Selasa, Ogos 24

Iftaar... Best2!

Salam...

Lega sikit kepala yang sakit dari semalam bila selesai satu hal. Huhuhu! Alhamdulillah..itu biasanya tanda2 tak boleh puasa tapi tatau la bila kan...perut dah sakit2... Pernah sekali dulu dapat puasa penuh, saya adalah sangat gembira tak perlu fikir nak ganti dah...settle...

Jumaat lepas, bertempat di KFC KL Sentral telah berlangsungnya satu perjumpaan merangkap majlis kecil2an berbuka puasa dan juga sekalian mengambil barang dari seseorang yang turut berbuka puasa bersama2... Bunyi macam best je ye? Padahal kitorang ber3 jek. Hehehehe... Tapi sungguh seronok sampai tak terkata dan terluah apakah keseronokkannya... Harap2 takde la yang bising2 tanya kenapatakajakkitorangberbukasekali...mencik!!! Ada aku kesah??? Hahahah, berlagak sungguh ayat itu. Semua ni tak diplan pun...2 hari sebelum je bincang nak jumpa sebab den nak sesangat amek pola yang telah susah payah dibuat oleh Aini...(lepas dah 2x dipos tak sampai2 kat teratak hamba ini...geram gile dengan pos ni...huh!) dan sekali lalu, ajak pulak Adah join. Kan tak diplan namanya tu? Gambar sat2 g na...belum transfer lagi...

Dan orang terakhir tiba adalah saya...kenapa? Biasalah jem je memanjang (sepatutnya lama dah tiba tapi silap amek jalan, redha je). Yang penting sekali, akhirnya jumpa jugak selepas 1 tahun 6 bulan tak jumpa (ye kot?)...lepas Small Reunion yang diadakan tahun lepas kat Berjaya Time Square, KL tu... Tahun ni, ini je lah perjumpaan yang termampu diadakan setakat ni. Semuanya salah faham yang banyak berlaku. So, tunggu, diam dan lihat agenda seterusnya pula...

Masa tu KL Sentral meriah jugak cuma macam ada sesuatu yang Missing In Action. Macam banyak yang kurang je. Mungkin belum tiba masanya kot dan pukul 9 lebih dah nak tutup gerai memasing...penat tu, dari pagi berjualan kan...tapi tetap best bila dapat keluar dengan bebudak berdua tu (budak ke???). Rasa macam mimpi, rasa nak jumpa lagi...

Harap2 tahun ni dapat jumpa lebih ramai lagi...dan ianya adalah berdasarkan syarat2 UTAMA - peringatan perjumpaan hanya akan diberitahu sebanyak 2 KALI SAHAJA (itupun terpulang pada sesape yang sudi jadi penganjur)...tiada paksaan untuk turut serta (kami faham pada yang memang sentiasa sibuk dengan urusan memasing), dan mungkin ada atau tidak syarat2 lain...huhuhu. Ini contoh je la...mungkin ye, mungkin tidak digunapakai pun.

Bosannya...buku tak dibaca sesangat ni...apa mau jawab Ahad ni??? Harap2 mudahlah nak menjawabnya nanti...nak sambung baca + menulis kat blog satu lagi...iAllah...

Khamis, Ogos 19

Tak Suka, Tak Berkenan...Tak Faham...

Salam...

Tak suka dengan internet connection sekarang ni (currently) sebab asek kelambatan dan kelewatan je...

Tak berkenan tengok pengantin lelaki (especially) bila berarak n bersanding pakai cermin mata hitam...kot memang pakai spek takpe gak...tatau kenapa, rasa macam menyampah jek (astaghfirullah...). Kalau nampak lagi hensem ok jugak...

Tak faham kenapa aku tulis semua ni hari ni...haha. Bengong sangat nampaknya. Im bored! Actually, dah 4 malam buat Istikharah dengan tujuan nak cari jodoh...bukan nak buat pilihan tapi lebih kepada nak mintak petunjuk Allah siapakah dia yang benar2nya. Benarkah dia yang sekarang ini orangnya? Dan dah 4 hari jugak pepagi aku tengok Nur Kasih...dari Nur Istikharah sampai dia mohon Allah tunjukkan dia...sebab dia masih keliru dengan semua yang jadi, sama je aku rasa dengan apa yang sedang aku lalui.

