Selasa, Mei 17

Suka Tak Semestinya Cinta, Sayang Tak Semestinya Kasih…?

Salam…

Sekali lagi saya rindu dengan blog… (Ok2, menyampah dengan ayat ni…hahaha). Eh, jap…saya semakin sukalah dengan OST Nur Kasih The Movie tu… Sebab versi baru ada suara Nur a.k.a. Tiz Zaqyah.

Ok fine, sambung terus apa nak cerita asalnya ye?

Pernahkah kamu punya perasaan cintakan seseorang? Sayang atau kasihkan orang itu? Ini bukan atas dasar kasihan atau prihatin tapi lebih kepada konteks berpasang2an antara lelaki dan wanita? Pada hemat saya, ini mungkin sesuatu yang biasa untuk manusia2 yang normal… Maksudnya tak pelik kalau ada rasa2 yang macam tu, bukan?

Aduhai, ayat2ku pagi ini, seperti sebuah karangan kanak2 mungkin? Ahaks3… Sesekali kan katanya?

Sambung…

Bercerita soal kasih dan sayang, cinta juga benci…susah nak dieertikan sebenarnya… Itu pada hemat saya. Orang lain mungkin senang tapi tidak bagi saya. Sebenarnya sejak dari dulu lagi, rasa ingin mengasihi dan dikasihi orang yang bukan di kalangan ahli keluarga telah wujud dalam diri saya…kenapa? Saya sendiri kurang pasti mengapa begitu. Sekarang saya baru sedar semua ini sudah lama rupanya?

Kalau sekarang bila tengok budak2 yang masih belum matang pun sudah boleh buat macam2 perkara (terlarang), kita boleh anggap budak itu matang awal dari usianya. Tapi pada saya, kalau nak dibandingkan dengan waktu saya masih kanak2 dulu, perasaan ingin “bercinta” juga sudah ada. Cumanya, semua itu kata orang tua2…cinta budak2 atau selalu kata orang, it’s a “Puppet Love”. Thank God that, masa tu belum pernah terdengar lagi kelakuan sumbang yang jadi antara rakan sebaya yang msih belum akhil baligh…

Tapi sekarang ni…macam2 hal jadi. Sampaikan kita sendiri pening fikir kenapa dan bagaimana semua ni boleh jadi? Kata orang berbalik kepada yang asas… Maksudnya, kalau dasarnya elok, iAllah elok tapi kalau sebaliknya baiklah kita muhasabah diri…

Bila baca2 semula entri kali ni, panjang lah pulak tulisan… Takut nanti tak sampai maksud pulak. Haha, macam tak percaya ini tulisan saya ye? Sebenarnya saya nak cerita apa yang saya rasakan saat ini… Ada kaitannya dengan seseorang tapi masih belum boleh dicerita dengan lebih lanjut. Bak kata orang, kita beria2, dia tak apa2… So kita serahkan je pada DIA untuk tentukan adakah apa yang saya rasa tika ini baik untuk saya atau tidak?

Dan macam tajuk kat atas, Suka saya pada dia, Tak Semestinya Cinta, Sayangnya saya kat dia… Tak Semestinya Kasih, bukan? Rasa saya pada dia tak sama macam mana saya pernah sukakan orang2 lain (lelaki sudah mesti)… Saya tak tahu kenapa tapi memang itulah yang saya rasakan sekarang ni… Akan datang harapannya kalau ada apa2, biarlah rsa itu bukan sekadar rasa suka semata2…

Chiow for now… Iallah will have another posting later…

Rabu, Mei 4

Bukak… Tutup… Bukak Lagi, Tutup Balik Tanpa Simpan!

Salam…

Fuhhh!!! Ehem3… It’s not ‘that’ show tapi nak beritahu yang Saya Kembali!!! Tak tahulah kenapa asyik rasa malas je nak update blog akhir2 ni. Menyampah dengan diri sendiri tau. Mungkin sebab terlalu fikir pasal P.E.N.A.T… je kot? Ye, kalau terlalu ikut rasa yang satu ni memang tak terbuat keje2 lain dah…

Tapi, setakat ni masih boleh bertahan untuk buat benda2 lain selain menghadap blog tercinta ini…ah!!! Blog cite pun satu halnya lagi ni. Asyiklah terputus je citenye… Sabarlah hati yang kepingin untuk terus membaca… Thanks for your kindness…

Ok, apa yang bukak n tutup tu ye? Blog inilah halnya… Dah selalu sangat bukak n sempat menaip beberapa perenggan tapi akhirnya simpan saja atau lebih best lagi, tak dan tulis apa2 lagi then tutup kembali blog ni. Kenapalah liat sangat sekarang ni kan?

Kalau tulis panjang2 pun mesti susah dah nak buh apa2 gambar sebab malas nak amek gambar2 baru atau malas nak edit bagi cung!!! Padahal tak cung mana pun…hahahah! Ergh!!! Malasnya rasa sekarang ni kan… Banyak benda2 baru nak dikongsi kat sini tapi asyik rasa malas je…

Harap2 lepas ni saya kembali ‘rajin’ nak menulis dan update selalu… InsyaAllah… Saya harap lepas2 ini masa saya akan lebih terurus lagi!!! Saya sedang cuba multitask diri sendiri walaupun sangatlah payah sebenarnya nak mulakan… Untuk masa sekarang memang sungguh2 saya katakan yang saya sangatlah tak gemar untuk buat keje2 lain yang akan buat masa saya terkandas masa nak siapkan keje2 yang memang dah diamanahkan untuk saya siapkan… Tak gitu?

Oklah, sebelum saya terus merapu n meraban, baiklah ceq unduq dighi dulu na… Nak sambung edit gambar ‘client’ ni…hahaha… Nama dia, encek gelak, hahaha…itu tagline ‘client’ saya, currently… Ok, jumpa lagi ye…