dan simpan satu2nya gambar yang aku ada.

Semoga Allah permudahkanlah hendaknya...mungkin rasa suka tu tak seperti dulu atau mungkin makin lebih2an... Semoga Allah redakan segala perasaan aku tika ini dan selamanya. Serius, aku nak senyum sampai rasa nak koyak mulut dengan pipi. Betapa gembiranya aku saat pertama kali (yang terakhir selepas berabad mencuba), aku jumpa FB dia?

Ya Allah, andai ini yang terbaik, tunjukkanlah dan dekatkanlah. Andai sebaliknya, aku redha dengan apa yang terbaik untuk aku telah engkau sediakan...

Aku benar2 bersyukur dan gembira...! Amin2... Ya Allah!