Cuma yang bezanya, dia sudah 'sah' dan Adam pula masih terus memujuk dia. Aku? Tak tahu berada di bahagian siapa? Sebab tak ada alasan yang konkrit untuk ini kalau dalam masalah aku la. Dah ramai yang aku tanya, kebanyakkannya cakap suh sabar n tenang je. Tawakkal Lillahi Ta'ala... Sebab kita dah usahakan segala yang termampu.

Kalaulah aku kuat, mungkin aku akan terus buat macam Adam...walaupun tak pernah sekali pun Nur balas...tapi akhirnya Nur terkesan jugak bila Adam dah beberapa hari tak hantar emel pada dia. See??? Dulu aku pernah niat macam tu...sms hari2 pada dia tapi aku kuburkan niat tu macam tu je sebab dah kena marah dulu kan... Nak emel, aku takde emel dia. Nak PM kat fb? Entah bila ada kekuatan tu agaknya. Apa yang aku fikirkan hanya akibatnya nanti.

Aku rasa kalau aku terus sms dia mungkin lama2 dia tukar nombor lain. Kalau aku PM kat fb dia, dia baca sekali je (PM yang pertama) lepas2 tu lantaklah...peduli apa dia kan... Ah!!! Bukan aku saja2 nak cite pasal dia je (semakin kerap rasanya ni) tapi ini apa yang aku rasa selalu. Mungkin sekarang aku tak temukan jawapan yang sebenar dan sebenarnya hati aku sudah tenang sekarang cuma tak tahu apa yang bakal berlaku...malah aku makin ingatkan dia sekarang...

Dan aku tak saja2 nak kata macam tu sebab takut aku akan 'lupa' dia tapi memang inilah yang aku rasa.  Masa mula2 solat tu memang terbayang je muka dia...mana2 aku pandang mesti nampak dia. Kali ke2, ke3 dan semalam yang ke4, makin tenang sikit cuma sesekali terlintas tapi aku cepat2 pandang sejadah supaya aku tidak terikut hati untuk membayangkan dia. Hati kena tenang setenangnya... Aku cuba dan masih cuba...dan iAllah bakal buat lagi (seronok pulak rasanya) dalam 3x lagi mungkin.

Dan tak pernah sekalipun bayang2 tu semua (petunjuk) masuk dalam mimpi n aku pun tak harap petunjuk tu masuk dalam mimpi. Sebab, tak semestinya apa yang dimimpikan tu benar2. Mungkin dari gerak hati kita ke kan? Sekarang ni sebelum nak buat lagi 3x, aku tawakkal je pada Allah. Dia yang benar2 tahu apa yang terbaik untuk aku kala ini. Kenapa hati aku tak macam hari tu? Pasrah sepasrahnya masa tu. Tak kisah apa nak jadi, terima dengan redha apa yang bakal berlaku kemudian hari...oh hati!!! Kenapa aku risau sangat ye? Aku memang harap sangat aku benar2 redha walaupun dia bukan jodoh aku. Asal cite je pasal dia, mula la kaki dengan tangan ni sejuk2...huhuhu.

Kawan pernah kata mungkin aku ni asek bayang dia masa solat tu yang asek teringat2. Aku cuba bayangkan sesuatu yang gelap dan kosong walau bayang dia masih ada. Dan kata kawan, dah aku asek cite je pasal dia so mungkin Istikharah tu tak berapa proper masa aku buat..memula je memamng...lama2 ok dah. Kalau buat lagi mungkin semakin ok kot... Soal Hati...? Susahnya nak diceritakan. Kita cite kat orang apa yang kita rasa, tapi bukan orang boleh bagi jalan penyelesaiannya pun sebab benda ni Allah yang tentukan. Diorang boleh dengar je...Thanks! Takkan nak yakinkan aku, ye jawabnya itulah jodoh kau... Gile? Ingat ni Predict Your Future ke ape? Aku cuba belajar, aku cuba redha, aku cuba yakin dengan apa yang aku pilih. Aku tak punya pilihan dan bukan aku tak buka hati ni tapi takde ape pun...takde siapa2 pun. Dan bukan aku tak fikirkan hal2 lain tapi perkara ni dah jadi subjek utama aku setiap hari.

Alhamdulillah setakat ni masih boleh manage walaupun tengah bekerja, tengah study. Aku tahu aku yang lebih2...aku tahu aku yang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Aku tahu aku je yang terlampau melebih2 dalam segala hal...terlampau berfikir dan risau... Tiba2 aku rasa macam dia marahkan aku, bencikan aku, cuba mengelak dari aku hanya kerana bila dia pernah cuba buat sesuatu supaya aku ada respon pada dia tapi aku buat tak tahu sebab aku sendiri kurang faham dengan pandangan seseorang sebenarnya.

Ya Allah! Aku mohon petunjukMu...berikan aku hidayahMu...aku mohon kalau dialah orangnya, Kau dekatkanlah, andai sebaliknya...jauhkan dia dari aku dan hilangkan dia dari ingatan aku. Dan redhakan aku menerima segala ketentuanMu!!!

Selasa, Ogos 17

Andai Ku Tahu...

Salam...

Alhamdulillah selamat sudah menempuhi puasa ke-6 semalam... Dan hari ini adalah hari ke-7, semoga tenang hadapi hari ini. Mula dari hari pertama Ramadhan, seharian terasa kelaparan...nasib bukan budak2, kalau tak merengek2 je nak berbuka...hahah...! 

Sempena Ramdhan yang penuh barakah ni, macam yang pernah disebut2 sebelum ni...aku sangat berharap apa yang aku nak dimakbulkan Allah. Aku sedar siapa aku disisiNya... Tak layak rasanya nak minta apa2 tapi sebagai hambaNya, mintaklah apa saja iAllah diperkenankan...lambat atau cepat, boleh atau tak je yang kita tatau...

Allah Maha Mengetahui segala. Kalau Dia suka nak bagi, Dia bagi punyalah... Dan aku memang harapkan doa2ku sekarang ini dikabulkan Allah. Tadi pagi untuk kali ke4nya, aku kembali menonton Nur Kasih. Selama tengok tak pernah review secara menyeluruh kan? Cite ni jugak antara sebab2 kenapa aku semakin menyukai seseorang (itu cite lainlah yek)...
Ungu - Andai Ku Tahu
Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Chorus:
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Mungkin tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu
Ampuni aku
Dari segala dosa2 ku
Ampuni aku
Menangis minta tobat PadaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu
Bila fikir2 macam ada kena-mengena je cite ni dengan kehidupan sebenar aku tapi jaung panggang dari apilah kan. Cuma bab doa2 tu mungkin dan semua orang pernah rasa kot... Sungguh2 kita doa, hari2 kita doa... Allah bukan taknak makbulkan TAPI dia nak kita kuat dan dekatkan diri kepadaNya... Selalu mintak pada Dia macam mana Dia tak pernah sekalipun lupakan kita semua. Sebab sekali 2 berdoa, belum makbul mesti kita akan cuba berdoa lagi kan? Tapi janganlah berputus asa sebab Allah itu Maha Mendengar. 

Dan sekarang ini sekali lagi nak aku nyatakan yang aku sangat2 mahukan petunjuk Allah untuk semua benda yang aku keliru... Soal jodoh itulah yang jadi topik hangat sejak akhir2 ni. Kalau fikirkan ramai je orang lain sebaya aku malah ada yang lebih tua yang belum kawen2... Tapi sekejap je aku rasa ok lepas tu fikir balik. Hmmm...

Kalaulah ada sesuatu yang buat aku rasa ok, aku tak payah fikir2 lagi hal ni iAllah aku boleh kurangkan rasa risau tu TAPI belum kukuh lagi kehidupan aku...macam mana taknak fikir lagi kan? Dan pada orang yang sama jugak yang harap. Itupun kalau diizin Allah... :D 

Mungkin belum tiba masanya aku benar2 sedia hadapi alam lain? Tengok jelah nanti tapi aku mungkin tak boleh berhenti dari memikirkannya. Ye, aku akui yang aku sangat dan terlalu suka berfikir...sedalam2nya supaya aku faham kenapa dan mengapa tapi ada la limitasinya. Kalau tak, gila jadinya nanti...susah aku...

Khamis, Ogos 12

Alhamdulillah… Thank You Allah!

Salam…

DSC05104

Di usia 27 tahun ini, aku masih dapat menghuni bumi Allah ini. Bersyukur sangat2 dilahirkan sempurna segala segi (tiada manusia yang sempurna pun…). Thank You Allah for this great opportunity that You gave to me…

Sepanjang usia ini, aku dah diduga macam2 perkara… Tapi aku masih mengharapkan aku redha terima segalanya yang berlaku. Semua yang berlaku pastikan ada hikmahnya… Aku mohon aku selalu ingat Allah macam mana Dia sayangkan aku dan ingat aku manusia biasa ini…

Dan di usia ini aku harap aku mampu bahagiakan keluarga aku terutamanya kedua orang tua yang paling aku sayang walau adakalanya aku kurang sabar dengan perangai aku sendiri…

Dan aku mohon aku boleh terus perbaiki diri setiap hari. Punya redha mak abah supaya Allah juga redha dengan aku. Aku mahu aku tidak terus n selalu sakiti orang lain. Aku mohon apa yang aku doa dikabulkan Allah. Amin2 Ya Rabbal ‘Alamin.

Sungguh aku tak kuat nak hadapi apapun yang diberi Allah tapi dengan bantuan Dia juga aku mampu untuk melaluinya walaupun kalah itu sering menjadi teman setia aku… Kata orang, nak cantik kena sakit. Nak bahagia pun bukan mudah. Selagi mampu hadapi ujianNya, kita masih kuat dipandanganNya.

Aku harap selama aku hidup di bumiNya ini, aku tidak berubah kepada yang buruk…itu juga ujian untuk aku… Semoga aku istiqomah… Doakan aku ye kalian semua…!!!

Rabu, Ogos 11

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Salam…

Ramai dah buat entri Ramadhan n aku jugak taknak ketinggalan… :D …

Selamat Menunaikan Puasa di Bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini… Semoga dilimpahi keberkatan sepanjang bulan ini. Allah mudahkan segalanya, diberi kita kekuatan dan ketabahan menjalani kehidupan dan dimakbulkan setiap doa2 kita… Aku mohon dengan sangat2 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim!

Hari Pertama Ramadhan… Hari sebelumnya dah macam2 aku rasakan…tak mahu ingat2 lagi dah. Tapi malam tadi yang paling tak boleh blah bila aku mimpikan ‘dia’…sampai ke Bumi Kenyalang aku “cari” ‘dia’? Bukan mencarilah sebenarnya tapi entah kenapa aku pulak nak pastikan betul ke tak ‘dia’ pernah di situ dulu? Semoga tak ada lagi mimpi2 macam tu… Den dah bengong ni… Dengan pinggang yang ala2 sakit lagi ni…

Semua tu terjadi lepas aku menggatal bukak fb ‘dia’ dan terbukti dia bukak fb kejap sebab frens dia dah ramai… Sape stalk sape ni? Hahaha… Tapi sebelum tu dah remove fren request pun…konon2 pasrahlah kan. Tapi semalam aku add as friend semula…ye, aku memang gatal. Dan pagi ni gatal tangan lagi tengok2 fb ‘dia’, dah bertambah lagi seorang. Mungkin terlalu ramai yang add kot so tercicirlah beberapa nama…kawan kata memang ‘dia’ tak approved lagi… Entahlah kan, aku memang pasrah dengan ketentuan je sekarang (Nampak yang aku lebih2 kan?).

Tengoklah apa akan jadi nanti. Kalau reject, teruskanlah dengan kehidupan seperti biasa dan taknak ada rasa menyesal2 atau kecewa sebab tak bestlah macam tu… Kalau ‘dia’ terima pun, aku nak behave myself bukan macam masa mula2 terjumpa fb ‘dia’…seriklah. Teruja sangat sampai nak hebah kat semua. Malunya!!!

Dan di kesempatan ini jugak nak beritahu yang Variety Entertainment bakal berubah nama (rebranding) atas sebab2 tertentu. IAllah ada banyak yang bakal disediakan oleh pihak kami… Doakan kami berjaya menubuhkan syarikat kecil ini.

futnot: barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khair... doakan saya tercapai impian & lagukan untuk saya nanti…

Isnin, Ogos 9

Susun Silang Kata!

Salam…

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Tak tahu nak kata apalagi dengan hati nuraniku ini…sekarang ini! Bukan tak suka atau benci dengan usaha yang tak henti2 tu TAPI entah macam mana lepas golek2 masa nak tido, bangun tido, masa mandi dan setiap masa PASTIkan terfikir hal yang ini. Aku jadi pening. Aku taknak ada RASA putus asa sebab aku tahu n yakin Allah Maha Mendengar segalanya. Dia tahu sampai mana dan bagaimana aku berusaha untuk ini. Sungguh kalau aku punya KUASA, aku nak buat sesuatu itu seperti apa yang aku harap2kan tapi berbalik kepada asal, HATI manusia tak siapa boleh paksa.

Aku tahu, usaha aku tak banyak TAPI aku sangat mahu ‘dia; tahu apa yang sedang aku rasa… Bila difikir2kan kembali, selama ini…sejak aku jumpa ‘dia’, aku dapat rasa apa yang pernah orang lain rasakan selama ini… Makan tak kenyang bila-aku-berdepan-dengan-‘dia’… Mandi tu basahlah jugak rasanya, tido tu kadang tak berapa nyenyak nak2 bila aku tau aku akan jumpa ‘dia’ esoknya (dulu2)…

Dan sekarang aku pasrahd engan ketentuan…kalau boleh memang taknak putus asa dan harapkan kejayaan akhirnya…entahlah! Pernah aku khabarkan pada seorang teman tentang perasaanku (kisah lama aku dulu) dan pesannya pada aku, cuba belajar dari apa yang pernah berlaku dulu. Dan setelah 1 tahun lebih, barulah aku faham dengan maksudnya. Jadi, sekarang aku cuba untuk lakukannya CUMA bila diberitahu pada teman2 yang lain, mereka pula bagai tak percaya dengan tindakan aku ini…

Kata mereka, benar2 aku masak dengan keputusan ini? Aku pula yang jadi seperti tak tahu nak buat macam mana lagi… Aku tak katakan yang aku benar2 tekad dan bulat tapi aku cuba untuk mengkikut ketentuan Allah. Andai benar seperti yang DIA tuliskan, aku cuba redha dan semoga waktu itu aku tenang menerimanya…  Dan sekali lagi, aku cuma harapkan titipan doa kalian yang aku kenal sebagai sahabat2 dan teman2ku…itu yang aku mohon. Mungkin hari ini, aku rasa begini dan esok lusa berubah pula…siapa tahu?

Ah, rumitnya bila tiba Soal Hati ni.  Mungkin aku je yang terlalu memikirkan atau mungkin orang lain tahu mengawal dan mengatasi segalanya tapi tidak aku? Buntunya…tapi tetap nak kalah dan kalau boleh biar ini yang terakhir. Penatu tahu memendam rasa ni…! Sampai orang kadang2 kata aku yang mengelamun seorang… Kalau dapat diputar kembali segalanya dari mula, aku mahu ubah segalanya. Aku taknak berlebih2an TAPI siapa aku nak buat semua ni?

Aku mohon ‘dia’ seperti apa yang kami rasa selama ini (kami-aku dan teman2 yang tahu)… harapnya saja begitu… Kalau salah, kita hanya manusia biasa je… Tapi bila cerita kat teman2 dan sedara, % macam ada respon tu sikit2 la…macam tak pun ye jugak. Lantaklah labu…kalau ye, aku syukur sangat…sebalik, aku mohon dengan sangat aku redha! Redhakan aku Ya Allah!!!

futnot:

... when you have eliminated the impossible, whatever remains, however improbable, must be the truth.

Sir Arthur Conan Doyle

Source: http://quotes4all.net/quote_406.html

[Powered by QuotesPlugin v1.0 for Windows Live Writer]